Anda di halaman 1dari 5

Dalam bahagian ini, pengkaji membincangkan tentang kesan tingkah laku hiperaktif

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengkaji turut


memperkenalkan kaedah terapi aroma dan teori yang berkaitan dengan kajian ini.
Richards (1990 dalam Goh, 2005) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai
organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid
semasa pembelajaran berlangsung. Salah satu ciri yang menunjukkan pengurusan
bilik darjah yang baik ialah kurangnya masalah tingkah laku yang mengganggu
tugas guru dan murid-murid lain (Anderson, 1989 dalam Goh, 2005).
Akan tetapi, setiap individu adalah berbeza daripada segi lahiriah dan rohaniah,
kadar perkembangan tingkah laku serta kebolehannya (Boon dan Raglar, 1997
dalam Jamila, 2005). Kanak-kanak ADHD misalnya selalu terlibat dalam kemalangan
yang serius, mempunyai pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan,
kurang diterima oleh rakan sebaya dan selalunya merasa rendah diri (Hinshaw &
Melnick, 1995; Slomokoski, Klein & Mannuzza, 1995 dalam Jamila 2005). Di
samping itu, mereka juga menghadapi masalah tingkah laku yang serius (Barkley,
1997; Goldstein, 1999; Weyandt, 2001 dalam Jamila, 2005).
Walau pun murid ADHD mempunyai banyak masalah tingkah laku, pengkaji telah
menfokuskan kepada tingkah laku hiperaktif sahaja. Pada pendapat pengkaji, guru
perlu mengurangkan masalah tersebut supaya murid-murid ADHD dapat
memperkembang potensi mereka. Di samping itu, murid-murid yang lain juga akan
dapat belajar di dalam suasana bilik darjah yang lebih kondusif. Kesannya, objektif
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru akan dapat dicapai. Oleh
itu, pengkaji telah menggunakan kaedah terapi aroma bagi mengurangkan tingkah
laku hiperaktif. Minyak essensial Lavender dipilih kerana dikatakan mampu
mencetuskan perasaan tenang (Lorig dan Schwartz, 1987b; 1988). Kaedah ini
masih belum begitu popular di Malaysia. Namun, ianya sudah dibuktikan
keberkesanannya di luar negara.
Sebagai contoh, Dr. Tenny Friedman telah menggunakan minyak essensial
Lavender, Vetiver, Cedarwood dan Brain Power. Setiap minyak essensial ini dihidu
sebanyak tiga kali sehari untuk tempoh 30 hari. Malah, sejenis alat digunakan pada
waktu malam untuk memastikan 20 orang kanak-kanak ADHD yang terlibat dalam
kajian tersebut dapat menghidu aroma tersebut secara berterusan. Hasilnya,
Lavender berjaya mengurangkan masalah tingkah laku mereka sebanyak 53 %
diikuti oleh Cedarwood (83 %) dan Vetiver (100 %).
Aroma minyak essensial Lavender memasuki rongga hidung manusia dan dikesan
oleh silia. Silia diibaratkan seperti enam hingga lapan helaian rambut yang
mengandungi sepuluh juta sel saraf olfaktori pada setiap satunya.
Kesemua sel saraf olfaktori ini membentuk membran yang dikenali sebagai
epithilium olfaktori. Epithilium ini menghantar isyarat impuls kepada bulba olfaktori.
Kemudian, bulba olfaktori menyambung penghantaran isyarat impuls tersebut
kepada amyglada. Ianya berperanan menyimpan dan merembeskan trauma emosi.

Seterusnya, sistem limbik mula bersambung kepada bahagian otak yang mengawal
denyutan jantung, tekanan darah, pernafasan, memori, tekanan stres, dan
keseimbangan hormon. Minyak essensial Lavender berupaya menstimulasikan
nukleus raphe sehingga ianya merembeskan hormon serotonin.
Hormon inilah yang bersifat sedatif. Akibatnya, murid-murid ADHD menjadi lebih
tenang, relaks dan tidak tertekan. Akibatnya, tingkah laku hiperaktif yang mampu
dikurangkan (Davis, 2002).
Berdasarkan proses yang telah dinyatakan, maka pengkaji boleh mengaitkan kajian
ini dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Menurut beliau, setiap ransangan akan
menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah apa sahaja tingkah laku yang timbul
akibat daripada ransangan. Manakala ransangan adalah apa sahaja bentuk tenaga
yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng, 1994 dalam Mook Soon Sang 2009 ).
Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa tingkah laku hiperaktif dapat dikurangkan
sekiranya pengkaji memberikan ransangan yang sesuai kepada murid ADHD. Dalam
kajian ini, ransangan yang diberikan adalah aroma minyak essensial Lavender.
Manakala gerak balas yang diperhatikan adalah kekerapan tingkah laku hiperaktif
berlaku. Jika kekerapan semakin berkurangan, ini membuktikan bahawa kaedah
terapi aroma sememangnya berkesan untuk mengurangkan tingkah laku hiperaktif.

