Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali
yang tersebut dalam peraturan berikut.
1.
PENDAFTARAN :
1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang
pendaftaran yang disediakan.
1.2 Setiap pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan masingmasing.
1.2.1 Pengurus Pasukan
1.2.2 Jurulatih
2.
3.
PAKAIAN
3.1 Semua pemain dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor
masing-masing di depan dan belakang.
3.2 Di mana terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa yang
menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang pertandingan.
3.3 Semua pemain diwajibkan memakai kasut serta sarung kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan
membahayakan keselamatan pemain lain tidak dibenarkan sama sekali.
3.4 Ketua pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )
4.
SAIZ BOLA
4.1 Saiz 1 : L12 / P12
4.2 Saiz 2 : L15 / P15 / P18
4.3 Saiz 3 : L18
5.
MASA PERMAINAN
5.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat 3 minit.
(15.3.15)
* diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri.
5.2 Masa Rehat Pasukan (1 minit )
(a)
(b)
(c)
6.
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa.
Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan
dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15
cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit
: Semasa pasukannya mengawal bola.
Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari
pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.
SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI
6.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
SISTEM KALAHMATI
7.1 Bagi perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa langkah-langkah
berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
7.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan setelah rehat
selama lima minit.
7.1.2 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.
8.
9.
KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 0.
10. BANTAHAN
10.1 Segala bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang disediakan,dalam masa
30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan RM300.00. Wang tersebut tidak akan
dikembalikan jika didapati bantahan itu tidak diterima.
10.2 Keputusan Juri adalah muktamad.
11. JURI RAYUAN
PERATURAN BARU
12.1. Sekiranya terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa,
ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar seorang pemain sahaja,
iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain termasuk dari pihak bertahan tidak
dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.
(peraturan 2:5)
12.2.
Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu
seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning / 2 minit / kad merah /
singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang dibolehkan untuk pertukaran.
(peraturan 2 :8)
12.3.
Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan
pemain yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri pengadil atau
pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh dikenakan hukuman atas dasar tiada
semangat kesukanan.
(peraturan 4:11)
12.4.
Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam lambungan
duit syiling untuk permulaan perlawanan.
(peraturan 4:1)
12.5.
Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan
pemain yang cedera atas arahan pengadil.
(peraturan 4:1)
12.6.
Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan sekurangkurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola dilepaskan. Rakan pasukan tidak
dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan wisel.
(peraturan 10.3)
12.7.
Isyarat pasif play batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol serta terdapat
pemain pertahanan yang mendapat hukuman.
(klarifikasi no 4)
12.8.
Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat balingan
percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.
(peraturan 15.6)
12.9.
Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang terhampir
kepada pasukan lawan.
(peraturan 11.3)
12.10. Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar gelanggang.
(klarifikasi no 3)