Anda di halaman 1dari 21

Isu remaja

1. Keluarga
- Kedangkalan (kekurangan) kasih sayang daripada ibu bapa terhadap
remaja juga menyebabkan remaja mudah.
- Dalam menempuh arus globalisasi ini, ibu bapa semakin alpa (lupa)
terhadap tanggungjawab mereka kerana mereka terlalu obses(asyik)
mengejar arus modenisasi.
- Hadis nabi ada menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain
putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau
Majusi.
-Setiap remaja Islam hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima
waktu sehari kerana Allah S.W.T berfirman bahawa, Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
- Mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata
bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah ibu bapa
sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk cahaya mata mereka.
- Albert Einstein iaitu orang yang paling bijak di dunia ini telah mengatakan
bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama
adalah lumpuh.
- Memetik kata-kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan
keluarga penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga
tersebut akan berasa lebih senang menghabiskan masa lapangnya di
rumah.
- Kajian daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati
kebanyakan rakyat yang terlibat dengan gejala negatif terutamanya
golongan remaja yang terdiri daripada mereka yang mempunyai konflik
keluarga.

- Kempen yang dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi bertemakan Keluarga Penyayang Aspirasi
Negara.
- Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa benih yang bernas
apabila jatuh kelaut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
jatuh ke bumi menjadi penawar. Demikainlah betapa besarnya peranan
sesebuah keluarga dalam menentukan kesinambungan masyarakat
madani.

2. Sekolah
- Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus
daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial
seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya.
- Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan
yang syumul dengan ilmu pengetahuan dan tepu dengan nilai-nilai moral.
3. Kerajaan
- Menerusi Kementerian Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh
dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan remaja memanfaatkan hidup
remaja dengan aktiviti berfaedah.
- Program Rakan Muda perlu dimanfaatkan oleh remaja untuk menentukan
hala tuju bagi memastikan remaja menjadi warganegara yang berguna.
- Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu
bertindak tegas terhadap unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat
kita terutamanya apabila melibatkan remaja kita.
- Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi perlu
mengawal penyebaran gambar, maklumat dan berita yang dibawa oleh
anasir-anasir yang negatif.

Ungkapan menarik tentang isu remaja


- Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia
ini, begitulah ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia,
Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai
penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan.
- Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa
hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah,
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
- Janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup
setahun tanamlah gandum, jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah
pokok dan jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia.
Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan
kehilangan mutiara yang paling berharga untuk menjadi pelapis
kepimpinan negara.
- Berdasarkan salah satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang
menyebut bahawa seseorang kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih
sayang, dia akan berlatih mengasihi orang lain.

ISU KERAJAAN / NEGARA

Amalan Gaya Hidup Sihat


- Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pernah
melancarkan kempen Tak Nak dan Setiap Sedutan Membawa Padah
pada tahun 2005.
- Berdasarkan petikan hadis yang berbunyi, Jagalah masa sihat kamu
sebelum datang masalah sakit jelas menyatakan bahawa kesihatan
merupakan aset yang paling bernilai dalam hidup.

Integrasi Nasional/ Perpaduan


- Tun. Dr. Mahathir juga pernah berkata bahawa kita hendaklah
mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya bersatupadu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara.
- Mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah
julung-julung kali melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
pada akhir tahun 2004.
- Pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana
Mentari Britain, John Prescott menyatakan keinginan Britain mempelajari
pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan
amalan tolak ansur agama.

Jenayah Negara
- Menurut sejarah dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh
banyaknya kes jenayah dan keruntuhan akhlak berlaku.
- Rakyat perlu menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr.
Mahathir Mohammad, iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan
mengulanginya.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyeru orang ramai agar
bersama-sama menggembleng tenaga untuk membanteras jenayah yang
berlaku di kawasan kediaman seperti kes pecah rumah, kes culik, kes rogol
dan beraneka kes jenayah lagi.
Penanda Wacana Karangan

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN


KARANGAN

- Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap
empat penjuru dunia ini tentang isu

- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal


dan minda kita telah .

-Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri


ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran
dan rintangan yang bakal menghambat.

- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada
dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini

- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat
menyaksikan

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN


KARANGAN

-Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan


akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

- Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang


menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

- Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif
dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah
bersarang lama di negara kita ini.

- Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju


dengan pendapat yang menyatakan .

- Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,


sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah
ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

-Kita dapat menyaksikan betapa

-Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana

-Lazimnya, dalam keadaan

-Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah

-Pada hemat saya / Pada pandangan saya

-Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa

-Sebagaimana yang kita ketahui /Sebagaimana yang kita maklumi

- Sejak awal lagi / Kebelakangan ini

- Selain itu, pada masa ini juga

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM


KARANGAN

-Bagi sesetengah orang

- Begitu juga dengan /Begitu juga halnya dengan

-Bertitik tolak daripada itu

-Bukan itu sahaja

-Dalam hal ini / Dalam konteks ini ..

-Dalam zaman yang serba canggih ini

-Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa

-Dengan adanya /Dengan berbuat demikian / Dengan perkataan


lain ..

-Disebabkan hal itu /Disebabkan keistimewaan inilah kita ..

-Hal ini berlaku disebabkan / Hal ini penting dalam / Hal ini serupa dengan /
Hal yang serupa berlaku apabila...

- Jadi kita perlu / Jadi kita hendaklah

-Keadaan ini tentunya

- Lantaran itu sehingga kini

- Kesemua ini menyumbang kepada

- Kita mengakui hakikat bahawa

- Kita sering menonton di kaca televisyen / Kita sering membaca di dadadada akhbar

- Memandangkan keadaan yang sedemikian

- Namun sejak belakangan ini

-Oleh itu, bolehlah dikatakan

- Secara logiknya masa yang

- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

- Yang paling nyata ialah /Yang perlu kita pastikan ialah

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK

-Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

- Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini
menunjukkan

- Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ..


pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

-Sebagai contohnya

- Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh

- Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

- Sebagai analoginya,

- Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

-Intihanya,

- Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

- Konklusinya,

- Dengan ini diharapkan

- Mudah-mudahan perkara ini

- Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa

- Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke


lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ini akan

- Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersamasama


Posted by Cikgu Anelyza WMS at 9:12 PM 0 comments
Fokus Karangan SPM 2009
Isu/tema
1. Pendidikan Pendidikan maya/sepanjang hayat
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan/Aktiviti menabung/Skim Cepat Kaya
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah
6. Perpaduan Antara Kaum
7. Gejala Rasuah

8. Permainan Tradisional
9. Pemanasan Global
10. Barang Buatan Malaysia
11. Telefon Bimbit
12. Kafe Siber
13. Bahasa Melayu/Inggeris/Asing
14. Gejala sosial
15. Krisis Ekonomi Dunia
16. Kenaikan harga minyak/barang
17. Amalan Membaca-kebaikan/punca/langkah
18. Pengalaman/program yang pernah disertai1
9.
Kemalangan
Jalan
kebaikan/punca/langkah

Raya-punca/langkah20.

21. Semangat patriotik


22. Bahan Sastera (KOMSAS)
23. Ulasan filem/novel/cerpen
24. Guru/ibu bapa - peranan

Fokus Soalan Pemahaman KOMSAS SPM 2009

Pemahaman Prosa Moden


Cerpen Tg. 4

Kokurikulum-

1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
Cerpen Tg. 5
1. Virus Zel Untuk Abah
Drama Tg. 4
1. Serunai Malam

Pemahaman Prosa Tradisional


Tg. 4
1. Cerita Bayan
2. Sikap terburu-buru Membawa Padah
Tg. 5
1. Sabor
2. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

Pemahaman Puisi
Tg. 4
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3.Anak Laut
4. Derita Pertama

5. Jalan-jalan Raya Kotaku


Tg. 5
1. Pantun 6 Kerat
2. Syair Kelebihan Ilmu
3. Duhai Pentafsir
4. Di Ruang Gemanya

Fokus Soalan Novel SPM 2009


1. Kritikan masyarakat
2. Perbandingan antara watak utama
3. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
4. Peranan watak
5. Binaan Plot-5P
6. Teknik Plot
7. Jenis watak
8. Keistimewaan watak
9. Unsur suspens
10. Cara pengarang menggambarkan watak
11. Cara pengarang menggarap nilai
12. Persoalan tentang kasih sayang dan tangungjawab yang terdapat
dalam novel.
13. Faedah mempelajari novel

Posted by Cikgu Anelyza WMS at 9:04 PM 0 comments


Latihan Karangan Bergambar SPM Ciri-ciri sekolah selamat
Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu,
tempat kita menimba ilmu ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat
dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya,
terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah
sebagai tempat yang selamat. Cara-cara berikut mestilah kita ketahui demi
menjadikan sekolah sebagai tempat anak-anak belajar yang selamat dan
selesa.
Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempattempat yang strategik di kawasan sekolah. Langkah ini amat penting
supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke bangunan yang
lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami
nasib yang sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat
kawalan kebakaran berbentuk semburan tidak dapat berfungsi dengan
normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan kebakaran
yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak
sekolah juga haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat
tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat
belajar yang selamat.

