Anda di halaman 1dari 16

KANDUNGAN

MUKA SURAT

KANDUNGAN
ABSTRAK
OBJEKTIF
PENGENALAN
BIDANG GURU
PERANAN GURU
SAHSIAH GURU
ETIKA PROFESIONALISME GURU
GURU DAN MASYARAKAT
BIBLIOGRAFI

1
2
3
4-5
5
5-8
8-10
10-11
11-12
13

ABSTRAK
Guru memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku di dalam
bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan
masa depan sesebuah negara. Kemenjadian seseorang murid menjadi fokus utama
dalam sistem pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Anjakan keempat dalam
Tranformasi Sistem Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan menyatakan
keguruan adalah profesion pilihan. Jadi penulisan ilmiah ini ditulis untuk mengenali
siapakah guru dan semua perkara berkaitan dengan definisi keguruan.

OBJEKTIF:
A.
B.
C.
D.
E.

Mengenali definisi guru


Mengetahui bidang guru
Menyatakan peranan guru
Mengetahui sahsiah guru
Menghubungkait guru dan masyarakat

PENGENALAN
SIAPAKAH GURU
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.
Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut
Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang
mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat
berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota
masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus
menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia
dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok,
berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai
pengajar. Walau bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai
pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk
kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut ialah alMuallim, al-Murabbi, al-Muaddib dan al-Mursyid. Al-Muallim bermaksud
menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada
menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Muaddib pula bermaksud mengajar
adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.
3

Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain


dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan
kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai
dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu
agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9
ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan
akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu
memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik
dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia.
(Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian
Pelajaran Malaysia).
Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf
Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini
di tulis p&p) menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar
pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang
penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi
sebagai institut perkembangan ilmu.
Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar
haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik,
bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi
pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran,
menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi
pengajaran.
BIDANG GURU
Guru juga mestilah bersifat fleksibel iaitu sedia menjalankan pelbagai tugas
dengan cekap dan berkemahiran. Contoh bidang yang wajib dilakukan oleh guru
adalah mengajar, jurulatih sukan, masakan dan bidang agama iaitu menjadi
ustaz/ustazah. S.Kounin dan P.V.Gump juga telah membuat kajian iaitu hasil
kajiannya menunjukkan bagaimana tingkah laku guru mempengaruhi tingkah laku
pelajarnya. Dalam kajian ini, enam orang guru tahun satu telah dipilih, tiga orang
4

daripada mereka menggunakan denda dan tiga orang lagi tidak mengenakan denda.
Setiap orang daripada 174 orang pelajar ditemubual untuk mendapat maklumat
berkaitan dengan perkara yang paling buruk sekali yang dilakukan di sekolah.
Ahli penyelidik tersebut membuat kesimpulan bahawa jika dibandingkan kedua-dua
kumpulan pelajar, mereka yang mempunyai guru yang suka mendenda menunjukkan
tingkah laku yang lebih agresif, tidak tenteram, mempunyai konflik dengan kelakuan
yang tidak sopan, tidak mengambil berat terhadap pelajaran atau sekolah, tidak
mempunyai pemikiran yang rasional terhadap tingkah lakunya di sekolah tetapi
pemikiran tersebut tidak begitu tekal.
PERANAN GURU
Khalayak ilmuwan pernah berkata, Percikan liur basah seseorang guru mampu
membentuk mutiara-mutiara yang memancarkan cahaya yang terang-benderang demi
menyuluhi anak-anak didik dengan ilmu pengetahuan yang kekal abadi. Demikianlah
titipan mutiara kata yang mengiktiraf sumbangan para pendidik yang bergelar guru
atas komitmen mereka melakar masa depan anak-anak didik. Dengan hal yang
demikian, amatlah layak apabila dikatakan guru sebagai arkitek masyarakat dan
memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Watak guru itu sendiri sebagai insan yang berilmu atas sifat guru (murabbi)
para guru mudah untuk memindahkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik.
Guru telah diiktiraf oleh masyarakat sebagai ibu bapa kedua kepada anak-anak didik
sebagai ibu bapa mudah mereka berinteraksi dengan para pelajar anak-anak didik
lebih mudah mendengar nasihat guru daripada pihak yang lain. Karisma guru yang
sentiasa menjadi rujukan anak-anak didik sifat penyabar, petah dalam berbahasa dan
bijak berpsikologi memberi peluang guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak
didik. Guru sebagai kerjaya yang profesional para guru mempunyai pengetahuan
yang mendalam dan pakar dalam bidang yang diajarkan mempunyai pengetahuan
yang mendalam dan mampu memindahkan pengetahuan kepada para pelajar.
Guru bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi
guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada
pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
5

amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga
dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada
murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu
sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya
dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara
yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan
pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan
potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan
Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa
Guru bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model .Nilai merupakan
kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kaur (2007)
guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah
moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua
kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara
tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru
yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak
langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif
melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
Guru bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu. Menurut Mok Soon Sang
2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang
bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini
menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa
manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti
membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta
mencari pengalaman baru (Ragbir Kaur (2007)). Dalam p&p, guru akan
memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke
arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu
harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan
bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah
6

sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan
seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
Guru mengamalkan kemahiran profesional. Guru merupakan tenaga ikhtisas di
dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid
di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan
emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang
berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia
ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran
yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para
pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan
pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi
menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga
terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).
Guru

bersifat

profesional

dan

peka

dengan

segala

perkembangan

pendidikan. Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang


profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru
yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian
lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.
Mok Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan
menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang
perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping
membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu
mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program
SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru
terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database,
desktop publishing, dan graphing (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).
Guru mengamalkan pengajaran efektif. Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti
ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian
pengajaran. Perancangan

pengajaran Clarke

dan

Cutler

(1990)

menyatakan

keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian


7

terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif


pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam
perancangan. Guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif
pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus
mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan
suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan
kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang
berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin
keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
Pelaksanaan pengajaran. Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru
dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugastugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan
pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian
untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan
mengajar.
Penilaian pengajaran. Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh
Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran
sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2001) menyarankan
supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana
setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan
juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.
Tempelak peribahasa yang menyebut, guru kencing berdiri, murid kencing
berlari menunjukkan peranan guru amatlah penting dalam mendidik ummah. Sedikit
sahaja kesilapan yang dilakukan boleh membawa kemusnahan kepada masyarakat.
Oleh itu, para guru perlu berbangga dengan amanah yang digalas dan mereka perlulah
lebih iltizam untuk melahirkan generasi yang berilmu.

SAHSIAH GURU

Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada dalaman


(psikologi) dan input persekitaran luar. Kursus Pembangunan Sahsiah telah digalur
berfokuskan sebagai input perubahan karektor pendidik yang professional dan
berkesan. Di antara perkara utama yang ingin diterapkan kepada guru-guru adalah
etika profesionalisme guru,
ciri sahsiah guru yang positif dan negatif,
faktor mempengaruhi pembangunan sahsiah individu dan
kepentingan pembangunan sahsiah kepada guru dan murid.
Menurut Wan Azmi, 1992, pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek
perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau
negatif. Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara
keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.
Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan
empat unsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak
(etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah
mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. Unsur dalaman
terlihat menerusi tingkah laku luaran. Tingkah laku ini dinamakan akhlak iaitu
terjemahan dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran
individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak.
Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina.
Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap
pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang
bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa merenung atau berfikir
panjang. Sifat yang tertanam dalam diri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu
perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkan pemikiran, penelitian serta
paksaan.

Ciri-ciri sahsiah guru positif dan negatif.


9

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama yang ingin diterapkan iaitu ;.


Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.
Kedua, ialah kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil
pembelajaran atau pengalaman.
Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan
tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat
konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
rohani seseorang.
Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu
secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,
kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.
Ciri-ciri sahsiah guru yang positif dalam profesion perguruan.
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah
merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
Sifat Rohaniah
Ianya merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan
fizikal.
Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah,
ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, hilm,
pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi
murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai
mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang
akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan
murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang
mantap. Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa
bila mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai
kemahuan baik yang kuat. Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik
dalam pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
10

Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari
penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan
bersih.
Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra,
rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong,
tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercitacita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.
Berikut pula adalah beberapa karektor guru yang kurang berkesan (negatif)
Antaranya ciri-ciri guru negatif adalah
a.

bersikap tidak adil dan pilih kasih

b.

tidak demokratik dan mengutamakan cara autokratik

c.

terbatasnya amalan timbang rasa.

d.

Kurang responsif dan sering menjauhkan diri terhadap amanah.

e.

Berjiwa kasar dan membosankan

f.

Tidak asli tetapi lebih stereotype.

h.

Tidak peduli dan amalan kurang memberi kesan

j.

Kurang bertanggungjawab dan bersikap dalih

k.

Emosi tidak seimbang dan mudah naik perasan.

Sikap negatif guru juga membabitkan beberapa kelakuan yang terlarang seperti
a. Menguruskan perniagaan atau pelaburan dalam waktu pejabat / tugas rasmi;
b. Memberi keutamaan kepada kenalan dalam menimbangkan sesuatu permohonan.
c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara;
d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri;
e. Menggunakan kakitangan/alat jabatan untuk hal-hal persendirian
f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam.
g. Menghasut kakitangan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas;
h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan.
i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah.
j. Ingkar perintah.
k. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas
11

ETIKA PROFESIONALISME PERGURUAN


Menurut Kamus Dewan, 2005 etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat
atau tingkah laku atau kesusilaan. Ia juga melambangkan prinsip moral,
tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Etika dapat dijelaskan sebagai suatu sistem yang berkaitan dengan dasar
akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi dengan
tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Etika juga berhubungkait
dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan
tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara
berprotokol, sempurna, berkhemah dan berkesan.
Etika profesion perguruan telah dibentuk dengan mengariskan amalan yang
tertentu. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan
Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika
Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.
Terdapat beberapa aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan
dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia. Antaranya adalah profesionalisme,
integriti, kejujuran intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa,
pengurusan masa dan ketepatan waktu dan membuat keputusan.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengalurkan etika kerja berdasarkan
prinsip berdisiplin dan beradap, pergerakan ke arah kebaikan, niat yang tulus,
perlakuan yang baik, menghargai dan bertanggungjawab atas hasil usaha organisasi,
dan memperkotakan apa yang dikatakan.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga memberi fokus kepada nilai amanah,
benar, bijaksana, bersyukur, dedikasidan ikhlas dalam etika kerjanya.

12

Pekeliling-pekeliling telah dibentuk sebagai sumber rujukan dalam


pembentukan etika perguruan iainya berkaitan etika pakaian, pengurusan masa,
tanggungjawab asas guru, jadual waktu, sukatan pelajaran dan tatakelakuan terlarang.
GURU DAN MASYARAKAT
Guru dalam masyarakat bergantung kepada gambaran masyarakat tentang
kedudukan dan status sosialnya di masyarakatnya. Kedudukan sosial guru berbeza di
negara ini dengan negara yang lain dan dari satu zaman ke zaman lain pula. Di
negara-negara maju biasanya guru ditempatkan pada kedudukan sosial yang lebih
tinggi atas peranan-peranannya yang penting dalam proses membangunkan
bangsanya. Namun keadaan ini akan jarang kita temui di negara-negara berkembang
seperti Malaysia.
Sebenarnya peranan itu juga tidak terlepas dari kualiti peribadi guru yang
bersangkutan serta kompetensi mereka dalam bekerja. Pada masyarakat yang paling
menghargai guru pun akan sangat sulit untuk berperanan banyak dan mendapatkan
kedudukan sosial yang tinggi jika seorang guru tidak memiliki kecekapan dan
kompetensi di bidangnya. Apalagi guru-guru yang tidak boleh memberi teladan bagi
muridnya, sudah tentu ia menjadi bahan cerita orang lain. Jika di hadapan muridnya,
seorang guru harus menjadi teladan, ia pun dituntut hal yang sama di dalam
berinteraksi dengan masyarakat sekitar.
Penghargaan atas peranan guru di negara kita ini boleh dibezakan dengan dua
kaedah. Pertama penghargaan sosial, iaitu penghargaan atas jasa guru dalam
masyarakat bergantung dari sikap-sikap sosial anggota masyarakat serta kedudukan
guru dalam stratifikasi sosial masyarakat yang berkait. Hal semacam ini akan nampak
jelas pada masyarakat kampung yang mana mereka selalu menunjukkan rasa hormat
dan santun kepada guru yang menjadi pengajar kepada anak-anak mereka. Mereka
lebih biasa memberi kata-kata sapaan santun terhadap guru seperti cikgu, guru,
pengetua dan sebagainya daripada pekerjaan lain.
Kedua, penghargaan ekonomi, iaitu penghargaan atas peranan guru dipandang
dari seberapa besar gaji yang diterima oleh guru. Dengan keadaan gaji guru sehingga
kini, ia menjadi kerjaya guru di Malaysia semakin dimartabatkan dan diangkat setaraf
dengan guru swasta atau antarabangsa. Ini menjadi kerjaya guru lebih berperanan
13

dengan lebih maksimum dalam mengajar dan melakukan pengabdian kepada


masyarakat.
Dalam perspektif perubahan sosial, guru yang baik tidak sahaja harus mampu
melaksanakan tugas profesionalnya di dalam kelas, namun harus berperanan
melaksanakan tugas-tugas pembelajaran di luar kelas atau di dalam masyarakat. Hal
tersebut sesuai dengan kedudukan mereka sebagai agen perubahan yang berperanan
sebagai inovator, motivator, dan fasilitator terhadap kemajuan serta pembaharuan.
Dalam masyarakat, guru adalah sebagai pemimpin yang menjadi contoh,
pendakwah atau teladan serta contoh (reference) bagi masyarakat sekitar. Mereka
adalah pemegang norma dan nilai-nilai yang harus dijaga dan dilaksanakan. Ini dilihat
bahawa betapa ucapan guru dalam masyarakat sangat berpengaruh. Ki Hajar
Dewantoro mengambarkan peranan guru sebagai stake holder atau tokoh contoh
seperti ungkapan Ing Ngarso Sung Tulodho, Ing Madya Mangun Karso dan Tut Wuri
Handayani.
Di sini tampak jelas bahawa guru memang berperanan aktif dalam keseluruhan
aktiviti masyarakat secara holistik. Tentunya guru menjadikan diri guru sebagai agen
pembangunan, penyebar propaganda yang bijak dan menuju ke arah yang positif bagi
perkembangan masyarakat.

BIBLIOGRAFI
Mok Soon Sang
Pendidikan di Malaysia : mengikut sukatan baru,1988 / Mok Song Sang,Lee
Shok Mee.--Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman, 1988.

14

Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh


Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah, 2007
http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008.
Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran.
Ee, Ah Meng
Pendidikan di Malaysia III, (semester v) / Ee Ah Meng. Shah Alam: Fajar Bakti,
2003
Mok Soon Sang
Kompetensi khusus, 2007
Mok Soon Sang
Pedagogi untuk kursus diploma perguruan, 2002
Yap, Yee Khiong, Wan, Chwee Seng dan Ismail Abu Bakar (1985). Pengukuran dan
Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
Saedah Siraj (Ed.). (2001). Perkembangan kurikulum: teori dan amalan (Curriculum
development: theory and practice) (2nd ed.). Selangor, Malaysia: Alam Pintar
S. Kounin dan P.V. Gump. The ripple effects in discipline (1958)
Dr. MustapaZahri, Kunci Memahami Ilmu Tasawwuf, Surabaya: PT Bina Ilmu, 1979,
hlmn 19, 20, 26, 67, 68, 71.
Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, Sistem Kekeluargaan Dalam Islam, Kuala Lumpur :
Darul Syakir Enterprise, 2010, hlmn 460, 461, 462, 472.
Abdullah Nasih Ulwan, Pendidikan Anak-anak Dalam Islam, Singapura: Pustaka
Nasional Pte Ltd, 1998, hlmn 139, 181, 205, 337, 377.
Talib Samat, Motivasi dan Jihad Umat Islam Alaf Baru, Kuala Lumpur: Thinkers
Library Sdn Bhd, 1998, hlmn 443, 459.

15

Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan,
Kuala Lumpur: Penerbit Seribu Dinar, 2000, hlmn 165, 166, 246, 212, 213, 214, 215,
216, 220, 222, 225.

16

Anda mungkin juga menyukai