Anda di halaman 1dari 9

Aras 4 :

LEMAK, MINYAK, GARAM DAN GULA

Terletak di atas puncak atau paling atas piramid menunjukkan makanan ini
perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti


obesiti, kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan beberapa
jenis kanser.

ARAS 3
DAGING, AYAM, IKAN DAN KEKACANG
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan.
Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium.
Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan
ayam.
Makan ikan lebih kerap, jika boleh setiap hari.
Kekacang adalah sumber protein yang baik dan sumber serat yang baik. Kekacang
adalah rendah kandungan lemak dan tidak mengandungi kolesterol dibandingkan
dengan ayam dan daging. Kekacang digalakkan diambil setiap hari.

Hasil Tenusu

ARAS 3
HASIL TENUSU
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid.

Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini tinggi protin, kalsium
dan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, riboflavin, vitamin B12
dan zink.

Kalsium dalam susu membina tulang dan gigi yang kuat bermula dari usia kanakkanak. Ini membantu mengurangkan risiko osteoporosis (tulang menjadi rapuh)
di usia tua.

ARAS 2
BUAH-BUAHAN DAN SAYUR- SAYURAN

Sumber baik untuk serat, vitamin, mineral dan fitokimia yang membantu
menguatkan ketahanan terhadap penyakit (imuniti).

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari juga memberi


manfaat kepada kesihatan terutamanya mencegah penyakit kronik seperti
kencing manis, penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang pelbagai setiap hari.

Jenis sayur-sayuran boleh diambil samada sayur-sayuran berdaun hijau,


sayuran pelbagai warna, termasuk sayur buah, sayur kacang, ulam, sayuran dalam
tin atau beku.

ARAS 1
NASI, MEE, ROTI, BIJIRIN DAN HASIL BIJIRIN DAN UBIUBIAN
Sumber utama karbohidrat yang membekalkan tenaga (50% -55% dari jumlah
tenaga harian).

Sumber yang baik untukvitamin, mineral, dan serat.

Serat makanan memberi banyak manfaat seperti meningkatkan pergerakan


usus dan menjaga kesihatan usus serta mencegah sembelit. Ia juga membantu
menurunkan paras glukosa dan kolesterol darah.

PIRAMID
MAKANAN

Anda mungkin juga menyukai