Anda di halaman 1dari 14

Ujian Tingkahlaku

Berkomunikasi
Meninjau dari 4 dimensi:
Verbal, Non-Verbal,
Kepercayaan dan Emosi.
Sila pilih pernyataan ( 1 @ 2 @
3) di bawah yang
menggambarkan sikap dan
tingkahlaku anda semasa
berkomunikasi

Komunikasi Verbal
1. Anda mempunyai kemahiran mendengar yang
teruk, suka menyampuk, menguasai perbualan,
nada suara yang keras dan kuat.
2. Anda berkias menyatakan apa yang diingini,
meminta persetujuan, bersetuju dengan orang
lain, mengelak daripada meluahkan perasaan
dan memberi pendapat, bercakap dengan
perlahan, selalu meminta maaf.
3. Tegas menyatakan pendirian, bercakap dengan
jujur, tidak menghukum, nadasuara berubahubah.

Komunikasi Bukan Lisan


1. Anda merenung tepat dan menuding jari bila
bercakap, kelihatan kaku dan tegang.
2. Selalu mengangguk tanda setuju, mengelakkan
eye contact, teragak-agak, kelihatan lemah
seolah tidak berdaya.
3. Mempamerkan bahasa badan yang bersikap
terbuka, ada eye contact , tenang, memek
muka berubah-ubah dan mendengar dengan
baik.

Kepercayaan yang dipegang


1. Anda percaya saya sentiasa betul-cara saya
adalah yang terbaik. Orang lain sepatutnya
bersetuju, saya mesti sentiasa menang.
2. Anda rasa orang lain lebih penting, Cara
tindakan orang lain adalah mungkin yang terbaik,
Anda rasa tidak sepatutnya membantah dan
tidak berhak memenuhi keperluan anda,
mengelakkan konflik, selalu minta nasihat.
3. Bersikap menang-menang ,boleh membuat
pilihan, bersemuka dengan masalah, menangani
perasaan negatif, berorientasikan tindakan.

Emosi
1. Anda marah, kecewa dan tidak sabar
dengan orang lain.
2. Anda merasa perlu bergantung
kepada orang lain, tiada kuasa dan
kendiri yang rendah.
3. Anda bersemangat dalam hidup,
menemui kegembiraan dalam banyak
perkara, bermotivasi, berkeyakinan
tinggi.

Bagaimana menilai jawapan


anda
Pilihan no. 1 , merujuk kepada Sikap
Agresif
Pilihan no. 2 , merujuk kepada sikap
Pasif
Pilihan no. 3, merujuk kepada sikap
Asertif

Komunikasi Agresif
Percaya bahawa tindakannya sentiasa
betul dan orang lain salah.
Berfikiran tertutup dan tidak boleh
menerima kritikan.
Mementingkan matlamat diri dan
sanggup mempergunakan orang lain.
Suka merendah-rendahkan orang lain.
Sentiasa rasa marah, meradang, tidak
sabar dan mudah kecewa.

Komunikasi Pasif
Selalu bergantung kepada orang
lain untuk membuat keputusan.
Banyak memendam rasa , takut
menyinggung perasaan orang
lain.
Tidak mempunyai keyakinan diri,
bimbang dipersalahkan.
Mudah mempercayai orang lain
tetapi tidak diri sendiri.
Selalu mengeluh

Komunikasi Asertif
Boleh menyuarakan pandangan
tanpa bimbang menyinggung
perasaan orang lain.
Percaya bahawa diri sendiri dan
orang lain sama-sama berhak.
Mendengar dengan aktif, beri
tumpuan semasa orang lain
bercakap dan memberi pandangan
dengan jujur.
Bersikap realistik dalam mencapai
sesuatu impian.
Yakin kepada diri sendiri.

Ada ketikanya kita perlu agresif.


Bila sesuatu keputusan perlu
dibuat segera.
Semasa berlaku kecemasan.
Bila anda yakin anda benar dan
bukti-bukti menyokong anda.
Untuk merangsang kreativiti
dalam meningkatkan produktiviti.

Ada kalanya kita perlu pasif..


Bila berhadapan isu yang remehtemeh
Bila keadaan menjadi sangat
emosional, perlu tunggu hingga
keadaan kembali tenang.
Bila kuasa anda lebih rendah daripada
pihak lagi satu.
Bila berhadapan dengan keadaan
yang mustahil untuk diubahDasar
Kerajaan, dll.

Bila kita perlu bertindak


asertif?

1. Hak untuk memberi pandangan dan


menyatakan pendirian (dan tidak dihukum
samada secara terang atau secara
senyap)
2. Hak untuk didengari
3. Hak untuk menyatakan tidak dengan asas
yang kukuh
4. Hak untuk tidak bersetuju dengan sesuatu
5. Hak untuk merasa marah secara terkawal
selagi ia tidak menjadi sumpah seranah,
menuduh atau bersikap agresif.
6. Hak untuk dihormati sebagai manusia.

Bagaimana untuk menjadi


Asertif?
1. Kenalpasti hak anda
2. Kenalpasti hak orang lain dan tidak
menyalahgunakannya
3. Memikirkan sebaik-baik cara untuk
menyuarakan pandangan dan pendirian
tanpa menyinggung hak dan perasaan
orang lain.
4. Memahami pendirian dan pandangan
pihak lain tetapi bukan menyatakan setuju.
5. Menyatakan pandangan anda dengan
jelas.

Sambung.
6. Mengawal suara dan nada suara supaya
kedengaran positif dan tenang.
7. Mengawal perasaan marah atau manamana perasaan yang ada.
8. Tidak meletakkan kesalahan pada orang
lain atau seolah-olah menuduh.
9. Yakin dengan pendirian anda dan berani
menghadapi akibatnya.
10. Bersedia bertolak-ansur sedikit semasa
mencapai keputusan bagi mendapatkan
manfaat semua, asalkan hak asasi anda
tidak diketepikan..

Anda mungkin juga menyukai