Anda di halaman 1dari 3

Belajar Sambil Bermain

Belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat,

menggembirakan dan bermakna.


Aktiviti permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan
dengan cara-cara berikut :
1. Guru menerangkan secara ringkas kepada murid-muridnya tujuan aktiviti
permainan. Perlu juga dijelaskan bahawa aktiviti bermain bukannya bermain
begitu saja tanpa pengajaran dan pembelajaran. Murid akan belajar sesuatu
daripada aktiviti permainan ini.
2. Selepas memberi penerangan serba ringkas, guru seterusnya menunjukkan
kepada murid-muridnya cara bermain.
3. Kemudian murid atau kumpulan murid akan melakukan aktiviti bermain
seperti mana yang ditunjukkan guru.
4. Ketika murid menjalankan aktiviti bermain, guru hendaklah beredar ke setiap
kumpulan untuk mengawas aktiviti murid dan juga menunjukkan kaedah

bermain yang betul jika ada murid tidak dapat melakukannya.


Kelebihan belajar sambil bermain :
1. Seronok
2. Meningkatkan motivasi
3. Tiada tekanan
4. Dapat mengingat fakta secara tidak langsung
5. Meningkatkan komunikasi lisan
6. Menggalakkan pemikiran yang kreatif

Experiential Activities Planner (EAP)

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan beberapa pedagogi


seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, dan teori kecerdasan pelbagai dalam

satu pengajaran.
5 aspek pembelajaran :
1. Belajar dalam suasana yang riang dan harmonis
2. Kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif
3. Pembelajaran koperatif
4. Penglibatan komuniti
5. Proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai
3 peringkat EAP :
1. Pengenalan
Prosedur : Warm-up
Objektif : Membina persekitaran pembelajaran yang positif, iaitu ramah,

Aktiviti

membina keyakinan diri, mencabar, tiada tekanan, selamat dan


menggembirakan
: Pengenalan, mengenal rakan, nyanyian, permainan

2. Kandungan
Prosedur : Pengenalpastian masalah
Objektif : Mengenal pasti masalah. Menyoal melalui pembentangan
menggunakan rangsangan supaya murid memahami konsep dan
Aktiviti

melibatkan diri secara aktif.


: Teknik menyoal, soalan terbuka, media rangsangan, main peranan

Prosedur : Penerokaan individu


Objektif : Menunjuk emosi. Merangsangkan penerokaan masalah dan
membentuk resolusi serta keputusan dalam aktiviti berseni yang
ekspresif dan kreatf.
Aktiviti
: Memikir tentang idea yang kreatif, aktiviti-aktiviti yang berbentuk
seni
Prosedur : Kerja Kumpulan
Objektif : Memberi pembelajaran berkumpulan dari segi penerimaan
pandangan yang berbeza terhadap sesuatu seperti perkongsian
idea, perbincangan, sumbangsaran untuk memperoleh banyak
penyelesaian bagi setiap masalah dan mengemukakan resolusi
atau consensus yang telah diterima bulat oleh kumpulan.
Aktiviti : Sumbangsaran, perbincangan
Prosedur : Komunikasi
Objektif : Memperkembangkan kemahiran berfikir yang penting seperti
berkomunikasi, penyampaian yang berkesan, penilaian dan
menterjemahkan sesuatu keputusan dalam bentuk pembentangan
dan bersedia menerima maklum balas dan komen daripada orang
lain. Memahami proses pembelajaran individu dan kecerdasan
pelbagai.

Aktiviti

: Pembentangan, perbandingan ujian pra dan pasca, main patung


(puppetry)

3. Kesimpulan
Prosedur : Rumusan
Objektif : Fasilitator berbincang dan merumuskan tentang perasaan,
renungan, pemahaman dan pilihan lain untuk memantapkan lagi
Aktiviti

proses pembelajaran.
Perbandingan dengan kenyataan dalam komuniti, aplikasi.

Jadual 1 : Peringkat-peringkat EAP

Anda mungkin juga menyukai