Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan

masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh, seimbang dan dapat
menyumbang kepada pembangunan negara secara lestari adalah produk daripada
pendidikan berkualiti yang selaras dengan keperluan negara pada masa kini dan akan
datang (Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob, 1990). Oleh itu, proses pendidikan
memainkan peranan yang sangat signifikan dalam mendidik dan mengembangkan proses
penguasaan ilmu. dan mendidik amalan mulia modal insan negara. Ini adalah kerana hanya
dengan ilmu akan lahirlah modal insan berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada
proses pembangunan negara yang lebih mampan.
In education, a teacher is one of the most important agents that play a role in
creating atmosphere of educational institutions, students, the community and the world
today. Without a teacher, may not be born a doctor, architect , lawyer , accountant and so
on. Thus, the leadership of a teacher in controlling the educational process is very focused
to realize any desired goals. According to the Kamus Dewan (2002), teachers are defined as
those who teach , educators, teachers and caregivers or train. In this case, educating means
continue and develop the values of life, teaching also intends to continue and develop the
science and practice to develop meaningful skills to his students.
As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldnt
be teaching because education is a constant process of change. Every single time you
teach something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human
being emerges.
( Leo Buscaglia )
Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai
penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh
diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus
peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh
Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif
atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur
walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990)

Guru merupakan nadi kepada sekolah dan profesionalismenya ialah kunci kepada
kualiti. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja meliputi kualiti proses tetapi kualiti hasilnya

( output ) juga. Perkara ini tidak mungkin tercapai jika individu, kumpulan , kelompok dan
organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Sumber manusia perlu dibangunkan secara
bersepadu bagi memastikan individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakat insan
guru.
Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan
sesuatu ilmu kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap
pendidikan itu sendiri. Ragbir Kaur (2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang
mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin
dalam kurikulum sekolah, manakala Mok Soon Sang (2007) mentakrifkan guru adalah
pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu
pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.
Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan mengikut perkembangan dan
tuntutan semasa. Segala dasar dan perubahan yang diperkenalkan menuntut seluruh warga
pendidik memahami, menghayati, dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Ini
bermakna para pendidik bertanggungjawab merealisasikan segala perubahan yang dibawa.
Perubahan utama yang perlu dilakukan oleh setiap guru ialah perubahan paradigma, sikap
dan perlakuan guru. Semua elemen ini dapat membantu guru berfungsi dengan berkesan,
mempunyai daya saing yang tinggi dan berketerampilan. Guru hendaklah menyedari,
memahami dan menghayati bahawa konsep penambahbaikan berterusan dalam profesion
keguruan perlu dilaksanakan tanpa garis penamat.
Guru yang profesional dan kompeten perlu mempunyai integriti dan kredibliti. Mereka
berperanan dalam mendidik pelajar supaya menjadi insan yang seimbang dan bersepadu.
Guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan menguasai
kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudah cara
dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada
pelajar. Mereka juga perlu kreatif dan inovatif supaya system penyampaian pengajaran dan
pembelajaran menarik dan dan menyeronokkan. Seterusnya, para guru wajib berusaha
kearah pembentukan warga Negara yang tinggi nilai patriotisme, berilmu, taat setia ,
bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan.
Model Standard Guru Malaysia (SGM) adalah suatu standard yang dapat menjadi
penanda aras bagi para guru dan bakal guru di Malaysia dalam melahirkan guru yang
berkualiti. Pelancaran buku SGM telah dilaksanakan pada 16 Mei 2009 bersempena Hari
Guru peringkat kebangsaan. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turut

mengulas terhadap persoalan para guru mengenai Model Standard Guru Malaysia (SGM)
ini semasa beliau merasmikan pelancaran buku SGM tersebut. Beliau berkata:
Bagi guru yang sering bertanya mengenai berkualiti, apa standard yang mereka perlu
ada, maka Standard Guru Malaysia adalah petunjuknya.Walaupun pembikinan SGM
berasaskan negara luar namun penanda arasnya dibangunkan dalam konteks dan budaya
serta amalan nilai-nilai masyarakat negara ini.
(Utusan Malaysia, 14 Mei 2009)
Untuk menjamin kualiti guru, satu standard perlu disediakan. Oleh itu, SGM ini
digubal sebagai panduan bagi mengenalpasti tahap kualiti, kompetensi professional guru
dari segi amalan profesionalisme keguruan, kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. SGM yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru
( BPG ) bertujuan menggariskan cadangan amalan terbaik untuk guru dan institusi latihan
perguruan. Gagasan SGM inilah menjadi titik tolak bagi melakukan perubahan untuk
mencapai kemahiran dan kesempurnaan sebagai seorang guru. Sesungguhnya , seseorang
guru unggul bukan sahaja perlu menambah pengetahuan dan menguasai kemahiran terkini,
malah mereka perlu mengikuti latihan semula program atau kursus yang berkaitan dengan
profesion keguruan secara berterusan.
Bagi menjamin guru berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan
keberkesanan mengajar, tiga aspek utama perlu diberi penekanan, iaitu nilai dan amalan
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Keupayaan menguasai ketiga-tiga aspek ini dapat diukur berdasarkan satu
standard iaitu Standard Guru Malaysia ( SGM ) yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Seperti standard yang telah di tetapkan didalam SGM ada 3 perkara iaitu :
1) Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
2) Standard 2: Pengetahuan Dan Kefahaman
3) Standard 3: Kemahiran Pembelajaran Dan Pembelajaran
kemudiannya ia disokong juga dengan keperluan bagi memenuhi standard tersebut.
Keperluan ini bertujuan bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi
amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut :

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan


Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program
latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan
penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang
digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan
menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
(Standard guru Malaysia, 2009 )
Didalam tugasan ini, standard 1 iaitu Amalan Nilai Profesionalisme keguruan di tekankan
kerana perincian standard ini membincangkan tentang pecahan domain mengenai diri,
profesion dan social. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
a) Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada

profesion keguruan bagi mencapai matlamat system pendidikan negara. Nilai-nilai yang
difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu,
kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan
lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat
sukarela, dan efisien.
b) Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh
guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang
ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti,
teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
c) Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam
sekitar.
Guru adalah golongan yang mempunyai kemahiran profesional. Kemahiran
profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman
melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kemahiran
tersebut merupakan satu keperluan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna.
Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan adalah seperti berikut:
(a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;
(b) Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;
(c) Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;
(d) Perkhidmatan adalah penting kepada negara; dan
(e) Guru adalah pakar dalam pendidikan.
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang
mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan
besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu
dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi
membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia ( Ragbir
Kaur, 2007). Beliau juga menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,

seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional
juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi
mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru.
Salah satu kaedah dalam meningkatkan profesionalisme perguruan adalah dengan
mengikuti program yang dijalankan oleh Pusat Kegiatan Guru. Penubuhan Pusat Kegiatan
Guru (PKG) pada 14 Ogos 1990 selari dengan kehendak Kementerian Pendidikan ketika itu
bagi merealisasikan konsep desentrasi terhadap kemudahan dan perkhidmatan bahan
sumber pendidikan melalui penubuhan prasarana rangkaian pusat sumber seperti Pusat
Sumber Sekolah (PSS), dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Penubuhan
prasarana ini akan meluaskan konsep perkongsian sumber antara PSS, PKG, dan PSPN
serta mengukuh dan meningkatkan prinsip akses maklumat dan sumber yang adil dan
saksama dan menjamin kepelbagaian sumber dan maklumat yang diperlukan untuk
memenuhi keperluan pembelajaran individu di kalangan pelajar.
Peranan PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah
melalui peningkatan taraf profesional guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah
Pendidikan Negara. Bagi mencapai matlamat, peranan dan aktiviti PKG antaranya adalah
seperti berikut;
a) Pusat Kegiatan Ikhtisas Kurikulum iaitu sebagai tempat guru berunding, memberi
khidmat nasihat, menjalankan seminar, tempat perbincangan, kursus dan bengkel
untuk memenuhi keperluan guru setempat yang berkaitan dengan hal-hal pengajaran
di sekolah. Penyelaras PKG berperanan sebagai penasihat, pemudahcara,
penyampai ilmu, dan sebagai penggerak aktiviti-aktiviti profesional.
b) Pusat Sumber. Ini bermaksud sebagai pusat yang menyediakan pelbagai media dan
bahan rujukan untuk pinjaman khususnya yang diperlukan dalam usaha menigkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. PKG dikhususkan untuk guru-guru
setempat.
c) Pusat Kegiatan Sosial atau komuniti. Ini bermaksud PKG sebagai tempat guru untuk
berinteraksi dengan melaksanakan kegiatan sosial, sukan, rekreasi, kebudayaan dan
kesenian. Ianya bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan, kekitaan dan
kesepasukan. Aktiviti-aktiviti tersebut boleh mewujudkan penyertaan masyarakat
awam, agensi-agensi kerajaan, swasta dan juga sekolah.
d) Agen Perubahan. Ianya dijadikan sebagai pusat melaksanakan perubahan dan
inovasi dalam pendidikan khususnya pengemaskinian pengajaran dan pembelajaran
melalui teknologi pendidikan, perhubungan dengan masyarakat luar, pengesanan
dan penilaian, peningkatan kepuasan kerja, meningkatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, penggerak ke arah perubahan kendiri, penyebar maklumat serta

