Anda di halaman 1dari 14

Menurut Blocer (Shertzer & Stone, 1974), kaunseling adalah proses interaksi yang

menggerakkan pemahaman yang bermakna, terhadap diri dan persekitaran dan


menghasilkan pembentukan dan/atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkah laku
masa depan.
Burks dan Stefflre (George & Cristiani, 1990), mendefinisikannya: Kaunseling
melambangkan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang
terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada
dua individu. Ianya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan
mereka terhadap ruang kehidupan, dan belajar mencapai matlamat ang mereka
tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian
masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Cristiani, 1990) pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktivitiaktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien
melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan menghasilkan penyelesaian
kepada masalah klien.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang
bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahliahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah
dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi
petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan
membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga
mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini
meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta
mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh
orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan
perkembangan dirinya.

Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki
peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat
usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan
hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Takrifan bimbingan ini merujuk
kepada pendapat Crow dan Crow (1960). Manakala menurut Shertzer dan Stone
(1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri
sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka
masa yang lama untuk melihat hasilnya. Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini
diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991:1). Maksud menolong bermakna bantu,
assisting dan availing seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang berkaitan
dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial. Perkataan
memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami identiti diri,
kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Seterusnya alam sekeliling pula ialah merujuk
kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut.
Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia bukan
hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini. Pada asasnya
kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling yang bermaksud menolong.
Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini
antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses
menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan
persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan potensi diri
untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone (1968),
membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri sendiri
serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan nilai hidup
yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar untuk
masa depannya.

Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang
bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Selain itu, ia juga merujuk kepada
bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal,

perasaan dan cara untuk membuat keputusan. Seterusnya kaunseling juga merupakan
satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka antara kaunselor dan klien
sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut, Patterson dan Eisenberg (1983).
Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan secara
profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana sekelilingnya.
Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang positif kepada klien
tersebut.

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Kemahiran Asas Bimbingan dan Kaunseling ialah cara-cara seseorang kaunselor
menangani atau berhadapan dengan kliennya melalui teknik atau kemahiran tertentu.
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling merupakan nadi perhubungan menolong di
antara kaunselor dan klien. Sekiranya tiada kemahiran asas dalam bimbingan
kaunseling, sesuatu proses kaunseling sukar berjalan dengan lancar. Bagi mencapai
perkhidmatan kaunseling yang cemerlang, seseorang kaunselor itu harus memahirkan
dirinya dengan menguasai pelbagai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan
kaunseling. Kemahiran ini amat penting ketika menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh klien. Kaunselor yang bijak dapat mengawal situasi sekiranya klien itu berada di
bawah tekanan emosi dan psikologi.
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ini mengutamakan komunikasi yang
berlaku di antara klien dan kaunselor. Komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi
interpersonal. Komunikasi ini melibatkan kebolehan seseorang individu berinteraksi
secara bersemuka secara terus dengan individu atau kumpulan atau persekitaran yang
spesifik tanpa melibatkan sebarang perantaraan. Kemahiran ini penting bagi seseorang
kaunselor itu kerana ia berperanan mendengar masalah dari klien dan mendapatkan
maklumat melalui percakapan di antara klien. Oleh itu, hasilnya melalui komunikasi
interpersonal ini sesuatu konflik yang dihadapi klien dapat diselesaikan. Komunikasi
interpersonal berbeza dengan komunikasi verbal iaitu lisan dan secara bertulis
manakala bukan verbal ialah ekspresi muka, pergerakan badan dalam kawalan, warna
dan bunyi. Selain itu, komunikasi interpersonal juga melibatkan eye contact, pergerakan
badan dan tangan. Kemampuan kaunselor mengendalikan sesuatu masalah klien tidak
terhad kepada sesuatu situasi malah situasi yang berlainan menjadikan klien ini berasa
lebih tenang dan selesa.
Keberkesanan pengendalian sesi bimbingan dan kaunseling memerlukan
kemahiran komunikasi interpersonal yang tinggi oleh seseorang kaunselor. Kemahirankemahiran ini meliputi corak perbualan positif secara lisan dan bukan lisan di antara
kaunselor dan klien. Seseorang kaunselor perlu bijak memainkan peranan dalam
memulakan perbualan agar klien berasa tidak selesa. Permulaan yang baik akan

