Anda di halaman 1dari 3

Y.A.Bhg.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat merupakan


tokoh politik, negarawan dan pemimpin antarabangsa yang sangat terkenal dengan ideaidea yang bernas, kontroversial dan tegas dalam memberi pendapat dan pemikirannya.
Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki Seberang Perak dan pendidikan menengah di
Kolej Sultan Abdul Hamid, kedua-duanya di Alor Star. Beliau tamat persekolahan dan lulus
'Senior Cambridge' dengan cemerlang pada tahun 1945 .Pada tahun 1947, beliau telah
melanjutkan pelajarannya di King Edward VII College of Medicine di Singapura. Beliau telah
dianugerahkan ijazah perubatan MBBS pada tahun 1952.

Kerjaya :

Doktor pelatih, Hospital Besar Pulau Pinang


Pegawai Perubatan, Hospital Besar Alor Star (1954)
Pernah berkhidmat di Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis
Membuka klinik persendirian (MAHA Klinik), Alor Star, (1957)
Menteri Pelajaran Malaysia (5 September 1974)
Timbalan Perdana Menteri (5 Mac 1976) tetapi masih memegang portfolio pendidikan
Berkhidmat di Kementerian Perdagangan dan Industri (1977)
Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4 oleh DYMM Yang DiPertuan Agong,
(18 Julai 1981)
Menteri Pertahanan (18 Julai 1981 - 6 Mei 1986) disamping memegang jawatan
Perdana Menteri
Menteri Dalam Negeri (7 Mei 1986) disamping memegang jawatan Perdana Menteri
Menteri Kehakiman (1987) disamping memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan
Perdana Menteri
Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri
Menteri Kewangan Pertama (8 Januari 1999) disamping memegang jawatan Perdana
Menteri
Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping
memegang jawatan Perdana Menteri.

Penglibatan Politik :

Ahli Kesatuan Pemuda Melayu Kedah


Ahli UMNO Bahagian Alor Star
Ahli Majlis Bandaran Alor Star (1950an)
Ahli Parlimen Kota Setar Selatan (1964)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1973)
Dilantik sebagai Senator oleh Majlis Mesyuarat
Negeri Kedah ke Dewan Negara
Ahli Parlimen Kubang Pasu (1974 hingga kini)
Naib Presiden UMNO (1975)
Timbalan Presiden UMNO(1980)
Presiden UMNO (Jun 1981 hingga kini)

Dalam hubungan antarabangsa, beliau berjaya


menarik perhatian dunia di Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Dalam ucapan-ucapannya di badan dunia itu, kritikan-kritikannya
kepada kuasa barat dan kuasa besar dunia memeranjatkan banyak pihak. Ini
menjadikan beliau sebagai pemimpin dunia ketiga yang mula diberi perhatian
media antarabangsa.

Penglibatan di peringkat antarabangsa :

President of United Nations Sponsored International Conference on Drug Abuse and


Illicit Trafficking (ICDAIT), Vienna, Austria (1987)
Chairman of the High Level Appraisal Group (HLAG) CHOGM (1989)
Pengerusi 27th CHOGM Conference di Kuala Lumpur.
Chairman of the Group 11 Commonwealth Heads of Government
Perasmi Zimbabwe International Trade Fair, orang bukan Afrika pertama diberi
peluang sejak ia dijalankan 34 tahun yang lalu (1994)
Vice President of the World Solar Commision, (1996)

Dari segi pembangunan ekonomi negara, Tun Dr.


Mahathir nyata sekali telah membuat anjakan
paradigma yang jelas dalam struktur sistem
ekonomi Malaysia. Daripada sebuah negara yang
berteraskan sistem pertanian sara diri,
perladangan getah dan bijih timah, Malaysia telah
menjalankan ekonomi berteraskan industri dan
perdagangan. Beliau turut memperkenalkan
industri berat dan berteknologi tinggi di Malaysia
yang telah berkembang menjadi sebuah industri yang maju dan berdaya saing. Tun
Dr. Mahathir telah membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara
dengan memperkenalkan 'Dasar Pandang ke Timur' untuk mengambil contoh
kejayaan negara-negara Asia Timur, 'Dasar Penswastaan', 'Dasar Bersih, Cekap dan
Amanah', 'Kepimpinan Melalui Teladan' dan 'Penerapan nilai-nilai Islam' ke dalam
perkhidmatan awam untuk mewujudkan lagi jentera kerajaan yang cekap dan
menghasilkan mutu kerja yang berdaya saing dan berkualiti. Polisi-polisi ini telah

menjadikan perkhidmatan awam di Malaysia antara yang terbaik di dunia pada hari
ini.
Bagi mencapai status negara maju, Tun Dr. Mahathir telah mewujudkan Wawasan
2020 sebagai tahun untuk Malaysia mencapai status negara maju dan menyeru
rakyat agar berusaha dan mempersiapkan diri bagi mencapai Wawasan tersebut.
Pada akhir 1990an, Tun Dr. Mahathir telah menyediakan Malaysia dengan cabaran
masa depan dengan menubuhkanMultimedia Super Corridor (MSC) yang
menekankan teknologi maklumat sebagai aset penting negara di alaf akan datang.
Di zaman persekolahannya, Dr. Mahathir amat meminati bidang penulisan. Beliau
pernah menjadi editor majalah Darulaman terbitan Kolej Sultan Abdul Hamid.
Ketika di universiti, beliau merupakan editor majalah terbitan Kolej Perubatan
Singapura.
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
pingat dan darjah kebesaran oleh kerajaan di dalam dan luar negara. [Sila Klik]
Sememangnya sumbangan yang diberikan oleh beliau kepada agama, bangsa dan
negara amat besar di dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
dinamik, maju dan canggih. Daya tahan beliau sebagai tonggak utama negara
selama dua dekad merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

Anda mungkin juga menyukai