Anda di halaman 1dari 3

ILMU HIKMAH SURAH AL-FATIHAH

Menyembuh penyakit
Bacakan al-fatihah sebanyak 40 kali ke dalam bekas yang ada air pastikan air itu mesti air hidup yakni
air yang belum dimasak setelah sapukan kebahagian muka kepada, kedua belah tanggan, kaki atau
mana-mana anggota yang sakit insyallah dengan izin allah swt penyakit yang kita alami akan beransur
sembuh.
Akan tetapi jika seseorang itu bahagian badannya tidak boleh dikenakan dengan air maka bacalah surah
al-fatihah sebanyak 40 kali kepada air yang hidup dimana tidak dimasak kemudian ditiup setiap kali alfatihah kemudian bacalah doa dibawah
YA ALLAH SEMBUHKAN, KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PENYEMBUH, YA ALLAH
LINDUNGKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PERLINDUNG, YA ALLAH PULIHKAN
KERANA ENGKAULAH YANG MAHA PEMULIH
Berikanlah orang yang sakit itu air yang kita sediakan tadi.
Melepaskan daripada ikatan ataupun dibelenggu
Bacalah al-fatihah sebanyak 121 kali kemudian tiupkan hembuskan ke atas ikatan ataupun belenggu
ataupun rantai insyallah akan terhurai ikatan itu dengan izin allah ianya sangat mustajab
Menghilangkan rasa lapar ataupun dahaga
Jika kita kehabisan bekalan atau minuman ataupun sesat didalam hutan ataupun dilautan dan merasa
lapar dan apabila kita lapar maka perasaan takut akan tiba bacalah surah al-fatihah pada telapak
tanggan 1 kali kemudian diusapkan pada mukan hingga ke perut insyallah perasaan lapar dan dahaga
itu akan hilang
Menyelesaikan pekara yang rumit-rumit ataupun masalah
Bacalah al-fatihah sebanyak 41 kali di waktu tengah malam. Insyallah dimudahkan kerja atau masalah
yang dihadapi.
Membuat minyak penyembuhan
Bacalah al-fatihah sebanyak 70 kali ke dalam apa jua minyak dan kemudian disimpan agar tidak
terlangkah. Ianya boleh dicuba atau diamalkan bagi mereka yang mengalami penyakit lumpuh, agin
ahmar, menguatkan urat saraf sakit belakang atau sakit pinggang
Cara gunakan : gosokan minyak yang telah disediakan tadi ditempat-tempat yang sakit dan semasa kita
gosokan sila baca doa syifa akan tetapi jika kita tidak ingin bacalah al-fatihah pun boleh.

Meminta sesuatu hajat


Bacalah al-fatihah sebanyak 41 kali selepas magrib kemudian berdoa dan mintalah apa-apa yang
dikehendaki. Tetapi selepas salam terakhir pastikan kita tetapkan kedudukan kita atau erti lain jangan
beralih daripada tempat kedudukan kita. Insyallah apa yang diminta akan dikurnaikan dengan pada
ketentuannya.
Membuat air penerang hati

Bacalah al-fatihah sebanyak 70 kali sehari


Buatlah berterusan sehingga 7 hari berturut-turut
Bacalah dan dihembuskan ke dalam air dimana mengunakan air atau bekas yang sama setiap
kali dibaca atau dihembus
Berilah minum pada anak kita atau sesiapa pun yang kurang pandai (bodoh) gelap hatinya atau
kurang cerdas insyallah berbukalah ikatan. Dimana yang kurang pandai akan dikurniakan
kepandaiany yanghati gelap akan diterangkan yang kurang cerdas akan dicerdaskan insyallah.

Mempermudahkan naik pangkat


Bacalah al-fatihah sebanayk 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardu selama 40 hari
berturut-turut dengan tidak lebih dan tidak kurang. Selepas kita baca surah al-fatihah itu maka niatkan
sahaja apa yang dikehendaki ataupun yang dihajat ianya tidak semestinya untuk naik pangkat boleh
digunakan untuk niat yang lain
Memudahkan mendapatkan anak bagi yang mandul
Bacalah al-fatihah sebanayk 41 kali diantara sembahyang sunat subuh dan fardu selama 40 hari
berturut-turut dengan tidak lebih dan tidak kurang. Selepas kita baca surah al-fatihah itu maka niatkan
sahaja apa yang dikehendaki ataupun yang dihajat ianya tidak semestinya untuk tujuan mandul boleh
digunakan untuk tujuan yang lain.
Mempunyai hajat- hajat yang kecil ataupun besar
Jika kita mempunyai sebarang hajat samada kecil ataupun besar maka sila lakukan dibawah

1.
2.

Sembahyang hajat 2 rakaat


Teruskan menghapa kiblat
Bacalah ayat-ayat seperti dibawah dengan penuh tertib, khusuk
Al-fatihah satu kali
Al-Ikhlas tiga kali
Kemudian mintalah apa-apa yang dihajat atau yang kita mahu. Selepas kita itu disudahi dengan
selawat nabi dan pujian-pujian bagi allah

Wirit Al-fatihah
Jika kita membaca al-fatihah sebanyak 1,000 kali sehari. Insyallah akan dikurniakan perkara seperti
berikut

Dibersihkan akan hatinya


Dimudahkan pekerjaan
Dilepaskan dari duka cita
Dijauhkan daripada kemudaratan
Diberi kerajinan dan semangat
Tidak dikecewakan
Diilhamkan kebajikan atau perkara-perkara yang kita tidak tahu
Diperbaiki kedudukan atau pangkatnya
Dan lain-lain perkara yang tidak dapat difikirkan oleh manusia.

Wirit al-fatihah diantara fardu subuh


Solat sunat subuh terselebih dahulu kemudian duduk dan baca al-fatihah sebanyak 41 sementara
menunggu waktu fardu subuh insyallah akan :

Dinaikan pangkat jika dihajati demikian dan izinnya


Dimewahkan rezeki sehingga menjadi kaya ataupun stabil dengan izinya
Dilepaskan daripada hutang yang banyak
Disembuhkan daripada penyakit yang amat sukar disembuhkan.
Dikuatkan semanggat /tenaga
Dan banyak lagi yang tidak dapat difikir oleh manusia.

Anda mungkin juga menyukai