mencorakkan perbualan yang positif dan merangsang klien untuk terus bercakap.
Begitu juga dengan kemahiran secara bukan lisan, dimana seseorang kaunselor perlu
menunjukkan keprihatinan di atas masalah yang dihadapi klien. Kemahiran yang kedua
pula ialah kaunselor perlu mendengar secara aktif iaitu menunjukkan dengan penuh
minat setiap pertuturan klien. Seterusnya kemahiran seseorang kaunselor memberikan
semangat dan motivasi kepada klien, kaunselor perlu bijak memberi kata-kata
perangsang agar klien berusaha dan mampu menghadapi permasalahan. Kemahiran
komunikasi interpersonal yang perlu lagi ada dalam diri kaunselor ialah membenarkan
klien menceritakan setiap butir peribadi dan masalah yang dihadapi dalam keadaan
bebas dan terbuka serta dilakukan secara rela.
Pada masa yang sama klien akan membuat penilaian tahap keberkesanan
kemahiran komunikasi interpersonal seseorang kaunselor itu menghadapi dan
menangani sesi kaunseling. Beberapa aspek yang dilihat oleh seseorang klien ialah
pengendalian sesuatu sesi kaunseling sama ada prosesnya berjalan secara cepat atau
sangat perlahan. Hal ini menarik minat klien untuk menjalani sesi kaunseling apabila
prosesnya berlangsung dengan cepat. Selain itu bahasa, nada dan pic yang digunakan
kaunselor juga merupakan aspek yang diambil kira oleh klien. Seseorang kaunselor
yang mahir komunikasi interpersonal akan menggunakan bahasa yang mudah difahami
dan dituturkan dalam nada yang rendah dan menggunakan pic yang bersesuaian. Klien
akan berasa tidak selesa dan takut apabila seseorang kaunselor bercakap dalam suara
yang nyaring. Selain itu corak perbualan juga diperhatikan oleh klien, sama ada corak
perbualan ini dalam bentuk formal atau bukan formal. Seseorang klien lebih berasa
santai apabila corak perbualan yang digunakan oleh kaunselor adalah bukan formal.
Klien mudah berasa terganggu dan maklumat yang disampaikan juga tersekat-sekat
sekiranya corak perbualan dalam bentuk formal.
Selain itu, klien juga melihat cara seseorang kaunselor itu memberi peluang klien
bercakap mengelak daripada mengganggunya ketika sedang bercakap. Klien turut
mengambil kira bagaimana cara seseorang kaunselor mengelakkan sebarang salah
faham yang timbul. Hal ini merujuk kepada situasi dimana sesi kaunseling yang
dijalankan melibatkan jantina yang berlainan. Bagi kaunselor yang bijak menangani
situasi ini, pemilihan tempat sesi kaunseling akan diambil kira bagi mengelakkan

timbulnya isu. Begitu juga cara seseorang kaunselor menggunakan bahasa badan yang
sesuai juga turut diambil kira oleh klien. Klien melihat bagaimana seseorang kaunselor
itu memberikan perhatian melalui bahasa badan yang ditunjukkan. Pemilihan tempat
juga merupakan aspek yang diberi penekanan oleh klien untuk menjalani sesi
kaunseling, seseorang kaunselor harus bijak memilih lokasi dan masa yang
bersesuaian untuk mengadakan sesi perbincangan agar tidak wujud sebarang
gangguan yang boleh mengganggu proses kelancaran bimbingan dan kaunseling kelak.
Seseorang kaunselor itu haruslah berusaha untuk cuba mewujudkan suasana yang
selesa kepada klien.
Seseorang kaunselor dinilai melalui tahap penguasaan kemahiran komunikasi
interpersonal yang dimilikinya. Tahap ini yang akan menentukan kejayaan sesuatu sesi
bimbingan dan kaunseling yang diadakan. Kemahiran-kemahiran ini ialah membina
perhubungan, memberikan perhatian, mendengar secara aktif, menggunakan bahasa
yang sesuai, memahami pergerakan badan dan memberi maklum balas yang sesuai.
Kemahiran kedua ialah kemahiran membina hubungan. Kemahiran ini penting
kerana kaunselor dapat memastikan klien sentiasa berterusan memberi kerjasama
dengan lebih yakin dan proses kaunseling lebih lancar. Kemahiran ini dapat mendorong
klien agar berasa lebih tenang dan memberi persepsi yang positif untuk pertama kali.
Kaunselor perlu bijak mewujudkan suasana yang lebih selesa dengan memastikan
kesesuaian peralatan yang digunakan seperti kerusi dan meja. Suasana terapeutik
diwujudkan iaitu suasana aman dan tenang, menyediakan jarak ruang komunikasi yang
sesuai mengikut peringkat umur, jantina, budaya, latar belakang, agama dan lain-lain.
Kemahiran memberikan perhatian juga perlu dikuasai oleh kaunselor untuk
menyemai kebolehan dan merasai masalah yang timbul melalui perspektif klien.
Kaunselor memberikan perhatian kepada klien melalui sifat peramah yang dipamerkan
dan senyuman yang dilontarkan. Sifat ini akan mewujudkan suasana mesra dan
tumpuan perhatian serta menunjukkan perasaan autentik untuk kebaikan orang lain.
Sikap peramah kaunselor dapat membantu mencapai komunikasi dengan semua
respon klien secara empati, mewujudkan kesesuaian untuk berkongsi pengalaman dan
perasaan klien, dan dapat membuat penilaian pendapat dan perasaan orang lain.

