Anda di halaman 1dari 4

DOWN SINDROM

Ramai pernah mendengar namun ramai juga cetek pengetahuan


mengenainya. Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya',
malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit. SD tidak
boleh diubati. Ia terjadi kerana keadaan baka tidak normal.
Dianggarkan SD terjadi pada kadar satu bagi setiap 650 kelahiran.
Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak SD lambat berbanding
kanak-kanak biasa. Kanak-kanak SD boleh dikenali melalui wajah
mereka yang hampir sama. Mereka memerlukan pendidikan khas
seawal mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.

Ciri fizikal kanak-kanak SD :

-Hidung kemek
-Lidah tebal dan kerap terjelir
-Tapak tangan lebar
-Tapak tangan ada hanya satu lipatan
-Jari kelengkeng tangan melengkung
-Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua lebar
-Leher pendek dan besar
-Kelopak mata berlipat-lipat
-Sendi longgar
-Otot lembik

Masalah kesihatan dihidapi kanak-kanak SD:

* Sakit jantung berlubang


* Mudah mendapat selesema, radang tenggorok, radang paru-paru
* Kurang pendengaran
* Lambat/bermasalah dalam bertutur
* Penglihatan kurang jelas

Suasana membesarkan kanak-kanak SD:

* Suasana persekitaran adalah penting dalam membantu


perkembangan kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga
dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat.
* Alat permainan perlu sesuai dengan teknik pengajaran. Ia perlu
ditambah untuk mengelak kebosanan mereka.

* Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima


keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif
dan mendorong mereka belajar.

* Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku
yang dibenar dan tidak dibenarkan.

· Perlu beri pujian kepada setiap kecemerlangan yg dicapai.

Membantu kanak-kanak SD bertutur

Kebanyakan kanak-kanak SD lambat bertutur. Mereka wajar dibantu


pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:

* Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik


perhatian mereka.
* Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
* Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan
beri mereka peluang menjawab.
* Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
* Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
* Latihan berterusan.
* Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
* Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum
beralih kepada latihan baru.
* Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
* Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

Kepentingan permainan :

Permainan penting membantu perkembangan setiap kanak-kanak,


terutama perkembangan kognitif, & sosial. Ia membantu pemahaman
mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak
SD menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab
dan akibat.

Permainan selidik dan jelajah


- tertarik kepada semua benda
- mengutip dan membelek objek
- menggigit, membaling dan menggosok objek pada permukaan lantai,
untuk mendapatkan tindakbalas
- merangkak dan bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul
atau kotak.

Permainan membina dan kognitif:

-misalnya, mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna

Permainan sosial:

- ketawa apabila digeletek


- bermain sembunyi-sembunyi

Permainan khayalan:

- berpura-pura menjadi orang lain dalam suasana berbeza


- bermain masak-masak

Permainan merangsang pergerakan otot:

- berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal

Permainan bahasa:

- meniru gaya cakap


- menyanyi

<!--[endif]-->

<!--[endif]-->Peringatan kepada ibu bapa


* Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui
boneka.
* Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak.
* Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.
* Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu.
* Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong.
* Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan
mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian.
* Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul,
memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

Cadangan kepada ibu bapa

Jangan berasa sedih jika dikurnia anak SD. Ibu bapa perlu tabah dan
atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar
mereka seperti anak normal.

Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak


mereka SD. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi
pusat SD. Jadi ahli persatuan SD, cara itu anda dapat bertukar
pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak.
POSTED BY COKLAT UNGU AT 7:59 PM

Anda mungkin juga menyukai