Anda di halaman 1dari 60

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA
K A M P U S S U LT A N M I Z A N

PORTFOLIO
SUBJEK:

SONGS AND POETRY FOR YOUNG


LEARNER
(TSL 3102)
PROGRAM:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA
AMBILAN JAN 2012
NAMA PELAJAR
: MOHAMAD AZMI BIN MAT NAWI
NO I/C

: 920210-03-5095

UNIT

: PISMP TESL 1

SEMESTER

: SEMESTER 3

NAMA PENSYARAH

: PN. DASHIMA BT AB.WAHAB

TARIKH HANTAR

: 16 APRIL 2013
1

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Kertas Soalan .
Penghargaan....

Senarai Kandungan
1.0 Pengenalan..
2.0 Peta Minda Konsep
2.1 Perlembagaan Malaysia
2.2 Definisi Perlembagaan Secara Umum
2.3 Definisi Perlembagaan Berdasarkan
Pendapat Para Sarjana..
2.4 Jenis Perlembagaan Secara Umum..
2.5 Konsep Ketertinggian Dalam Perlembagaan Malaysia.
2.6 Unsur- Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia.
2.7 Kepentingan Perlembagaan Malaysia..
3.0 Kronologi Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia
4.0 Laporan Lengkap
4.1 Ciri-Ciri Utama Setiap Peringkat Penggubalan
Perlembagaan Malaysia
4.2 Kepentingan Perlembagaan Dalam Konteks
Hubungan Etnik Di Sesebuah Negara.
4.3 Kepentingan Kontrak Sosial Dalam
Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

2
6
7
8
9
10
11
12
13
24
41
49

Kesimpulan

58

Refleksi

59

Bibliografi.

61

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat kami menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada kami dengan
jayanya.
Banyak pengalaman serta ilmu-ilmu baru yang kami dapat kutip sepanjang
proses untuk menyiapkan tugas kami. Sememangnya, ilmu serta pengalaman amat
perlu kepada kami dan juga para pelajar lain untuk kami terus berusaha dan bekerja
keras bagi memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kami pada
masa yang akan datang.
Justeru itu, setinggi rasa penghargaan dan terima kasih buat pensyarah kami
yang telah banyak membrikan bimbingan, teguran serta idea yang bermanfaat
kepada kami dalam membantu melancarkan proses pelaksanaan tugasan ini.
Selain daripa itu, jutaan terima kasih ditujukan buat keluarga kami yang
sentiasa berada dibelakang kami. Tidak lupa juga buat rakan-rakan kels kami yang
turut membantu kami menyiapkan wakalah ini.
Sekian,
Terima kasih.

1.0 PENGENALAN
Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan
sesebuah negara. Dari sudut istilah pula, bermaksud satu dokumen yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar tertinggi untuk
pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan memastikan segala urusan yang
membabitkan membabitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya
rakyat. Malahan, perlembagaan turut memainkan peranan dalam memperkasa
hubungan baik antara etnik di Malaysia.
Tugasan ini menghuraikan tentang konsep perlembagaan di Malaysia serta
kerangka masa dalam usaha membentuk perlembagaan di negara ini sehingga
penubuhan Malaysia. Sesungguhnya, proses menggubal perlembagaan negara
bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak prosedur serta tentangan
dari pelbagai pihak dalam usaha menjamin keharmonian masyarakat di negara ini.
Hal ini disebabkan Malaysia telah mempunyai identity masyarakat majmuk sejak era
kedatangan British lagi di mana kemasukan kaum lain di Tanah Melayu adalah
melalui imigran.
Tambahan pula, tugasan ini turut melaksanakan laporan berkaitan kontrak
sosial yang berlaku dalam negara ini. Hal ini ditunjukkan dengan jelas apabila
negara ini terdiri daripada masyarakat berbilang kaum namun hidup dalam keadaan
harmoni hingga ke hari ini. Sehubungan itu, wajar bagi kita sebagai rakyat Malaysia
untuk mengetahui setiap peristiwa sejarah negara kita supaya kita menjadi orang
yang sentiasa bersyukur.

2.0 PETA MINDA KONSEP


PERLEMBAGAAN DAN
UNSUR UNSUR
PERLEMBAGAAN

RAJAH 2.1 PETA MINDA KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGA
AN

PERANA
N

KONSEP

DEFINISI

JENIS

KONSEP
KETERTINGGI
AN

KEPENTING
AN

CIRI- CIRI

RAJAH 2.2 PETA MINDA MENJELASKAN DEFINISI PERLEMBAGAAN SECARA


UMUM

Definisi

Apa itu Perlembagaan?

Undang- undang dasar yang menjadi teras pemerintahan


Negara

Kerangka asas yang membentuk dan memandu system


pemerintahan Negara

Undang-undang tertinggi dan asas semua undang- undang


lain dalam Negara

Menjadi rujukan tentang aspirasi dan sebagai pelan induk bagi


pemerintahan Negara

Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam


mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara

RAJAH 2.4 JENIS JENIS PERLEMBAGAAN SECARA UMUM

JENIS JENIS PERLEMBAGAAN


UNITED KINGDOM

PERLEMBAGAAN BERTULIS
MALAYSIA
Parlimen memperoleh kuasa

Parlimen boleh membuat,


menggubal atau meminda apa

daripada perlembagaan serta

jua jenis undang-undang tanpa

boleh meminda perlembagaan

sekatan
Kuasa paling tinggi

mengikut prosedur tertentu


Kuasa paling tinggi diperuntukkan

diperuntukkan kepada parlimen


Berdasarkan tradisi, amalan,

kepada perlembagaan / dokumen


tertinggi tempat merujuk
Undang- undang yang dibuat,

sikap serta pengalaman politik


atau terdapat dalam akta yang

digubal, dan dipinda tertakluk

digubal oleh badan perundangan

mengikut kuasa yang

atau berdasarkan keputusan

diperuntukkan oleh perlembagaan


Merupakan bentuk perlembagaan

mahkamah
Merangkumi semua prinsip

yang dikumpul dan disusun dalam

perlembagaan yang tidak

satu dokumen

terkumpul dalam satu dokumen


seperti undang-undang yang
diluluskan oleh parlimen dan
keputusan-keputusan mahkamah

RAJAH 2.5 KONSEP KETERTINGGIAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Undang-undang/ enakmen negeri selaras


dengan Perlembagaan Malaysia
Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi
dan mengatasi kekuasaan Yang Dipetuan Agong,
Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
Badan Kehakiman yang bertanggujawab untuk
menjaga peruntukan perlembagaan tidak boleh
dicabar
Perlembagaan menentukan kedudukan dan
peranan Yang Dipertuan Agong, Parlimen,
Jemaah Menteri dan mahkamah

BAHASA MELAYU
-Diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan digunaka
bahasa rasmi persekutuan
-Pemangkin kepada penyatuan bangsa Mala
-Kebebasan menggunakan bahasa ibunda lain tidak d
ditahan

Unsur-unsur tradisional tidak boleh dicabar oleh


orang bukan Melayu

1
2
3

UNSUR UNSUR
T R A D IS IO N A L

Semua undang- undang tidak bercanggah


dengan Perlembagaan Malaysia

AGAMA ISLAM
-Agama rasmi persekutuan
-Kebebasan beragama dijamin
-Penjajah tidak campur tangan dalam hal agama d
-Raja sebagai ketua agama persekutuan

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU


-Hak istimewa orang Melayu diseimbangkan dengan
melalui hak kerakyatan
-Hak istimewa meliputi jawatan dalm perkhidmatan aw
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yan
-Kepentingan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak

PEMERINTAHAN BERAJA
-Sistem pemerintahan bercorak raja berperlemb
-Sultan sebagai
10 ketua negeri tetapi kuasanya dilaksa
nasihat jemaah menteri
-Institusi beraja dilindungi oleh perlembagaa
Penubuhan Majlis Raja- Raja dengan beberapa f

4
5
6

RAJAH 2.6 UNSUR UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

11

3.0 KRONOLOGI SEJARAH


PENGGUBALAN
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

12

3.0 KRONOLOGI SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TARIKH

PERISTIWA
Zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu tamat selepas

15 Ogos 1945

bom atom digugurkan di dua buah bandar utama negara


Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki
(2000,Fauziah shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Ogos 1945
Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari di Tanah
Melayu.
(2003, Nazaruddin Hj Mohd Jali, Maarof Redzuan et.all)

Tanah Melayu ditadbir sementara oleh Pentadbiran Tentera


British (BMA) selepas berjaya menumpaskan penduduk Parti
Komunis

Malaya

di

Tanah

Melayu.

Tujuannya

untuk

melaksanakan polisi liberalism dalam menjalankan undangSeptember 1945

undang dan peraturan dalam soal pentadbiran. BMA secara


keseluruhannya

merupakan

sebuah

pemerintahan

yang

teratur untuk menjayakan rancangan Malayan Union.


