Anda di halaman 1dari 2

PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ


BAPA KEMERDEKAAN

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di


Alor Star, Kedah. Ayahandanya Sultan Abdul Hamid adalah memerintah
Negeri Kedah pada masa itu dan mempunyai beberapa isteri termasuk
bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah seorang
keturunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb), seorang pembesar
di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand. Ini bermakna Tunku diiahirkan
di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain. Beliau putera raja
yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar
jumlahnya,tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi tahkta
kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi pemimpin rakyat
seluruh negara Pemerintahnya itu tidak berdasarkan warisan tetapi atas
pemilihan rakyat.

    Pada waktu kecilnya belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star
sebelum belajar di Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai. Kemudiannya
Tunku pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada
tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Kemudiannya beliau
dihantarkan oleh keluarganya ke seberang laut untuk menuntut pelajaran di
St. Catherine's College, Universiti Cambridge, England.

    Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau


adalah orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah
Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam
Sastera. Beliau pulang ke Tanah Melayu dengan ijazah tetapi abang tuanya,
menghantarnya kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner
Temple. Nampaknya kali ini beliau tidak begitu berminat dalam
pelajarannya; hasilnya Tunku gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah
Melayu pada tahun 1931.

   

 Apabila kembali ke tanahair Tunku bertugas dalam perkhidmatan Awam


Negeri Kedah dan antara lainnya pemegang jawatan sebagai Pegawai
Daerah di Kulim dan Sungai Patani. Di waktu perang Jepun, Tunku
memainkan peranan yang penting menyelamatkan keluarganya. Apabila
ayahandanya Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British ke Pulau Pinang
supaya terselamat dari serangan Jepun, Tunku menculiknya dan
membawanya ke Kulim. Di sanalah ayahandanya tinggal bersama-sama
rakyat di waktu pendudukan Jepun.

    Dalam pergi mencari seorang Kapten Melayu yang hilang di Singapura,


Tunku telah didapati oleh askar Jepun di check point Johor Bahru ada
memilik sepucuk pistol. Beliau nyaris-nyaris ditembak di situ juga kalau
tidak dengan takdir Tuhan beliau sempat mengeluarkan surat kuasa dari
tentera Jepun di Kedah.

Anda mungkin juga menyukai