Anda di halaman 1dari 23

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU

PINANG

PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi.

Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru

Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai
bidang tetapi perlu juga mengaplikasikannya. Secara dasarnya, program BIG ini
mengandungi pelbagai aktiviti sebagai intipatinya seperti perkhemahan, khidmat
komuniti dan sebagainya yang dapat menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat
dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara. Bagi peserta-peserta kursus
PPG, program ini tidak terkecuali. Ia perlu bagi melengkapkan jumlah jam kredit yang
diperuntukkan untuk memenuhi syarat pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Pelajar PPG di IPGM Kampus Pulau Pinang telah diberi satu taklimat Bina Insan
Guru (BIG) pada 19 Oktober 2014. Dengan ini, saya bersama rakan sekelas mula
merangka strategi dan perancangan yang bersesuaian dan selaras dengan
kehendak kursus.

Perbincangan awal dan dari semasa ke semasa amat perlu

supaya segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Pada ketika inilah, saya
berasakan bahawa segala kebijaksanaan merancang, mengurus dan bertindak mula
teruji. Sifat peribadi seperti kesabaran, kemahiran berkomunikasi dan segala macam
kekuatan dan kelemahan mulai terserlah satu demi satu agar kita lebih mengenali
diri sendiri dan mengambil tindakan bijak untuk mengatasinya. Saya amat berharap
tugasan BIG yang saya laksanakan dapat mencapai objektif program BIG amnya
dan diri saya sendiri khasnya.

Semoga segala yang saya usahakan menepati

kehendak dan kriteria yang telah ditetapkan demi mencapai impian saya untuk
mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik Sekolah Rendah). Amin.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

Institut Pendidikan Guru


Pulau Pinang
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5
LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK (C) PEREMPUAN CHINA

NAMA PELAJAR

: MAJDAH SALWIYAH BINTI MOHAMAD

PROGRAM

: PPG AMBILAN JUN 2011 / MTE D

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI

NAMA PROJEK/AKTIVITI

: LAWATAN PENANDA ARAS


(BENCHMARKING) KE SJK (C) PEREMPUAN
CHINA

TEMPOH PELAKSANAAN

: 22 NOVEMBER 2014

PENGENALAN :
Program Bina Insan Guru merupakan satu program latihan di lapangan yang
bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Pelajar dikehendaki merancang,
melaksana dan menilai sesuatu projek. Pada peringkat ini, pelajar guru perlu
menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan aktiviti sekolah/tempat bertugas
supaya dapat meningkatkan keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk
sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah
melahirkan

guru yang berkesan. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah

bertemakan benchmarking satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk


membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti
infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dan amalan budaya sekolah.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5


LAWATAN PENANDA ARAS KE SJK (C) PEREMPUAN CHINA
Pada 22 November 2014, satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke sebuah
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), iaitu SJK (C) Perempuan China telah
dilaksanakan oleh 21 orang pelajar guru kumpulan akademik MTE-D bagi memenuhi
kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Melalui lawatan penanda aras dan bengkel
ini, pelajar guru dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di
sekolah SBT.

Selain itu, pelajar guru dapat memahami dan melihat sendiri

pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia.

SJK (C) PEREMPUAN CHINA

Antara rasional pemilihan SJK (C) Perempuan China adalah kerana sekolah
ini memiliki pakej kecemerlangan, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah
dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang
tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik
dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sasaran

utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai


penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan
teladan kepada semua sekolah di negara ini.

SJK (C) Perempuan China telah

diumumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2011.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

Seawal jam 8.30 pagi, semua pelajar guru dari kumpulan akademik MTE-D
telah berkumpul di perkarangan SJK (C) Perempuan China. Ketua kelas mengambil
kehadiran bagi semua ahli kumpulan akademik MTE-D. Ketibaan kami disambut
mesra oleh Guru Besar SJK (C) Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat. Beliau
merupakan seorang yang sangat peramah dan tidak lokek untuk berkongsi
pengalaman beliau sebagai seorang pendidik sehinggalah menjawat jawatan
sebagai guru besar. Selepas sesi perkenalan ringkas, semua pelajar guru dijemput
untuk berkumpul di dewan sekolah untuk sesi taklimat.

SESI TAKLIMAT DI DEWAN SEKOLAH

Pada jam 9.00 pagi, sesi taklimat yang diadakan di dewan sekolah turut
dihadiri oleh pensyarah dan pelajar dari IPG Kampus Tuanku Bainun. Apa yang
menariknya adalah sesi taklimat dipengerusikan oleh salah seorang murid SJK (C)
Perempuan China dengan begitu yakin dan petah berbahasa Melayu serta
menampilkan ketrampilan diri yang menarik.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

PENGACARA MAJLIS

Pihak sekolah telah mempersembahkan beberapa persembahan yang


dijayakan oleh murid-murid SJK (C) Perempuan China. Antara persembahan yang
begitu menarik perhatian kami adalah persembahan Tarian Melayu, pertunjukan yoyo
Cina dan Wushu. Semua persembahan ini telah memenangi beberapa pertandingan
yang dianjurkan oleh pihak Jabatan pelajaran Negeri Pulau Pinang dan pertandingan
anjuran pihak swasta.

TARIAN MELAYU

PERSEMBAHAN YOYO CINA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

WUSHU

Seterusnya, kami mendengar ucapan daripada Guru Besar SJK (C)


Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat. Beliau telah menayangkan slaid powerpoint
yang menerangkan tentang sistem pengurusan sekolah dan kepempinan sekolah.
Beliau juga berkongsi tentang kejayaan-kejayaan yang telah diraih oleh SJK (C)
Perempuan China di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Berdasarkan
pemerhatian kami, SJK (C) Perempuan China mempunyai ciri-ciri Sekolah
Berprestasi Tinggi yang mana mempunyai pemimpin yang mempunyai akauntabliti
dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. SKT disediakan berpandukan Pengurusan
Berasaskan Sekolah.
peringkat antarabangsa.

SJK (C) Perempuan China mampu bersaing hingga ke


Selain itu, guru besar berupaya membangunkan bakat

kepimpinan guru dan murid malah sentiasa bersedia dan bersikap proaktif dalam
melaksanakan perubahan dan pembaharuan.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

GURU BESAR: CIK EWE BENG GUAT

SJK (C) Perempuan China memfokuskan kepada peningkatan pelan strategik,


pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan.

Selain itu, pihak

sekolah sentiasa mencatat peningkatan tahap prestasi yang cemerlang (akademik,


kokurikulum dan sukan). Guru Besar juga memaklumkan bahawa pihak sekolah
sentasa meningkatkan program jalinan dengan universiti, institusi tempatan dan
antarabangsa.

Selain itu, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk memastikan

peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua.


Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian UPSR yang mencatat keputusan 100% lulus
bagi semua subjek. Lantaran itu, tidak hairanlah SJK (C) Perempuan China menjadi
penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

TAYANGAN SLAID POWERPOINT

Pelajar guru diberi peluang untuk mengajukan sebarang soalan semasa sesi
taklimat tersebut.

Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan

sekolah, infrastruktur sekolah, ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan dan iklim sekolah.
Selain itu, soalan-soalan seperti takrifan SBT dan keistimewaan sekolah turut
diajukan.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

SESI SOALJAWAB

Akhir sekali, majlis penyerahan cenderahati kepada Guru Besar SJK (C)
Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat diadakan sebagai tanda penghargaan dan
terima kasih atas kesudian beliau dan pihak sekolah menerima kunjungan kami.

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan


bersama dengan Cik Ewe Beng Guat, Guru Besar SJK (C) Perempuan China.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

KELAS MTE-D BERSAMA GURU BESAR

Pada jam 10.30 pagi, semua pelajar guru diberi peluang untuk melawat
beberapa bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Kami berpeluang melawat Pusat Sumber Sekolah, Bilik Muzik dan
bijik darjah yang dilengkapi dengan smartboard. Kemudahan asas yang terdapat di
sekolah ini ialah bilik guru, pusat sumber, kelas, makmal komputer, dewan sekolah,
kantin, koperasi dan lain-lain.

