Anda di halaman 1dari 6

SENARAI DAN BIDANG TUGAS

PENDAFTARAN DAN PENGINAPAN


Bidang Tugas :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Menyediakan borang pendaftaran yang lengkap dengan nama pelajar,


sekolah, no. kad pengenalan, tingkatan dan no. telefon ibu bapa/penjaga.
Menyediakan tempat pendaftaran yang sesuai
Mendaftar pelajar mengikut sekolah masing-masing
Membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan yang telah ditetapkan
Menentukan fasilitator yang bertanggungjawab terhadap setiap kumpulan
Menyediakan fail yang secukupnya beserta dengan bahan-bahan yang
diperlukan
Membuat blok / plate program untuk dilekatkan di atas pocket file
Mengagihkan fail kepada peserta
Mengagihkan name tag kepada peserta dan fasilitator
Menentukan bilik / khemah bagi setiap peserta berdasarkan kumpulan
Menyediakan penempatan bagi pegawai, fasilitator dan peserta
Menyediakan peraturan-peraturan
Membuat taklimat penginapan kepada peserta
Menyediakan borang untuk catatan kehadiran peserta dan fasilitator
setiap acara / sesi program
DISIPLIN (Kem Komandan)
Bidang Tugas :
1.
Mengetahui dan memahami tujuan, matlamat, objektif, aktiviti dan
maklumat serta perkara yang berkaitan dengan program.
2.
Bertanggungjawab memberi taklimat tentang perjalanan program secara
keseluruhannya.
3.
Memberi taklimat tentang peraturan am dan tatatertib program serta
aktiviti yang akan dijalankan.
4.
Mengeluarkan arahan kepada peserta dan fasilitator dari masa ke semasa
bila difikirkan perlu.
5.
Memastikan program berjalan dengan lancar mengikut jadual dan
perancangan yang telah ditetapkan.
6.
Menekankan kepentingan dan ketepatan masa.
7.
Memastikan setiap hari program dimulakan dengan bacaan doa, zikir
mathurat, lagu Negaraku dan Lagu Ibu Pertiwiku
8.
Memastikan setiap peserta sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
9.
Mengenakan tindakan dan menjatuhkan hukuman terhadap peserta yang
melanggar peraturan.

KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN

1.
2.
4.

Bidang Tugas :
Memberi taklimat berkaitan keselamatan tempat dan peserta di
sepanjang program.
Bertanggungjawab ke atas kawalan keselematan di sepanjang program.
3.
Menentukan jadual tugas kawalan keselamatan pada waktu malam.
Menyediakan kotak bantu mula dan alatan rawatan kecemasan.
5.
Menyediakan peralatan kecemasan seperti lampu suluh,
belerang dan sebagainya.
6.
Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk
memastikan ianya selamat dan sesuai untuk aktiviti tersebut.
KEROHANIAN
Bidang Tugas :
1.
Memastikan penceramah bagi setiap slot kuliah maghrib dan kuliah
subuh.
2.
Memastikan pelajar menunaikan solat secara berjemaah.
3.
Memastikan qiyamullail dijalankan dengan sempurna.
4.
Memastikan semua peserta telah bersedia 10 minit sebelum ceramah
bermula.
5.
Memastikan peserta menumpukan perhatian kepada ceramah yang
disampaikan.
KEBERSIHAN
Bidang Tugas :
1.
Memastikan semua tempat dalam keadaan bersih setiap masa.
2.
Menyediakan jadual bertugas di tempat-tempat yang ditentukan.
3.
Memastikan pelajar menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
4.
Menyediakan jadual gotong royong pada hari terakhir perkhemahan.
5.
Memastikan peralatan / bahan mencukupi untuk tugas-tugas
pembersihan.
SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Bidang Tugas :
Menyediakan sijil penyertaan dan penghargaan.
Menentukan kategori yang akan menerima hadiah.
Membuat anggaran perbelanjaan untuk urusan yang berkaitan dengan hadiah
Menempah, membeli, membungkus dan menguruskan hadiah.
Menentukan kedudukan setiap hadiah untuk disampaikan.
Menyediakan senarai nama peserta atau kumpulan yang akan menerima hadiah.
7.
Menyediakan kelengkapan penyampaian hadiah seperti tempat, alatan
dan sebagainya.

SAMBUTAN, BUKU PROGRAM DAN BACKDROP

Bidang Tugas :
1.
Menyediakan buku cenderamata.
2.
Menyediakan backdrop yang sesuai dan mengikut kehendak penganjur.
3.
Menyediakan kelengkapan untuk majlis perasmian.
4.
Memastikan susunatur yang sesuai untuk majlis perasmian.

PERALATAN DAN SIARAYA


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bidang Tugas :
Menyediakan P.A System di tempat yang ditentukan.
Membuat rakaman video dan fotografi.
Memastikan P.A System tersebut berfungsi sepanjang majlis berjalan.
Menyediakan dewan atau tempat yang kondusif
Menyusun atur kerusi meja yang secukupnya untuk peserta, fasilitator dan
peserta
Bertanggungjawab terhadap kebersihan, keceriaan dan perhiasan dewan
Membuat dokumentasi
CERAMAH DAN BENGKEL
Bidang Tugas :
1.
Memastikan kesediaan penceramah bagi setiap slot yang ditetapkan.
2.
Menyambut dan mengiringi penceramah sebaik sahaja ketibaannya serta
waktu kepulangannya.
3.
Memastikan pelajar membuat laporan kepada penceramah dan sidang
dewan
tentang kesediaan dan kedudukan terakhir peserta.
4.
Memastikan semua peserta telah bersedia 10 minit sebelum ceramah
bermula.
5.
Memastikan peserta menumpukan perhatian kepada ceramah yang
disampaikan.
RIADAH DAN REKREASI
Bidang Tugas :
1.
Membuat tinjauan dan lawatan ke tempat aktiviti untuk memastikan ianya
selamat
dan sesuai untuk aktiviti tersebut.
2.
Merancang, merangka dan menyediakan modul aktiviti yang akan
dilaksanakan.
3.
Memastikan setiap aktiviti bersesuaian dan selari dengan matlamat
program.
4.
Membuat taklimat kepada fasilitator tentang cara pelaksanaan aktiviti
tersebut.
5.
Menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti
tersebut.
6.
Membuat laporan perjalanan aktiviti kepada pihak urus setia dan Kem
Komandan.

FASILITATOR

Bidang Tugas :
1.
Sebagai pemudahcara kepada peserta dalam sesuatu sesi / bengkel.
2.
Membantu peserta dalam menjelaskan sesuatu isu / permasalahan yang
dibincangkan.
3.
Menjelaskan matlamat yang hendak dicapai dari sesuatu sesi / bengkel.
4.
Sentiasa mengawasi peserta dalam setiap sesi / bengkel.
5.
Mencatat markah / pemerhatian dan membuat laporan perkembangan
ahli sesi /
bengkel dari masa ke masa.
6.
Memastikan peserta sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan serta
adab dalam setiap sesi / bengkel.
7.
Mengambil / mencatat kehadiran ahli setiap sesi / bengkel.
8.
Fasilitator hendaklah sentiasa menjaga tutur kata dan adab sopan
sepanjang
program.
9.
Fasilitator hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai bagi setiap
sesi / bengkel
sepanjang program.
10.
Fasilitator adalah role model dan qudwah hasanah kepada peserta di
sepanjang
program. Segala nilai dan roh Islam hendaklah terlebih dahulu
diterapkan di dalam jiwa mereka sebelum diterapkan ke dalam hati peserta.
11.
Melaksanakan sesuatu tugas dengan sepenuh hati, ikhlas, faham dan
mengharapkan
keredhaan Allah.
PENGHULU
Bidang Tugas :
1.
Melantik petugas-petugas bagi melicinkan program seperti imam, bilal,
pencatat
sidang, pelapor, pengerusi majlis bagi setiap slot / ceramah dan
lain-lain.
2.
Mengambil biodata penceramah untuk diumumkan sewaktu pembukaan
majlis.
3.
Memastikan selepas setiap ceramah, seorang wakil peserta yang dilantik
untuk pergi ke hadapan penceramah dan membuat ucapan hormat terima
kasih.
4.
Melantik pencatat ceramah / bengkel dengan menggunakan borang yang
telah disediakan.
5.
Melaporkan permasalahan peserta kepada pengarah program, manamana ajk
program atau fasilitator.
6.
Mengendalikan perhimpunan pagi dengan arahan kawat, laporan,
asmaulhusna,
Negaraku, Doa Rabitah dan setiap perhimpunan sebelum
program bermula.
7.
Memastikan kebajikan semua ahli terjaga.
8.
Menyediakan ucapan bersedia untuk berucap di Majlis Penutupan.
9.
Membuat keputusan segera apabila diminta berbuat demikian.
10.
Mencadangkan peserta yang layak menerima anugerah peserta terbaik.
PENGHULUNITA
Bidang Tugas :
1.
Membantu penghulu dalam melantik petugas-petugas terutamanya yang
melibatkan
peserta puteri.
2.
Melaporkan permasalahan peserta kepada Kem Komandan, mana-mana
ajk program atau fasilitator.
3.
Mencadangkan kumpulan peserta yang layak menerima anugerah peserta
terbaik.

KETUA KUMPULAN
Bidang Tugas :
1.
Menjaga kebajikan ahli kumpulan.
2.
Menjadi pelapor perhimpunan.
3.
Membantu tugas-tugas penghulu dan penghulunita.
4.
Mengetuai perbincangan dalam kumpulan.

PERATURAN AM DAN TATATERTIB


KEM PEMANTAPAN AQIDAH MURID 2011

Para peserta diwajibkan menyertai semua aktiviti yang dijalankan sepanjang


program ini.

Peserta program hendaklah sentiasa bersedia, menepati masa dan


berdisiplin.

Para peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sesuai


untuk setiap acara yang dijalankan.

Para peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan program kecuali selepas
mendapatkan kebenaran daripada urus setia.

Para peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tempat program dan


kekemasan tempat penginapan.

Para peserta hendaklah sentiasa patuh pada arahan yang ditetapkan oleh
pihak penganjur dan arahan semasa oleh urus setia.

Para peserta dikehendaki bergerak dalam kumpulan dan dikawal oleh ketua
kumpulan masing-masing.

Para peserta hendaklah melapor dengan SEGERA jika berlaku sebarang


kecemasan.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali.

Para peserta hendaklah berada di tempat program 10 minit sebelum sesuatu


aktiviti atau acara bermula.

Para peserta hendaklah sentiasa menjaga adab sopan ketika berada dalam
majlis ilmu, ketika berpakaian, adab bergaul, adab bersama guru dan lainlain.

Makan hendaklah secara berjemaah dan dimulakan dengan bacaan doa.

Peserta hendaklah mengutamakan orang lain, tidak berebut-rebut serta tidak


membazir.

Anda mungkin juga menyukai