Selain itu seseorang kaunselor itu perlu memberi perhatian secara jelas dan spesifik
dan mengambil masa untuk membuat refleksi mengenai masalah klien. Perhatian ini
juga difokuskan kepada tindakan, perasaan yang dialami klien dan sikap klien sendiri.
Malah, bertolak ansur dan berusaha mencari jalan penyelesaian yang memenuhi
kehendak klien. Perhatian kaunselor juga boleh difokuskan kepada mendengar secara
aktif perbincangan isu dan masalah yang dihadapi klien. . Seseorang kaunselor perlu
menunjukkan keprihatinan kepada klien untuk menghilangkan rasa yang tidak selamat
dan terancam yang dirasai oleh klien.
Kemahiran seterusnya ialah mendengar secara aktif, iaitu kesediaan seseorang
kaunselor untuk mendengar permasalahan klien, tidak memberi perhatian kepada
fikiran dan masalah orang lain dan cuba memahami maksud yang hendak disampaikan
oleh klien. Kemahiran mendengar secara aktif memerlukan seseorang kaunselor
memerhati mesej yang cuba disampaikan oleh klien berdasarkan komunikasi verbal
dan tingkah laku bukan verbal. Contohnya apabila berdepan dengan klien yang sedang
marah, kaunselor perlu memberi galakan untuk klien terus bercakap dan meluahkan
perasaan marah tersebut. Kemahiran ini diaplikasikan apabila kaunselor cuba menjalin
hubungan dengan klien yang sedang marah ini dan kaunselor menyampaikan semula
apa yang telah klien ceritakan. Pertanyaan yang pelbagai dan menunjukkan minat
yang mendalam dengan setiap butir penceritaan klien memerlukan proses mendengar
secara aktif. Dalam proses ini juga, kaunselor perlu memberi respon, mempamerkan
bahasa badan yang sesuai agar mesej ini dapat difahami klien bahawa kaunselor
sedang mendengar masalahnya.
Penggunaan bahasa yang sesuai adalah salah satu kemahiran yang perlu
dikuasai oleh seseorang kaunselor. Kaunselor perlu memastikan setiap bahasa yang
digunakan difahami oleh ibu bapa terutamanya dalam menyampaikan maklumat
berkaiatan dengan pencapaian akademik, prestasi dan perancangan masa depan
murid-murid. Bahasa yang disampaikan oleh kaunselor perlu konsisten atau kongruen
dengan segala tindakan. Contohnya kaunselor menyatakan perasaan gembira dengan
pencapaian kliennya, dia sepatutnya menunjukkan nada suara dan pergerakan badan
menyampaikan mesej yang positif bahawa dia benar-benar gembira. Bahasa dan