BANGUNAN SEKOLAH

ANTARA BILIK-BILIK KHAS YANG TERDAPAT DI SJK (C) PEREMPUAN CHINA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

PUSAT SUMBER

BILIK AUDIO VISUAL

BILIK MULTIMEDIA

BILIK MUZIK

MAKMAL KOMPUTER

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SJK (C) Perempuan China mewujudkan suasana hijau dalam kawasan


sekolah bagi menambah keceriaan dan semangat belajar kepada murid-murid.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

LANDSKAP HIJAU YANG TERDAPAT DI KAWASAN SEKOLAH


Meskipun kehadiran kami pada waktu cuti persekolahan akhir tahun, kami
berpeluang memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang
berlangsung kerana guru-guru SJK (C) Perempuan China mengadakan kelas
tambahan kepada murid-murid Tahun Lima sebagai persediaan menghadapi UPSR
tahun hadapan.

Semasa proses lawatan ini banyak pengalaman dan pengetahuan yang kami
pelajari. Antaranya ialah keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di
sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam sebuah bilik darjah.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan, SJK (C) Perempuan China sentiasa
memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria.
Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan
dari masa ke semasa. Semua bilik darjah berhawa dingin dan dilengkapi dengan
desktop, visualizer dan smartboard yang bernilai hampir RM7 000 setiap satu yang
mana semua bilik darjah mendapat akses internet sepanjang masa.

Usaha ini

dilakukan bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti proses pembelajaran dan


pengajaran dengan baik dan berkesan.

BILIK DARJAH BERHAWA DINGIN DENGAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN


Berdasarkan penjelasan guru besar, pihak sekolah terpaksa menganjurkan
pelbagai aktiviti untuk mengumpul dana tersebut. Kerjasama yang erat antara pihak
pentadbiran, guru-guru, ibu bapa, dan badan-badan korporat amat penting. Sebaik
sahaja sumber kewangan mencukupi, segala urusan untuk menempah peralatan
tersebut dilakukan sendiri oleh guru besar tanpa menggunakan orang tengah.

Pihak sekolah telah berbesar hati menyediakan jamuan makan untuk semua
pelajar guru di kantin sekolah. Di sini, ia menggambarkan kebaikan pihak sekolah
yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kami yang datang melawat
sekolah walaupun semasa cuti persekolahan.

Kami amat berbesar hati dan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

berterima kasih kepada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, Cik Ewe Beng Guat
dan pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan semua pelajar guru dari
kumpulan akademik MTE-D.

JAMUAN MAKAN DISEDIAKAN OLEH GURU BESAR


Sebaik sahaja selesai menjamu selera lebih kurang jam 12.30 tengah hari,
kami memohon kebenaran daripada Guru Besar SJK (C) Perempuan China, iaitu Cik
Ewe Beng Guat untuk menggunakan sebuah bilik darjah selama tiga jam. Dengan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

keizinan guru besar, kami berkumpul di sebuah kelas untuk menjalankan bengkel
tentang lawatan penanda aras. Bengkel ini telah dilaksanakan secara Round Robin
yang mana kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan kecil. Berdasarkan hasil
lawatan dan tinjauan di SJK (C) Perempuan China, terdapat lima tajuk yang penting
untuk dibincangkan secara lebih mendalam. Setiap kumpulan dikehendaki mencari
dan mengkaji tentang tajuk yang telah diberikan.

Setiap kumpulan mempunyai

peranan dan tugas masing-masing yang merangkumi aspek-aspek seperti Guru dan
Perundangan (Akta Kanak-kanak), Standard Guru Malaysia (SGM), Akta 550 (Akta
Pendidikan), Surat Pekeliling Ikhtisas/ Perkhidmatan dan fungsi dan peranan
JPN/PPD/PKG.

Selepas itu, pembentangan kumpulan dilaksanakan

dan diikuti

dengan sesi soaljawab.


Hasil pembentangan kumpulan satu yang bertajuk Guru dan Perundangan
membuka mata tentang Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitangan
kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

Dalam konteks

pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan


Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.
Kami juga mendapat pengetahuan dan pendedahan tentang Standard Guru
Malaysia (SGM).

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi

professional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh
agensi dan institut latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap
kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan
kepada guru, pendidik guru, agensi dan institut latihan perguruan dalam usaha untuk
melahir dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara
berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Melalui pembentangan bertajuk Akta 550 (Akta Pendidikan), kami mendapat
input penting yang mana iai merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan
bagi pendidikan di Malaysia. Sebagai pendidik, kita perlu ketahui kandungan Akta

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai rujukan dalam melaksanakan tanggungjawab


kita agar sentiasa berada di landasan yang betul.
Selain itu, kami mendapat mengetahui tentang Surat Pekeliling Ikhtisas yang
mana ia merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Ia merupakan satu arahan dan garis
panduan dlam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta perlu dipatuhi
oleh semua penjawat awam.
Pembentangan terakhir adalah berkenaan fungsi dan peranan JPN/PPD dan
PKG. Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat 16 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. JPN berfungsi dan bertindak dalam
melaksanakan dasar-dasar dan usaha yang telah diputuskan di peringkat
kementerian untuk dilaksanakan di setiap negeri.

Manakala PPD mewakili JPN

dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah dan bertanggung


jawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah. Selain itu, ia
bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah dan
pelbagai tugas lain yanag diarahkan oleh JPN. Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah
merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guruguru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN TAJUK BENGKEL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

PERBINCANGAN KUMPULAN

SESI PEMBENTANGAN KUMPULAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

RUMUSAN BENGKEL

Daripada bengkel yang dijalankan, kami dapat mengenalpasti kekuatan dan


kelemahan semasa kami menjalankan lawatan penanda aras ini. Banyak perkara
baharu yang diperolehi semasa sesi pembentangan kumpulan dan sesi soal jawab.
Secara keseluruhannya, bengkel yang dijalankan sangat menarik.

Secara

keseluruhannya, bengkel yang dijalankan selama tiga jam ini sangat menarik dan
memberi impak yang positif kepada kami supaya dapat memainkan peranan sebagai
seorang guru yang menepati kehendak dan aspirasi negara.

KESIMPULAN :
Secara keseluruhannya, Lawatan Penanda Aras ke SJK (C) Perempuan
China ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Banyak pengalaman dan
pengetahuan yang kami perolehi semasa melaksanakan Program Bina Insan Guru
(BIG) Fasa 5 ini. Banyak yang telah kami pelajari dan ilmu pengetahuan ini amat
berguna untuk diri kami dan juga untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik.
Selain itu, lawatan seumpama ini pelbagai maklumat tentang pengurusan sesebuah
sekolah bagi memastikan sekolah terus berada di kemuncak kecemerlangan. Kami
amat kagum dengan ketegasan dan kepimpinan guru besar sekolah ini kerana cukup
tegas dengan prinsip hidupnya untuk terus memacu kecemerlangan ke tahap yang
lebih tinggi. Kami sangat menghargai jasa baik dan sikap ramah mesra Guru Besar
SJK (C) Perempuan China, iaitu Cik Ewe Beng Guat dan warga SJK (C) Perempuan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

China. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru
Besar SJK (C) Perempuan China, iaitu Cik Ewe Beng Guat, pensyarah pembimbing,
iaitu Pn. Juliana binti Saarani, rakan-rakan sekelas dan pihak-pihak yang terlibat
secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Disediakan oleh:

................................................................
(MAJDAH SALWIYAH BINTI MOHAMAD)

PENUTUP DAN PENGHARGAAN


Pertama sekali, limpah kesyukuran kepada Tuhan pencipta alam atas segala
kurniaan dan nikmat kehidupan di bumi yang sangat indah ini.

Sekalung

penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada keluarga yang banyak memberi
dorongan untuk saya terus melangkah sedepa lagi bagi meningkatkan kualiti diri.
Kekuatan dan ketabahan yang kalian tunjukkan sentiasa menjadi inspirasi untuk
langkah ini terus diayun dengan penuh yakin.

