Anda di halaman 1dari 1

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami: SKLK:02/06/001 Jld 1/(01) Tarikh : Februari 2012. Pengetua, Sekolah Menengah Lembah Keramat, Jalan AU4,Lembah Keramat, 54200 KUALA LUMPUR. (U/P: Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Tuan, MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat akan mengadakan kejohanan tersebut mengikut ketetapan berikut: Tarikh : Hari : Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi Tempat: Padang SKLK dan sekitar komuniti Keramat 3. Sehubungan dengan itu, kami memohon bantuan pihak tuan untuk menyediakan beberapa orang pelajar dari Unit Kadet Polis untuk membantu kami dalam mengawal lalu lintas dan check point sepanjang kejohanan berlangsung. 4. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan pelan laluan dan atur cara kejohanan untuk perhatian pihak tuan.Pihak kami amat mengharapkan agar permohonan kami ini diluluskan bertujuan demi keselamatan murid-murid di sekolah ini. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ...................................................... (NORMAYADI B. OTHMAN) Penolong Kanan Kokurikulum, b/p Guru Besar, SK. Lembah Keramat. s.k i. PIBG

Anda mungkin juga menyukai