Soalan Latihan Peng Aqidah
Soalan Latihan Peng Aqidah
Latihan:
Perbincangan:
1) Jelaskan peranan iman dalam kehidupan manusia.
Iman bermaksud membenarkan dgn hati, mengikrarkan dgn lisan dan mengamalkan dgn anggota
badan.
Manusia adalah makhluk dwidimensi yang merangkumi kedua-dua unsur fizikal dan spiritual yang
saling lengkap-melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi unsur
kerohanianlah yang merupakan aspek unik dan utama yang melonjakkan martabat manusia kepada
sebaik-baik kejadian.
Akal dan pemikiran manusia adalah cirri utama yang membezakannya daripada seluruh kejadian
yang lain. Ianya merupakan satu manifestasi tanggungjawab dan kepintaran untuk mengurus dan
mentadbir kejadian disekelilingnya mengikut acuan dan kemahuannya. Disamping ia memiliki
daya untuk berfikir dan menganalisis untuk mendapatkan apa yang difikirkan terbaik dan boleh
mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakatnya.
Walau bagaimanapun, kemampuan akal amat terhad ia hanya berkisar di atas platform fizikal yang
nyata. Di sinilah letak peranan tubuh dan fizikal badan sebagai instrument untuk merealisasikan
hasrat dan aspirasi yang dicetuskan oleh akal dan pemikiran. Kuasa akal amatlah terbatas dan tidak
dapat mencapai hakikat dan kebenaran yang mutlak, kerana instrument yang digunakan hanyalah
pancaindera dan deria yang hanya dapat mengesan perkara-perkara yang zahir dan bersifat fizikal
sahaja disamping ia mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Manakala, perkara-perkara yang
ghaib dan di luar darinya tidak dapat ditafsirkan atau dimutlakkan kewujudannya oleh akal
manusia.
Di sinilah letak peranan iman dan takwa sangat diperlukan selaku wahana untuk mendapatkan
bimbingan ke arah membuka jalan kebenaran melalui hidayah dan taufik Ilahi. Mengikut
panduan agama, peranan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dapat difahami dan dihayati
dalam dua dimensi yang penting, iaitu:
Pertama; iman dan takwa sebagai penggerak membuka minda untuk mencari jalan yang terbaik
dalam melaksanakan tugas khalifah umat manusia bagi tujuan memakmur dan membangunkan
dunia ini menjadi suatu destinasi yang selesa dan menyenangkan untuk berbakti dan mencari
keredhaan Ilahi. Disamping itu, iman dan takwa juga dapat memberikan motivasi dan rangsangan
yang kuat terhadap pembentukan peribadi dan jati diri manusia yang unggul. Kekuatan ini
bersesuaian dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia yang amat dahagakan pengetahuan dan
1
...........................................................................................................................................................
2) Bincangkan amalan dan kesan halawatul iman dalam kehidupan seseorang muslim.
Halawatul Iman atau kemanisan Iman memberi maksud gembira melakukan ibadat, sanggup
menanggung kepayahan demi mendapatkan keredaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan
keduanya lebih dari harta dunia.
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya
nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai
daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan
dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam
api". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi
kemanisan iman.
Hadis ini mengandunqi asas-asas utama bagi semua pintu kebaikan. Kemanisan iman adalah
sesuatu yang dapat dirasakan oleh mukmin yang tenteram jiwanya terhadap nikmat yang telah
dianugerahkan oleh Allah kepadanya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dengan kemanisan iman seseorang dapat menghadapi hidup dengan penuh ceria. Keimanannya
dapat membimbing dirinya untuk menghadapi kehidupan ini walau bagaimanapun keadaan yang
menimpanya. Jika sedang ditimpa kesusahan dia boleh bersabar, dan dia dapat merasakan nikmat
kesabaran. Dan jika dia mendapat nikmat kesenangan maka ia pandai bersyukur, dan dia dapat
merasakan nikmat kesyukuran. Dia meyakini bahawa segala yang menimpanya apakah baik atau
buruk adalah telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Oleh itu ia dengan jiwa tenang dapat
menghadapi semua keadaan dengan rasa redha.
Kalaulah begitu besar nikmat yang dia dapat rasakan ketika di dunia lantaran kemanisan iman
4
Cinta manusia kepada orang yang berbuat ihsan kepadanya dan orang yang boleh
mendatangkan manfaat kepadanya.
Cinta manusia kepada orang yang suka berbuat ihsan semata-mata kerana ihsannya.
Walaupun dia sendiri tidak berhajat kepada ihsan orang tersebut.
