Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

5
Minggu kelima
23 Februari - 27 Februari 2014
Murid tidak mengikut arahan yang diberikan

1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini saya mengalami masalah apabila murid tidak mengikut arahan
yan diberikan. Hal ini terjadi ketika saya mengajar Kemahiran Hidup tahun 5. Murid
tidak mengikut arahan yang diberikan.
2. Analisis
Masalah ini timbul apabila mereka tidak membuat projek meja seperti yang
dirancang seperti dalam lakaran pada minggu lepas. Apabila ditanya mereka berubah
fikiran dan meniru projek kumpulan lain untuk lebih kukuh. Hal ini menyebabkan
ketidak adilan kepada kumpulan lain yang telah merancang projek mereka dengan
baik. Masalah ini juga mungkin berpunca daripada saya yang tidak menekankan
arahan dengan tegas semasa lakaran dibuat.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)

Saya harus bersikap dengan lebih tegas dengan tidak membenarkan mereka

b.)

membuat projek tersebut supaya berlaku adil kepada setiap murid.


Saya harus menekankan arahan dengan lebih tegas sebelum projek dibuat.
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

c.)

pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih .


4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Penilaian Kejayaan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
secepat mungkin objektif yang telah dirancangkan tidak akan tercapai sepenuhnya.
Di samping itu saya juga bersikap tidak adil kepada murid murid jika masalah ini
berterusan. Arahan yang lebih tegas harus diberikan pada sesi pengajaran akan
datang.

Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan bersikap lebih tegas. Saya harus
menetapkan arahan yang jelas supaya murid-murid tdapat mengikut arahan yang
diberikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulan
Setiap guru haruslah memberikan arahan dengan jelas sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Jika arahan yang diberikan tidak jelas dan tidak tegas maka muridmurid tidak akan dapat mengikut arahan yang diberikan. Justeru itu ianya akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini jelaslah bahawa
setiap arahan yang diberikan sangat penting ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Disemak oleh guru pembimbing :

Disahkan oleh pensyarah pembimbing :

Tandatangan : ............ ...................

Tandatangan : ......................................

Nama :..............................................

Nama :...................................................

Tarikh : ...........................................

Tarikh : ...................................................

Anda mungkin juga menyukai