Terima kasih khas kepada pihak

pentadbiran SK. Sungai Rambai dan IPG Kampus Pulau Pinang atas kepercayaan
kepada kami sehingga Program Bina Insan Guru (BIG) ini dapat direalisasikan
biarpun agak kabur pada peringkat awal.
Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah pemantau di Unit
Kokurikulum atas komitmen yang tinggi sehingga BIG PPG dapat dijayakan dan
mencapai objektif. Sesungguhnya semua pengalaman ini telah medewasakan saya
dan memberi kesedaran kami untuk melawan arus kesukaran yang membatasi usia
yang dihitung melalui angka. Buat rakan-rakan kumpulan PPG, tugasan ini tidak
sekadar melengkapkan kurikulum pembelajaran kita tetapi sesungguhnya ia
memberi kesempatan untuk kita meninjau sejarah silam bagi meneroka masa
hadapan yang lebih gemilang dan bermakna.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

Sejambak Kasih Seuntai Penghargaan daripada;

Majdah Salwiyah Binti Mohamad


(PPG Ambilan Jun 2011/MTE D)

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan
izinnya, akhirnya

dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Bina Insan

Guru 2015 Fasa 5 yang telah diberikan kepada saya dan juga rakan dalam masa
yang amat mencemburui kami. Tugasan ini mungkin tidak sebaik atau sempurna
seperti pensyarah inginkan, tetapi saya telah berusaha menyiapkan portfolio ini
dengan sebaiknya.
Memang tidak dapat dinafikan terdapat banyak halangan yang telah saya dan
rakan saya hadapi yang menghalang terhasilnya tugasan ini dengan jayanya. Kami
terpaksa menempuhi pelbagai masalah dan kekangan masa yang amat terhad serta
dengan pelbagai tugasan di sekolah. Namun dengan berkat kesabaran,ketekunan
dan ketabahan saya dan rakan saya dapat juga mengharunginya, akhirnya saya
berjaya juga menyiapkan portfolio ini dalam tempoh yang telah diperuntukkan.
Sekalung penghargaan saya tujukan kepada rakan-rakan MTE-D, pihak
sekolah dan guru-guru SJK (C) PEREMPUAN CHINA, JALAN GOTTLIEB, PULAU
PINANG dan keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

sepanjang usaha saya dalam menyiapkan tugasan projek ini. Segala jasa dan
pergorbanan yang diberikan tidak akan saya lupakan.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing, Pn.
Juliana bt. Saarani

yang memberi bimbingan, idea serta pendapat. Segala yang

disampaikan telah saya gunakan sepenuhnya dalam penghasilan tugasan ini. Saya
juga amat beruntung kerana rakan seperjuangan sudi berbincang dan memberi
kerjasama

yang

sepenuhnya

sepanjang

menyiapkan

tugasan

ini

.Rakan

seperjuangan saya juga banyak membantu saya dalam mengumpul dan berkongsi
maklumat serta memberi tunjuk ajar bagi

tugasan ini. Kerjasama ini amat saya

hargai dan harapan saya agar kerjasama ini akan berterusan pada masa akan
datang.
Dengan adanya ilmu yang terbatas, saya tidak menganggap tugasan

ini

sempurna dan padat. Oleh itu, saya sentiasa menerima teguran dan kritikan yang
membina untuk memperbaiki dan memperkemaskan lagi tugasan yang bakal saya
lakukan pada masa akan datang. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf
andainya ada salah dan silap. Segala yang baik itu datang daripada
segala yang buruk itu datang dari diri sendiri.
Sekian terima kasih.

Allah dan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

KANDUNGAN

Bahagian
1.0
2.0
3.0
4.0

Pendahuluan
Pengenalan
Objektif
Strategi Pelaksanaan/

Muka Surat
1
2
3
3 - 14

Laporan Aktiviti
5.0 Refleksi
Kekuatan Projek
Kelemahan Projek

15

6.0 Cadangan

16
16

Penambahbaikan
7.0 Kesimpulan

17

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS PULAU


PINANG

8.0 Penutup dan


Penghargaan

18

Anda mungkin juga menyukai