(2000,Fauziah shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Parlimen British meluluskan perlembagaan Malayan Union


10 Oktober 1945

dan Sir Harold McMichael dilantik sebagai wakil British untuk


mendapatkan persetujuan dan tandatangan Raja-raja Melayu.
Ciri-ciri perlembagaan Malayan Union adalah;
13

o Semua negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka


disatukan di bawah satu pentadbiran kerajaan
pusat.
o Singapura kekal sebagai tanah jajahan berasingan.
o Diketuai oleh seorang Gabenor dengan bantuan
Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan.
o Majlis Penasihat Raja-raja Melayu berkuasa dalam
soal agama Islam and adat istiadat orang Melayu
sahaja.
o Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikekalkan.
o Setiap negeri dalam Malayan Union ditadbir oleh
Pesuruhjaya Negeri yang bertindak sebagai ketua
pentadbir di peringkat negeri.
o Pemberian kerakyatan menerusi prinsip jus soli iaitu
kerakyatan diberikan apabila seseorang menetap di
Tanah Melayu.
(2000,Fauziah shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Sir

Harold

MacMichael

tiba

di

Tanah

Melayu

untuk

menjalankan tugasnya. MacMichael berjaya mendapatkan


12 Oktober 1945

kesemua tandatangan sultan di negeri-negeri Melayu.


(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

November 1945
hingga Februari

Penentangan oleh orang Melayu secara terbuka terutama di

1946

Alor setar, Kota Bharu dan Johor. Hal ini disebabkan


penentangan terhadap penghapusan kedaulatan sultan dan
pemberian kerakyatan menerusi prinsip jus soli.
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)
Malayan Union diisytihar dengan perlantikan Sir Edward Gent
sebagai Gabenor Malayan Union di Tanah Melayu. Namun,
majlis tersebut dipulaukan dan Malayan Union menemui
14

1 April 1946

kegagalan.
(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali, Maaruf Redzuan et.all)

Penubuhan Jawatankuasa Kerja yang bertanggungjawab


untuk merangka perlembagaan baru yang diterima oleh orang
Melayu.
Cadangan jawatankuasa:
Julai 1946

o Pemulihan kedudukan dan kuasa Raja-raja Melayu


dikembalikan.
o Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap
negeri.
o Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat untuk
kaum bukan Melayu menduduki Tanah Melayu.
o Pemberian hak istimewa orang melayu dijamin.
(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Penubuhan

Jawatankuasa

Perunding

bertujuan

untuk

mendapatkan pandangan orang bukan Melayu tentang draf


perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.
Disember 1946

Perubahan perlembagaan yang dibuat:


o Majlis

Mesyuarat

Undangan

Persekutuan

dimasukkan wakil kaum Cina, India dan orang Asli.


o Syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada
orang asing telah dilonggarkan dalam aspek
tempoh menetap di Tanah Melayu.
(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh 9


21 Januari 1946

orang Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British


15

mewakili kerajaan British.


(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pengisytiharaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


1948.
Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948:
o Gabungan 9 buah negeri Melayu disertai oleh Pulau
Pinang dan Melaka. Singapura kekal sebagai tanah

1 Februari 1946

jajahan berasingan.
o Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
o Penubuhan Majlis Mesyuarat Kerja

dan

Majlis

Undangan Persekutuan untuk membantu Pesuruhjaya


Tinggi British.
o Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu.
o Penubuhan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri I setiap
negeri.
o Jawatan

Menteri

Besar

diwujudkan

untuk

menggantikan jawatan Residen British.


o Kuasa Kerajaan Negeri diperluas meliputi aspek
kesihatan, kewangan dan kerajaan tempatan.
o Pemberian syarat kerakyatan diperketat.
(2000,Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin)

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)


untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kepentingan 3
kaum terbesar di Tanah Melayu. Jawatankuasa ini turut
bertujuan mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan
1949

pelbagai kaum. Antara ahli jawatankuasa:


-

Datuk E.E.C Thuraisingam


Dato Onn Jaafar
Datuk Tan Cheng Lock
16

Malcom MacDonald
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pembentukan Sistem Ahli bertujuan memberi latihan kepada


pemimpin Tnah Melayu dalam bidang pentadbiran. Ahli
dilantik oleh pihak British. Antara jabatan yang diwujudkan:
April 1951

Hal Ehwal Dalam Negeri (Dato Onn Jaafar)


Petanian dan Kehutanan ( Tengku Yaakob bin Sultan

Abdul Hamid)
Pelajaran (Datuk E.E.C Thuraisingam)
Kesihatan (Dr Lee Tiang Keng)
Tanah, Lombong dan Perhubungan ( Datuk Mahmud
bin Mat)
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Piihanraya pertama peringkat Majlis Perbandaran Kuala


Februari 1952

Lumpur yang menggabungkan parti UMNO dan MCA buat


julung kalinya atas nama parti Perikatan. Kerjasama ini
menyebelahi pihak Perikatan dengan kemenangan 9 daripada
12 kerusi.
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pilihan raya peringkat persekutuan diadakan dan Perikatan


27 Julai 1955

UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi


yang dipertandingkan. Kemenangan ini menjadi titik tolak
antara wakil kaum untuk mengadakan rundingan menuntut
kemerdekaan di London.
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

17

Rombongan kemerdekaan ke London diketuai oleh Tunku


Abdul Rahman. Anggota lain termasuklah wakil Raja-raja
Melayu dan wakil Perikatan yang lain. Antara wakil Raja-raja
Melayu adalah:

Januari 1956

o
o
o
o
o

Datuk Panglima Bukit Gantang


Encik Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid
Datuk Mohammad Seth bin Mohammad Said
Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood
Encik Abdul Kadir bin Shamsudin

Antara wakil Perikatan ialah:


o
o
o
o
o

Tunku Abdul Rahman


Datuk Abdul Razak bin Hussien
Kolonel H.S. Lee
Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman
T.H. Tan
(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Rombongan

ini

merupakan

usaha

untuk

menuntut

kemerdekaan dari pihak British. Pihak British diketuai oleh


Lord Lennox-Boyd merupakan Setiausaha Tanah Jajahan
British.
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pejanjian London ditandatangani. Antara hasil rundingan dan


persetujuan yang dicapai adalah seperti berikut:
o British memberi kemerdekaan Tanah Melayu pada
Ogos 1957
o Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel
18

dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.


o British mendapat hak untuk menempatkan tentera
di Tanah Melayu melalui Anglo-Malayan Defence

8 Februari 1956

Treaty 1956.
o Sebuah badan bebas ditubuhakan untuk merangka
perlembagaan di Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya
Reid.
Antara syarat yang ditetapkan untuk merangka perlembagaan
Tanah Melayu ialah:
o Pembentukan

sebuah

persekutuan

kerajaan pusat yang kuat.


o Pemeliharaan
kedudukan,

dengan

keistimewaan,

kehormatan dan hak Raja-raja Melayu.


o Mewujudkan jawatan Ketua Negara yang bergelar
Yang di-Pertuan Agong.
o Pemeliharaan hak istimewa orang Melayu serta hak
sah milik kaum lain.
o Pembentukan sistem

kewarganegaraan

yang

seragam.
(2007, Shamsul Amri Baharuddin)

Penubuhan Suruhanjaya Reid untuk meminta cadangan dan


pandangan daripada semua golongan masyarakat di Tanah
Melayu termasuk orang ramai, individu, parti politik dan Rajaraja Melayu. Antara ahli Suruhanjaya Reid adalah:
1956
o
o
o
o
o

Lord Reid (Britain)


Sir Ivor Jennings (Britain)
Sir William Mckell (Australia)
B. Malik (India)
Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)
19

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani


antara Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British.
Perjanjian ini turut bersetuju untuk menubuhkan Persektuan
5 Ogos 1957

Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Majlis Undangan


Persekutuan

turut

meluluskan

Ordinan

Perlembagaan

Persekutuan 1957.
(2000, Fauziah Syaffie dan Ruslan Zainuddin)

27 Ogos 1957

Penguatkuasa perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


1957. Asas-asas perlembagaan:
o Ketua Negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan
Agong dan Raja-raja menjadi ketua negeri masingmasing.
o Kedudukan

orang

Melayu

sebagai

kaum

bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak


istimewa dijamin oleh perlembagaan.
o Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan

namun Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam


Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas
merdeka.
o Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada
atau

selepas

kemerdekaan

secara

automatik

menjadi warganegara Tanah Melayu.


o Islam sebagai agama rasmi namun kebebasan
beragama bagi orang bukan Islam ibenarkan.
(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali. Maarof Redzuan et.all)

31 Ogos 1957

Kemerdekaan Tanah Melayu diisytihar di Dataran Merdeka


20

dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Pedana Menteri.


(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali. Maarof Redzuan et.all)

Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia


23 Julai 1961

untuk

menerangkan

dengan

jelas

konsep

penubuhan

Malaysia kepada orang ramai khususnya kepada penduduk


Sabah, Sarawak dan Brunei.
(2000, Fauziah Syaffie dan Ruslan Zainuddin)
Penubuhan

Suruhanjaya

Cobbold

bertujuan

meninjau

pendapat penduduk Sabah and Sarawak tentang gagasan


Malaysia. Antara ahlinya adalah:
Februari 1962

o
o
o
o
o

Lord Cobbold
Anthony Abell
David Watherson
Tan Sri Ghazali Shafie
Datuk Wong Pow Nee
(2000, Fauziah Syaffie dan Ruslan Zainuddin)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) berperanan


Disember 1962

untuk menyelenggara perkara berkaitan gagasan Malaysia.


(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

Pengisytiharan

penubuhan

Malaysia

dengan

gabungan

negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan


16 September

Sarawak.

