Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PENUBUHAN KUMPULAN NASYID


SMK ELOPURA , SANDAKAN, SABAH.

Disediakan oleh :
En. Mohd Faiz Bin Ismail
SMK Elopura Sandakan

KUMPULAN NASYID SMK ELOPURA


1.0 MUQADDIMAH
Masyarakat Islam pada zaman ini terdedah kepada pelbagai bentuk hiburan dari barat yang
telah merosakkan pemikiran dan peribadi umat Islam. Hiburan-hiburan yang bertentangan dengan
syariat Islam ini telah mempengaruhi remaja Islam dan melalaikan mereka dari berpegang kepada
ajaran Islam yang sebenarnya. Keadaan ini kita dapat lihat di Malaysia semakin banyak remaja-remaja
yang jahil mengenai agama mereka sendiri disebabkan terdedah dengan pelbagai bentuk hiburan yang
melalaikan. Suasana ini perlu dibendung dari terus meracuni pemikiran remaja kita. Penubuhan
kumpulan nasyid diharapkan memberi gambaran kepada umat islam bahawa Islam tidak menghalang
dari penganutnya untuk berhibur selagi hiburan itu tidak melalaikan kita dari mengingati Allah.
Berhibur dengan alunan nasyid juga adalah salah satu cara untuk kita berdakwah dan memperkenalkan
Islam kepada mereka yang beragama Islam.

2.0 OBJEKTIF

Memberikan hiburan berbentuk keislaman kepada warga SMK Elopura.

Sebagai suatu jalan dakwah Islamiyah kepada warga SMK Elopura mengenai
ajaran Islam

Memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai keburukan hiburan yang


dibawa masuk dari barat.

Memberikan peringatan kepada umat Islam mengenai balasan dari Allah ke atas
mereka yang ingkar ke atas perintahnya.

3.0 MATLAMAT
Memberikan hiburan berbentuk keislaman kepada warga SMK Elopura dan sebagai salah satu cara
untuk berdakwah kepada warga SMK Elopura.

4.0 MOTTO KUMPULAN


Islam Is The Ways Of Live

5.0

TEMPAT LATIHAN

Tempat latihan yang dicadangkan adalah di Dewan Persona. Dewan ini dipilih disebabkan sesuai
dengan latihan nasyid secara berkesan.

6.0 KEAHLIAN
Keahlian ahli kumpulan nasyid adalah dipilih dari kalangan mereka yang berminat serta berbakat dan
tidak diadakan secara terbuka . Selain itu, peribadi serta pretasi pelajaran juga diambil kira dalam
pemilihan tersebut.

7.0 NAMA KUMPULAN


7.1

Pelajar lelaki - Kumpulan Al-Muttaqin


Muttaqin bermaksud orang-orang yang bertakwa berasal dari perkataan taqwa yang
bermaksud takut. Darjat taqwa adalah darjat keimanan yang paling tinggi disisi Allah
s.wt. Diharapkan pelajar-pelajar yang menyertai kumpulan ini akan dapat menerapkan
sifat taqwa didalam diri mereka.

8.0

PELAN PERLAKSANAAN

Bil.

Pelaksanaan / Aktiviti

Bulan Perlaksanaan

1.

Mengenalpasti alat muzik dan tempat yang menjual alat


muzik yang diperlukan selepas kertas kerja diluluskan
berdasarkan bajet yang diberikan oleh pihak sekolah.

November Disember

2.

Sesi audition diadakan bagi mencari peserta nasyid yang


berminat dan berbakat kepada pelajar sekolah. Peserta akan
dibahagikan kepada dua iaitu penyanyi dan pemain alat
muzik.

Januari

3.

Peserta nasyid yang terpilih akan diberikan taklimat


berkenaan dengan syarat-syarat kumpulan nasyid dan
peraturan yang perlu dipatuhi.

Januari

4.

Sesi latihan diadakan bersama jurulatih yang telah dilantik.


Antara latihan yang akan dilatih ialah muzikal, nyanyian dan
persembahan. Latihan ini adalah bagi persediaan
pertandingan nasyid pada bulan Mac nanti.

Januari Mac

5.

Sesi latihan akan terus diadakan mengikut kesesuaian masa


dan akan membuat persembahan dalam program-program
sekolah.

April - November

9.0

STRUKTUR JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran 1

10.0 PERANCANGAN PERBELANJAAN


Anggaran perbelanjaan yang akan digunakan adalah seperti berikut :
Rujuk Lampiran 2

11.0 PENUTUP
Penubuhan kumpulan nasyid adalah penting sebagai suatu cara untuk berdakwah kepada warga SMK
Elopura dan juga masyarakat sekitarnya. Selain dari itu, ia juga dapat memberikan suatu hiburan
berbentuk keislaman serta mengurangkan minat remaja Islam untuk berhibur dengan hiburan-hiburan
yang dibawa dari barat. Diharapkan dengan itu gejala maksiat yang semakin berleluasa dapat
dikurangkan dan mengembalikan umat Islam ke suatu tahap kegemilangan seperti yang telah dicapai
umat Islam zaman dahulu.

Disediakan Oleh,
_____________________
En. Mohd Faiz Bin Ismail,
SMK Elopura , Sandakan.

Disahkan Oleh
_______________________
Pn. Siti Nor Bte Mohd Arif,
PK Kokurikulum,
SMK Elopura Sandakan.

Lampiran 1
STRUKTUR JAWATANKUASA KUMPULAN NASYID
PENAUNG
Pengetua
PK Kokurikulum
Ketua Bidang Kemanusiaan

PENASIHAT
En. Mohd Faiz Bin Ismail

JURULATIH
En. Mohd Faiz Bin Ismail
En. Wan Muhammad Bin Wan Mohd Nor

PENGERUSI
NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

4 ORANG AHLI JAWATANKUASA

Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN PENUBUHAN KUMPULAN NASYID
PERALATAN

HARGA SATU SET

BILANGAN

JUMLAH

PAKAIAN

RM 150.00

10

RM 1500.00

SONGKOK

RM 20.00

10

RM 200.00

RM800.00

RM800.00

Shaker

RM50.00

RM50.00

Tambourine

RM50.00

RM50.00

Bar Chimes

RM450.00

RM450.00

Jurulatih Percussion
(Kongga, Bonggo, Shaker,
Tamborin)

RM 700.00

RM 700.00

Lain-Lain

RM800.00

D Jembe

JUMLAH KESELURUHAN

RM800.00
RM4550.00

Anda mungkin juga menyukai