Anda di halaman 1dari 19

ELM 3033 E

Tugas &
Tanggungjawab Guru
Pendidikan Moral

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru membawa
maksud pendidik, pengajar dan pengasuh.
Daripada pengertian di atas, jelas
menunjukkan guru merupakan insan yang
penting dalam arena perguruan yang
dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau
melaksanakan dalam konteks institusi
pendidikan dalam usaha menyampaikan
ilmu kepada anak murid atau masyarakat.

Pendidikan Moral adalah satu subjek yang


amat penting yang harus diajar kepada
pelajar sekolah yang mana mereka bakal
menjadi pewaris kepada generasi masa kini.
Jadi bagi memastikan kehidupan mereka
dipenuhi dengan nilai-nilai murni, subjek ini
diperkenalkan di sekolah-sekolah.
Dengan adanya subjek Pendidikan Moral,
pelajar akan dapat mendalami maksud nilai
yang sebenarnya.

Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan


nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu
mereka harus tahu akan kepentingan nilai
murni dalam kehidupan seharian.
Apabila mereka sudah memahami erti nilai
yang sebenar, maka proses penerapan nilai
dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya
dapat membentuk insan yang cemerlang dari
segi jasmani, emosi, rohani & intelek.

Matlamat Pendidikan Moral di


Malaysia
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk
individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global.
Sumber: Sukatan
Pelajaran Pendidikan
Moral,2003

Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat


membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh
menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara
serta masyarakat global.
Sumber: Kurikulum
Standard Sekolah
Rendah Pendidikan
Moral, 2010

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru


Pendidikan Moral yang utama ialah
merealisasikan matlamat seperti di atas.
Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk
kepada satu program mendidik murid agar menjadi
insan yang bermoral /berakhlak mulia dengan
menekankan aspek perkembangan penaakulan
moral, perasaan moral & perlakuan moral.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah
rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian & moraliti murid melalui
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.

Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti


sebagai panduan dalam melahirkan insan
yang menyeluruh dari segi intelek,
rohani,emosi dan sosial.
Prinsip-prinsip itu adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain
Berpegang teguh pada ajaran agama
Prihatin kepada alam sekitar
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
Bersemangat patriotik
Menghormati hak asasi manusia
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam
kehidupan.

Perbandingan objektif Pendidikan


Moral Sekolah Rendah KBSR dan KSSR
KBSR

KSSR

Memahami dan menghayati nilainilai murni masyarakat Malaysia;

Meningkatkan
amalan
budi
pekerti mulia;

Menyedari
dan
menerima
kepentingan
tanggungjawab
moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup
dalam perhubungan diri dengan
keluarga,
masyarakat, negara serta alam
sekitar; dan

Mengembangkan
pemikiran
moral,
perasaan
moral
dan
amalan moral dalam
membuat sesuatu pertimbangan
dan
keputusan
yang
selaras
dengan
nilai-nilai
murni

Memahami dan menghayati nilainilai universal;


Menghayati dan mengamalkan
budi pekerti mulia;

Melaksanakan
tanggungjawab
moral
dan
sosial
bagi
mengekalkan kesejahteraan diri
dengan keluarga, sekolah, jiran,
masyarakat dan negara; dan

Mengembangkan
dan
mengaplikasikan
penaakulan
moral,
perasaan
moral
dan
perlakuan moral dalam membuat
pertimbangan dan keputusan.

Mengadakan proses P&P yang


berkualiti dan bermakna sama
ada di dalam bilik darjah ataupun di
luar bilik darjah.
Dari segi pelaksanaannya guru
Pendidikan Moral perlu menguasai
maksud nilai-nilai murni berserta
dengan kandungan akademik dan
situasi/isu yang sesuai.

Penghubung penting di antara


sekolah dan rumah.
Membantu pelajar membentuk satu
pandangan moral yang menyeluruh
dan relevan bagi kedua-dua institusi
iaitu rumah & sekolah.
Menyampaikan pelajaran dengan
berkesan & menjadi contoh kepada
pelajar.

Sedar bahawa kanak-kanak


yang datang ke sekolah telah
mempelajari pelajaran moral
di rumah daripada keluarga
& masyarakat.
Hal ini bermakna kanakkanak telah mempunyai
sikap, kepercayaan &
tabiat tentang moral
sebelum mereka datang ke
sekolah.

Sedar bahawa sekolah merupakan


sumber pembelajaran moral
secara tidak langsung.
Suasana sosial di sekolah, cara
sekolah itu ditadbir & bagaimana
guru-guru bertingkah laku akan
memberi pengaruh secara tidak
langsung kepada pembelajaran
moral kanak-kanak.

Bersedia untuk mengajar Pendidikan


Moral dengan mengambil kira
pengetahuan dan pembelajaran
moral sedia ada murid-murid.
Melanjutkan pengetahuan moral
murid-murid ini & membimbing
mereka.

Menjadi pendorong bagi setiap


aktiviti.
Menjadi fasilitator yang membantu
pelajar memulakan aktiviti.
Memberi sokongan bagi aktiviti
yang dianjurkan oleh para pelajar
dan guru-guru.

Menghidupkan kelas dengan


aktiviti-aktiviti yang menarik &
memberikan pengalaman langsung
kepada murid.
Contohnya, membawa pelajar pergi
melawat
rumah
orang
tua.
Kasih sayang
Hormatmenghormati

Membalas budi

Bertindak sebagai pegawai sumber


yang memberi maklumat yang
tepat / membantu para pelajar
mencari maklumat bagi setiap
dilema.
Menjadi perangsang dalam
penaakulan bagi membantu pelajar
berfikir melalui dilema dan tindakan
moral.

Menyimpan rahsia pelajar untuk


menjalinkan hubungan baik
sesama pelajar.
Menjadi pendengar yang baik
kepada setiap masalah yang
dihadapi oleh pelajar sekiranya ada
pelajar yang ingin menceritakan
masalah peribadi mereka.

Kesimpulan
Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang amat
penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar
di sekolah melalui beberapa kriteria nilai keperibadian yang
ditunjukkan.
Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah mudah
kerana ia memerlukan sokongan padu daripada pihak
pentadbir, guru lain, pelajar dan masyarakat secara
keseluruhannya.
Dalam proses membentuk sosialisasi pelajar, terdapat lima
agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri
mereka iaitu keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi),
agama dan media massa.

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai