Anda di halaman 1dari 4

TAJUK

ENGLISH WEEK
RASIONAL
1. Menggalakkan murid-murid khususnya dan warga SK Bongor amnya
menyedari tentang kepentingan pengajaran dan pembelajaran Sains di dalam
Bahasa Inggeris.
2. Menggalakkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan
Bahasa Inggeris terutama sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
MATLAMAT
1. Melahirkan dan meperkasakan minat murid terhadap pelajaran Bahasa
Inggeris dengan cara yang menyeronokkan.
OBJEKTIF
1. Murid-murid dapat belajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam situasi yang
tidak formal.
2. Menggalakkan serta menyediakan murid ruang yang selesa bagi mereka
belajar, memahami dan menggunakan Bahasa Inggeris di dalam pelajaran
Sains.
3. Mencungkil serta mengembangkan potensi murid-murid dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.
KUMPULAN SASARAN
1. Semua murid SK Bongor
2. Semua warga SK Bongor
TEMPOH MASA AKAN DIJALANKAN
28 Jun 02 Julai 2010
SUMBER TENAGA
Semua guru SK Bongor
AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
1.
2.
3.
4.

Word Maze - Level 1& 2


Spelling/Meaning Level 1&2
Crossword Puzzle- Level 1 & 2
Prize Giving Ceremony ( 5 July 2010 )
SUMBER KEWANGAN
Wang Ko-Akademik
Sumbangan guru

Jawatankuasa Minggu Bahasa Inggeris


Pengerusi
En Marashin @ Hashim bin Mohamad ( Guru Besar )
Naib Presiden
Encik FakharulRazi bin Ahamed Khatidin
Encik Abdul Wahid bin Sam
Encik Rohizad bin Abdul Rahman
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Encik Sakhtivel a/l Vadivelu
Ketua Program
Suwita bt Mat Saad
Anggaran Belanjawan Minggu Bahasa Inggeris 2010
1. Word Maze

Rm 1.20 x 30 =

Rm 36.00

2. Spelling

Rm 0.50 x 80 =

Rm 40.00

3.Crossword Puzzle

Rm 0.45 x 50 =

Rm 22.50

RM 98.50

JUMLAH KESELURUHAN

Penutup
Kami berharap dengan adanya minggu Bahasa Inggeris ini akan dapat
menambahkan lagi minat murid-murid belajar Bahasa Inggeris.Secara tidak
langsung kami juga berharap dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini dapat
menambahkan ilmu dalam bidang Bahasa Inggeris . Pendedahan ini diberi bagi
membuka lebih lagi ruang pada murid-murid belajar dengan cara yang
menyeronokkan.Semoga aktiviti yang akan dijalankan ini dapat mencapai
matlamat seperti yang diharapkan ini.
Di kesempatan ini juga kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala
usaha yang diberikan oleh semua pihak secara langsung atau tidak.Hanya Allah
jua yang dapat membalas semuanya.Terima kasih
Disediakan oleh;
..
..
( Pn Suwita Mat Saad)
Ketua Program Minggu Bahasa Inggeris
SK Bongor

Disahkan oleh;
..

PENERANGAN TENTANG AKTIVITI


1.

Hidden Things
Kumpulan sasaran semua murid tahap 1.
Murid akan diberi gambar dan diminta mencari gambar yang tersembunyi.
berdasarkan senarai nama yang disediakan serta menulis nombor pada gambar yang
ditemui.
Aktiviti dijalankan di dalam kelas masing-masing.

2.

Word Maze
Kumpulan sasaran semua murid tahap 2.
Murid diberi Word Maze dan mereka perlu mencari 15 nama haiwan yang
tersembunyi.
Aktiviti dijalankan di dalam kelas.

3.

Spelling
Kumpulan sasaran semua murid tahap 1 dan 2.
Murid diberi senarai ejaan yang perlu dihafal sehari sebelum hari pertandingan.
Pada hari pertandingan guru akan menyebut perkataan sementara murid akan menulis
jawapan tersebut pada kertas yang disediakan.
Aktiviti dijalankan di dalam kelas masing-masing.

4.

Reading Text
Kumpulan sasaran murid tahap 1 dan 2
Setiap tahun perlu menyediakan 4 orang peserta bagi membaca teks yang berkaitan
sains atau matematik di dalam Bahasa Inggeris.
Murid dinilai dari segi sebutan,intonasi dan kelancaran.

5.

Colouring Contest
Kumpulan sasaran murid tahap 1
Mewarnakan gambar yang disediakan

6.

Anagram
Kumpulan sasaran murid tahap 2
Murid diberi satu perkataan dan mereka diminta mencipta perkataan lain yang
bermakna berdasarkan huruf dari perkataan utama yang diberikan.
Nama orang, buah-buahan,haiwan dan jenama tidak dibenarkan sama sekali.

7.

Puzzle Me
Kumpulan sasaran murid tahap 1
Murid akan dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Setiap kumpulan akan diedarkan dengan sekeping gambar yang telah dipotong.
Murid dikehendaki menyambungkan potongan gambar tersebut.
Pemenang dikira pada gambar yang betul dan yang paling pantas siap.

8.

Jumble Trouble
Kumpulan sasaran murid tahap 2
Murid akan dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Setiap kumpulan akan diber satu senarai perkataan yang telah disusun secara rawak.

Murid dikehendaki menyusun semula perkataan tersebut.


Pemenang di kira berdasarkan jawapan yang paling tepat dan yang paling pantas.

Anda mungkin juga menyukai