Anda di halaman 1dari 23

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata

Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

Pengenalan
Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada
pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat rendah,
menengah atau atas adalah golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada pembangunan
negara. Mereka berperanan serta dipertanggungjawab untuk merealisasikan wawasan negara
demi menjana kemajuan teknologi terkini. Ekoran daripada itu, pelbagai usaha telah
dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia
(Ibrahim, Baharuddin & Jamaluddin, 2005). Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan
pelajar yang bijak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas
dan membuat ulangkaji di luar kelasbiasanya bermula dari cara seseorang guru itu mengajar
dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik. Menurut
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai system pendidikan yang terbaik di
kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran
ke enam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif
dan memandang jauh ke hadapan (Som & Dahalan, 1998). Pada masa kini, terdapat seruan
atau tuntutan supaya perubahan dilakukan terhadap strategi pengajaran sedia ada di mana dari
pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Ini
bermakna, pelajar dituntut untuk lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Demi menyahut seruan ini, para pendidik perlu mencari idea,
teknik atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran
mereka. Sistem Pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting untuk
menghasilkan sumber manusia yang berkaliber dan memberi sumbangan yang bermakna
demi kemajuan negara.

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah


menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan
manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau
gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di dalam minda manusia.
Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk mengingat
juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data yang telah disimpan tadi. Oleh
itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua
otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah
satu daripada kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bentuk modul. Amalan
pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran dan dalam bilik darjah
amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini adalah kerana menurut Wahidin
et al. (2004), penggunaan konsep peta minda dalam pengajaran dapat menunjukkan
peningkatan sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Kaedah-kaedah alternatif yang
selari dan bersesuaian dengan kehendak. Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan
Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua ditulis oleh Zahara Aziz dan
Nurliah Jair. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan
pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga ingin
melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan
peta konsep. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta
konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, dan sejauh mana kesan
penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
sejarah. Mata pelajaran Sejarah ialah mata pelajaran teras kepada pelajar-pelajar Sekolah
Menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pelajaran
Malaysia 1990). Pelaksanaan KBSM mengubah kedudukan mata pelajaran sejarah. Mata

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

pelajaran sejarah wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah secara berterusan
dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Penekanan tentang kepentingan mata pelajaran ini
dalam konteks pendidikan negara kita dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
khususnya, merupakan satu usaha positif dalam usaha mengikis amalan pelajar. Mata
pelajaran sejarah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merupakan satu pelajaran
teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah menengah dan dirangka selaras
dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara (Omar 1992).
Mata pelajaran sejarah mengandungi banyak idea yang abstrak serta konsep yang
kadangkala sukar difahami. Konsep ini amat penting untuk mencorakkan daya pemikiran dan
membentuk daya intelektual pelajar. Namun, pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep
jika tidak mengetahui maksud atau makna perkataan tertentu. Fakta mempunyai kaitan
dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk,
membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000). Memandangkan
pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir,
maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai konsep
dalam mata pelajaran sejarah adalah wajar dilakukan oleh para guru sejarah. Justeru,
penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah
adalah satu teknik pengajaran yang sangat sesuai. Hal ini kerana penggunaan peta konsep
akan dapat membantu pelajar lebih fokus, boleh membuat intepretasi dan lebih mudah
memahami topik.

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

Sejarah penggunaan peta minda


Peta minda adalah satu percambahan idea daripada satu konsep atau tajuk untuk
membentuk satu rangkaian dahan idea daripada konsep tadi (Tony Buzan, 2001). Peta minda
dapat menggalakkan pelajar untuk menelaah pelajaran apabila konsepnya yang mudah untuk
diaplikasikan dan senang untuk difahami. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang akan
diterapkan di dalam modul PBM. Novak and Gowin (1985) menyatakan bahwa peta konsep
adalah alat atau cara yang dapat digunakan guru untuk mengetahui apa yang telah diketahui
oleh pelajar. Gagasan Novak ini didasarkan pada teori belajar Ausabel. Ausabel sangat
menekankan agar guru mengetahui konsep-konsep yang telah dimiliki oleh pelajar supaya
belajar bermakna dapat berlangsung. Dalam belajar bermakna pengetahuan baru harus
dikaitkan dengan konsep-konsep relevan yang sudah ada dalam struktur kognitif (otak)
pelajar. Bila dalam struktur kognitif tidak terdapatkonsep-konsep relevan, pengetahuan baru
yang telah dipelajari hanyalah hapalan semata.
Belajar bermakna memerlukan usaha yang sungguh-sungguh dari pihak pelajar untuk
menghubungkan pengetahuan baru dengan konsep-konsep yang relevan yang telah mereka
miliki. Untuk melancarkan lagi proses tersebut, baik guru mahupun pelajar perlu mengetahui
tempat awal konseptual . Dengan kata lain guru harus mengetahui konsep-konsep apa
yang dimiliki oleh pelajar waktu pelajaran baru dimulai, sedangkan para pelajar diharapkan
mampu menunjukkan dimana mereka berada, atau konsep-konsep apa yang telah mereka
miliki dalam menghadapi pelajaran baru tersebut. Dengan menggunakan peta konsep, guru
dapat melaksanakan apa yang telah dikemukakan diatas, dengan demikian pada pelajar
diharapkan akan terjadi belajar bermakna ( Willis Dahar, 1988:156-157 ). Menurut Ausubel
dalam Willis Dahar (1988:161) ada dua dimensi belajar yaitu dimensi belajar
penerimaan/penemuan dan dimensi belajar bermakna/ hapalan. Berlangsung atau tidaknya

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

belajar bermakna tergantung pada struktur-struktur kognitif yang ada, serta kesediaan dan
niat pelajar untuk belajar lebih bermakna.
Peta konsep sebagai instrumen dapat digunakan untuk menganalisis konsep ,mengenai
peta konsep itu sendiri berdasarkan definisinya sebagai berikut : Menurut Hudojo, et al
(2002) peta konsep adalah saling keterkaitan antara konsep dan prinsip yang
direpresentasikan bagai jaringan konsep yang perlu dikonstruk dan jaringan konsep hasil
konstruksi inilah yang disebut peta konsep. Sedangkan menurut Suparno (dalam Basuki,
2000, h.9) peta konsep merupakan suatu bagan skematik untuk menggambarkan suatu
pengertian konseptual seseorang dalam suatu rangkaian pernyataan. Peta konsep bukan hanya
menggambarkan konsep-konsep yang penting, melainkan juga menghubungkan antara
konsep-konsep itu. Dalam menghubungkan konsep-konsep tersebut dapat digunakan dua
prinsip yaitu prinsip diferensial progresif dan prinsip penyesuaian integratif.
Dahar (1989) mengemukakan ciri-ciri peta konsep sebagai berikut :
1) Penyajian peta konsep adalah suatu cara untuk memperlihatkan konsep-konsep dalam
suatu topik pada bidang pelajaran.
2) Peta konsep merupakan gambar yang menunjukkan hubungan konsep-konsep dari
suatu topik pada bidang yang dipelajari.
3) Bila dua konsep atau lebih digambarkan dibawah suatu konsep lainnya, maka
terbentuklah suatu hirarki pada peta konsep itu.
Martin (dalam Basuki, 2000) mengungkapkan bahwa peta konsep merupakan
petunjuk
dengan

bagi guru, untuk menunjukkan


rencana

hubungan antara

pembelajaran. Sedangkan

menurut

idea-idea

yang penting

Arends (dalam Basuki, 2000)

menuliskan bahwa penyajian peta konsep merupakan suatu cara yang baik bagi pelajar untuk

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

memahami dan mengingat sejumlah informasi baru. Dengan penyajian peta konsep yang baik
maka pelajar dapat mengingat suatu materi dengan lebih lama lagi.
Pembelajaran dengan menggunakan peta konsep mempunyai banyak manfaat
diantaranya menurut Ausubel (dalam Hudojo, et al 2002) menyatakan dengan jaringan
konsep yang digambarkan dalam peta konsep, belajar menjadi bermakna karena
pengetahuan/informasi baru dengan pengetahuan terstruktur yang telah dimiliki pelajar
tersambung sehingga menjadi lebih mudah terserap pelajar. Sedangkan menurut Williams
(dalam Basuki, 2000) menuliskan bahwa peta konsep dapat dijadikan sebagai alat untuk
mengetahui pemahaman konseptual seseorang.
Dengan mengacu pada peta konsep maka guru dapat membuat suatu program
pengajaran yang lebih terarah dan berjenjang, sehingga dalam pelaksanaan proses belajar
mengajar dapat meningkatkan daya serap pelajar terhadap materi yang diajarkan.
Peningkatan daya serap pelajar berdasarkan menyampaikan jenjang materi yang terstruktur
dapat membuat pelajar akan lebih kuat lagi memorinya dan akan lebih mudah
mengaplikasikan konsep-konsep yang telah dipelajarinya.
Peta konsep selain digunakan dalam proses belajar mengajar, dapat diterapkan
untuk berbagai tujuan iaitu :
1)

menyelidiki apa yang telah diketahui pelajar

2)

Mempelajari cara belajar

3)

Mengungkap miskonsepsi, dan

4)

Sebagai alat evaluasi.


Peta konsep digunakan untuk menyatakan hubungan yang bermakna antara konsep-

konsep dalam bentuk proposisi-proposisi. Proposisi-proposisi merupakan dua atau lebih


konsep-konsep yang dihubungkan oleh kata-kata dalam suatu unit semantic. Dalam bentuk

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

yang paling sederhana, peta konsep dapat berupa dua konsep yang dihubungkan oleh kata
penghubung untuk membentuk proposisi. Sebagai contoh : langit itu biru mewakili peta
konsep sederhana yangmembentuk proposisi yang sahih tentang konsep langit dan biru.
Dengan demikian pelajar dapat mengorganisasi konsep pelajaran yang telah dipelajari
berdasarkan arti dan hubungan antara komponennya. Hubungan satu konsep (informasi)
dengan konsep lain disebut proposisi. Peta konsep menggambarkan jalinan antar konsep yang
dibahas dalam bab yang bersangkutan.Konsep yang dinyatakan dalam bentuk istilah atau
label konsep. Konsep-konsep dijalin secara bermakna dengan kata-kata penghubung sehingga
dapat membentuk proposisi. Satu proposisi mengandung dua konsep dan kata menghubung.
Konsep yang satu mempunyai cakupan yang lebih luas daripada konsep yang lain. Dengan
kata lain konsep yang satu lebih inklusif daripada konsep yang lain. Keseluruhan konsepkonsep tersebut disusun menjadi sebuah tingkatan dari konsep yang paling umum, kurang
umum dan akhirnya sampai pada konsep yang paling khusus. Tingkatan dari konsep-konsep
ini disebut dengan hierarki.
Pada peta konsep, konsep yang lebih inklusif diletakkan di atas. Konsep yang kurang
inklusif kemudian dihubungkan dengan kata penghubung. Konsep yang lebih khusus
ditempatkan di bawahnya dan dihubungkan lagi dengan kata penghubung. Konsep yang
inklusif dapat dihubungkan dengan beberapa konsep yang kurang inklusif. Konsep yang
paling inklusif diletakkan pada pohon konsep. Konsep ini disebut kunci konsep. Konsep pada
jalur yang satu dapat dihubungkan dengan konsep pada jalur yang lain dengan kata
penghubung. Hubungan ini disebut dengan kaitan silang.
Menurut Novak dan Gowin (1985) kriteria penilaian peta konsep adalah :
1)

Proposisi, adalah dua konsep yang dihubungkan oleh kata penghubung.


Proposisi dikatakan sahih jika menggunakan kata penghubung yang tepat. Untuk
setiap proposisi yang sahih diberi skor 1
7

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

2)

Hierarki, adalah tingkatan dari konsep yang paling umum sampai konsep yang
paling khusus. Urutan penempatan konsep yang lebih umum dituliskan di atas dan
konsep yanglebih khusus dituliskan di bawahnya. Hierarki dikatakan sahih jika
urutan penenmpatan konsepnya benar. Untuk setiap hierarki yang sahih diberi skor
5.

3)

Kaitan silang, adalah hubungan yang bermakna antara suatu konsep pada satu
hierarki dengan konsep lain pada hierarki yang lainnya. Kaitan silang dikatakan
sahih jika menggunakan kata penghubung yang tepat dalam menghubungkan kedua
konsep pada hierarki yang berbeda. Sementara itu, kaitan silang dikatakan kurang
sahih jika tidak menggunakan kata penghubung yang tepat dalam menghubungkan
kedua konsepsehingga antara kedua konsep tersebut menjadi kurang jelas. Untuk
setiap kaitan silang yang sahih diberi skor 10. Sedangkan untuk setiap kaitan silang
yang kurang sahih diberiskor 2

4)

Contoh, adalah kejadian atau objek yang spesifik yang sesuai dengan atribut
konsep. Contoh dikatakan sahih jika contoh tersebut tidak dituliskan di dalam kotak
karena contohbukanlah konsep. Untuk setiap contoh yang sahih diberi skor 1.

a.