menjadikan bank idea inovasi dan kreatif. Kesemuanya ini memudahkan


perlaksanaan program-program perubahan dalam proses meningkatkan pendidikan
setempat.
e) Agen Penyelesaian Masalah. Ia berupaya menyelesaikan masalah berkaitan dengan
masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, aspek kemanusiaan,
kemahiran dan kemudahan tempat berkursus, seumber maklumat dan sebagainya
(Sumber : BTP,1992).
Selain itu, beberapa kaedah lain untuk Peningkatan Profesionalisme Guru seperti
Peningkatan Kendiri melalui Penyelidikan Tindakan, Muhasabah/Refleksi dan Budaya Ilmu.
Latihan Dalam Perkhidmatan serta Kolaborasi antara guru juga merupakan salah satu
kaedah yabg boleh digunakan. Salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik
pengajaran dalam bilik darjah. Ia dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas
seperti menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka
di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dengan kemahiran penilaian kendiri untuk
mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Konsep
Penyelidikan tindakan mengikut Bogdan dan Biklen (1982), penyelidikan tindakan
merupakan sesuatu inkuiri yang mengumpul maklumat secara sistematik dengan tujuan
mengubah ataupun membaiki persekitaran sosial. Manakala Kemmis (1982) berpendapat
penyelidikan tindakan merupakan inkuiri refleksi kendiri dengan tujuan memperoleh
kefahaman dan mengetahui rasionalnya situasi tindakan itu dilakukan. Guru sebagai
Pengamal Reflektif dimana amalan refleksi amat penting untuk peningkatan profesionalisme
keguruan. Guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai
kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan
mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar kearah meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan
merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis
dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan
mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Kursus
Dalam Perkhidmatan dan Kursus Peningkatan Profesionalime Keguruan membantu guru
meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar. Secara tidak
langsung juga, peningkatan kemahiran itu akan bertambah lagi apabila guru berkenaan
berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang
menghadiri kursus seperti ini. Kerjasama Profesional atau Kolaborasi untuk Peningkatan
Kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui usaha kerjasama dengan guru-guru lain yang
memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama. Jadi, kolaborasi berbentuk

profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat-matlamat pendidikan yang ditetapkan


oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti kolaboratif, koperatif dan
kesejawatan mestilah dimiliki oleh guru untuk kemajuan sekolah.
Sekolah merupakan satu unit masyarakat yang terpenting. Namun, peranan
sesebuah sekolah bukan hanya berada di dalam pagar sekolah sahaja, tetapi ia juga
melibatkan komuniti di sekitar dengannya. Tanpa komuniti dari luar, pihak sekolah tidak akan
mengalami proses sosiolisasi. Sosiolisasi ialah proses pendidikan informal untuk
melengkapkan pihak sekolah dengan pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk
membolehkan mereka berinteraksi dalam masyarakat atau komuniti. Pihak sekolah bersama
komuniti perlu saling bekerjasama untuk membentuk generasi Malaysia yang berilmu,
berkemahiran dan berakhlak mulia serta menjana transformasi dalam pembangunan
negara. Penglibatan komuniti khasnya Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) hendaklah
membina hubungan yang baik dan lebih proaktif bagi meningkatkan kemajuan pendidikan
serta kebajikan murid untuk memastikan kemajuan pendidikan sentiasa terus maju dan
berkualiti.
Peranan PIBG dalam komuniti sekolah tidak dapat dipisahkan daripada matlamat
Wawasan 2020 yang telah dibina. Peranan PIBG dalam merealisasikan cabaran-cabaran
wawasan 2020 dikhususkan dalam perkara berikut:
1) Pembinaan budaya penyanyang.
2) Pembinaan budaya sains dan teknologi.
3) Melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak, beretika positif, kreatif, inovatif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
4) Melahirkan generasi yang dapat menjadikan Malaysia sebagai Negara maju
pada tahun 2020.
Masyarakat sekolah yang terdiri daripada guru, murid dan staf sokongan. Mereka ini
mempunyai peranan masing-masing. Tanpa mereka, sekolah tidak dapat membentuk
anggota yang nyata serta mempunyai struktur sosial yang formal. Di antara mereka juga
akan wujudnya hubungan komunikasi dua hala dan ini dapat menjalinkan hubungan ukhwah
yang baik. Di sini komuniti luar akan lihat hubungan antara warga sekolah yang sangat baik
dan ini akan memberi impak yang positif kepada masyarakat. Kerjasama antara pihak
sekolah dengan komuniti adalah penting dalam menjayakan program dan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sumber komuniti boleh diperoleh menerusi agensi yang
menawarkan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan kepada warga sekolah. Pendidik boleh
mendapatkan kerjasama dengan komuniti untuk membantu aktiviti-aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai contoh, melalui tajuk Penjagaan Kebersihan Gigi, guru boleh
menjemput atau membuat lawatan ke pejabat kesihatan atau klinik yang berdekatan.
Konsep kolaborasi antara pihak sekolah dengan komuniti dapat membantu meningkatkan
keberkesanan perlaksanaan program dan aktiviti di sekolah
Komuniti perlu menyokong setiap program yang dianjurkan di sekolah. Ia bagi
mengeratkan hubungan antara masyarakat dengan pihak sekolah. Komuniti perlu peka
tentang program Sekolah Selamat, pelan dan prosedur tindakan serta peranan dan
tanggungjawab mereka terhadap program yang dianjurkan di sekolah. Selain itu, komuniti
boleh membantu dalam melihat perkembangan pelajar khususnya dalam bidang akademik
dengan memberi idea untuk meningkatkan mutu pendidikan serta memantau tingkah laku
pelajar di sekolah mahupun di rumah. Sebagai contoh menghadiri ke Majlis Penyampaian
Anugerah Pelajar Cemerlang, Hari Gotong-Royong, Mesyuarat PIBG dan sebagainya.

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap
yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru
perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang
global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer
sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sekolah dan masyarakat
mempunyai perkaitan yang rapat dalam arena pendidikan. Terdapat pelbagai cara dan
kaedah yang boleh diaplikasikan dalam memperkasakan dan merapatkan hubungan antara
sekolah dan komuniti. Permuafakatan antara kedua-dua belah pihak amat penting
memandangkan sekolah merupakan sebuah institusi formal yang wujud dalam persekitaran
masyarakat serta mendidik pelajar untuk hidup dalam masyarakat.Masyarakat perlu
membantu dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang dikelolakan oleh pihak
sekolah kerana melalui akativit-aktiviti seperti ini, permuafakatan dan persefahaman akan
terjalin dalam menyelesaikan pelbagai masalah pelajar di samping mempertingkatkan
kecemerlangan dan pencapaian akademik dan sahsiah mereka.

Rujukan

1)

Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob. 1990. Guru dan Perguruan.

2)

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Mok Soon Sang (2007), Pengantar Teras Pendidikan, Kuala Lumpur, Kumpulan

3)

Budiman Sdn. Bhd


Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk
KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Kumpulan

4)

Budiman Sdn. Bhd.


Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala

5)

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Standard Guru Malaysia (SGM). (2009, Mei 16).Standard Guru Malaysia (SGM):

6)

http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/index.html
Suffean Husin. (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem, dan falsafah.

7)

Edisi 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Bahagian Teknologi Pendidikan. (1992). PKG: Konsep dan Pengoperasian.
Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai