Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT BULANAN MAC

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
SESI 2010
--------------------------------------------------------------------------------------------------Tarikh

30 Mac 2010

Hari

Selasa

Tempat

Bilik Mesyuarat JPP (Bilik Warden)

Masa

9.15 malam

Kehadiran

27 orang

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEHADIRAN
(Nama seperti di lampiran 1)

MINIT 1

PERKARA

PENDAHULUAN
1.1

UCAPAN WAKIL YDP

Wakil YDP (Bendahari Kehormat JPP) mempengerusikan majlis dan


mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dapat mengadakan
mesyuarat pada hari ini dan memulakan mesyuarat dengan membaca
surah Al-Fatihah serta mengalu-alukan kedatangan semua exco JPP bagi
Mesyuarat Bulanan Mac.

1.2

Pengerusi meminta setiap exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk


melaporkan hal biro masing-masing secara ringkas supaya mesyuarat
dapat diselesaikan awal.

MINIT 2
2.1
i.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Saudari Chua Soo Sien selaku Naib Bendahari Agung 1 mencadangkan
supaya minit mesyuarat bulanan Februari diluluskan.

ii.

Saudara Ka Kai Fong selaku Naib Setiausaha Agung 1 menyokong


supaya minit mesyuarat bulanan Februari diluluskan.

MINIT 3
3.0
i.

LAPORAN BIRO-BIRO
Seramai

wakil

biro

kecuali

biro

Sukan

dan

Rekreasi

telah

membentangkan laporan biro masing-masing.


3.1
i.

Laporan Kolej Kediaman


Majlis Perasmian Bulan Keceriaan Kolej Kediaman akan diadakan pada 3
April 2010 (Sabtu).

ii.

Aktiviti pada Majlis Perasmian Bulan Keceriaan Kolej Kediaman adalah


seperti aktiviti kecergasan, pertunjukan seni silat, gotong-royong.

iii.

Kehadiran Majlis Perasmian Bulan Keceriaan Kolej Kediaman adalah


diwajibkan kepada semua penghuni kolej kediaman.

iv.

Pertandingan blok dan bilik paling ceria, pertandingan futsal, malam


kebudayaan,

pertandingan

Ratu

Melati,

pertandingan

memasak,

pertandingan gubahan hantaran perkahwinan, dan sukan rakyat akan


diadakan sempena Bulan Keceriaan Kolej Kediaman.
2.3
i.

Laporan Exco Pengangkutan


Kertas cadangan Kursus Lesen Memandu Kereta telah disiapkan dan
akan mendapat kelulusan Pengarah pada masa terdekat.

ii.

Permohonan kenderaan IPG Kampus Perlis hanya untuk tujuan P&P dan
aktiviti-aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah sahaja.

2.4

Laporan Exco Protokol & Profesionalisme

i.

Kursus Etiket akan diadakan pada masa terdekat.

ii.

Aktiviti seterusnya yang dirancang ialah Dialog Guru Cemerlang.

2.5
i.
2.6

Laporan Exco Kesenian dan Kebudayaan


Tiada apa-apa laporan.
Laporan Exco Makanan

i.

Tahap kebersihan kafetaria Etika Yakin masih tidak memuaskan.

ii.

Kantin Jazilla menghadapi masalah kekurangan kaki tangan sehingga


menyebabkan tahap kebersihan kantin terjejas.

iii.

Aduan tentang makanan vegetarian tidak dapat menghantar masuk ke


dalam kawasan IPG tetapi hanya setakat pondok pengawal keselamatan.

2.7
i.

Laporan Exco Sosial dan Kebajikan


Makluman bahawa kadar pembayaran sumbangan kematian dan
kemalangan adalah tinggi pada kebelakangan ini.

ii.

Aduan daripada pelatih bahawa pengawal keselamatan menganggu


pelatih

iii.

Kebenaran khas diberi sahaja kepada teksi untuk masuk dan keluar
kawasan IPG pada hari mula cuti semester dan akhir cuti semester.

iv.

Pengerusi SOKEBA akan meletakkan jawatan sekiranya elaun buku


RM 600.00 masih tidak dimasukkan pada tarikh yang dijanjikan

2.8
i.

Laporan Exco Komunikasi dan Perhubungan Luar


Wakil biro akan berjumpa dengan pengawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar
tentang kotak maklum balas.

ii.

Meminta cadangan bahawa Program Senamronik dihentikan untuk


menstruktur semula program tersebut.

2.9
i.

Laporan Exco Pembangunan Kerohanian


Handbill bertajuk Sins Detection akan diedarkan pada 2 April 2010
(Jumaat).

2.10
i.

Laporan Exco Penerangan & Informasi


Masalah siaraya di Dataran Ilmu telah menggangu aktiviti perhimpunan
Isnin dan Perhimpunan Organisasi Bulanan.

ii.

Kursus Pendedahan Pengendalian Alatan ICT akan berlangsung pada 17


April 2010 (Sabtu) untuk memberi pendedahan kepada semua pelatih
tentang penggunaan projektor di bilik kuliah, makmal dan dewan pulai.

MINIT 4
4.1
i.

HAL-HAL LAIN
Pertanyaan

tentang

status

Jawatan

Pengerusi

Kesenian

dan

Kebudayaan.
ii.

Pertanyaan tentang tawaran untuk permohonan pelatih tingaal di luar


asrama.

iii.

Permintaan surat panggilan mesyuarat pada mesyuarat akan datang.

PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 malam dengan ucapan terima kasih
daripada wakil YDP. Mesyuarat seterusnya akan ditentukan kemudian.

Disediakan oleh:

..
(KA KAI FONG)
Naib Setiausaha Agung 1
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010
IPG Kampus Perlis.

Disahkan oleh:

.
(ABDUL MUHAIMIN B. ABD. HAMID)
Yang Dipertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2010
IPG Kampus Perlis.

s.k

1.
2.
3.
4.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar


Fail Pensyarah Penasihat JPP
Fail YDP JPP
Fail Semua Exco JPP

LAMPIRAN 1
SENARAI KEHADIRAN EXCO JPP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
BIL.

JAWATAN

NAMA

Naib Yang Dipertua 2

Munirah Binti Mohamed Abdul Halim

Naib Setiausaha Agung Kehormat 1

Ka Kai Fong

Naib Setiausaha Agung Kehormat 2

Elina Zaliha Bt Mahizan

Bendahari Agung Kehormat

Fatahal Hazmy Bin Abdul Hamid

Naib Bendahari Agung Kehormat

Chua Soo Sien

Exco Makanan

Cham Kai Jie

Exco Makanan

Nor Aina Mardiyyah Binti Zaidan

Exco Protokol & Profesionalisme

Muhammad Zaki Bin Md Rosnan

Exco Protokol & Profesionalisme

Liew Yin Cin

10

Exco Penerangan & Informasi

Abdul Muiz Bin Hussin

11

Exco Penerangan & Informasi

Farhan Bin Ahmad

12

Exco Pembangunan Kerohanian

Muhamad Izzat Bin Mhd Nasir

13

Exco Pembangunan Kerohanian

Amalina Syakirah Bt Mat Zin

14

Exco Komunikasi & Perhubungan Luar

Mohamad Iqbar Bin Kadir

15

Exco Komunikasi & Perhubungan Luar

Chow Kin Yew

16

Exco Pengangkutan

W Mohamad Malieki Bin W Mohamad Hanapi

17

Exco Pengangkutan

Shai Mun Hee

18

Exco Kesenian & Kebudayaan

Ong Pei Xiang

19

Exco Kolej Kediaman

Alimin B. Abu Bakar

20

Exco Kolej Kediaman

Norsalwani Bt Ramli

21

Exco Kebajikan & Sosial

Nasarudin Bin Abdullah

22

Exco Kebajikan & Sosial

Gurpreet Kaur A/P Bhupinderjeet Singh

SENARAI KETIDAKHADIRAN EXCO JPP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS


BIL.

JAWATAN

NAMA

Yang Dipertua JPP

Abdul Muhaimin Bin Abd Hamid

Naib Yang Dipertua 1

Abol Ibnul Eqkwam Bin Zolkifli

Setiausaha Agung Kehormat

Nadiatul Nadhirah Binti Mohamad Kamal

Exco Sukan & Rekreasi

Nazmi Bin Mustaffa

Exco Sukan & Rekreasi

Che Mohd Firdaus Bin Che Lah

Exco Kesenian & Kebudayaan

Nur Iffat Haiqal B. Mohd Zawawi

Anda mungkin juga menyukai