Anda di halaman 1dari 3

dialog, dialog sebenarnya tidak berlaku kerana ada pihak yang menganggap dirinya

sudah pun mempunyai penyelesaian mahupun kebenaran mutlak mengenai


sesuatu perkara dan apa yang dia inginkan daripada rakan dialognya hanyalah
penerimaan semata-mata. Hari ini pakar bidang dialog menggelarkan zaman ini
sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog
yang telah pun berlalu. Pertukaran pemikiran ini berlaku lantaran berlakunya
anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan teknologi informasi dan
komunikasi yang begitu pesat. Dalam konteks Barat yang zaman kepenjajahannya
terbiasa dengan pandangan yang merendahkan tamadun-tamadun lain, dialog telah
menjadi satu keperluan baru akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa
pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi, budaya dan
agamanya. Dari perspektif lain pula, contohnya dari sudut pandangan kita di
dunia/Kepulauan Melayu ini, dialog telah berlaku sejak awal lagi hasil pertembungan
bangsa Melayu setempat dengan yang lain melalui aktiviti perdagangan yang
membawa bersamanya proses intelektualisasi dan keagamaan, untuk sekian lama.
Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik dan berhemah telah sebati
dengan masyarakat kita. Namun dalam konteks dialog dihargai secara sedar di
dalam masyarakat hari ini ia bukanlah merupakan sesuatu yang menjadi
keutamaan sehinggalah dua dekad kebelakangan ini. Untuk dialog menjadi
mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita memerlukan pendedahan
ilmiah (sejarah, sistem kehidupan dan lain-lain) untuk memungkinkan kita membuat
penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian yang
tepat ini bukan hanya akan membantu kita meneruskan perasaan muhibbah antara
budaya/tamadun sekali pun di masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan
ketara antara kita, tetapi juga dapat membantu memampankan konsep dan realiti
kedudukan Melayu-Islam sebagai contoh. Dalam keadaan dunia dilanda oleh unsurunsur yang mengikis tradisi, adalah tanggungjawab orang Melayu Islam misalnya
untuk memberi kesedaran dan assurance/pengesahan (kepada yang bukan Melayu)
tentang betapa idea "kedudukan" mereka tersebut adalah sesuatu yang positif bagi
semua pihak. Di sinilah peri pentingnya dialog melalui mana kita boleh
membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati. Kepimpinan
Budaya Teras juga perlu dihayati bukan melalui pendekatan yang apologetik
mahupun defensif tetapi melalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan fakta
sejarah, realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui
dialog, boleh manfaatkan keadaan di mana tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat
Malaysia mempunyai persamaan yang penting dari segi adab dan kehidupan
beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam sekitar dan keperluan hidup
berharmoni dengannya. Generasi hari ini mungkin telah banyak melupai pelbagai
hikmah dan peninggalan tamadun-tamadun yang diwarisi sehingga kadangkala kita
merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju. Oleh kerana itu

cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah


dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.

PERANAN bahasa sangat penting dalam mengeratkan perpaduan kaum


. Bahasa yang baik dan berilmu akan menjadi bahasa pengantar, bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan seperti bahasa Melayu kepada sesebuah negara seperti
Malaysia. Begitu juga peranan budaya dapat mengeratkan perpaduan kaum.
Justeru, bahasa Melayu sebenarnya sudah lama mampu dan berfungsi sebagai
peranannya dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Di sekolah murid
diajar menulis dan bercakap serta berkomunikasi dengan baik dalam bahasa
Melayu, di samping bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa penerokaan ilmu.
Tidak ada kelebihannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris setiap hari sama ada
di rumah atau di tempat kerja. Malah tiada kekurangan pun jika berbahasa Melayu
di rumah dan juga di tempat kerja dan di majlis rasmi. Bahasa Melayu lebih hebat
dan indah kerana mempunyai kesantunan dan keindahan melalui pantun,
peribahasa dan kata-kata hikmat. Apa yang paling penting, para pengguna bahasa
tidak mencampuradukkan kedua-dua bahasa dalam percakapan seharian. Ini
diibaratkan seperti "Sekerat ular dan sekerat belut" yang boleh merosakkan bahasa
terutama bahasa Melayu. Manakala budaya juga dapat mengeratkan pelbagai kaum
dalam kepelbagaian budaya di sesebuah negara. Setiap rakyat di negara ini yang
memahami budaya kaum-kaum lain akan menghormati budaya dan adat resam
mereka. Malaysia mempunyai 30 juta penduduk dan terdiri daripada lebih 200 etnik
yang pelbagai berdasarkan bangsa/kaum, struktur atau kelas sosial, bahasa,
kepercayaan, dan adat resam sesuatu kelompok masyarakat yang sangat unik.
Takrif sosiobudaya adalah berkaitan ilmu antropologi, iaitu ilmu berkaitan hubungan
masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain). Justeru,
ahli masyarakat sewajarnya memahami ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang
sama di mana asalnya adalah serupa sifatnya. Hubungan antara anggota
masyarakat dengan budaya atau amalan hidup mereka hendaklah difahami dan
diamalkan. Setiap budaya mempunyai keindahan dan keunikan yang perlu
dipelihara sebagai warisan bangsa dan negara. Budaya yang unik dan dapat
diterima oleh pelbagai kaum juga dapat menarik para pelancong luar negara
sebagai aset pelancongan yang mendatangkan sumber ekonomi negara. Hikmah
kepelbagaian sosial dan budaya perlu diraikan oleh setiap masyarakat. Setiap kaum
perlu menginsafi dan menghormati kelainan tersebut. Kelebihan ini akan dapat
menambahkan pengetahuan

