Anda di halaman 1dari 3

Anak nelayan dan tukang sapu dapat 20A

dalam SPM
MARCH 13, 2009

Nik Nur Madihah bersama bapanya


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal bukan siapa-siapa dia bukan
anak orang kaya yang pagi petang siang malam cakap orang puteh
kat rumah budak ni tak pernah pergi tuisyen apa lagi pergi kelas
tambahan bahasa inggeris dia juga tak pernah diajar cakap orang
puteh kat rumah
Nik Nur Madihah cuma budak kampung budak kampung biasanya
dianggap kolot, tak up to date, tak stylo aku yakin dia tak pernah
merasa lepak Starbucks sambil bukak notebook melayari internet,
kerana dia berasal dari keluarga miskinbapanya bekerja sebagai
nelayan, ibunya pula tukang sapu.

Nik Nur Madihah adalah tipikal Melayu kampung yang tinggal di


perkampungan tipikal Melayu tepi laut dengan ruang lingkup
hidupnya berlatarkan kehidupan nelayan confirm hari-hari badan
bau ikan kering

Nik Nur Madihah di rumahnya - Gambar Utusan Malaysia


Ya Nik Nur Madihah budak kampung tapi dia memperoleh 20A
dalam SPM pelik bukan?? Hari ini gambarnya terpampang di
dada-dada akhbar utama kerana kejayaan luar biasanya itu
gambar budak kampung terpampang di muka depan akhbar pelik
bukan??
Tapi bagi aku tak pelik aku tak pernah percaya budak kampung
tak boleh berjaya dalam pelbagai bidang aku berbangga dan
terharu dengan kejayaan Nik Nur Madihah
Datuk Mustapa Mohamed adalah anak petani miskin dari Bachok,
tapi dia adalah pakar ekonomi yang menjadi orang kepercayaan Tun
Dr Mahathir hingga membawanya masuk ke dalam Kabinet

Malah Dr Mahathir pernah berkata, 10 orang seperti Datuk


Mustapa saja sudah cukup untuk mentadbir Malaysia menjadi
sebuah negara maju
Datuk Dr Awang Adek Hussin juga asalnya anak nelayan miskin
dari Perupok, Bachok. Kakaknya terpaksa berhenti sekolah untuk
bekerja semata-mata bagi membolehkan Dr Awang bersekolah. Dr
Awang pernah bergelar Timbalan Gabenor Bank Negara sebelum
menceburi politik.
Jadi, aku tak pernah percaya anak orang miskin, anak petani, anak
nelayan, anak penoreh getah atau anak buruh kasar yang tinggal di
kampung-kampung terpencil tak boleh berjaya!
Cuma, sesetengah orang Melayu sendiri yang menidakkan
keupayaan budak kampung orang Melayu sendiri yang
menganggap budak kampung tak boleh maju

Anda mungkin juga menyukai