Anda di halaman 1dari 4

PRAKTIKUM 1

NORSYUHADA YOB OSMAN


PISMP PJ (B) SEMESTER 5 AMBILAN JAN 2010

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI
MB - Magic Button

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI


Pendahuluan/Pengenalan
Jika sebelum ini,guru memberi kad kumpulan,atau membahagi murid mengikut
nama haiwan,watak animasi,buah-buahan dan lain-lain,saya cuba untuk mencari
suatu kelainan dengan membuat pembaharuan iaitu dengan mencari suatu yang
mudah alih,mesra pengguna dan yang paling penting tahan lama serta tidak
mudah rosak.Ianya dilihat bersesuaian dengan pengajaran Pendidikan Jasmani
terutama sewaktu mengagihkan murid kepada kumpulan.Dengan itu,saya telah
menggunakan MB-magic button yang terdiri daripada pelbagai warna dan saiz
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan.Konsepnya seakan
memakai tanda nama tetapi MB ini menggunakan magnet sebagai medium
untuk lekat pada baju.Walaupun ianya tampak mudah dan ringkas,tetapi
kesannya amat efektif dan mampu mengubah proses P&P menjadi lebih lancar.

Objektif
Penggunaan MB dapat memudahkan proses pembahagian kumpulan semasa
aktiviti pendidikan Jasmani

SK TUNKU BENDAHARA KODIANG

PRAKTIKUM 1

NORSYUHADA YOB OSMAN


PISMP PJ (B) SEMESTER 5 AMBILAN JAN 2010

Kepentingan /Kelebihan/Keistimewaan/Kesesuaian
Murid senang faham dan ingat.
Warna button yang berwarna-warni dapat menarik minat pelajar
Saiz button yang bersesuaian mengikut tahun/kelas.
Magnet kukuh dan tidak mudah tanggal (lekat kuat di baju/tudung pelajar)
Ringan,mudah guna dan simpan sesuai dengan aktiviti pendidikan jasmani yang
lasak dan melibatkan banyak pergerakan
Menijmatkan masa pembahagian kumpulan/proses pengajaran dapat berjalan
lancar
Tidak melekat/merosakkan baju

Cara Penggunaan
Lekatkan MB di baju bagi pelajar lelaki dan ditudung bagi pelajar perempuan.

Cadangan Aktiviti
Murid melakukan aktiviti-aktiviti PJ secara bergerak dalam kumpulan mengikut
warna MB-magic button

Kos / Bahan
RM 0.45 sen x 1 MB

SK TUNKU BENDAHARA KODIANG

PRAKTIKUM 1

NORSYUHADA YOB OSMAN


PISMP PJ (B) SEMESTER 5 AMBILAN JAN 2010

Bukti Keberkesanan Inovasi


Saya telah mengaplikasikan penggunaan MB dalam beberapa sesi P & P saya.Ianya
ternyata telah menarik minat pelajar yang tidak pernah melihat dan mengetahui
kewujudan MB yang sangat mudah diguna pakai dan dapat melekat kukuh di baju
mereka.Tambahan pula,pilihan warna yang pelbagai membuatkan mereka teruja
memilih warna kegemaran mereka disamping membuatkan keadaan kelas dan P&P
menjadi lebih ceria dan hidup.Saya turut melakukan soal jawab dalam kalangan guru
dan murid berkaitan penggunaan MB tersebut dan respons yang saya terima rata-rata
adalah positif dan menyokong penggunaan medium tersebut.Salah satu sebabnya ialah
ianya boleh diguna berulang kali dan dalam semua jenis kelas yang memerlukan
pembahagian kumpulan.

Refleksi /Rumusan
Ini merupakan percubaan pertama saya dalam membuat inovasi dalam P & P pada kali
pertama praktikum.Idea ini telah tercetus apabila saya cuba mencari suatu yang baru
dan lain daripada yang lain.Sebelum ini,semasa P&P Pendidikan Jasmani,rata-rata
guru sering memberi nama haiwan,watak kartun,mengikut nombor ataupun membuat
topeng yang mana ianya diperbuat daripada kertas dan mudah rosak.Maka saya
mencari sesuatu medium yang tahan lama,mudah digunakan,menarik serta yang paling
penting ianya efektif.
Kekuatan yang saya dapat lihat ialah objektif saya telah tercapai iaitu ianya telah
memudahkan serta melancarkan proses pembahagian pelajar sewaktu P & P
dijalankan di padang.Saya tidak perlu lagi memeningkan kepala memberi arahan
panjang lebar kepada pelajar saya.Selain itu pada masa yang sama secara tidak
langsung saya cuba untuk menerapkan nilai murni dalam diri pelajar iaitu nilai
bertanggungjawab.Hal ini demikian kerana saya telah memberi tanggungjawab kepada

SK TUNKU BENDAHARA KODIANG

PRAKTIKUM 1

NORSYUHADA YOB OSMAN


PISMP PJ (B) SEMESTER 5 AMBILAN JAN 2010

mereka supaya menjaga MB masing-masing dengan baik.Sekiranya rosak saya akan


mengenakan penalty kepada mereka.
Sehingga

akhir tempoh praktikum,saya masih belum dapat mengesan

kelemahan penggunaan medium ini kerana setakat ini,responsnya adalah amat positif.
Pada praktikum akan datang,insyaAllah saya akan cuba untuk membuat inovasi
yang lebih baik dan berkualiti serta dapat menyumbang kepada pembangunan sector
pendidikan di negara kita.Semoga dengan ciptaan baru serta inovasi yang dilakukan ini
dapat mencorak dan memberi nafas baru kepada warga pendidik dan penuntut
terutamanya berfokus kepada murid sekolah rendah.

SK TUNKU BENDAHARA KODIANG

Anda mungkin juga menyukai