Ciri-ciri Peta Konsep


Berdasarkan huraian di atas, berikut ini dikemukakan beberapa ciri-ciri peta konsep :
1)

Peta konsep ialah suatu cara untuk memperlihatkan konsep-konsep dan proposisiproposisi dari suatu bidang studi. Jadi dengan membuat peta konsep, pelajar dapat
melihat bidang studi itu lebih jelas dan mempelajarinya lebih bermakna.

2)

Suatu peta konsep merupakan suatu gambar dua dimensi dari suatu bidang studi atau
suatu bagian dari bidang studi. Ciri inilah yang memperlihatkan hubungan-hubungan
proporsional antar konsep-konsep.

3)

Cara menyatakan hubungan antar konsep-konsep. Tidak semua mempunyai bobot yang
sama. Ini berarti, bahwa ada beberapa konsep yang lebih umum dari pada konsepkonsep yang lain.

4)

Hirarki, Bila dua atau lebih konsep yang digambarkan di bawah suatu konsep yang lebih
inklusif, terbentuklah hirarki pada peta konsep itu.

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

b.

Langkah-langkah Pengembangan Peta Konsep oleh Guru:


1) Menuliskan di atas kertas seluruh konsep atau nama topik yang berkaitan dengan bidang
umum yang akan diajarkan.
2) Memperhatikan adanya fakta-fakta (contoh-contoh) khusus yang penting untuk dipelajari
pelajar.
3) Memilih konsep yang paling umum dan tempatkan di bagian atas kertas.
4) Menambahkan berikutnya konsep yang lebih khusus di bawah konsep umum tadi.
Hubungkan keduanya dengan garis penghubung yang diberi label penghubung.
5) Setelah penulisan konsep yang lebih khusus di baris kedua, melanjutkan penulisan konsep
lain yang lebih khusus di baris ketiga, dan seterusnya.
6) Melengkapi dengan garis penghubung antar konsep sehingga seluruh hirarki menyerupai
piramida. Jangan lupa menuliskan label penghubung pada garis tersebut untuk
menunjukkan keteraturan antar konsep.
7) Setelah seluruh peta konsep terbentuk, menandai konsep khusus yang terutama menarik
bagi pelajar atau tingkat kesulitannya tepat bagi pelajar.
Ernest (dalam Basuki, 2000) berpendapat bahwa untuk menyusun suatu peta konsep
bisa dilakukan dengan cara sebagai berikut :
1) Tentukan dahulu topiknya
2) Membuat daftar konsep-konsep yang relevan untuk konsep tersebut,
3) Menyusun konsep-konsep menjadi sebuah bagan,
4) Menghubungkan konsep-konsep itu dengan kata-kata supaya bisa terbentuk suatu
proposisi,
5) Mengevaluasi keterkaitan konsep-konsep yang telah dibuat.
Pendapat lain untuk membuat peta konsep cukup dengan 5 langkah dengan penjelasan
sebagai berikut :
1) Lakukan Brainstorming selama 10-15 menit per sesi. Ketika Central disebutkan maka
konsep apa saja yang terlintas di benak dituliskan terlebih dahulu. Jangan lakukan
penilaian apakah relevan atau mau diletakkan di mana.
2) Kategorisasikan/ kelompokkan sekumpulan ide itu kemudian tentukan hirarki konsep
mana yang menjadi dahan (umum), mana yang jadi ranting dan mana yang jadi daun
(detil).
3) Mulai layout / gambarkan konsep-konsep tersebut.
9

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

4) Tarik garis antar konsep tersebut.


5) Pergunakan warna, Ikon dan Asosiasi untuk menambah cantiknya Peta Konsep yang
dihasilkan.
Penggunaan warna, ritme (dari gambar ketebalan dahan, ranting ke daun), layout
(spasial), ikon dan asosiasi (menghubungkan Ikon dan Analogi) untuk menghubungkan satu
konsep dengan konsep yang sudah melekat di otak, membantu otak mengingat lebih baik,
karena melibat lebih banyak panca indra, juga otak melakukan proses Asimilasi pengetahuan
baru terhadap pengetahuan yang sudah mengendap sebelumnya.
Setelah peta konsep itu jadi, maka kemampuan otak kanan secara visual dan holistik
serta Gestalt yang memicu Kayaknya ada yang kurang dan saya bisa tambahkan lebih
lanjut akan meneruskan pengembangan peta tersebut. Kemampuan alami otak kanan yang
Random akan tersalurkan ketika ada sebuah konsep baru muncul, maka otak kiri mulai
bekerja menganalisa sebaiknya diletakkan di mana.
Ketika melihat peta secara keseluruhan dari jauh maka otak kanan bekerja (seperti
seseorang menilai/ mengagumi lukisan) dan ketika tertarik pada suatu lokasi maka otak kiri
mulai bekerja secara logis dan analitik.
Sinergis antara dua belahan otak kanan dan kiri inilah yang membuat mengapa Peta
Konsep itu sedemikian powerfulnya. Harus sering menggunakan baru bisa merasakan
manfaatnya. Karena sepintas peta konsep yang digambar secara manual berantakan tidak
beraturan.
c.

Cara Mengajar Pelajar Menyusun Peta Konsep.


Membelajarkan pelajar menyusun peta konsep harus secara bertahap. Pertama kali
meminta pelajar menyusun peta konsep perlu dipilih konsep-konsep yang sudah dikenal.
Mula-mula guru dapat mengajar pelajar memahami peta konsep sebagai modifikasi dari suatu
kerangka isi bahan pembelajaran dengan istilah-istilah yang saling dihubungkan dalam
hirarki secara vertikal. Cara mengenalkan peta konsep kepada pelajar adalah dengan
memodelkan cara penyusunannya dengan memfokuskan pada konsep-konsep yang
jumlahnya terbatas atau lebih sederhana. Agar pelajar lebih memahami peta konsep, dapat
diajak untuk menyusun yang lebih luas atau lebih kompleks. Selanjutnya dapat ditugasi oleh
10

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

guru untuk menyusun peta konsep di rumah secara berkelompok, kemudian guru meminta
salah seorang wakil dari tiap-tiap kelompok untuk menampilkan peta konsepnya di papan
tulis untuk dikritik secara bersama-sama untuk menghindari miskonsepsi.

Kekuatan
Kajian yang dilakukan oleh Yahya Othman dan Azmey Hj. Othman terdapat perkaitan yang
kuat antara penggunaan peta minda dan peningkatan keputusan pencapaian akedemik para
pelajar. Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu strategi
kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat
apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang
berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran
intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran
yang diajar. Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan
memahami kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan
sebaya atau guru. Menurut Prof Madya Dr Khairiyah (Berita Harian, 2007), aktiviti dalam
pembelajaran aktif membabitkan semua pelajar dan tidak terhad kepada segelintir yang
memang aktif, untuk meningkatkan kefahaman dan keberkesanan pembelajaran. Contoh
aktiviti pembelajaran aktif yang mudah adalah dengan meminta dan memberi sedikit masa
untuk pelajar berbincang dengan rakan di sebelahnya, sebelum meminta mereka memberikan
idea kepada keseluruhan kelas. Antara teknik pembelajaran aktif ialah pembelajaran koperatif
dan pembelajaran berasaskan masalah. Kedua-dua teknik baru pembelajaran itu bukan saja
dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, tetapi kemahiran generik. Menurut Prof Ir Dr Zaini
Ujang (Berita Harian, 2007), Pihak industry menunjukkan minat dalam penggunaan kaedah
ini di kalangan pelajar. Sebagai contoh, Dow Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd menyediakan