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan
yang dapat digunakan pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini
berlaku demikian kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh
sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah
ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa,
latihan kebakaran haruslah dijalankan juga. Hal ini dapat memastikan
pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan
dalam kalangan warga sekolah.

Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga


dengan rapi. Setiap pintu sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang
pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina untuk memastikan
para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini
kepada pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes
ragut dapat diatasi sekali gus menjamin keselamatan anak-anak yang
mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke rumah. Ibu bapa
juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap
kebimbangan ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat
meningkatkan imej sekolah secara tidak langsung.

Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan


sekolah juga harus ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan tempatan dengan
menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar.
Penyediaan lintasan zebra juga merupakan langkah penting supaya muridmurid dapat melintas jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh
pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat penting selain memasang
papan tanda isyarat Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah. Hal ini dapat
memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan
kelajuan di kawasan sekolah. Apabila langkah di atas dapat diambil, muridmurid akan berasa selamat dan kes kemalangan di kawasan sekolah dapat
dikurangkan.

Kesimpulannya, keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak.


Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing
untuk menjamin keselamatan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada
di sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan
peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anakanak selamat masuk ke sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen
Sekolah Selamat haruslah diuar-uarkan supaya keselamatan anak-anak

dapat dijamin. Dengan ini, sekolah akan menjadi tempat belajar yang
selamat dan kondusif.
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 8:40 PM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
Rangka Karangan - Langkah-langkah Menangani Masalah Kehilangan
Kanak-kanak
Pendahuluan
- berita kehilangan kanak-kanak yang disiarkan media massa amat
menggusarkan tindakan
perlu diambil untuk mengatasi masalah ini

Isi-isi
- peranan ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka
- peranan sekolah menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat
- peranan taman asuhan kanak-kanak mengambil langkah-langkah bagi
menjamin
keselamatan kanak-kanak
- peranan masyarakat bersikap prihatin apabila melihat kejadian yang
mencurigakan
- peranan polis mengetatkan kawalan di kawasan tumpuan kanak-kanak
- penguatkuasaan undang-undang tindakan tegas terhadap penculik dan
pembunuh kanak-kanak

Penutup

- semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam menangani masalah


kehilangan kanak-kanak
Posted by Cikgu Anelyza WMS at 8:34 PM 0 comments
Negara maju hendaklah membantu negara yang miskin dalam dunia
moden hari ini. Bincangkan kenyataan ini.
Jawapan:
TEMA-negara maju hendaklah membantu negara miskin
KATA KUNCI-Mengapa/sebab
FORMAT-umum
Isi:
1. untuk mewujudkan kestabilan serantau
2. negara miskin yang sering mengalami masalah kebuluran
3. untuk mengawal kebanjiran pendatang asing tanpa izin
4. untuk mewujudkan keadilan dalam dunia
5. berpotensi untuk maju jika dibantu

Dalam era globalisasi ini, semakin banyak negara yang sedang melalui
pembangunan yang pesat. Namun demikian, masih wujud negara yang
miskin akibat daripada kekurangan sumber bahan mentah dan juga
pemimpin yang berkaliber. Negara miskin ini harus dibantu oleh negara
yang maju kerana negara maju lebih berkemampuan untuk memajukan
negara yang serba kekurangan ini. Usaha-usaha yang drastik harus
diambil untuk menukar nasib mereka dan membantu mereka untuk
membangun dan seterusnya mencapai kemajuan yang pesat.

Pertama sekali, negara maju harus membantu negara miskin untuk


mewujudkan kestabilan serantau dengan mengamalkan konsep
memakmurkan jiran. Hal ini berlaku demikian kerana kemiskinan
merupakan ibu kepada semua masalah. Kemelut yang berlaku di negara
jiran mampu mencetuskan pertikaian antara negara kerana wujudnya
pemimpin yang bersikap menangguk ikan di air yang keruh atau
memasang lukah di pergentingan. Sebagai contohnya, pertikaian di selatan
Thailand akibat masalah kemiskinan yang sudah berakar umbi turut
menjejaskan ekonomi Malaysia. Hal ini jika dibiarkan akan memudaratkan
negara kita pada masa akan datang.

