Anda di halaman 1dari 2

Kaedah : Induktif Definisi : Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi atau

tau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contohcontoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.

Kelebihan : Mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakankeupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepadapembentukan sesuatu ayat. Daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus. Penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar. Strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih hidup. Kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Mengurangkan kebosanan murid.

Kelemahan : Pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, maka penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Menimbulkan masalah bagi murid-murid yang lemah kerana adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.

Memerlukan pengetahuan-pengetahuan asas tentang rumus dalam kalangan murid. Tanpa pengetahuana asas, rumus-rumus lain ataupun rumus rumus yang rumit sukar dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus dalam konteks penggunaan yang sebenarnya, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang diberi.

Contoh aplikasi dalam kelas Matematik: Pengajaran rumus isipadu kuboid. Boleh menunjuk murid beberapa isipadu kuboid yang berbeza dengan ukuran panjang, lebar dan tingginya. Murib dapat membuat kesimpulan bahawa rumus isiadu kuboid ialah panjang x lebar x tinggi. Pecahan. Bandingkan pecahan yang penyebut berbeza,pengangkanya bernilai 1, mana yang besar. Gunakan fraction stripe menunjukkan beberapa contoh. Murid boleh membuat kesimpulan bahawa penyebut yang kecil selalunya bernilai besar apabila penyangkanya bernilai 1. Menukar improper fraction kepada proper fraction. Boleh menunjukkan murid beberapa contoh cara untuk mendapat proper fraction dari improper fraction dengan menggunakan operasi bahagi. Murid boleh membuat rumus untuk menulis improper fraction dalam bentuk proper fraction.

Anda mungkin juga menyukai