Cinta manusia kepada kecantikan dan keindahan. Keindahan yang memikat ada yang hissy
(fisical) seperti keindahan warna warni bunga dan binatang, dan ada pula yang maknawy
(abstrak) seperti akhlak yang luhur dan sifat mulia dari seseorang umpamanya: berilmu,
cerdik, berani, adil, sabar, cekal dan lain lain.
Cinta manusia kepada seseorang disebabkan kerana orang yang dicintainya itu memiliki
persamaan sifat dengannya, walaupun semua sebab terdahulu atau sebahagiannya tidak
wujud pada orang tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW.: Roh-roh adalah tentera
tentera yang dipersenjatakan, maka apa yang sesuai dengannya dia akan mesra dan apa yang
bercanggah dengannya dia akan berbeza.
Dan jika kita amat amati sebab sebab cinta diatas dengan cermat nescaya kita dapati kesemua sebab
itu mewajibkan orang beriman yang benar-benar mengenali Tuhannya untuk mencintai Allah
dengan kadar cinta yang tidak ada tolok bandingannya.
Buah atau kesan cinta seseorang kepada Allah akan menimbulkan ketaatannya kepada Allah yakni
melaksanakan suruhan Nya dan menjauhi laranqan-Nya. Tetapi perlu diingat bahawa terdapat
perbezaan antara taat kerana cinta (mahabbah) dengan taat kerana mengharap dan takut (rakhbah
dan Rahbah).
Diriwayatkan bahawa Nabi Isa AS. pernah melalui suatu kaum yang sedang beribadah kerana takut
kepada Allah atau kerana mengharap syurga, lalu Isa berkata: Sesungguhnya kamu takut kepada
5
1)Apakah masalah yang menjadi punca utama perpecahan antara mazhab Muktazilah
dan mazhab Ahli Sunnah?
Dalam sejarah Islam, berlaku peristiwa menyayat hati umat Islam iaitu pembunuhan Uthman bin
Affan. Beliau adalah ketua negara Islam ketiga, menantu Nabi Muhammad dan menurut beberapa
laporan, beliau adalah orang yang disegani oleh malaikat. Beliau dibunuh semasa membaca alQuran. Tragedi ini menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam sehingga tercetusnya Perang
Siffin antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian dan Perang Jamal yang
melibatkan Aisyah binti Abu Bakar, Thalhah dan Zubair menentang Ali bin Abu Talib.
Peperangan itu bukan sahaja mengorbankan nyawa para sahabat Nabi Muhammad tetapi
menimbulkan salah faham dalam bidang politik sehingga melibatkan isu akidah.
Lanjutan daripada peristiwa itu, timbul golongan yang fanatik kepada Ali bin Abu Talib yang
dikenali sebagai Syiah dan mereka vang menyokong Muawiyah bin Abu Sufian. Antara dua
pertembungan itu, muncul pula golongan yang keluar daripada kumpulan kerana tidak berpuas
hati dengan urusan Tahkim yang dikenali sebagai Khawarij. Tahkim adalah peristiwa perlantikan
ketua negara Islam antara Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Semasa peristiwa
ini, Ali digugurkan daripada jawatan ketua kerana helah yang dimainkan oleh penyokong
Muawiyah. Pada peringkat awal, semua golongan tidak memasukkan hujah akidah dalam
pertelingkahan mereka. Situasi masih terkawal kerana ada para sahabat Nabi Muhammad yang
masih hidup dan mampu mengawal keadaan walaupun ada anasir-anasir bukan Islam yang cuba
mengambil kesempatan.
Namun, selepas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula meresap dari dalam umat Islam.
Muncul golongan Syiah yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan Zaidiah serta
golongan Syiah yang radikal. Golongan ini dianggap radikal kerana fahaman mereka terkeluar
daripada akidah yang utama, bukannya masalah cabang akidah seperti isu pemerintahan.
Antara mereka adalah Ismailiah, Bayaniah dan lain-lain. Golongan ini lebih radikal apabila mereka
8
Oleh:
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah
Syarah Kitab Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam
Kuliyah Jumaat 06 Oktober 2006
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
2)Iktikad yang dipegang oleh mazhab Muktazilah sangat berbeza dengan iktikad yang
dipegang oleh mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jelaskan pendapat anda
berpandukan hujjah-hujjah yang sesuai bagaimana perbezaan ini boleh berlaku?
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala dengan kelihatan
dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.
Barangsiapa yang mengerjakan amal yang soleh, maka ( pahalanya ) untuk dirinya dan
barangsiapa yang mengerjakan perbuatan jahat, maka ( dosanya ) untuk dirinya sendiri dan sekalikali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hamba-Nya.
