Anda di halaman 1dari 6

Walaupun rencana ini diterbitkan 7 tahun dahulu, tetapi masih sangat

releven dengan perkembangan semasa.


Negara sudah merdeka 44 tahun, akan tetapi dalam berbagai-bagai bidang, seperti
ekonomi dan politik, sebahagian besar rakyat masih belum bebas. Bahkan dari segi
fikiran mengenai sejarah kemerdekaan pun, sebahagian ramai rakyat terus
terkongkong, terutama oleh pelbagai dongeng yang sengaja dilanjutkan
melalui saluran buku sekolah dan propaganda pemerintah.
Ada dua tradisi atau aliran yang jelas dalam sejarah perjuangan kemerdekaan di
negeri ini, seperti di banyak negara Asia-Afrika-Amerika Latin yang pernah
mengalami penjajahan jua. Tradisi pertama ialah penentangan terhadap penjajahan
secara habis-habisan untuk mendapatkan kemerdekaan yang penuh. Tradisi kedua
ialah berkompromi dengan penjajah sehingga sanggup menerima saki-baki sistem
ekonomi, politik, perundangan dan pendidikan yang diwarisi dari penjajahan.
Di Malaysia, kedua-dua tradisi ini wujud. Akan tetapi, tradisi pertama telah berjaya
dikalahkan oleh pihak penjajah British, yang kemudiannya memberi dorongan serta
sokongan untuk kemenangan tradisi kedua. Pimpinan daripada tradisi kedua ini
terdiri dari golongan atasan masyarakat yang memang mudah bekerjasama dengan
pihak penjajah. Golongan tradisi kedua ini, selepas menang, telah menyebarkan
berbagai-bagai dongeng tentang perjuangan untuk kemerdekaan negara.
Mari kita lihat sesetengah daripada dongeng tersebut.
Dongeng pertama, perjuangan kemerdekaan bermula hanya selepas Perang Dunia
II

berikutan

memaksakan

penentangan
pembentukan

terhadap
Malayan

percubaan
Union.

Mahkota

British

Sebenarnya,

hendak

perjuangan

mempertahankan kemerdekaan negara dan kedaulatan rakyat telah bermula lebih


awal dari itu, dengan penentangan pembesar dan rakyat Melaka, di bawah
Bendahara Paduka Raja, terhadap serangan serta penaklukan oleh Portugis pada
tahun 1511.
Selepas itu, dalam abad ke-19, apabila penjajah British, dengan kerjasama
sesetengah Sultan serta pembesar, berjaya mencerobohi masuk untuk menakluki
Semenanjung Melayu, ramai pembesar lain telah memimpin rakyat biasa untuk
bangun menentang. Di antara mereka ialah Maharaja Lela (di Perak), Tok Janggut
(di Kelantan), Orang Kaya Semantan serta Mat Kilau (di Pahang), Datuk Naning (di
Melaka), dan ramai lagi. Perjuangan mereka disambung oleh Abdul Rahman
Limbong (di Terengganu).

Dongeng kedua, UMNO (dan Perikatan, selepas penyertaan MCA dan MIC) adalah
satu-satunya yang menjayakan pergerakan untuk kemerdekaan. Ini tidak tepat.
Walaupun kemerdekaan telah diserahkan oleh British kepada Perikatan (yang
dipimpin UMNO), namun sebelum itu sudah ada parti dan gerakan yang merintis
jalan ke puncak kemerdekaan.
Sebelum Perang Dunia Kedua telah wujud Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan juga
Persatuan Melayu di beberapa buah negeri yang telah mula menyemai benih
kemerdekaan. Tidak boleh dinafikan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) juga
memainkan peranan dalam perjuangan ini. Selepas perang itu telah tertubuh pula
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) berserta Angkatan pemuda Insaf (API)
dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), dan juga Hizbul Muslimin (HM).
Dalam perjuangan untuk kemerdekaan PKMM (mewakili golongan nasionalis), HM
(mewakili golongan agama) disertai oleh unsur dari PKM juga, telah merapatkan
kerjasama. Mereka menjadi meluas di bawah payung lebih besar yang dikenali
sebagai

PUTERA-AMCJA

(All-Malayan

Council

for

Joint

Action),

untuk

memperjuangkan kemerdekaan penuh. Di antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah


Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Helmy, Ishak Hj Muhammad, Abu Bakar Bakir,
Abdullah C.D., John Eber dan juga Tan Cheng Lock (sebelum memimpin MCA).
Tun Ismail Abdul Rahman, yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri,
sewaktu berucap di satu majlis Konvokesyen di Universiti Sains Malaysia (USM),
selepas dianugerahkan ijazah kehormat pada tahun 1973, telah menyatakan
bahawa sumbangan golongan kiri yang diwakili oleh pertubuhan serta pimpinan
yang tersebut di atas perlu diiktiraf dalam perjuangan kemerdekaan. Malangnya
banyak pertubuhan ini telah diharamkan dan ramai di antara pemimpin mereka
dipenjarakan oleh penjajah Inggeris. Dalam kekosongan yang timbul berikutannya,
British telah menggalakkan perkembangan UMNO (dan Perikatan). Sekali lagi dua
tradisi perjuangan kemerdekaan yang disebutkan di atas telah kelihatan.
Dongeng ketiga, perjuangan kemerdekaan di negeri ini ialah perjuangan orang
Melayu saja, dan oleh itu nasionalisme yang timbul ialah nasionalisme orang
Melayu. Memang benar bahawa orang Melayu memainkan peranan yang penting
dan

utama

dalam

selanjutnya.

Pada

menentang
asas

Malayan

permulaannya

Union

dan

perjuangan

menuntut
ini

kemerdekaan

bertujuan

untuk

menyelamatkan kedudukan raja-raja Melayu yang menjadi lambang kedaulatan


orang Melayu.

Itu sebabnya slogan perjuangan UMNO dari mula ialah Hidup Melayu, yang
sempit skopnya dan boleh dianggap sebagai mempunyai unsur perkauman. Dalam
tahun 1946, Kongres Melayu dan UMNO tidak menerima cadangan PKMM supaya
digunakan slogan Merdeka. Hanya beberapa tahun kemudian baru UMNO
menerima slogan ini. Itu pun lama selepas British mengisytiharkan Undang-undang
Darurat, mengharamkan beberapa parti politik serta gerakan pekerja kiri, menahan
beribu-ribu pejuang kemerdekaan tulen dari PKMM, API, AWAS, HM serta PKM, dan
memaksa ramai pemimpin serta anggota komunis dan nasionalis meneruskan
perjuangan dari hutan rimba.
Terutama sekali sebelum perisytiharan darurat itu, penyertaan orang bukan Melayu
dan mereka yang berpendidikan lain daripada pendidikan Melayu boleh dikatakan
besar juga. Perjuangan orang Melayu dalam PKMM mendapat sokongan sebahagian
daripada orang bukan Melayu dalam berbagai-bagai parti atau pertubuhan. British
mencurigai mereka kerana semangat anti-British mereka yang kuat untuk
memperjuangkan kemerdekaan penuh dalam semua bidang.
British juga bimbang kerana mereka melambangkan gerakan pelbagai kaum yang
boleh bersatu dan tidak akan mahu bersubahat dengan penjajah. Itu sebabnya
penjajah British mematahkan gerakan mereka yang progresitf dan pelbagai kaum
itu dan menggalakkan perkembangan UMNO (serta Perikatan) yang lebih mudah
dikawal. Dengan kerjasama pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC, penjajah
British telah Berjaya mengalihkan permusuhan rakyat daripada penjajahan British
serta kezalimannya kepada pejuang-pejuang kemerdekaan (terdiri dari nasionalis
dan komunis) yang masuk hutan serta kekejaman mereka. British berjaya
melaksanakan dasar pecah-pecah dan perintah.
Dongeng keempat, kemerdekaan tidak akan berjaya dicapai seandainya tidak
dengan pimpinan golongan atasan Melayu, Cina dan India dalam UMNO, MCA dan
MIC, yang kemudiannya bergabung tenaga dalam Perikatan. Memang benar
bahawa golongan atasan Melayu (terdiri daripada bangsawan dan pegawai),
golongan kapitalis Cina (terdiri daripada peniaga yang bekerjasama dengan
syarikat-syarikat besar Inggeris atau tidak) dan juga golongan atasan India (terdiri
daripada ahli perniagaan dan juga profesional), memainkan peranan yang penting.
Akan tetapi mereka tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat sokongan
daripada rakyat biasa dari golongan bawahan dan juga pertengahan.
Sebenarnya, sebelum perisytiharan darurat, parti-parti yang wujud mempunyai
pimpinan daripada golongan pertengahan, seperti guru, wartawan dan sebagainya.