pergerakan badan yang sesuai amat penting bagi kaunselor dalam berkomunikasi
dengan kliennya.
Seterusnya kemahiran memahami pergerakan badan, apabila seseorang klien
boleh memahami pergerakan atau isyarat badan klien. Contohnya ekspresi muka dan
postur tubuh. Hal ini boleh diperhatikan semasa sesi soal jawab antara kaunselor dan
klien melalui cara pandangan, pandangan keliru, anggukan kepala, kesilapan dan
penegasan suara. Selain itu, cara-cara komunikasi yang dipamerkan oleh klien juga
melalui eye contact, ekspresi muka, orientasi, sentuhan jarak antara klien. Kaunselor
perlu mempamerkan sikap yang tenang dan lebih kerap menggunakan eye contact
dengan klien. Sekiranya kaunselor mempamerkan muka yang serius dan bosan
menyebabkan klien akan hilang minat untuk terus menyampaikan maklumat. Kaunselor
tidak sepatutnya menunjukkan pergerakan badan yang tidak senonoh atau kurang
bersopan seperti badan bongkok, mengeluarkan bunyi dengan jari tangan atau kaki,
bermain-main dengan rambut. Keadaan ini akan memberikan pelbagai maklum balas
kepada klien seperti mewujudkan suasana yang tidak selesa kerana klien mungkin
beranggapan kaunselor tidak memberi perhatian atau mendengar secara sambil lewa.
Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran memberikan maklum balas yang
sesuai. Maklum balas ini diibaratkan sebagai cermin dalam proses komunikasi kerana
pesanan oleh penghantar telah disampaikan kepada penerima. Selain itu ia juga
merupakan satu keadaan penerima menghantar balik pesanan kepada penghantar
melalui tanggapan yang dibuat. Maklum balas ini melibatkan komunikasi dua hala dan
berlaku dengan pelbagai cara. Contohnya kaunselor mengulangi apa yang telah
diperkatakan untuk mendapatkan maklum balas dari klien. Pada masa sama klien juga
boleh mengemukakan soalan untuk mendapat maklum balas positif dari kaunselor.
Maklum balas ini penting untuk kaunselor mendapatkan maklumat bagi tujuan
memberikan elaborasi terhadap respon klien. Selain itu ia juga memberi cadangan atau
pilihan mengenai persepsi klien terhadap diri sendiri dan situasi yang dihadapi sebagai
bantuan kepada klien untuk memberi perhatian kepada perasaan sendiri. Tujuan
maklum balas ini juga untuk membuat semakan persepsi dan ringkasan terhadap apa
yang telah dipelopori oleh kaunselor dan klien.

Pelbagai kemahiran asas yang lain harus juga dikuasai oleh kaunselor seperti
kemahiran memberi perhatian termasuklah pengamatan mengenai cara-cara
menentukan kedudukan klien, relaks secara fizikal dan pemerhatian segala gerak geri
klien, postur badan iaitu kaunselor duduk secara mencondongkan badan ke hadapan
menghadap klien, intonasi suara yang melambangkan emosi seperti ketinggian atau
kelembutan suara, kelajuan sesuatu sebutan perkataan. Kemahiran ini juga
memerlukan kaunselor peka terhadap suara-suara separa bahasa seperti mengeluh,
menangis, tersedu-sedu dan lain-lain. Perhatian ke atas ekspresi wajah, pandangan
atau kontak mata, senyuman, pergerakan tangan dan kaki.
Kemahiran membalas lisan iaitu penstrukturan berkaitan tentang penjelasan
peranan kaunselor atau guru pembimbing, peranan klien, penjelasan etika bimbingan
dan kaunseling serta tempoh masa yang diambil ketika sesi kaunseling. Dorongan
minimum ialah satu keadaan klien didorong untuk terus bercerita, kaunselor
memberikan perhatian dan klien memahami penjelasan yang diberikan. Selain itu
kemahiran mendengar juga penting untuk kaunselor atau guru pembimbing menguasai.
Kemahiran ini termasuklah mendengar secara fizikal, psikologi dan melalui perasaan.
Seterusnya ialah kemahiran menyoal mempunyai dua bentuk soalan yang boleh
digunakan iaitu soalan tertutup yang memerlukan jawapan yang khusus, tepat dan tidak
perlu penjelasan. Tujuannya untuk mendapat kepastian. Manakala bagi soalan terbuka
pula perlukan jawapan yang lebih jelas dengan huraian yang panjang lebar untuk
memberi peluang kepada klien meluahkan perasaan, penyampaian maklumat tanpa
rasa defensif, perkara atau hal yang dibincangkan dapat diterokai dan dikembangkan
serta lebih fokus dalam perbincangan.
Kemahiran merefleksi pula terdiri dari refleksi isi iaitu idea atau maklumat
dinyatakan atau diulang semula secara ringkas oleh kaunselor atau guru bimbingan
berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh klien. Refleksi perasaan pula guru
bimbingan atau kaunselor mengulang semula pernyataan perasaan dan sikap seperti
yang dinyatakan oleh klien. Refleksi pengalaman berkaitan dengan guru bimbingan
atau kaunselor mengamati sendiri gerak geri tubuh badan klien ketika menceritakan
pengalaman atau luahan perasaan. Kemahiran yang berikutnya ialah kemahiran