1963

(1996, Zainal Abidin Abdul Wahid)

21

Elemen utama dalam perlembagaan Malaysia 1963 ialah:


o
o
o
o

Bahasa Melayu
Agama Islam
Kedaulatan dan kuasa Raja-raja
Kedudukan Istimewa orang Melayu

(2003, Nazaruddin Hj Mod Jali. Maarof Redzuan et.all)

LAPORAN LENGKAP
1.

CIRI-CIRI

PERINGKAT

UTAMA
KE

ARAH

DALAM

SETIAP

PENGGUBALAN

PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN


MALAYSIA
2.
KEPENTINGAN

PERLEMBAGAAN

DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI


SESBUAH NEGARA
3.
KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

22

1. CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT KE ARAH PENGGUBALAN


PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA
. Bahawasanya oleh kerana telah tiba masanya bagi umat
persekutuan Tanah melayu mencaraf taraf suatu bangsa yang
merdeka lagi berdaulat sama setimbal kedudukannya dengan segala
bangsa di seluuh dunia. Dan bahawasanya bermula daripada 31
haribulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah persekutuan
baharu bagi negeri-negeri persekutuan yang bernama Persekutuan
tanah Melayu (Pemasyhuran Kemerdekaan, 1957)

Pemasyuran Kemeerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman telah


dimulakan dengan lafaz puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T dan diakhiri dengan
teriakan merdeka sebanyak tiga kali oleh Tunku Abdul Rahman sebaik dokumen itu
dibacakan. Ini diikuti dengan laungan teriakan yang sama daripada mereka yang
berada di stadium Merdeka (chamil wariya, 2005) Para hadirin yang hadir ternyata
tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata gembira kerana bumi Melayu
bebas dari cengkaman penjajah.
Sedar atau tidak, detik-detik yang meggembiraka itu tidak datang dengan
mudah. Banyak liku-liku, keperitan, dan kesusahan yang terpaksa rakyat hadapi.
Kemusnahan harta benda, kecederaan dan yang paling tidak dapat dilupakan
kehilangan nyawa orang yang tersayang. Terlalu banyak pengorbanan yang telah
dibuat demi mencapai kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta ini.
Sewaktu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Negara ini dikenali
dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Sarawak dan Sabah ketika itu
masih lagi di bawah jajahan British. Kemudian, pada 16 September tahun 1963,
kedua-dua wilayah itu bergabung dengan Tanah Melayu bagi membolehkan Negara
Malaysia dibentuk. Selepas hampir 446 tahun dijajah, Negara berdaulat, Malaysia
terbentuk dan diiktiraf.

23

Persekutuan Tanah Melayu adalah sebenarnya satu unit politik yang dibentuk
bagi meggantikan Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946, tidak lama
selepas Tentera Jepun menyerah diri pada tahun 1945, rentetan peristiwa
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, seterusnya menamatkan Perang Dunia
Kedua.(Wariya, 2005). Semasa pemerintahan jepun, empat buah negeri Melayu
Utara iaitu, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu diserahkan kepada Siam (kini
Thailand). (Agus Yusoff, 2006)
Sebelum kedatangan jepun pada tahun 1942, 11 buah negeri di Tanah
Melayu telah diletakkan di bawah tiga bentuk pemerintahan, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (perak, Selangor, Negeri Smbilan dan Pahang), Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah) dan NegeriNegeri Selat

(Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura) (Fazdil M. Amin, 2007).

Selepas pengunduran tentera Jepun, terdapat kekosongan dalam kerusi


pemerintahan negara. Dalam tempoh itu, Tanah Melayu diletakkan dibawah
Pentadbiran Tentera British ataupun British Military Administration (BMA). Manakala
bentuk kerajaan yang dipilih ialah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malayan
Union.
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,
Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali
di Parlimen United

Kingdom pada

Januari 1944.

Wilayah-wilayah Borneo juga

dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan
daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo
yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil.
Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold
MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda
raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah
Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British
yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu,
percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa puteraputera dari Tanah Melayu. (Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, 2000)

24

Sir Harold Mac Michael telah tiba di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945.
Beliau telah berjaya memperdaya dan memujuk raja-raja negeri Melayu dengan
pelbagai muslihat dan ancaman. Beliau juga telah mempergunakan nama dan
pengaruh Sultan Ibrahim Johor bagi mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dan
kembali ke London pada 26 Disember 1945. Beliau telah berjaya menyakinkan pihak
kerajaan British mengenai tandatangan yang diperoleh adalah secara sukarela
daripada raja-raja Melayu.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti
yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk
menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk
baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing,(Abu Bakar Hamid & Md
Ismail Zamzam, 2002) malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian
tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan
bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II.
Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai
perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan
daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian
itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan
memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa
sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan
mereka kepada pihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan tahta.
Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan
rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946.
Berserta Kertas Putih, satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undangundang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan kesatuan
Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

25

Ciri terpenting dalam Perlembagaan Malayan Union ialah perubahan taraf


negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri yang bernaung kepada tanah jajahan.
Bermaksud, semua negeri di Tanah Melayu (Singapura dikecualikan, dan kekal
sebagai tanah jajahan British secara berasingan) digabungkan di bawah satu
kerajaan pusat sahaja. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu
oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja (MK). Pesuruhjaya
Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri
Selat.
Beliau juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak
di bawah kawalan kerajaan pusat. MMN dikekalkan untuk menguruskan hal-ehwal
tempatan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai
British. MMU pula mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama
banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang.
Semua undang-undang yang dikuat kuasakan tidak memerlukan tandatangan sultan
(Ruslan Zainuddin et al. 2005).
Sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan
British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai
satu

kewajaran

kerana

pihak

British

telah

pun

menandatangani Piagam

Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara


dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain
'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu.
Selain itu, penubuhan Malayan Union adalah bertujuan untuk membentuk
satu bangsa Malayan Union yang akan mempengaruhi pemikiran golongan Imigran
dan merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan sokongan dan kesetiaan
mereka, selain menjimatkan perbelanjaan apabila negeri-negeri selat, negeri-negeri
melayu bersekutu, dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu digabungkan menjadi
satu. Disamping itu, penubuhan MU juga adalah bagi mengawal kuasa politik yang
kononnya bekerjasama dengan pihak Jepun.

26

Akan tetapi, tujuan utama penubuhan Malayan Union adalah salah satu helah
British untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di rantau Asia, dan membantu
merperkuatkan kubu pertahanan meraka. Tambahan lagi, penubuhan ini adalah
bertujuan untuk menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi utama
Tanah Melayu iaitu bijih timah dan getah terus kukuh, berikutan permintaan yang
tinggi di pasaran antarabangsa.
Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai
bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada
sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat
sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah
Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan
kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu
sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.
Penentangan terhadap Malayan berlaku kerana dasar yang dikuatkuasakan
oleh asal keturunan, ianya termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union.
pihak British itu sendiri. Semua kaum diberikan hak yang sama untuk memasuki
perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Jus soli merupakan satu
prinsip yang diguna pakai untuk kaum bukan Melayu bagi mendapatkan hak
kewarganegaraan, iaitu melalui kuat kuasa undang-undang dan permohonan. Jadi,
hak kewarganegaraan yang sama diberikan kepada semua orang, tanpa mengira
kaum dan
Atas sebab itu, orang-orang Melayu memberikan reaksi dan bantahan yang
hebat terhadap rancangan Malayan Union itu. Beberapa siri perarakan dan tunjuk
perasaan berlangsung di hampir seluruh negeri semenanjung sebagai tanda protes.
Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara juga
menjadi saluran utama dalam menyampaikan mesej bantahan orang-orang Melayu.
Selain itu, ada di antara Sultan yang menghantar petisyen bantahan kepada
kerajaan British, yang mana baginda mempertikaikan cara MacMichael berunding
dan mengugut, dan menganggap perjanjian yang telah ditandatangani baginda,
adalah tidak sah. Seruan supaya umat Melayu bersatu padu semakin kuat
kedengaran di seluruh Semenanjung.

27

Ruslan Zainuddin et al. (2005) menyatakan enam (6) sebab-sebab


penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union. Pertamanya,
Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang
Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti
kandungan perjanjian Malayan Union. Baginda tidak berpeluang untuk berbincang
dengan para pembesar dan majlis mesyuarat .
Keduanya, Persetujuan Raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap
tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang
memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum
menanda tangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing. Perkara ini ada disebut
dalam Perlembagaan Negeri Johor.
Ketiganya, Sir Harold MacMichael menggunakan ugutan untuk menyingkirkan
mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga
bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta
tiada pengalaman lansung tentang Tanah melayu.
Keempatnya, Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik
Raja-raja

Melayu. Kini, kuasa baginda hanya terbatas kepada hal-ehwal agama

Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik
bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang melayu.
Kelimanya, Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat
kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan
Melayu menjadi warga negara dilihat boleh mengancam kedudukan politik orang
Melayu, terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu
masih lagi diragui.
Keenam, Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa
mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Sebagai penduduk peri bumi di Tanah Melayu, orang Melayu merasakan bahawa
mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan
kaum

lain.

28

Antara tokoh-tokoh penting yang menjadi tonggak utama sebagai pemimpin


dalam menentang usaha Malayan Union ini adalah diwakili (Johor) Dato Onn Jaafar,
Dato Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. Awang Hassan, dan Dr.
Hamzah Hj. Taib. Sementara Selangor diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad
(Zaaba) dan Dato Hamzah Abdullah. Kelantan pula diwakili oleh Dato Nik Ahmad
Kamil. Manakala Kedah diwakili oleh Haji Mohamad Sheriff.
Namun lain pula reaksi orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina.
Mereka bersikap tunggu dan lihat kerana pihak British telah berjanji untuk memberi
hak kerakyatan yang Apabila sahaja pihak British menangguhkan perihal
kewarganegaraan atas desakan orang Melayu, orang Cina mula melahirkan rasa
curiga

dan

telah

melancarkan

bantahan

melaui

akhbar-akhbar

Cina

dan

menganjurkan penubuhan Malayan Democratic Union (MDU), sebuah pertubuhan


politik berhaluan kiri.
Bantahan orang Cina ini dipusatkan melalui sebuah badan, iaitu All-Malayan
Council of Joint Action (AMCJA) yang ditubuhkan pada bulan Disember 1946, yang
mempunyai keahlian seramai kira-kira 400 000 orang dan diketuai oleh Tan Cheng
Lock (Ruslan Zainuddin et al. 2005). Walau bagaimanapun, bagi kaum India pada
ketika itu, mereka masih memberi tumpuan kepada keadaan politik di India.

PENUBUHAN UMNO
Penentangan orang Melayu terhdap penubuhan Malayan Union memuncak
apabila sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai United Malay Nation Organization
(UMNO) ditubuhkan. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Pertama telah
diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Dalam kongres ini semua
pertubuhan digabungkan di bawah PEKEMBAR atau UMNO. Dato Onn terpilih
sebagai Yang Dipertua dan menetapkan Majlis pelancaran Malayan Union dan
perlantikan gabenor dipulaukan oleh semua orang Melayu dan juga raja-raja Melayu.
Kongres ini juga menetapkan semua orang Melayu berkabung membantah
Malayan Union dengan keluar di jalan-jalan raya dan memakai songkok dan baju
dengan lilitan putih. Tujuan Kongres Melayu Pertama ini ialah untuk mencari jalan
dan bersatu menolak penubuhan Malayan Union. Hasil daripada pertemuan
29

pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu ini, satu resolusi menolak Malayan Union


dan perlunya perpaduan dengan satu persatuan diwujudkan. Satu tarikh pertemuan
setuju diadakan.
Pada 11 Mei 1946 pertemuan itu telah diadakan di Johor Bahru. Persidangan
telah diadakan di Istana Besar dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah
dirasmikan. Dalam kongres ini mereka bersetuju untuk mengembangkan bantahan
orang Melayu terhadap Malayan Union ke seluruh pelosok negara. Ke arah itu
mereka perlu mengeluarkan satu memorandum sebulat suara mewakili seluruh
orang Melayu dengan satu suara . Berikutan dengan itu satu resolusi ditetapkan
agar semua orang Melayu keluar menunjukkan bantahan dan UMNO ditubuhkan.
Mengikut Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan UMNO, penubuhan
UMNO bertujuan menjalankan segala ikhtiar dan usaha bagi mendirikan sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat. Perjuangannya adalah untuk memajukan dan
menjaga kepentingan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya dalam semua
lapangan. UMNO juga mengutamakan agama Islam dan adat resam Melayu dan
berikhtiar dan berusaha mengembangkannya. UMNO akan memelihara kedaulatan
Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan dan menubuh, mengawal dan
memelihara asas-asas pemerintahan demokrasi berparlimen.
Tentangan terhadap Malayan Union bertambah hebat melalui UMNO sebagai
sebuah pertubuhan politik yang tersusun. UMNO telah melancarkan rapat-rapat
umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara hingga berjaya memaksa kerajaan
British mengadakan beberapa rundingan hingga tertubuhnya sebuah jawatan kuasa
merangka

perlembagaan

baru

yang

dipersetujui

oleh

UMNO.

Laporan

Jawatankuasa Kerja ini menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu telah dikeluarkan pada bulan Disember 1947. Pada 21 Januari 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani dan dikuatkuasakan
pada 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.

30

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan
Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengaku Tuanku sebagai Raja lagi.
Rakyat Melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan
GabenorMalayan

Union

ialah

seolah

mengusung

jenazah

Umat

Melayu.

Petikan kata-kata di atas adalah kata-kata daripada Dato Onn kepada


Baginda Raja-raja Melayu pada malam 31 Mac 1946, supaya tidak berangkat ke
upacara perlantikan Sir Edward Gent, sebagai Gabenor Malayan Union yang
dijadual berlangsung pada pagi 1 april 1946. Akibat daripada tentangan hebat orang
Melayu keseluruhannya, maka gagasan Malayan Union hanya mampu bertahan
selama tiga bulan sahaja. Maka dengan itu, British bersetuju mengetepikan dasar
Imperialismenya dengan memansuhkan Malayan Union, dan wujudlah satu
rancangan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu
Kerajaan British telah bersetuju untuk meminda kedudukan (status) Negerinegeri Melayu daripada taraf Tanah Jajahan Takluk kepada Wilayah di bawah
Naungan Kerajaan British. Perlembagaan Tanah Melayu akan mempunyai sifat
persekutuan dengan perundangan dan pentadbiran pusat yang kuat untuk
bertanggung jawab dalam urusan umum. Kuasa Negeri-negeri Melayu akan
dipulihkan kepada Raja masing-masing dan ianya akan dinyatakan dengan jelas di
dalam Perlembagaan Persekutuan. Malayan Union akan dihapuskan dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Sementara Jawatan Gabenor Malayan Union
akan diganti dengan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Bahasa
Melayu akan menjadi bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam akan
menjadi agama Utama Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak keistimewaan orang
Melayu akan dipulihkan seperti sedia kala (Jaafar Onn 2007).
Pada bulan Julai 1946, kerajaan British telah membentuk satu Jawatan Kuasa
Kerja bertujuan untuk menggubal perlembagaan baru dan merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dan Perjanjian Negeri-negeri. Jawatan Kuasa tersebut
dianggotai oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam
orang

pegawai

kanan

British. Kemudian,

rentetan

daripada

penubuhan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu membawa kepada Kemerdekaan


Malaysia pada tahun 1957.
31

PEMBENTUKAN MALAYSIA
Lambat laut Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyatrakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah terlalu awal untuk
saya menyebut untuk cara persefahaman itu dapat dicapai, namun kita perlu
mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan supaya wilayah-wilayah ini
dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat
(Tunku Abdul Rahman, 27 Mei 1961)
Kenyataan ini merupakan titik permulaan bagi pembentukan Persekutuan
Malaysia 1963. Persekutuan Malaysia adalah entiti politik yang menjadi kenyataan
pada 16 September 1963. Ia adalah sebuah Negara baru yang menggabungkan
sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, dan
Singapura. (Chamil Wariya, 2005) Sebuah lagi negeri Melayu, Brunei Darussalam
mulanya bersetuju untuk menyertai Malaysia, tetapi menarik diri pada saat akhir.
Seterusnya, giliran Singapura menarik diri daripada Malaysia pada tahun 1965
(Farid Shufian Shuaib, 2004).
Cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak,
Sabah, dan Brunei dalam sebuah negara telah bebrapa kali diutarakan sebelum
Tunku Abdul Rahman mengemukanakan syor penubuhan Malaysia di Singapura
pada 27 Mei 1961. Ianya bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis,
mengimbangi

jumlah

penduduk,

meningkatkan

kemajuan

ekonomi

dan

mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan


Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan
menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan
tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan
sendiri. (Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002)
Penubuhan Persekutuan Malaysia ini dilihat sebagai batu loncatan kepada
Negara-negara tertentu seperti Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei untuk
mendapatkan kemerdekaan.(Chamil Wariya, 2005) Sekiranya ditinjau, Singapura
berstatus koloni British. Sementara, Sabah dan Sarawak adalah di bawah naungan
atau tanah Jajahan British. Dalam akhbar the People, Singapore People Alliance
melaporkan bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan dalam
32

Malaysia. Sokongan dari British juga jelas menunjukkan persetujuan mereka


terhadap penubuhan Malaysia dan secara tidak langsung mudah bagi Singapura,
Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemerdekaan. Buktinya akhbar The Times,
11 Februari 1988 menyebut a tidy solution of British responsibility iaitu melaui
penubuhan Malaysia, penyelesaian yang cukup kemas dapat dilakukan terhadap
tanggungjawab British di kawasan itu. ,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam,
2002)
Faktor penubuhan Malaysia adalah membanteras pengaruh komunis di Tanah
Melayu dan Singapura. Menurut Nordin Sopiee, faktor ancaman pengaruh komunis
di Singapura menjadi faktor utama yang mendorong pergabungan antara kedua-dua
negeri. Pada tahun 1963, kerajaan British telah merancang untuk meminda
perlembagaan Singapura dan seterusnya mengadakan pilihan raya. Keadaan ini
adalah amat merbahaya sekiranya pilihan raya tersebut dimenangi oleh parti
berhaluan kiri Singapura. Hal ini kerana, kemungkinan penglebaran pengaruh
komunis akan berlaku di Tanah Melayu daripada Singapura. ,(Abu Bakar Hamid &
Md Ismail Zamzam, 2002)
Penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah disebabkan
oleh ancaman komunis yang berleluasa di Sarawak. Pengaruh komunis turut
berkembang dan mengancam keadaan politik di Sarawak. ,(Abu Bakar Hamid & Md
Ismail Zamzam, 2002) Di harap melaui penubuhan Malaysia, kestabilan politik yang
diperolehi dapat menentang ancaman komunis. Selain itu, ancaman dari Indonesia
dan Filipina merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Sabah dan Sarawak
mahu menganggotai Persekutuan Malaysia. Penduduk Sabah dan Sarawak berasa
bimbang, ekoran perluasan kuasa oleh Indonesia terhadap Irian Barat. (Abu Bakar
Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002)
Setelah menakluk Irian Barat, Indonesia dijangka akan beralih pula kepada
negeri-negeri di Borneo. Keadaan semakin merumitkan apabila Indonesia memberi
sokongan padu terhadap pemberontakan Brunei yang dicetuskan oleh A. M. Azahari.
Beliau berharap dapat membawa Indonesia dan Filipina menyertai konsep Melayu
Raya yang berpuasat di Brunei. ,(Abu Bakar Hamid & Md Ismail Zamzam, 2002)
Oleh itu penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia menjadi titik tolak kepada

33

pemimpin Sarawak mengubah pendirian mereka untuk menyertai Persekutuan


Malaysia.
Manakala negeri Sabah pula diancam oleh Filipina. Filipina mendakwa Sabah
adalah sebahagian daripada Filipina berdasarkan sejarah Kesultanan Sulu. Menurut
Filipina, asal pemindahan wilayah Borneo Utara dari Kesultanan Sulu 1978
( sekarang sebahagian daripada Filipina) adalah dalam bentuk pajak dan bukan
jualan. Ini nyata dibuktikan dengan adanya pembayaran tahunan secara tetap oleh
Compony kepada Sultan Sulu. Kini sudah sampai masanya, mereka mahu
mengambil kembali Sabah. Namun, tuntutan ini ditolak oleh British.
Penubuhan Malaysia adalah juga bagi menyeimbangkan komposisi kaum.
Apa yang dikatakan keseimbangan kaum itu adalah Tanah Melayu ingin
mengimbangkan etnik Melayu dengan bumiputera Sabah dan Sarawak agar wujud
kestabilan. Di Singapura didapati majoriti penduduknya ialah Cina. Menurut
dikatakan 80% penduduknya bukan Melayu. Hal ini dilihat sebagai satu ancaman
ketika penubuhan Malaysia nanti.
Tambahan lagi, pemerhati politik telah mengesan tentangan rasmi terhadap
Malaysia. Tentangan itu dilakukan oleh pihak pelampau yang bimbang akan sikap
Kuala Lumpur yang anti-komunis. Oleh itu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
diduga, peribumi Sabah dan Sarawak akan memihak kepada orang Melayu.
Perkembangan ekonomi tidak seimbang dalam wilayah-wilayah Borneo, Tanah
Melayu dan Singapura. Ekonomi Sabah dan Sarawak masih mundur sedangkan
perkembangan ekonomi Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sangat memuaskan.
Pembentukan Malaysia dapat memberikan faedah ekonomi bersama bagi negerinegeri anggota Malaysia.
Berdasarkan negeri-negeri anggotanya, masing-masing mempunyai potensi
sendiri. Misalnya Singapura dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan
pelancongan; Brunei dengan hasil minyaknya; Sabah dan Sarawak dengan hasil
hutannya sementara Tanah Melayu dengan hasil galian dan pertaniannya. Dengan
kekayaan yang dimiliki ini maka sumber-sumber tersebut boleh dikembangkan untuk
keuntungan negeri dan juga kerajaan pusat.

34

Sebagai

permulaan

kearah

pembentukan

kerajaan

sendiri,

sebuah

jawatankuasa telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang dikenali sebagai


Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Ia dipengerusikan oleh
Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul
Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun
(Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali
(Brunei). Tujuan JPPM ialah untuk memberitahu orang ramai mengenai Malaysia,
mengumpulkan

sambutan

mereka

terhadap

Malaysia.dan

menyediakan

memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.


JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan
4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala
Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan
yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4
Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum
disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962.
Kandungan memorandum ini ialah, Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas
perlembagaan Malaysia.
Yang kedua, Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar,
pertahanan dan keselamatan, agama Islam merupakan agama rasmi tetapi rakyat
bebas beragama dan mengamalkan kebudayaan dan kepercayaan masing-masing.
Seterusnya, Bahasa Melayu diangkat bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih
boleh digunakan manakala, hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat
peribumi Sabah dan Sarawak. Di samping itu, Sabah dan Sarawak menuntut hak
untuk mengawal imigrasennya sendiri dan perwakilan Parlimen berasaskan jumlah
penduduk dan jumlah luas kawasan. Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah,
Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17
Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk
negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya
Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord
Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir
35

David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri
dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris
bertindak selaku Setiausaha. (Ruslan Zainuddin, 2005)
Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000
orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri
daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesarpembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpinpemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.
Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut
dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.
(Ruslan Zainuddin, 2005)
Seterusnya,

langkah

ini

disusuli

pula

oleh

pembentukan

satu

lagi

jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). JAK


ditubuhkan

pada

Ogos

1962

untuk

merangka

Perlembagaan

Malaysia.

Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul
Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20
perkara. Antaranya ialah, Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan. Akan
tetapi tiada agama rasmi di Sabah. Bahasa Inggeris pula dijadikan sebagai bahasa
rasmi Sabah, manakala Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Dari aspek
imigresen pula, Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri SabahSistem
pendidikan Sabah dikekalkan.
Sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk
mengadakan rundingan di London.(Ruslan Zainuddin, 2005) Rundingan tersebut
berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah
ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.
Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakilwakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik
Ducan Sandys dan Lord Landsdowne. (Ruslan Zainuddin, 2005)

36

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T.
Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili
oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H.
Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang.
Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike,
Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan
Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan
Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan
kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju
menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan
Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

PENENTANGAN PENUBUHAN MALAYSIA


Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada
penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan
Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan
kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah
dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina
ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada
Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi
genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan
persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun
1966.
Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun,
PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang
mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden
Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta
menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut
rakyat dan tentera memberontak.

37

Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20


Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan
Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau
semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan
PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia
enggan mengakui. Tujuan penentangan ini adalah kerana Penubuhan Malaysia
menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk
Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan Tentera Indonesia
mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar.
. Dengan konsep Ganyang Malaysia yang dibawa, mereka cuba untuk merampas
kuasa. Namun, pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa
gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik
berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan
Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan
Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966
selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.
Sesungguhnya,

proses

untuk

memerdekakan

sesebuah

negara

dan

membentuk kerajaan sendiri bukanlah satu perkara yang senang. Para pemimpin
terdahulu bersusah payah untuk mendapatkan keamanan yang kita kecapi pada hari
ini. Mereka berjuang menggunakan diplomasi. Malaysia merupakan negara yang
menjadi contoh apabila Negara ini mencapai kemerdekaan yang bukan melalui
pertumpahan darah. Kebijaksanaan para pemimpin kita dalam menangani setiap
masalah dan cabaran patut kita kagumi dan contohi. Seperti yang dapat dilihat,
bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak. Justeru, musyawarah amatlah
penting bagi mewujudkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang
terlibat.

38

4.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK


DI SESEBUAH NEGARA
Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintahan
negeri. Dari sudut istilah pula, ia membawa pengertian satu dokumen yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang
penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.
Perlembagaan merupakan manifestasi pengistiharan cita-cita Negara dan juga
menggariskan sruktur-struktur formal pemerintahan negara. (Afifi Abdul Razak,
Mustafa Ishak, 2006:97 )
Berdasarkan kepada konsep dan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke
arah penggubalan perlembagan yang telah diutarakan, dapat disimpulkan bahawa
terdapat 6 kepentingan utama sesebuah perlembagaan itu digubal. Di negara kita,
perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan
pelaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam
memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia.
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang pertama ialah untuk
menjamin kesinambungan pertadbiran dan kestabilan politik. Contohnya,
Perlembagaan Malaysia telah menerapkan unsur-unsur tradisi yang amat penting
untuk dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk mewujudkan identiti Malaysia
dan memupuk persefahaman kea rah perpaduan. Unsur tradisi ini juga merupakan
satu kontrak social yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan.
Menurut Mohd Salleh Abas (1985), unsur-unsur ini meliputi Bahasa Kebangsaan,
Agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sarawak
dan Sabah serta pemerintahan beraja.
Unsur-unsur tradisi ini juga perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum
Perlembagaan diwujudkan

pada tahun 1957. Unsur tradisi ini berperanan dalam

menstabilkan politik negara dan laporan yang dibuat oleh


menekankan betapa

pentingnya

Suruhanjaya Reid

Perlembagaan mengambil kira

faktor-faktor

sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957. ( Abdul Aziz
Bari, 2001 ).
Hal ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi ini sehingga dilindungi di
bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitive yang dilarang daripada
dijadikan isu perbincangan awam. ( Shamsul Amri Baharuddin,2010:104 ).
39

Perlembagaan sangat penting kepada pemerintahan dan pentadbiran negara


serta memastikan keadalan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan
sangat penting terutamanya kepada pemerintah atau pemimpin sesebuah kerajaan
atau negara untuk mendapat satu panduan atau gambaran yang holistic supaya
segala apa yang dirancangdan direncanakan terutamanya dasar-dasar negara dapat
diimplementasikan dengan baik dan teratur serta tidak bercanggah antara satu sama
lain sehingga boleh menyebabkan konflik serta mengggugat keharmonian dan
kestabilan negara.
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang kedua adalah dapat
menentukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui
kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Perlembagaan
dapat mencorakkan bagaimana kuasa dibahagikan dalam kalangan pelbagai
institusi kerajaan yang wujud di peringkat

puat dan penempatan. Tambahan

lagi,perlembagaan juga dapat menunjukkan bagaimana sesuatu keputusan penting


bagi sesebuah negara dicapai. ( Afifi Abdul Razak, Mustafa Ishak, 2006: 97 )
Contohnya,negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan, institusi beraja
terus dikekalkan di bawah konsep raja berpelmbagan selaras dengan sistem
demokrasi

yang

diamalkan

yang

diamalkan

di

Malaysia.