Begitu juga, pertubuhan pekerja yang terdiri dari semua kaum bergerak begitu
cergas sekali untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Pergerakan mereka ini
dihubungkan dengan perjuangan untuk kemerdekaan, kerana mereka melihat
bahawa penindasan yang dilkaukan oleh penjajahan Inggeris melalui agensi-agensi
perdagangan dan juga ladang serta lombong, mengakibatkan taraf hidup mereka
yang rendah. Akan tetapi perjuangan golongan buruh ini dicap sebagai dipengaruhi
komunis.

Mereka

diharamkan

dan

ramai

pemimpin

mereka

dipenjarakan.

Sesungguhnya kita tidak boleh melupakan sumbangan rakyat jelata dari semua
kaum, khususnya dari golongan pekerja, untuk perjuangan kemerdekaan tulen
negara.
Dongeng kelima, kepercayaan meluas bahawa Merdeka di negeri ini telah dicapai
secara aman dan tanpa tumpah darah, tidak seperti sesetengah negeri lain. Ini
sebenarnya kepercayaan yang silap. Banyak nyawa telah melayang apabila rakyat
Melaka berjuang dengan berani menentang penjajah Portugis, yang menggunakan
kapal serta meriam, dengan bersenjatakan hanya keris, tombak dan panah saja,
demi mempertahankan kedaulatan mereka. Begitu ramai rakyat yang maut atau
cedera, dan banyak keluarga yang merana serta kampung binasa, apabila
pembesar Melayu serta pengikut mereka cuba menangkis kakitangan penjajah
Inggeris yang menyerang dengan meriam dan senapang untuk menakluki negerinegeri Melayu dalam abad ke-19.
Begitu juga, dalam perjuangan selepas Perang Dunia II, beribu-ribu yang terkorban
dan menderita apabila penjajah British bertindak ke atas apa yang mereka tuduh
sebagai penderhaka komunis dan penyokong-penyokong mereka. Akan tetapi,
seperti diakui oleh banyak pihak, termasuk Tun Dr Ismail dalam ucapan
penerimaan doktor kehormat di USM pada tahun 1973, ramai jua di antara mereka
yang sebenarnya turut berjuang untuk Merdeka. Perang kita bagi pihak penjajah
British terhadap komunis, tidak harus diagung-agungkan lebih daripada perjuangan
kita menentang penjajahan British untuk mencapai Merdeka.
Akhirnya, selepas 44 tahun merdeka, kita masih belum tahu lagi mengenal,
mengiktiraf

dan

menghormati

semua

golongan

yang

telah

turut

serta

memperjuangkan kemerdekaan kita. Sungguhpun pimpinan hari ini membuat


percubaan

untuk

mengubah

orientasi

pro-British

(atau

pro-Barat)

di

awal

kemerdekaan kepada yang bersifat lebih anti-Barat, namun percubaan itu tidak
begitu berkesan. Saki baki penjajahan dari segi ekonomi, politik, perundangan dan
ketenteraan semakin jelas ketara. Walaupun proses globalisasi sering dikritik,

namun pimpinan pemerintah tidak berjaya mengurangkan, apatah lagi menangkis


akibat, penjajahan bentuk baru ini.
Rakyat jelata dari golongan bawahan mengharapkan pembelaan dari segi ekonomi
daripada kemerdekaan. Akan tetapi, kini pembahagian kekayaan negara semakin
tidak adil. Kekayaan dan keistimewaan menjadi monopoli sebilangan kecil saja
yang rapat hubungan dengan pucuk pimpinan pemerintah. Walaupun pendapatan
per-kapita meningkat, namun jurang di antara yang kaya dan miskin bertambah
lebar. Amalan pilih kasih dan rasuah semakin meluas. Kehidupan rakyat jelata
semakin sempit. Pucuk pimpinan BN semakin bersifat kuku besi.
Semangat perjuangan Merdeka yang tulen semakin malap sekarang ini. Kita perlu
ingat bahawa apabila ibubapa kita dahulu mengorbankan nyawa, tenaga serta
wang mereka untuk Merdeka, mereka hendak mengembalikan kebebasan, maruah
serta martabat kita sebagai satu bangsa. Sesuai dengan semangat gagah perkasa
mereka, kita harus meneruskan perjuangan untuk merdeka daripada penjajahan
semula oleh mana-mana kuasa; merdeka daripada pemerintahan zalim serta tidak
adil yangbertambah oleh seorang pemimpin; merdeka daripada pengumpulan
kekayaan secara rakus oleh segelintir yang terpilih; merdeka daripada kemiskinan
serta penindasan, merdeka daripada korupsi serta kronisme di kalangan mereka
yang paling berkuasa; merdeka daripada ketakutan serta prejudis antara kaum,
merdeka

daripada

segala

undang-undang

serta

peraturan

yang

zalim

dan

menekan; merdeka daripada penguasaan segelintir orang dari pemerintah ke atas


kehakiman, polis dan media, dan bermacam-macam lagi.
Sejak kita merayakan hari kemerdekaan ke-40, negara dan rakyat telah melihat
berbagai-bagai peristiwa. Krisis ekonomi yang melanda dan kezaliman yang
dilakukan ke atas Anwar Ibrahim telah membawa banyak perubahan. Ada seorang
teman mengatakan, Apabila Anwar dipukul setengah mati dan matanya lebam
serta tertutup sebelah, pada masa yang sama dua-dua belah mata ramai rakyat
menjadi celik. Sekarang setelah beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15
tahun atas apa yang dipercayai ramai dalam dan luar negeri sebagai tuduhan palsu
serta fitnah semata-mata, lebih ramai lagi yang bertambah celik.
Anwar sudah menjadi lambing kepada apa yang boleh dilakukan oleh pemerintah
dan pemimpin yang zalim serta tidak adil ke atas rakyatnya. Kesedaran rakyat
sudah melampaui kesedaran tentang kezaliman ke atas Anwar seorang saja. Akan
tetapi

ia

adalah

kesedaran

lebih

luas

pembohongan, putar belit, ketamakan,

tentang

kezaliman,

kekejaman,

kerakusan, korupsi pemerintah

dan

pemimpin itu. Itu sebabnya tuntutan rakyat ramai sekarang ini ialah untuk keadilan
dan demokrasi dengan erti seluas-luasnya dalam segala bidang bagi rakyat semua.
Itu sebabnya mereka menuntut perubahan dan melaungkan Reformasi!
Untuk menutup pekung mereka, para pemimpin pemerintah memainkan api
perkauman. Mereka melanjutkan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh
penjajah dahulu. Jikalau dulu gerakan Komunis dan Kiri menjadi
momokan,

sekarang

ini

Reformasi

dan

Islam

Keadilan pula digunakan untuk menakut-menakutkan rakyat ramai.


30hb Ogos 2001

dan

Anda mungkin juga menyukai