Anda di halaman 1dari 5

Petanda petanda anda Kurang Keyakinan Diri

Sifat kurang atau tiada keyakinan diri ini akan membataskan dan menghalang kita dari memaksima kan pengunaan potensi dan kebolehan sebenar yang terdapat dalam diri kita dan secara tak langsung akan menghalang kita untuk mengejar kejayaan yang kita impikan. Pada saya masaalah utama ialah bukan untuk mengubah atau memperbaiki diri kita, tapi kemampuan kita untuk mengesan kelemahan dan sifat negatif itu. Jadi mengenali dan memahami tanda tanda sifat negatif itu adalah amat perlu untuk menyedarkan kita dan seterusnya baru kita berpeluang untuk memperbaikinya. Sifat Yang terdapat pada mereka yang bermasaalah : 1. Kurang Keinginan, Hasrat atau cita cita Tiada keinginan, kegairahan, Hasrat atau cita cita untuk mencapai ke peringkat yang lebih tinggi, mendapat hasil yang lebih banyak atau keputusan yang lebih baik dari kerja atau sesuatu yang diusahakan, ini merupakan Sifat yang paling teruk yang boleh berlaku pada individu yang mempuyai masaalah kurang keyakinan diri. Sifat ini boleh menyebabkan anda sukar untuk mendapat kenaikan pangkat, atau mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang ada ada sekarang dan ini akan menjurus kearah kekecewaan dan kemurungan. Secara ringkasnya jika anda mempunyai sifat ni dalam diri anda anda hanya akan mengundang kehampaan dan kesedihan dalam kehidupan anda. 2. Mempunyai sikap dan sifat negative Ni lagi satu sifat yang termasuk dalam golongan kritikal, jika anda selalu mepunyai pandagan dan fikiran negative terhada sesuatu kejadian atau keadaan anda sebenarnya telah meletakan satu penghalang pada kehidupan anda, anda telah menghalang diri dan kehidupan anda untuk menikmati sesuatu hasil atau keputusan

yang baik hasil daripada usaha dan titik peluh anda sendiri, Jadi berusahalah untuk singkirkan sifat ini, cari jalan keluar secepat mungkin atau dapatkan sokongan dari kawan kawan anda untuk hadapinya. (sebab aku sendiri pun tak yakin dapat buang sikap ni bersendirian) 3. Penampilan diri yang tak terurus Ini berkaitan dengan First Impression, Sedar atau tidak sebenarnya tanggapan umum merupakan satu faktor penting dalam kita mencapai apa yang kita impikan, jadi jika anda jenis yang pakai ikut sedap sendiri, keluar rumah dengan rambut seperti mangsa rogol, senang cerita selekeh dan serabai, yang pada anda kononnya selambe, anda sebenarnya telah menjatuhkan kredibiliti dan merendahkan martabat diri anda di mata umum, dan ini menyebabkan umum hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, dan ini telah menutup peluang anda untuk membina kreadibiliti anda dalam masyarakat, jadi gunakanlah pepatah dont judge a book by its cover pada tempat yang sesuai jangan main hentam ikut sedap anda sahaja. 4. Cara hidup tak sihat Satu lagi sifat kritikal yang terdapat pada mereka yang Kurang keyakinan diri, yang ni berkaitan dengan cara kita menjaga diri kita, seperti pengambilan makanan yang tak seimbang, makan ikut sedap tekak tampa mengira kandungan zat, dan lemak yang terdapat dalam makan yang kita ambil, malas bersukan dan bersenam (yang ni memang masaalah pada aku dan mungkin pada ramai blogger lain) dan ditambah pula dengan merokok dan pengambilan alcohol, cara hidup begini sebenarnay tiket first class untuk kearah kehidupan yang tak sihat, seperti mudah diserang penyakit, mood yang tak menentu, kelesuan dan tak bersemangat dan menyebabkan anda sentiasa berada dalam keadaan serba salah , mat saleh kata catch 22 situation 5. Terlampau Pemalu Kalau dari sumber yang aku dapat dia sebut pemalu sahaja, tapi disebab kan aku ni orang Malaysia, Melayu dan juga beragama Islam jadi aku tak berapa setuju dengan fakta yang diberi jadi aku ubah mengikut mindset dan cara hidup aku sendiri, Terlampau pemalu yang aku maksudkan ialah seperti malu untuk bercakap dikhalayak ramai, malu untuk bergaul dan menonjolkan diri di majlis majlis atau malu untuk bersuara bagi melontarkan pandangan dan pendapat, lagi satu yang aku

