Anda di halaman 1dari 7

MODEL KAJIAN TINDAKAN JOHN ELLIOTT

Oleh: Muhammad Amirul Izzat Bin Abdullah Muhammad Fadhli Bin Othman Rozaini Bin Zulkiffle Sahibul Amin Bin Wardi

John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan.
Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.

Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

John Elliott setuju dengan konsep lingkaran refleksi tindakan Kemmis tetapi John Elliot menyatakan terdapat lebih banyak aliran tindakan dalam peringkat pelaksanaan untuk mendapat lebih banyak sokongan dan maklumat sebelum berpindah kepada lingkaran kedua.

Oleh itu, Elliot telah memperkembangkan model Kemmis bagi membolehkan aliran yang lebih lancar berlaku antara tahap-tahap yang terdapat dalam proses kajian tindakan. Ia bertujuan untuk menghasilkan model yang lebih lengkap. Contoh model ini ialah:

Format penulisan kajian tindakan John Elliott Tujuan : untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.
1. 2. 3. 4. 5. Tajuk kajian Latar belakang kajian Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan Perancangan Tindakan Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Tindakan 4 6. Refleksi : Huraian kejayaan

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai