Anda di halaman 1dari 4

NOTA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 3

BAB 4: TAJUK TEMPAT KEDIAMAN.


RUANG TEMPAT KEDIAMAN.
Tempat kediaman ialah tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan
dan keselamatan. Contohnya rumah, asrama dll.
2. Jenis ruang tempat kediaman dan fungsinya adalah seperti berikut:
1.

Contoh
Ruang tamu, ruang
makan
Dapur, stor, garaj dan
ruang mendobi
Bilik tidur, bilik mandi,
dan tandas

Fungsi

Jenis ruang kediaman

Tempat ahli keluarga


Ruang sosial
berkumpul, berinteraksi,
berehat, menjamu selera,
dan melayan tetamu
Tempat melakukan kerja, Ruang kerja
menyimpan barang dan
makanan, melakukan
kerja pembersihan
Tempat berehat,
Ruang persendirian
menyimpan
aksesori,membersih dan
mengemas diri

KESELESAAN TEMPAT KEDIAMAN


1.

Faktor keselesaan tempat kediaman adalah seperti berikut :


a. Pengudaraan yang baik kedudukan pintu, tingkap dan kekisi
perlu sesuai.
b. Pencahayaan didapati dari sumber cahaya matahari dan lampu.
Pencahayaan am cahaya lampu/mentol menerangi seluruh
ruang kediaman tanpa ada halangan.
Pencahayaan langsung cahaya dipancarkan terus pada
satu tempat atau sudut cth: lampu meja, lampu tidur
Pencahayaan tidak langsung cahaya dihasilkan dari
pembalikan lampu hiasan dinding, lampu hiasan siling.
c. Lantai dan penutup lantai ciri lantai yang baik ialah tahan lasak,
tidak licin, rata, cantik dan mudah dibersihkan. Penutup lantai yang
digunakan mestilah sesuai dengan ruang dan mudah dibersihkan.
d. Skema warna terbahagi kepada tiga iaitu warna terang, lembut
dan gelap.
e. Alatan dan kelengkapan ialah perabot, peralatan elektrik dan
hiasan tambahan. Pemilihan perlu sesuai dengan fungsi dan saiz
ruang.
f. Keselamatan susun atur peralatan dan kelengkapan, cara

penggunaan dan penyimpanan peralatan elektrik serta pemilihan


jenis lantai yang sesuai boleh mengelakkan berlakunya
kemalangan di tempat kediaman.
PEMILIHAN WARNA DAN KESAN KEPADA RUANG
Kesan kepada ruang
Ruang kecil kelihatan lebih

besar
Siling rendah kelihatan tinggi

Suasana sejuk, tenang dan

harmoni
Ruang kecil kelihatan lebih

besar
Siling rendah kelihatan tinggi

Suasana ruang ceria

Ruang besar kelihatan kecil

Siling tinggi kelihatan rendah

Suasana tenang dan redup

Warna
:Warna lembut
Biru muda, hijau muda, ungu muda

:Warna

terang
Merah, kuning, jingga
:Warna gelap
Biru tua, coklat tua, hijau tua

PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMAN


1. Pembersihan tempat kediaman boleh dilakukan sama ada secara harian,
mingguan atau berkala.
a.
Pembersihan harian ialah kerja-kerja ringan yang dilakukan setiap hari
dengan mengambil masa yang singkat.
b.
Pembersihan mingguan ialah kerja-kerja yang dilakukan pada hujung
minggu ke atas perkara-perkara yang memerlukan perhatian yang lebih.
c.
Pembersihan berkala ialah pembersihan yang dilakukan sebulan sekali
atau sekali sekala berdasarkan keperluan.
MENGENAL PASTI ALAT DAN AGEN PENCUCI
1. Penggunaan alatan dan agen pencuci yang sesuai membolehkan kerja-kerja
pembersihan dilakukan dengan sempurna.
MEMILIH DAN MENGGUNAKAN AGEN PENCUCI YANG SESUAI
1. Pemilihan agen pencuci bergantung kepada jenis permukaan yang hendak
dibersihkan, tahap kekotoran lantai, serta agen pencuci yang sesuai dan
mesra alam.
2. Sebelum menggunakan agen pencuci, baca dan patuhi arahan
penggunaannya yang terdapat pada label. Selepas menggunakannya,
simpan di tempat yang selamat.
MEMBERSIH, MENGEMAS DAN MENGHIAS RUANG TEMPAT KEDIAMAN.

MEMBERSIH RUANG KEDIAMAN


1.
2.
3.

Tutup suis kipas. Tutup dan simpan makanan.


Bersihkan sawang pada kipas, siling dan dinding.
Sapu sampah dan kumpulkan habuk yang jatuh di atas lantai dan buang
ke dalam tong sampah.

MENGEMAS RUANG TEMPAT KEDIAMAN


Buka semua pintu dan tingkap, tarik langsir ke tepi tingkap.
Keluarkan permaidani dan jemur.
Lap alatan dan kelengkapan dengan menggunakan air sabun suam. Mop
lantai dan buang sampah.
4. Kemas dan susun semula alatan dan bentang semula permaidani yang
telah dijemur.
1.
2.
3.

MENGHIAS RUANG TEMPAT KEDIAMAN


1.

Hiaskan dengan langsir, sarung kusyen, gubahan bunga, hiasan dinding,


dan sebagainya dengan susun atur yang sesuai dengan warna, saiz dan
fungsi ruang.

MEMBUANG SAMPAH
1.

Cara membuang sampah perlu sesuai dengan jenis sampah atau kotoran.
Sisa makanan cecair dibuang ke dalam longkang, sampah pepejal
dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah, tin-tin kosong, kaca
hendaklah ditanam dan dikitar semula. Bersihkan tong sampah dengan
pembasmi kuman.

MENCEGAH SERANGGA DAN HAIWAN PEROSAK


1.

Serangga dan haiwan perosak boleh dicegah jika peralatan, ruang dan
persekitaran rumah sentiasa bersih.

SUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN


FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA MENYUSUN ATUR
ALATAN DAN KELENGKAPAN.
1.

Faktor yang perlu diambil kira semasa menyusun atur alatan dan
kelengkapan ialah saiz ruang, saiz perabot, skema warna, keceriaan,
keselamatan, dan kumpulan ahli keluarga.
a. Pastikan alat dan kelengkapan berpadanan dengan saiz ruang.
Susun atur yang sesuai akan menjadikan ruang kecil kelihatan

b.

c.
d.

e.

lebih luas.
Saiz perabot mesti sesuai dengan saiz ruang. Pastikan perabot
yang dipilih sesuai mengikut keperluan dan tidak menghalang
pergerakan.
Skema warna alatan dan kelengkapan perlu sesuai dan
berpadanan dengan saiz dan warna ruang.
Keceriaan sesebuah ruang dapat diwujudkan dengan pemilihan
alatan dan kelengkapan, hiasan tambahan, dan skema warna yang
berpadanan.
Susun atur alatan dan kelengkapan perlu sesuai dengan kumpulan
ahli keluarga (bayi, kanak-kanak, orang tua), memberi ruang yang
selesa, dan selamat untuk pergerakan.

MENYUSUN ATUR ALATAN DAN KELENGKAPAN DI RUANG DAPUR.


1. Susun atur alatan dan kelengkapan dapur yang betul dapat membantu
meminimumkan pergerakan, penggunaan tenaga dan masa serta
mempunyai ruang dapur yang kemas.
a) Meja kerja diletakkan berhampiran dengan sink, mempunyai
ketinggian yang sesuai
b) Sink diletakkan berhampiran tingkap tetapi jauh dari dapur untuk
mengelakkan percikan air.
c) Peti sejuk diletakkan berhampiran meja kerja dan jauh dari dapur
untuk mengelakkan haba dapur.
d) Dapur diletakkan berhampiran meja kerja, jauh dari tingkap dan
pintu untuk mengelakkan tiupan angina dan ketinggian perlu sesuai
untuk memudahkan kerja.
2. Alatan dan perabot dapur boleh disusun dalam bentuk U, I, L dan H.

Anda mungkin juga menyukai