Dalam erti kata lain, adil Allah itu merangkumi apa yang Dia taklifkan terhadap hamba-nya. Yang
mana manusia itulah yang mencipta segala perbuatan dan perkara yang dipertanggungjawabkan
terhadap diri mereka samada baik ataupun buruk. Untuk itu, berkaitan dengan usaha serta
perbuatan manusia, tiada sebarang campurtangan Allah sedikitpun. Pada dasarnya, pegangan
Mutazillah ini adalah berlawanan atau bertentangan dengan fahaman akidah Jabariah yang
mengatakan Allah yang menjadikan segala perbuatan dan tindakan manusia. Iaitu manusia itu
dikira terpaksa dan tidak ada pilihan sedikitpun.
3 ) Janji baik dan ancaman.
Bagi mereka, janji baik mendapat faedah serta manfaat manakala ancaman dan janji buruk
mendapat mudarat dan bahaya. Sebagaimana rumusannnya, Allah akan melaksanakan apa sahaja
yang Dia janjikan dengan janji baik serta azab pada apa yang diancamkan. Iaitu memberi ganjaran
baik dan pahala kepada orang yang taat sebaliknya pula azab pada orang yang melakukan maksiat.
4 ) Posisi tengah.
Pendapat ini tercetus ketika Wasil ibn Ata yang membuatnya terpisah dari gurunya Hasan al-Basri
bahawa mukmin yang berdosa besar dan tidak bertaubat dia bukan mukmin ( beriman ) tetapi
bukan juga kafir ( tidak beriman ). Ia boleh dipanggil fasiq. Mereka seperti ini menjalani kehidupan
sebagai muslim bahkan apabila mati turut dikebumikan sebagai Muslim. Hanya Tuhan yang akan
menentukan di mana akan mereka ditempatkan.
Di dalam konteks ini juga golongan Muktazilah juga menyatakan sesiapa yang biarpun sepanjang
hayatnya melakukan ketaatan, tetapi akhirnya melakukan dosa besar, maka segala amalan akan
terputus dan ia kekal di dalam neraka jika tidak bertaubat. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah
ayat 81 yang bermaksud :
( bukan demikian ) yang benar, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya,
mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
10
Muktazillah berpendapat bahawa menyuruh kea rah perkara yang makruf dan mencegah perkara
yang berbentuk kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah
kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan
menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa.
Daripada prinsip yang kelima ini mereka mengatakan perlu ada mejahadah atau penuh
kesungguhan untuk membasmikan apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Allah dan
menyuruh apa yang selaras dengan perintah-Nya.
Pandangan Muktazillah mengenai isu akidah berkaitan dengan ilahiyyat. Perbahasan dan
perbincangan yang meluas tentang perkara yang berkaitan dengan akidah adalah tidak digalakkan
di dalam Islam bahkan ditegah. Perbahasan persoalan isu akidah menyebabkan kaum muslimin
berpecah belah kepada pelbagai puak. Hakikatnya, sebahagian daripada punca perselisihan tersebut
ekoran daripada sumber akidah itu sendiri. Di mana sesetengah ulama berpendapat untuk
menjadikan pegangan di dalam akidah mestilah daripada sumber yang bersifat qatI sahaja
bukannya zann seperti Hadith Ahad. Terdapat beberapa isu dalam akidah yang dibincangkan serta
diperselisihkan daripada kaum muslimin.
.blablabala.
Latihan
1.Apakah yang dikatakan mazhab Ahli Sunnah dan siapakah pengasasnya?
Ahli Sunnah : bermaksud mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah.
Al-Jamaah : bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad ,
melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar. Menghidupkan sunnah dan menentang bidaah.
Ia merupakan mazhab atau satu aliran kefahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah yang
11
Aliran ini juga dinamakan sebagai Ahlul Haqq, Ahl al-Hadith, al-Salaf al-Salih, al-Taifah alMansurah, dan seumpamanya.Pada zaman Nabi Muhammad SAW dan seluruh masyarakat Islam
kecuali orang munafik ialah penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW pada zaman Abu Bakar telah wujud golongan yang
ingkar kepada ajaran Islam maka Sayyiduna Abu Bakar telah memerangi mereka semata-mata
kerana mereka enggan membayar zakat kepada kerajaan Islam.
Diikuti pula, zaman pemerintahan Sayyiduna Umar yang merupakan amat terkenal dengan sikap
al-Faruqnya yakni sebagai pembeza antara benar dan salah.
Diikuti lagi oleh pemimpin Ahli Sunnah iaitu Sayyiduna Uthman bin Affan yang dibunuh oleh
seorang munafik. Pada zaman beliau telah timbul perpecahan seperti ramalan Rasulullah s.a.w.
3.Apakah asas pokok pegangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah?
4.Kenapakah mazhab Ahli Sunnah dikatakan sebagai mazhab yang paling rasional
dan dapat diterima oleh majoriti umat Islam?
12
13
14