memparafrasa iaitu memberikan respon terhadap ayat pendek setelah mendengar isi
atau pengamatan tingkah laku klien. Parafrasa sesuai digunakan sewaktu peringkat
awal sesi kaunseling. Kemahiran membuat penjelasan pula ialah mendapatkan
maklumat yang lebih mendalam secara jangkauan yang lebih jauh dari topik yang
dibincangkan. Secara tidak langsung ianya akan membantu kaunselor mengetahui
masalah dengan lebih dekat lagi.
Kemahiran asas mengkonfrontasi juga perlu untuk dikuasai ketika situasi
sesuatu hubungan telah berjalan baik. Konfrontasi melibatkan keadaan seperti wujud
percanggahan terhadap apa yang klien katakan dan lakukan sama ada pada masa
tertentu atau pada masa lain. Percanggahan dengan tingkah laku dengan apa yang
klien katakan. Pengalaman yang tidak sama dilalui oleh klien dengan kaunselor serta
pernyataan dari kaunselor tentang tingkah laku klien yang tidak sesuai. Kemahiran
konfrontasi ini dapat membantu klien melihat pandangan baru dengan melihat dirinya
secara mendalam dan mengurangkan blind spot pada diri. Kemahiran menginterpretasi
pula ialah mengenai satu proses yang aktif oleh guru bimbingan atau kaunselor
memperjelaskan semula apa yang telah difahami melalui cerita dan pengalaman klien.
Tujuan penceritaan semula ini ialah untuk memberi perspektif yang berlainan kepada
klien dan dapat menimbulkan celik akal apabila ada penambahan yang dibuat
berkenaan dengan perkara atau perasaan tersembunyi klien.
Kemahiran merumus diaplikasikan oleh guru bimbingan dengan cara membuat
ulangan semula dan menjelaskan apa yang telah disampaikan oleh klien. Rumusan ini
boleh dilakukan sama ada pada awal sesi atau akhir sesi rundingan. Rumusan meliputi
rumusan kecil iaitu dilakukan beberapa kali bagi tujuan memberi ingatan kepada klien
mengenai perbincangan, semakan persepsi, fokus perkara dan lain-lain. Bahasa yang
disampaikan perlu dalam bahasa yang mudah difahami klien. Rumusan yang kedua
ialah rumusan besar iaitu apabila ingin menamatkan sesuatu sesi, guru bimbingan atau
kaunselor merumus kembali keseluruhan perkara yang dibincangkan. Rumusan ini
perlu bagi klien mengingat kembali dan memastikan ketepatan maklumat mengikut
fahaman guru bimbingan atau kaunselor. Rumusan ini penting untuk merangka

tindakan selanjutnya dan rumusan besar ini dilakukan dalam satu sesi cuma sekali
sahaja.

4.0

KESIMPULAN
Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling, bimbingan individu dan bimbingan

kelompok amat memainkan peranan dalam perkembangan dan pencapaian muridmurid dalam pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran ini
bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kemahiran-kemahiran ini penting bagi mengesan masalah-masalah yang dihadapi
murid dapat dicegah dan ditangani di peringkat awal. Sekiranya masalah-masalah
sosial, akademik dan kendiri dibiarkan berterusan dan tiada bimbingan dan
pemantauan oleh pihak sekolah, murid-murid ini akan hilang arah tujuan serta rosak
masa depan. Malah, ia akan menjadi barah yang akan menyebabkan generasi muda
kehilangan identiti, kecelaruan emosi, kurang keyakinan dan sentiasa hilang semangat,
kebosanan dan lain-lain. Tidak mustahil situasi ini akan memberi kesan yang negatif
kepada Negara apabila munculnya generasi pelapis yang tiada jati diri, malas berfikir,
tidak berketrampilan, tiada daya kepimpinan, tidak bersemangat waja dan hilang
semangat patriotik kelak

RUJUKAN

Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) Bimbingan dan Kaunseling. Kuala
Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) Kaunseling Individu. Kuala
Lumpur; PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1995) Kaunseling
Individu. Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002) Kaunseling Individu.
Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Wan Abdul Kader Wan Ahmad. (1994) Kaunseling Kelompok Berstruktur: Pengurangan
Kebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi.
Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Definisi Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada
http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27
Definisi Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripada
http://mas-himpunan1001.blogspot.com/2010/02
Kaunseling Individu & Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01
Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripada
http://kaunselingsktdh2.blogspot.com/2010/11
Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 22 Ogos 2012, daripada
http://www.oocities.org/asia/kaunseling4u/kaunselingkelompok.htm

Kaunseling Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2012, daripada
http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06
Kemahiran Asas Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2012, daripada
http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06
Kemahiran Asas Komunikasi (t.t & t.p). Dicapai pada 15 Ogos 2012, daripada
http://hanisnur.blogspot.com/2009/04
Kemahiran Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 15 Ogos 2012, daripada
http://www.scribd.com/doc/25535725
Penggunaan Kemahiran Asas Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 15 Ogos 2012,
daripada http://cikgunazifah.blogspot.com/2012/03
Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 15 Ogos 2012, daripada
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/
http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=44502

Anda mungkin juga menyukai