11

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

geran RM10,000 untuk digunakan di dalam mata pelajaran yang membabitkan PBM dan
membantu dalam usaha merekabentuk masalah untuk pelajar di dalam bidang kejuruteraan.
Kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin menarik dan efektif. Pelajar
tidak lagi hanya disogokkan dengan kuliah dan tutorial yang sering kali membosankan, malah
banyak inovasi, idea dan pendekatan baru dicuba dan dilaksanakan sepenuhnya untuk
merealisasikan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. Dalam hal ini, bekas Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed mahu pensyarah IPT menjadikan aktiviti pembelajaran
lebih dinamik dan berkesan secara inovatif dan kreatif. Selain itu, beliau juga mengarahkan
semua pensyarah IPT menerapkan kemahiran insaniah dalam proses pembelajaran aktif bagi
membolehkan pelajar lebih kompetitif dan berketrampilan. Pembelajaran aktif dirangka
sedemikian rupa bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian.
Pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk membentuk dan menyusun strategi
pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar. Dalam proses pembelajaran, seseorang
itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih
mudah. Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya yang bertajuk Super brain menyatakan
melalui pemetaan minda seseorang itu dapat pengajaran yang lebih baik, lebih banyak
mengingat, menjimatkan penggunaan kertas, invest less effort, yang membawa maksud
penggunaan peta minda

dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak,

mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Dalam
pendidikan Matematik, pemetaan minda boleh digunakan bagi mencapai beberapa matlamat:
mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan di
antara

pengetahuan baru dengan pengetahuan sediaada, membantu kepada pengenalan

konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan

12

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

menggalakkan kreativiti seseorang pelajar (Brinkmann 2003). Di samping itu, pemetaan


minda boleh digunakan sebagai satu alat pedagogi bagi membantu mempertingkatkan lagi
pencapaian Matematik di kalangan pelajar (Brinkmann 2003). Subadrah (2001) menyatakan
penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya ialah membantu pengajaran guru kerana dengan menggunakan peta minda guru
dapat menyusun maklumat yang diajar dengan jelas. Menurut beliau lagi, bagi pelajar pula
dengan melihat peta minda pelajar dapat mengikuti penerangan guru dengan teratur dan
teliti, contohnya dalam pembelajaran Matematik. Justeru adalah dicadangkan agar guru
memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada para pelajar.

KEGUNAAN DAN KENPENTINGAN PETA MINDA


Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana otak
berfungsi di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam bentuk saling
berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu hubung kait dalam
otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan disimpan dan dipertingkatkan
dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan imej dan bukannya ayat. Peta minda
hanya menggunakan kata kunci dan imej, justeru membenarkan maklumat yang banyak
dimasukkan ke dalam sehelai kertas. Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan
memperlihatkan hubung kait antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali
berbanding nota berciri linear. Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang
mencatat ke semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda
menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah mudah dirujuk.
Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan ingatan. Cara terbaik dalam
membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi ke atas kandungan peta minda,

13

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda jika terdapat sebarang kekaburan.
Individu dapat mengingat pada perkara yang mudah dilihat. Peta minda membenarkan
individu mencatat kata kunci yang mudah dilihat secara visual dengan berkesan.
Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah:

(a)

Menghasilkan Nota
Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk

ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh

digunakan untuk

membuat nota bagi sebarang sumber buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan,
mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon Ingat Kembali Setiap kali maklumat diimbas
kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan
pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.
Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah,
kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.

(b)

Kreativiti
Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta

minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea


baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam
peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.

14

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

(c) Penyelesaian Masalah


Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang
profesional atau peribadi peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan
hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan
gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi
dan kepentingannya.

(d) Perancangan
Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu
memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda boleh
digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan,
mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu
mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan
persembahan.

(e)

Pembentangan
Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin

membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus ideaidea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran
tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda sangat membantu dalam membuat
persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran.

15

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

(f)

Penggunaan

otak

kiri

dan

kanan

serentak

Peta

minda

berupaya

menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri


semasa belajar.

(g)

Membuat sinopsis
Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau

ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah
seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

Kelemahan
Beberapa kelemahan atau hambatan yang mungkin dialami pelajar dalam menyusun peta
konsep, antara lain:

Perlunya waktu yang cukup lama dalam menyusun peta konsep, sedangkan waktu
yang tersedia di kelas sangat terbatas.

Sukar menntukan konsep-konsep yang terdapat pada masteri yang dipelajari.

Sukar menentukan untuk menghubungkan konsep yang satu dengan konsep yang
lain.

Perbincangan
Mata

pelajaran

Sejarah

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

dalam

merealisasikan hasrat dan aspirasi negara khususnya dalam pembentukan masyarakat yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai
kuasa fikir yang tinggi, patriotik dan dapat mengimbangi antara nilai-nilai material dengan
nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan. Ciri-ciri yang ideal ini adalah dilihat sebagai cabaran

16

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

yang perlu dihadapi dalam usaha mencapai hasrat Wawasan 2020 yang bermatlamat untuk
menjadikan Malaysia sebagai negara moden dan maju, sebuah masyarakat industry yang adil,
bermoral dan rasional serta mempunyai keperibadian sendiri. Era globalisasi adalah satu era
di mana persaingan menjadi satu ciri utama. Persaingan bukan sahaja berlaku dalam bidang
ekonomi dan pasaran tetapi juga dalam semua bidang yang lain. Perkembangan teknologi
maklumat yang canggih merupakan ciri utama era ini. Dengan terdapatnya perkembangan
teknologi maklumat yang canggih, dunia menjadi semakin kecil. Manusia dapat berhubung
dengan lebih cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar sama ada bersedia atau
tidak terpaksa mengharungi arus pembangunan dan persaingan dalam era globalisasi ini.
Sekiranya mereka tidak bersedia dan tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi, sudah
tentu mereka akan terpinggir dan akan mendatangkan pelbagai masalah disiplin atau salah
laku yang lain. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah memerlukan
satu perubahan dalam pendekatannya bagi menentukan keberkesanannya. Sebagai mata
pelajaran teras tanggungjawab Sejarah adalah lebih berat kepada masyarakat dan negara.
Inovasi dan pendekatan yang pelbagai diperlukan bagi menjadikan pengajaran dan
pembelajaran (P & P) Sejarah diminati selaras dengan matlamatnya sebagai asas
pembentukan warganegara yang patriotik. Ini bermakna, peranan guru Sejarah juga penting
sebagai pembentuk generasi masa depan yang menjadikan Sejarah sebagai panduan dan
iktibar dalam kehidupan generasi akan datang. Fungsi pengajaran adalah menghasilkan
pengajaran yang efektif. Oleh itu satu sesi pengajaran yang baik perlu melibatkan kemahiran
guru memadankan kaedah mengajar dengan objektif pembelajaran pelajar dan gaya
pembelajaran pelajar. Pembelajaran merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada
pelajar itu sendiri. Justeru, sifat-sifat keterbukaan, reflektif dan objektiviti sangat perlu bagi
menghasilkan pembelajaran berterusan dalam pengajaran merupakan kegiatan yang tersusun

17

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

yang dibuat khusus untuk pelajar dengan tujuan membawa perubahan dalam diri mereka.
Oleh itu, satu pendekatan sistematik perlu dilakukan oleh guru dalam proses perkembangan
ilmu pengetahuan melalui perkaedahan yang sesuai bagi mewujudkan pembelajaran yang
berkesan di bilik darjah. Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan
dan kualiti guru sejarah. Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan dari
segi kualiti diri, sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu
utama yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Corak pengajaran
sejarah di sekolah masih bersifattradisional dan membosankan pelajar. Berasaskan kajian
Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, beliau mendapati
keseluruhan kajiannya menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang
berkualiti. Pengajaran adalah berkait dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu
dan keberkesanan pengajaran ialah kejayaan guru mencapai objektif dalam membantu pelajar
belajar apa yang hendak mereka sampaikan. Apabila objektif akhir pengajaran ini dikenal
pasti pada awal pengajaran, guru mempunyai asas untuk menimbang kegunaan beberapa
pendekatan-pendekatan atau strategi yang boleh membantu pelajar menguasai kemahiran dan
pemahaman yang diperlukan.
Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk
atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya
untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai
huraiannya. Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah
topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan
peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat
sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi

18

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan
baik dan berkesan. Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan
situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea dimasukkan ke
dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan pengorganisasian dilakukan
pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji dan menjelaskan pemikiran secara
umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil mendengar kuliah dan mencatat nota dengan
menggunakan peta minda untuk isi dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat
menggunakan peta minda sebagai suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang
kompleks. Peta minda juga digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika
sesi mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna. Peta minda dapat dilukis dengan
menggunakan tangan, sama ada sebagai nota kasar, sebagai contoh, ketika menghadiri
kuliah atau mesyuarat. Peta minda juga dikenali sebagai Swiss army knife for the brain
adalah satu teknik mengambil nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di
seluruh dunia. Pada masa yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia
pendidikan dan perniagaan (Buzan, 2002).
Matlamat Buzan adalaah untuk membolehkan Manual operasi Otak Manusia
dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini kian
dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat ini), perisian
dan pusat-pusat latihan kursus Buzan. Tony Buzan adalah pencipta kepada peta minda, alat
berfikir yang paling berkuasa. Pengarah Microsoft iaitu Bill Gates mengenal pasti
kepentingan peta minda dalam artikelnya bertajuk The road ahead how mind mappers are
taking our information democracy to the next stage ... satu generasi perisian peta minda
baru mampu diguna sebagai asas templet digital untuk bantu menghubungkait dan
mensintesis idea dan data, justeru mencipta pengetahuan baru. Peta minda adalah satu teknik

19

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia mampu membekalkan kunci universal ke atas
membuka potensi pemikiran seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran
berhubung penggunaan korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik,
warna, kepekaan ke atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan
kepada individu menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta minda boleh
diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan pembelajaran
dan pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri. Penciptaan
peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang kini digunakan oleh jutaan
individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua golongan daripada yang sangat
muda hingga kepada yang sangat tua di mana mereka ingin menggunakan pemikiran dengan
lebih berkesan.

Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt


Ali (2006), Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al
(1997). Begitu juga terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan berbantukan computer yang dijalankan secara persendirian oleh
pengkaji Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang
penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar
tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut
menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60%
manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta
minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat
markah terutamanya dalam soalan peperiksaan. Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan
kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau,
penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau

20

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi
40% berbanding ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3%
dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan
bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya dalam meningkatkan
pencapaian akedemik para pelajar. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah
menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di
kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan
pelajar-pelajar matrikulasi.
Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang
mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar
yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam
ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2%
berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa
penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik
adalah amat berkesan. Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan
strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan
komputer ke atas 141 orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan.
Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketigatiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah
signifikan, dengan kumpulan eksperimen memperolehi skor yang lebih tinggi daripada
kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian strategi pemetaan
konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan komputer. Kam Foo
Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat pelajar kepada mata

21

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah pembelajaran berbantukan


komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang memperolehi skor 40% ke
atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding 47.6% dalam ujian pra.
Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun kepada 14% dalam ujian
pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam Foo Kong merumuskan
bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menggunakan komputer
telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.

KESIMPULAN
Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar.
Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua
nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat
dilakukan dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti kajiankajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan Ong
(2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan

penggunaan peta minda dalam

pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik. Peta Minda
boleh digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik
Penggunaan peta minda dapat menarik minat pelajar disamping dapat

darjah.

meningkatkan

kefahaman pelajar terutamanya pelajar yang berpencapaian rendah. Dengan menggalakkan


pelajar melukis peta minda bukan sahaja mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif tetapi
juga dapat melatih mereka melaksanakan sesuatu tugasan secara terancang dan teratur.
Disamping itu, aktiviti ini dapat memupuk sikap bekerjasama antara kumpulan dan dapat
menajamkan ingatan mereka dalam mengingati sesuatu fakta. Mereka juga dapat bantu
membantu antara satu sama lain.

22

Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata


Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua

Rujukan

Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons. m.s. 65.
Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school. London:
Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.
Tukiran, A. (2004). Kesan Penggunaan Peta Konsep Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran Matapelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Teknik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. KUITTHO: Tesis Ijazah Sarjana.
Wahidin, Othman, K. & Mohd, M. T.S. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan
Peta Vee Dalam Meningkatkan Sikap Pelajar Terhadap Kimia.
Jurnal Pendidikan, (29).Ms 125-140.
Selamat, A. R. (1999). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Shamsudin, S.N. (2005). Keberkesanan penggunaan peta konsep bagi tajuk kerja,
tenaga dan kuasa bagi pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di
Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Universiti Pendidikan Sultan Idris:
Laporan Projek Sarjana.
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM KONSEP SAINS MELALUI
PENGGUNAAN PETA MINDA (WHATS ON MY MIND)
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/4.%20AMY%20NG%20
WEI%20TING.pdf
KEBERKESANAN KONSEP PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN
BERASASKAN MASALAH
http://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdf

23

Anda mungkin juga menyukai