Di

dalam

perlembagaan,terkandung prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi-institusi


negara seperti badan eksekutif,badan perundangan dan badan kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Di sini,
perlembagaan menyatakan bidang kuasa dan peranan setiap institusi atau badan
berkenaan. Malaysia mengamalkan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi
berparlimen. Konsep raja berpelembagaan menyaksikan pemansuhan konsep raja
berkuasa mutlak. Raja tetap menjadi ketua kerajaan tetapi baginda tidak boleh
membuat keputusan sendiri melainkan mendengar dan mempertimbangkan juga
nasihat, pandangan dan cadangan dari menteri besar. Bagi konsep negara kita ,
Malaysia,

Yang di-Pertuan Agong akan mendengar segala nasihat daripada

perdana menteri dalam segala hal-hal negara. Segala keputusan yang dibuat tidak
boleh sesuka hati atau mementingkan kepentingan peribadi.
Oleh yang demikian, tiada satu institusi pun yang mengatasi Perlembagaan
Persekutuan Malaysia .

Yang di-Pertuan Agong sendiri serta tiga badan utama

kerajaan tertakluk di bawah Perlembagaan Malaysia.

Parlimen sebagai contoh

mendapat kuasa daripada Perlembagaan Malaysia tetapi tidak boleh sama sekali
40

undang-undang yang berada diluar bidang kuasa yang telah diberikan. Bahkan,
mahkamah berkuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh
parlimen jika ia terletak diluar bidang kuasanya. Namun begitu, mahkamah tetap
juga tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia.
kecekapan, kejujuran,

Ini sekaligus dapat menjamin

keadilan, ketulusan, serta kelicinan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah kerajaan.


Kepentingan perlembagan kepada negara yang ketiga adalah perlembagaan
dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Ini kerana perlembagaan
menggariskan kebebasan dan hak asasi warga negara seperti kebebasan diri,
kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Semua ini telah termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 8 iaitu persamaan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan
seumpamanya.

( Shamsul Amri Baharuddin, 2010:106 )

Menurut Perkara 11, kebebasan beragama dalam Perlembagaan Malaysia,


tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan , tertakluk
kepada Fasal (4), mengembangkannya. Kedua , tiada seorang pun boleh dipaksa
membayar apa-apa cukai yang hasilnya diperuntukkan khas kesemuanya atau
sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. Ketiga, tiaptiap kumpulan agama berhak untuk :
(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) Menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
khairat;dan
(c) Memperoleh dan mempunyai harta dan pemegang serta mentadbirkannya
mengikut undang-undang.

Keempat, Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah


Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
boleh

mengawal

atau

menyekat

pengembangan

Undang-undang Persekutuan
apa-apa

doktorin

atau

kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama islam. Manakala,


yang kelima perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan
dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman
awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

41

Perlembagaan

Malaysia

juga

telah

menyatakan

dalam

Perkara

10.

Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan yang tertakluk kepada Fasal (2),
(3) dan (4) iaitu:
(a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
Manakala, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan,pertama, ke
atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain,
ketenteraman awam atau mana-mana prinsip moral dan sekatan-sekatan yang
bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan
Undangan atau untuk membuat peruntukan menetang penghinaan mahkamah,
fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.
Kedua , ke atas hak yang diberikan oleh pernggan (b) Fasal (1), apa-apasekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam dan ketiga ke
atas hak yang diberikan oleh perenggan (c ) Fasal 1, apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Sekatan-sekatan ke atas hak untuk memberikan yang diberikan oleh perenggan (c)
Fasal 1 boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan perburuhan atau pendidikan. Manakala, pada yang mengenakan sekatan
sekatan

demi

kepentingan

keselamatan

Persekutuan

atau

mana-mana

bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh


meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau
dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 125,153 atau 181 melainkan yang
berhubungan dengan pelaksanannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undangundang itu.

42

Seterusnya, Perkara 13. Hak terhadap harta dalam Perlembagaan Malaysia


telah menyatakan bahawa tiada sesorang pun boleh dilucutkanmhartanya kecuali
mengikut undang-undang serta tiada undang-undang boleh memperuntukan
pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang
memadai. Bagi sesebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga
kerana setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam setiap pilihan
raya bagi menentukan kerajaan yang memerintah. Selain itu, hak kewarganegaraan
ini juga meliputi semua hak yang sah disisi undang-undang. Jadi , jelaslah perkara di
atas telah menunjukkan bahawa perlembagaan amat penting bagi menjamin hak
asasi dan kebebasan rakyat. ( Shamsul Amri Baharuddin, 2010:110)
Kepentingan peribadi perlembagaan kepada negara yang keempat pula
adalah perlembagaan dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan,
kemakmuran rakyat dan ini dapat memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Konsep demokrasi berparlimen yang menjadi amalan demokrasi di Malaysia amat
mementingkan dasar kebebasan bersuara secara terpimpin. Rakyat diberi hak
untukmemilih siapa yang akan mewakili mereka di parlimen. Parlimen menjadi satu
symbol demokrasi dan telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai
pentas atau medan untuk mengutarakan pandangan dan cadangan agar dapat
dipertimbangkan oleh ahli parlimen yang lain.
Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepad
corak

pemerintahan, sistem politik, dan pentadbiran negara. Secara tidak lansung

, ia turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan memastikan


segala urusan yang membabitkan undang-undang tidak membebankanatau
menganiaya rakayat kerana lazimnya Perlembagaan tercipta hasil daripada
persetujuan dan pandangan warganegara itu sendiri.
Seperti contoh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disentuh dalam
Perlembagaan melalui perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu ( yang mengikut implikasi mestilah digunakan untuk maksudmaksud rasmi ). Namun begitu,perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan
seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
daripada menggunakan ( selain maksud rasmi ) atau mengajar atau belajar bahasa
lain.
Seperti juga kedudukan Agama Islam yang terdapat dalam Perkara 3( 1), iaitu
agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan perkara ini telah
43

diteliti dengan melihat komposisi penduduk tanah Melayu yang terdiri daripada
pelbagai golongan etnik. Hal ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan
India yang berhijrah ke Tanah Melayu secara langsung telah membawa sekali
agama Kristian, Hindu dan Budha.( Mohd Salleh Abas, 1985). Oleh itu, Perkara 3
memperuntukkan suatu fasal imbangan, iaitu agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.(

Shamsul Amri

Baharuddin ,2010: 107 )

Di samping menjadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya


menepati aspirasi rakyat, perkara di atas juga amat penting dalam Perlembagaan
Malaysia untuk memupuk unsur taat setia kepada negara.
Kepentingan

perlembagaan yang kelima ini penting kerana seseorang itu akan

dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah
memperolehi kerakyatan negara lain.
Oleh yang demikian, apabila seseorang telah menjadi warganegara Malaysia,
dia

telah

tertakluk

dengan

undang-undang

dan

Perlembagaan

Malaysia.

Warganegara Malaysia perlulah menumpahkan taat setia kepada negara dan


sanggup berkorban demi negara yang tercinta. Sekiranya seseorang mempunyai
lebih dari dua kerakyatan, maka, dia tidak boleh mendapat hak kerakyatan sebagai
warganegara Malaysia
Kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara yang keenam adalah
perlembagaan dapat memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak
kebebasan

asasi

manusia

dihadkan

bagi

mengelakkan

berlakunya

persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Walaupun Perkara 10 dalam


Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa ada kebebasan bersuara daripada
menyentuh kedudukan Raja-Raja Islam,orang Melayu, kewarganegaraan dan
seumpamanya. Parlimen juga telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970 ), yang
menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang
tidak dingini.
Perkara ini amat serius dan sentiasa dipantau perkembangannya untuk
mengelakkan berlakunya peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969. Perpecahan kaum
yang berlaku di Malaysia ini telah banyak merugikan harta benda dan menggadai
banyak nyawa. Selain itu, Perkara 38 iaitu, kuasa Majlis Raja-raja menghalang
44

Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu,


orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam. Ini berikutan untuk menjamin keharmonian
pentadbiran

sesebuah

negara

tanpa

keadaan

kucar-kacir. (Shamsul

Amri

Baharuddin,2010 : 106 )
Tambahan lagi, perlembagaan juga penting supaya hak keistimewaan orang
Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan
sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan
Malaysia. Percanggahan tidak akan wujud kerana undang-undang telah pun dipandu
perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal setakat yang bercanggah.
Ini jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153. Hak istimewa
ini telah disentuh di dalam bahagian12, Bab 1, Perkara 153 yang mana meliputi
jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas lain yang diberikan. Keistimewaan ini tetap mempunyai batasan
demi menghormati hak kaum bukan Bumiputera.
Sehubungan

dengan

itu,

Perlembagaan

Persekutuan

telah

memberi

tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka


yang sah menurut peruntukan lain. Perkara 153 tidak akan terlaksana seandainya
untuk tujuan tersebut, kaum bukan bumiputera kehilangan sebarang jawatan awam
yang dipegang, ditarik dari menerima biasiswa atau keistimewaan lain atau
dilucutkan atau ditamatkan permit lesen yang dipegangnya.
Antara keistimewaan lain adalah termasuk apa yang diperuntukkan dalam
Perkara 86 dan 90 yang berkaitan dengan rizab tanah Melayu yang mana rizab ini
dilindungi

daripada

diselenggara

oleh

orang

bukan

Melayu.

Kemasukan

perkhidmatan oleh orang Melayu ke Rejimen Askar Melayu, dengan mengecualikan


orang bukan melayu dianggap sebagai satu kedudukan istimewa orang Melayu di
bawah Perkara 8 (5).
Walaupun dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan kaum
Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama sebagaimana
orang Melayu, tetapi peruntukan tersebut tidak memberi kesan untuk menindas
kaum-kaum lain kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak perlu dilindungi dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asasi kaum
lain.( Shamsul Amri Baharuddin,2010 :105 ).

45

Selain itu, perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi


nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa
yang bersatu dan berdaulat. Kesimpulannya, perlembagaan merupakan satu
dokumen yang telah dirangka untuk kefahaman masyarakat. Kita sebagai pelapis
kepada

generasi

masa

hadapan

seharusnya

memahami

perjuangan

dan

pengorbanan pemimpin terdahulu dalam pelbagai aspek satunya ialah tentang


perlembagaan negara.

46

4.3 KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pendebatan mengenai kontrak social hangat dibincangkan di media tempatan
apabila akhbar Mingguan Malaysia PADA 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang
memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa
parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial anatara kaum
kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.
Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas
kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan
Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin umno turut
disiarkan di media.
Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka dalam
kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili,
UMNO, MCA, MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu
persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin
atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat
sebagaimanayang terbukti melaui kemenangan Perikatan dalan pilihan raya 1955.
Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses
permuafakatan dan musyawarah.
Rakyat Malaysia perlu memahami kontrak sosial dengan jelas berdasarkan
fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung
kaitnya kepada empat perkara utama iaitu perlembagaan ,kemerdekaan,
hubungan

kaum

dan

system

pemerintahan

negara.

Tanpa

kontrak

sosial,mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana
pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak
sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub
dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada system pemerintahan yang
menjadikan kita sebuah negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan
dengan konsep negeri dan persekutuan.
Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang
dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan
itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara
Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang wujud daripada
konsep Malay Polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan
pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu,
47

sebahagiannya imigran dan diterima secara automatic sebagai warganegara dan


diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus fahamiberbilang

kaum

tetapi

berakar

umbi

dalam

system

kenegaraan

Melayu.

Perlembagaan juga mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam


sebagai agama rasmi dan system pemerintahan beraja.
ELEMEN

ELEMEN

KONTRAK

SOSIAL

MENURUT

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai
antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.
Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah
kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Perlembagaan Malaysia merupakan suatu
bentuk tolak ansur yang ulung dngan setiap kumpulan memberi sesuatu dan kem
bali mendapat sesuatu (yang lain).
Ini seperti yang dikatakan oleh Tunku Abdul Rahman.
Orang Melayu sedia memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orangorang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu
banyak kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa negeri yang
berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu. Sesungguhnya
ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dala perjanjian persekutuan tetapi ia
tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu
daripada mencapai kesenangan dan kejayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak
istimewa Melayu itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara
orang Melayu dan bukan Melayu.
Beberapa peruntukkan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan
beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan
British lagi. Para penggubal menganggap elemen-elemen tersebut penting
memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara
terutamanya dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu
adalah hasil proses tawar menawar pada asalnya merupakan semangat perjanjian
disebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Seperti yang diterangkan oleh
Mohamed Suffian :

48

Sebagai balasan kerana mengendurkan syarat memberi kewarganegaran


kepada orang-orang Melayu, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai
peribumi negara ini hendaklah ditulis di dalam perlembagaan dan terdapat
juga peruntukan lain yang juga dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bukan
Melayu
Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di
Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan
menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam
masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh
semua pihak.
Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada
perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik, dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang
menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal mendiami Tanah Melayu
memasukakannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan
mereka. Di antara ialah :
KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Berapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan
beraja. Mereka diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia.
Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya
mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu.
Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih menganggap sebagai raja yang
berdaulat dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masingmasing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk
menerima penasihat British.
Akhirnya apabila kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah
Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan pindaan supaya dapat disesuaikan
dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu
menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan
sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara
Malaysia perlu mempunyai satu identity yang berbeza dan unik. Inilahlah yang

49

mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudun
sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan.
Hasil penerimaan sistem raja berperlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong
diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaaan
baginda dikehendaki mengikut nasihat Jemaah menteri atau menteri yang diberi
kuasa oleh Jemaah menteri. Baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Persekutuan dan merupakan salah satu nsur utama daripada tiga unsur
utama badan perundangan Persekutuan iaitu Parlimen.
Di

samping

itu,

Perkara

71

Perlembagaan

Persekutuan

memebuat

peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang,


menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi
seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultan dilindungi oleh Perlembagaan
dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung
dengan Majlis Raja-raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan
sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-raja. Malah tiada
undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan, atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis RajaRaja.
Raja-Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan
oleh kerana itu ianya orang Islam. Yang Di Pertuan Agong ( yang dipilih daripada
kalangan Raja-Raja Melayu ) yang mempunyai kuasa pemerintah bagi persekutuan
juga adalah seorang Melayu dan Muslim. Perbincangan tentang pemerintahan
beraja tidak akan lengkap tanpa menyebutkan kedaulatan dan kekebalan (immuiniti)
raja. Perlembagaan memeperuntukan bahawa Yang Di Pertuan Agong tidak boleh
didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.
Negara ini masih bernasib baik dengan mewarisi sistem raja-raja yang
melambangkan kuasa Islam. Pada masa ini Perkara 3 (2) merujuk kepada tiap-tiap
negeri dalam persekutuan, Raja atau Sultan adalah ketua agama Islam kecuali
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

50

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU


Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara
153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.
Peruntukan-peruntukan berkaitan berkaitan juga terdapat di bawah Perkara 161( A)
dalam beberapa perlembagaan negeri.
Di sisi undang-undang perlembagaan, erti Melayu ialah seseorang yan
memenuhi tiga syarat asa; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap
Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu ( Perkara 160). Dengan hanya
mempunyai sifat-sifat (i) hingga (iii) belum sempurna lagi kemelayuan seseorang itu
di sisi

Perlembagaan. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah

membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura
sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu
atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.
Setelah mengimbas kembali siapa itu Melayu, kini kita perlu amati Perkara
153 yang menjamin kedudukan istemewa orang Melayu yang bumiputera yang
termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Perkara 153 menggariskan bahawa
Yang Di Pertuan Agong , atas nasihat Perdana Menteri atau kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarwak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,
agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang
diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lessen perniagaan. Peruntukan
Perkara 153 adalah seperti berikut :
Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan
sebagainya untuk orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri
Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut
peruntukan perkara ini.
(2) Walau apapun

yang terkandung dalam Perlembagan ini, tetapi

tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini ,


Yang di- Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di
bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan
51

mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara


kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri
Borneo dan juag menentukan perezaban bagi orang Melayu dan
bumiputera mana-mana negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang
difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam
perkhidmatan awam(lain dari perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan
mengenai biasiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau
latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi
atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang
difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau
lessen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezaban
permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undangundang itu dan Perkara ini.
Kedudukan isttimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan
Perkara 89 dan 90 yang memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada
undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu
dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu
sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebahagian
daripada kedudukan istimewa orang Melayu.
Walaupun dari sudut peruntukan khas ini seolah olah bercanggah dengan
kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warga negara persekutuan,
namun ia satu pertimbangan luntuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan
kaum-kaum lain khususnya Cina di tanah air bagi mewujudkan keseimbangan dalam
bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang
masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.
Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak. Ia diseimbangkan dengan
kepentingan sah kaum lain yang secara amnya termasuklah hak mendapat
kewarganegaraan

Malaysia

menurut

peruntukan

kewarganegaraan

dalam

perlembagaan hat menganut dan mengamalkan agama masing-masing, hak


menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting hak untuk mendapat layanan
yang sama rata. Seperti juga kedudukan istimewa orang Melayu, hak-hak ini juga
dibatasi beberapa peruntukan dalam perlembagaan
52

KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI


Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang
penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan iktiqad majoriti
penduduk (orang Melayu) di Malaysia.
Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan :
Agama Islam ialah agama rasmi bagi seluruh persekutuan , tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.
Menurut Tun Salleh Abbbas, Melayu dan Islam adalah dua unsur yang
bercantum

dan

tidak boleh

dipisahkan

untuk tujuan

undang-undang

dan

perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk


melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu merupakan dua identiti yang tak boleh
dipisahkan, tugas menjaga orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga
agama Islam.
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini
ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang
yang menganut agam Islam, yang lazimnya betutur Bahasa Melayu dan
mengamalkan istiadat Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang
mengistiharkan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan membayangkan
apa yang telah dipertahankan orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa
British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa
masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain
seperti Hindu dan Budha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai
agama Persekutuan juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum
lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan satu fasal imbangan yang menyebut
tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk :
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

53

b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama


khairat, dan
c) Memperoleh

dan

memiliki

harta

benda

serta

memegang

dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang

Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, maka


kerajaan Persekutuan dan negeri memepunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan
untuk menubuhkan atau menyelenggara institusi Islam atau mengadakan atau
membantu dalam mengadakan ajaran agama Islam dan untuk mengeluarkan
perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan
Negeri, melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk
membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya.
Peruntukana seumpama itu jelas disahkan oleh Perkara 12(2).
BAHASA MELAYU
Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri
sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan
umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat
pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa
perundingan Perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat
diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan
bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan :
Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahas
mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana
rangka

awalnya

tidak

menyebut

apa-apa

tentang

mengekal

dan

mengembangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain. Apabila


dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa Perlembagaan sepatutnya
dengan ekspelisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua
bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju.
Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak
mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalm Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan yang menyebut :
54

(1) Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan
yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen :
Dengan syarat bahawa
(a) Tiada

seorang

pun

boleh

dilarang

atau

dihalang

daripada

menggunakan( selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan


atau belajar, apa-apa bahasa lain;dan
(b) Tiada apa-apa jaua dalam fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum
lain di dalam Persekutuan.

Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai
kaum kearah menjadi sebuah negara bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu
bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.
Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlu dan wajar membudayakan
semangat perpaduan dan integrasi demi kesinambungan perpaduan yang sedia
wujud. Kontrak sosial telah diterima oleh majoriti rakyat Malaysia dan para
pemimpinnya sebagai satu kenyataan sejarah. Justeru, penerimaan kontrak sosial
adalah penting dalam menjaga hubungan etnik di Malaysia kerana Malaysia
merupakan sebuah negara yang bersifat majmuk. Menghormati hak serta
kepentingan setiap golongan etnik di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia sangat perlu dihayati bersama agar dapat menghindarkan
sebarang konflik yang wujud.

55

KESIMPULAN
Berdasarkan tugasan tersebut, kesimpulan yang dapat digarap ialah
Perlembagaan merupakan suatu asset penting dalam memastikan kelancaran
pentadbiran sama ada dalam aspek ekonomi, politik atau sosial sesebuah negara.
Di dalam Perlembagaan, telah terkandung segal perkara yang boleh menjamin hak
masing-masing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkannya. Perlembagaan
juga dijadikan sebagi rujukan terutamanya tatkala negara berhadapan dengan krisi
atau perkara yang melibatkan ketidakpuasan hati mana-mana pihak di negara ini.
Di samping itu, pemahaman yang jelas tentang peristiwa berkaitan dengan
sejarah negara perlu digarapkan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira warna
kulit, agama dan bangsa sejak di peringkat rendah lagi. Hal ini bagi menggalakkan
masyarakat menghayati dan menanam semangat nilai patriotisme dan nasionalisme
dalam kalangan kita seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Hal ini juga secara tidak langsung untuk mengelakkan masyarakat daripada
terpengaruh dengan anasir-anasir yang cuba untuk menggugat keharmonian kaum
di negara ini melalui penyelewengan fakta sejarah. Oleh itu, pemupukan budaya
membaca dan menimba ilmu pengetahuan amat digalakkan bagi menjamin
kemajuan bersama.
Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada masyarakat berbilang kaum
amat penting dalam usaha memajukan negara dalam segala aspek agar setaraf
dam mampu berdiri kukuh di arena antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan
slogan dan hasrat yang sering kali dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Satu Malaysia. Cita-cita ini dilihat sebagai
platform untuk mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di negara ini.

56

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan lipah dan


kurniaNya dapat kami menyempurnakan tugasan yang diamanahkan kepada kami.
Terlalu banyak pengalaman berharga dan juga ilmu-ilmu baru telah kami
timba sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Pertama-tamanya, kami
belajar untuk bekerja satu kumpulan, terutamanya kumpulan yang baru di mana
kami bertiga tidak untuk kami bekerja kerana masing-masing masih belum dapat
menyesuaikan diri. Tetapi, lama-kelamaan kami dapat menyesuaikan diri, malah
kami saling bergurau senda dan mengusik.
Dari aspek kerja, kami mengagih-agihkan tugasan. Sebagai contoh, bagi
tugasan ini, kami sikehendaki menelesaikan tiga komponen. Lantas, kami
memutuskan untuk mengambil setiap orang satu tugasan. Kami memulakan kerjakerja mengumpulkan bahan-bahan bacaan sebaik sahaja kami mendapat soalan
tugasan. Sebaik sahaja tamat waktu kuliah, kami bergerak ke pusat sumber untuk
mencari bahan rujukan. Alhamdulillah, kami menjumpai bahan-bahan yang kami
perlukan untuk membantu kami menyelesaikan tugasan ini. Terdapat banyak buku di
perpustakaan mengenai subjek Hubungan Etnik, buku-buku yang menjelaskan
Perlembagaan Malaysia, dan buku-buku sejarah Malaysia. Selain itu, kami juga
mencari bahan-bahan rujukan melalui capaian internet dan membuat bacaan di
blog-blog yang berkaitan.
Selain itu, perbincangan dengan rakan-rakan sekelas yang lain juga banyak
membantu kami. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea mengenai tugasan ini.
Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri. Sebagai jalan akhir, kami
mengambil jalan penyelesaian yang terbaik dan kami menetapkan satu jalan terbaik
atau flow tugasan kami.
Melalui tugasan ini juga, kami banyak belajar mengenai sejarah negara
Malaysia. Memang benar, kami telah belajar subjek sejarah semasa di peringkat
sekolah menengah dahulu, tetapi kami ini kami dapat mengulanginya semula serta
kami dapat belajar secara lebih mendalam lagi.

57

Kami dapat belajar mengenai semangat juang para pemimpin dan pejuang
negara yang sanggup berkorban dan menggadaikan bukan sahaja harta benda,
makah nyawa mereka sendiri dipertaruhkan demi mencapai keamanan yang kita
nikmati sekarang ini. Perjuangan mereka sangat besar. Jalan untuk mencapai
kemerdekaan ini ternyata bukanlah jalan yang senang. Terlalu banyak ranjau dan
polemik yang terpaksa mereka tempuhi. Pelbagai ancaman serta tekanan yang
dkinakan kepada mereka semata-mata untuk menyekat perjuangan mereka. Oleh
itu, kami belajar untuk menghargai usaha mereka demi memastikan negara kita
merdeka dan bebas seperti sekarang.
Sesugguhnya sejarah harus kita pelajari dan hayati agar sejarah itu tidak
berulang. Kesilapan-kesilapa yang pernah berlaku dulu tidak seharusnya berlaku
sekali lagi. Lantas kami menanam azam untuk menjaga kemanan yang ada
sekarang ini daripada dinodai sekali lagi. Namun, kami bukanlah para tentera
mahupun anggota keselamtan yang mampu mengangkat senjata bagi melindungi
kedaulatan negara bertuah ini, kami melakukan hanya sekadar yang termampu
dengan menjaga perpaduan yang wujud dalam negara ini. Hal ini kerana, perpaduan
merupakan kunci utama kepada keamanan dan keselamatan sesebuah negara.
Kami berazam untuk mengukuhkan hubungan dengan sesiapapa sahaja dan
menghormati hak, kepercayaaan, kebudayaan, dan kesenian mereka. Kami belajar
mengenai peristiwa berdarah 13 Mei, dan kami tidak mahu perkara tersebut berlaku
lagi pada masa akan datang.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak mengajar kami tentang pentingnya
semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri kami. Sebagai generasi muda
yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara kelak, kami harus belajar dari
sekarang dan penting untuk kami menoleh kebelakang bagi memastikan apa yang
berlaku di belakang kami tidak berulang di hadapan kami.

58

Bibliography
., A. A. (2005). Biografi Dato Onn Hidup Melayu. . Selangor. : Persatuan Penerbit
Buku Malaysia, Cetakan Kedua.
Baharuddin, S. A. (2000). Modul Hubungan Etnik . Kuala Lumpur: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Bari, A. A. (2001). Perlembagaan Malaysia: asas-asas dan masalah. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Malaysia, A. N. (2013, March 1). MALAYAN UNION - Teladan buat generasi kini,
akan datang. Retrieved march 7, 2013, from Arkib Negara Malaysia:
http://www.arkib.gov.my/malayan-union-teladan-buat-generasi-kini-akandatang
Pie, A. (2009, October 12). Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union.
Razak, M. I. (2006). Politik dan Pemerintahan Negara, Singapore. Thomson
Learning/Thomson Asia Pte Ltd.
Wariya, C. (2007). Malaysia 50 Fakta Asas Kenegaraan. Kuala Lumpur : Media
Global Matrix.
Zainuddin, F. S. (2000). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

59

60

Anda mungkin juga menyukai