nak tambah dimana ada sesetengah kes dimana perasaan malu ni menyebabkan panic attacks atau emotional distress kalau dah sampai tahap ni aku sarankan supaya mendapat bantuan Pakar. 6. Perasaan Takut Yang ni bukan takut sebab tengok cerita jangan pandang belakang congkak, Tapi takut disini ialah takut untuk mencuba sesuatu yang baru, takut untuk memberi pandangan dan cadangan, takut untuk memberi idea, takut gagal, takut kecewa dan macam macam lagi. Perasaan takut ni sebenarnya sejenis fobia yang seharusnya kita atasi dalam menjalani kehidupan seharian, kerana perasaan takut ini hanya akan membataskan kemajuan dan pencapaiyan yang sepatutnya anda mampu capai, Jadi cuba cari sesuatu yang positif dari ketakutan yang anda alami dan gunakannya bagi membantu anda untuk mengatasi masaalah fobia tu.Jadi saya berharap dengan perkongsian ni kita semua dapat mengunakannya untuk membuat postmortem dalam diri masing masing dan jika ada persamaan boleh lah kita cuba memperbaiki (baca post ni : 3 Langkah, dan 7 cara berkesan untuk memperbaiki Attitude )diri kita supaya kita menjadi insan yang lebih baik (rasa macam pakar motivasi la pulak) Ps: sumber ni aku dapat dari buku saikologi kepunyaan adik aku hehehe.. Cuma aku olah dan tambahkan beberapa perkara untuk aku sesuaikan denga keadaan dan mindset aku.

Bina Keyakinan Diri Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com http://www.ukhwah.com/

Tarikh: Jumaat, 04 Julai 2003 @ 23:28:33 Topik: Umum

Bina Keyakinan Diri Pernahkan anda menafikan pencapaian diri dengan memberi alasan setiap kali mendapat pujian dari rakan-rakan seperti "tak adalah", "mungkin nasib saya baik hari itu". Jika pernah, anda adalah kalangan orang yang percaya kejayaan boleh dicapai jika ditakdirkan dan

bukannya sebab usaha anda. Dalam ertikata lain, kurangnya keyakinan diri menyebabkan anda rasa tidak berhak menerima pencapaian itu, keadaan ini juga menghalang anda dari mendapatkan apa yang anda hajati. Merendah Diri Kebanyakan dari kita gemar bersikap negatif terhadap diri sendiri. Kemungkinan ini disebabkan teguran dan kritikan yang diperolehi semasa kecil. Kalau dahulu ramai yang menganggap, pujian tidak wajar di terima tapi kini ahli-ahli psikologi menyedari akan perlunya pujian sebagai penggalak dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik. Tanda-tanda Kurang Keyakinan Diri 1. Bercakap dalam keadaan berbisik, kalau menjerit puntidaklah sekuat mana. 2. Bermain-main dengan hujung rambut atau tangan mengusik-usik barang kemas. 3. Duduk dalam keadaan lutut dirapatkan dan tangan menutup lutut. 4. Menaikkan bahu seolah-olah takut. 5. Bercakap dengan cepat atau terburu-buru sehingga orang lain langsung tidak faham. 6. Menyorokkan diri di sebalik buku atau suratkhabar. 7. Kelihatan hidup di dalam dunianya sendiri kerana tidak mempedulikan orang lain. Keyakinan Diri Bermula Dalam Diri Anda Bukan semua orang yakin pada diri sendiri sepenuhnya. Terdapat cara untuk menonjoklan imej diri. Jangan mudah putus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperolehi keyakinan diri. Sebenarnya semua imej diri dan membina keyakinan diri. 1. Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda. Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja. 2. Luahkan perasaan takut anda. Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian. 3. Belajar dari pakar. Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 4. Latihan depan cermin. Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri sendiri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan. 5. Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita. 6. Mendapatkan feedback atau tindakbalas. Tiada siapa tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan feedback mengenai pekembangan diri anda. 7. Berfikiran positif.

Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri. 8. Menghargai diri sendiri. Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah.Ingatlah sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan merasa takut dengan orang lain. Ingatlah, nobody's perfect'. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Anda mungkin juga menyukai