Negara maju juga perlu membantu negara miskin yang sering mengalami
masalah kebuluran. Apabila mereka mengalami masalah ini, mereka
menghadapi masalah untuk mendapatkan makanan yang berzat. Oleh hal
yang demikian, mereka akan menghadapi masalah kesihatan. Sebagai
contohnya, negara Somalia di Afrika sudah bertahun-tahun dibelenggu
kemiskinan. Jadi, negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain wajar
membantu negara seperti ini supaya mereka dapat menikmati kehidupan
yang ceria dan seterusnya membangunkan negara mereka semula.

Selain itu, negara maju mesti membantu negara miskin untuk mengawal
kebanjiran pendatang asing tanpa izin. Manusia perlu melakukan kerja
untuk mengisi perut. Oleh itu, risiko rakyat negara miskin memasuki negara
lain secara tidak sah amat tinggi. Sebagai contohnya, penduduk Haiti,
Mexico telah mencerobohi Amerika Syarikat kerana dibelenggu kemiskinan
di negara asal. Hal ini sudah tentu akan menyusahkan negara jiran atau
negara yang menjadi destinasi mereka. Kebanyakan negara yang dibanjiri
pendatang asing sering mengalami peningkatan masalah sosial seperti
gejala jenayah dan juga mengancam keselamatan negara.

Di samping itu, bantuan harus diberikan kepada negara miskin untuk


mewujudkan keadilan dalam dunia. Setiap manusia mempunyai hak untuk
hidup sempurna di negara sendiri. Tanpa bantuan, negara miskin atau
kerdil ini tidak akan dapat membangun dan membantu rakyatnya. Mereka
perlu dibantu kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.
Usaha ini perlu dilakukan supaya wujud keseimbangan agar dapat
mengekang pelbagai bencana atau ditindas oleh negara lain. Sebagai
contohnya, negara kaya mestilah membantu untuk mendirikan negara
Palestin yang haknya telah dirampas oleh Israil dan rakyatnya ditindas dan
tanahnya dirampas oleh kerajaan Israil. Melalui cara ini, keadilan dapat
ditegakkan.

Bukan itu sahaja, negara miskin juga berpotensi untuk maju jika dibantu
oleh negara maju. Kelebihan negara miskin adalah dari segi bilangan
penduduknya yang banyak. Selain itu, negara miskin mempunyai kawasan
yang luas untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Oleh hal yang demikian, jika
kelebihan tersebut dieksploitasi dengan cekap dan betul, pelbagai aktiviti
ekonomi dapat dijalankan. Sebagai contohnya, negara maju hendaklah
melabur atau mendirikan kilang di negara miskin untuk mewujudkan
peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Melalui cara ini, negara maju dapat
mengatasi masalah pengangguran di negara yang berkenaan.

Seterusnya, ekonomi global dapat diperkukuh dengan menghulurkan


bantuan kepada negara miskin. Negara miskin dapat diberikan bantuan
teknologi supaya menjadi tumpuan pelabur asing. Di samping itu, setiap
negara harus bekerjasama untuk meningkatkan produktiviti masingmasing. Namun demikian, kemiskinan menjadi batu penghalang kepada
kerjasama disebabkan pelbagai halangan dari segi budaya dan pemikiran.
Sebagai contohnya, negara maju mestilah bekerjasama untuk
menghulurkan bantuan dari masa ke masa terutamanya dalam bentuk
bantuan modal dan teknologi supaya negara yang berkenaan dapat
menjalankan pembangunan di negara mereka. Melalui usaha ini, negara

yang berkenaan akan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara yang lain.

Kesimpulannya, negara miskin memerlukan bantuan daripada semua


aspek dan bantuan ini haruslah dihulurkan kepada mereka oleh negara
yang maju. Negara maju tidak harus bersikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing dan perlu menunjukkan keprihatinan
mereka terhadap pembangunan negara miskin. Kita sebagai manusia
haruslah saling membantu ibarat aur dengan tebing. Kita tidak patut
membiarkan kekurangan yang terdapat di sesebuah negara mereka begitu
sahaja kerana hari ini hari mereka, hari kita akan tiba juga tetapi harus
berusaha untuk membantunya. Tegasnya, dunia tidak akan menghadapi
sebarang masalah jika semua negara maju di dunia mempunyai pemikiran
yang bercirikan global.

Anda mungkin juga menyukai