anggota masyarakat selain kaum itu sendiri tentang sesuatu keistimewaan kaum
tersebut. Hal ini akan meningkatkan penyelidikan kajian etnik di Malaysia.

Kepelbagaian sosial budaya ini boleh menjadi produk pelancongan negara. Moto
pelancongan Malaysia Truly Asia dapat menggambarkan bahawa pelancong asing
boleh mendapatkan pengalaman budaya yang banyak dan menarik hanya dengan
melancong di Malaysia sahaja. Di samping itu, pendekatan sosial dan kebudayaan
sebenarnya boleh dibentuk melalui perkongsian nilai-nilai murni yang diamalkan
oleh pelbagai kaum. Misalnya nilai menghormati antara satu sama lain. Menurut
pakar pengkaji etnik di Institut Kajian Etnik (KITA) dan Ketua Pegawai Penyelidik dan
Fellow Utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Denison Jayasooria,
ketika ditanya tentang hal ini menyatakan setakat ini peranan bahasa dan sosial
budaya amat berkesan dalam mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
Menurutnya, perpaduan kaum melalui bahasa kebangsaan telah diamalkan sejak
dulu dan berlaku di sekolah rendah dan menengah di negara ini yang membuktikan
semua murid boleh berkomunikasi dan berhubung melalui bahasa Melayu dengan
baik dan berkesan. Justeru, katanya melalui pendidikan di sekolah, perpaduan dapat
diterapkan melalui bahasa dan juga pemahaman budaya kaum-kaum lain melalui
aktiviti budaya yang diamalkan dan diajar dalam kegiatan kokurikulum. Oleh itu,
setiap kaum atau etnik mempunyai ciri-ciri tersendiri yang dapat menunjukkan
identiti diwarisi dan akan diwariskan kepada generasi mereka pada masa akan
datang. Antara ciri utama pengenalan identiti kaum ialah bahasa pertuturan,
pakaian, adat resam, dan agama yang diamalkan dalam kehidupan mereka. Perlu
juga difahami bahawa sosial budaya menerangkan tentang hal-hal berkaitan
dengan masyarakat. Pemahaman ini juga perlu diterapkan sejak di peringkat
sekolah lagi dan dimantapkan dalam masyarakat. Kepelbagaian dalam budaya perlu
diraikan tetapi mestilah berpaksikan kepada ketaatan dan kecintaan kepada negara
dengan berlandaskan kefahaman, keadilan, keharmonian dan saling menghormati.
Kepelbagaian ini juga mestilah berpaksikan semangat Perlembagaan yang telah
dipersetujui bersama. Memetik pandangan Crassy Morrison, kebudayaan mana pun
yang tidak mempunyai landasan akidah dan agama, pasti akan hancur. Cabaran
dalam masyarakat majmuk amat banyak. Oleh itu, sifat bertolak-ansur antara
kumpulan kaum sangat dituntut. Pihak kerajaan juga perlu mencari strategi yang
lebih kreatif untuk meningkatkan integrasi kaum di negara ini melalui pelbagai
aktiviti kemasyarakatan dan keilmuan seperti seminar bahasa dan budaya
merentasi kepelbagaian kaum.

PENULIS ialah pengamal media berkelulusan Ph.D Persuratan Melayu, Universiti


Kebangsaan Malaysia (UKM)
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140424/re_02/Bahasa-dan-budayajambatan-perpaduan#ixzz3Ed07pjez

Anda mungkin juga menyukai