Susahkah membuat refleksi pengajaran untuk Kajian Tindakan?


Setelah menyemak beberapa proposal Kajian Tindakan yang dibuat oleh beberapa
orang pelajar (dan isu yang sama dibangkitkan juga oleh rakan pensyarah yang
lain), saya rasa terpanggil untuk menulis mengenai refleksi pengajaran yang
dijadikan refleksi awal sebelum sesuatu perancangan tindakan dibuat. Saya sangat
mengharapkan agar pelajar-pelajar telah cukup matang untuk meneroka maklumat
secara sendiri (self access) melalui Internet tentang refleksi kritikal dalam kajian
tindakan. Memang sukar untuk menukar budaya mengajar kepada budaya belajar
sambil mengajar - satu peralihan peranan guru sebagai learner, kepada pelatih saya.
Saya akui, kebanyakan guru Pendidikan Islam di Malaysia terdiri daripada orang
Melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Ia tidak sama dengan orang
Melayu yang mengajar mata pelajaran lain seperti Sains. Bahasa Inggeris, telah
menjadi kekangan dan telah membentuk skema pemikiran yang sangat sukar untuk
diubah. Seandainya saya memberikan contoh yang lengkap pula, saya akan dapati
berlaku reproduction atau klon kepada apa yang saya berikan.

Melalui tulisan ini, saya harap dapat membantu proses pemahaman pelatih saya.....
(untuk makluman, bukan semua pelatih tidak dapat melaksanakan tugas dengan
baik)

Katakanlah anda telah memulakannya dengan......


Saya mengajar murid-murid tahun empat mata pelajaran Pendidikan Agama Islam.
Ini merupakan tahun ke 7 saya mengajar mata pelajaran yang sama ........ dan
seterusnya.

Dan katakanlah ......


Anda telah mengajarkan tajuk tayammum kepada ......Semasa mengajar, anda telah
menggunakan kaedah penerangan tanpa menggunakan bahan bantu. Semasa
mengajar, anda dapati beberapa orang murid terpinga-pinga setelah anda membuat
penjelasan tentang pelajaran. Persoalannya, apakah yang telah anda lakukan
sejurus melihat keadaan demikian? Anda pun mengulangi penerangan. Kali ini anda
telah meminta murid merujuk siri gambar bertayammum yang terdapat dalam buku
teks.

Refleksi dalam tindakan anda akan menjadi.......

Setelah mendapati beberapa orang murid masih kelihatan keliru, saya telah meminta
mereka merujuk siri gambar bertayammum yang terdapat dalam buku teks. Sambil
mereka merujuk gambar-gambar tersebut, saya mengulangi penerangan saya
tentang langkah-langkah bertayammum. Andaian saya ialah dengan pengulangan
penerangan dan disertakan dengan penggunaan bahan visual, murid akan lebih
mudah memahami tentang langkah-langkah bertayammum. Saya teringat kata-kata
Konfusius yang terjemahannya berbunyi "Apa yang saya dengar, saya akan lupa.
Apa yang saya lihat, saya akan ingat". Justeru itu, saya telah cuba menggunakan
gambar..........(dan seterusnya). Menurut Dale (1969) menerusi kajiannya, seorang
murid akan mengingat sebanyak 80% daripada apa yang dipelajari melalui
penerangan lisan dan visual berbanding dengan hanya 25% ingatan melalui
penerangan semata-mata, selepas tiga jam belajar .... dan seterusnya

Reflection-in-action

This is the kind of reflection that occurs whilst a problem is being addressed, in what
Schon calls the action-present. It is a response to a surprise where the expected
outcome is outside of our knowing-in-action. The reflective process is at least to
some degree conscious, but may not be verbalised. Reflection-in-action is about
challenging our assumptions (because knowing-in-action forms the basis of
assumption). It is about thinking again, in a new way, about a problem we have
encountered.

Refleksi atas tindakan anda pula akan menjadi ........


Setelah memberi penerangan sambil meminta murid merujuk gambar-gambar dalam
buku teks, saya dapati murid-murid yang kelihatan keliru pada mulanya seperti telah
memahami tentang tayammum. Ini hanya jangkaan saya. Adakah tindakan saya
menggunakan buku teks itu betul dan berkesan? Meskipun mereka kelihatan seperti
faham, saya tidak dapat mengukur kefahaman mereka kerana saya telah tidak
menjalankan penilaian formatif untuk mengesan kefahaman murid tentang tajuk
yang diajarkan. Kamus dalam talian Wikipedia (2012) yang dipetik daripada
en.wikipedia.org, menjelaskan penilaian formatif sebagai prosedur penilaian secara
formal dan bukan formal yang digunakan oleh guru semasa berlaku proses
pembelajaran dengan tujuan untuk memodifikasi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk menambahbaik pencapaian murid..... dan seterusnya.

Satu perkara lagi, apabila saya mengulangi penerangan, bermakna saya telah
menggunakan waktu yang seharusnya diperuntukkan untuk aktiviti lain. Apakah
tindakan saya itu betul? .....dan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai