Anda di halaman 1dari 11

PKP 3104

Terapi Pasir

Pengenalan
Satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

Definisi
1. Aktiviti imaginatif dalam pasir 2. Bayangan asli untuk proses individuation 3. Teras perasaan yang terdalam 4. Manifestasi dilihat bahan bawah sedar 5. Bahasa simbolik untuk komunikasi 6. Persekitaran yang selamat dan menerima 7. Dalam ruang diikat 8. Dengan atau tanpa air 9. Dengan atau tanpa objek 10. Dunia statik atau bergerak 11. Adjung kepada terapi 12. Digunakan bagi kanak-kanak, orang dewasa, pasangan, keluarga dan kumpulan

Sejarah
Bermula pada tahun 1920-an & dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanakkanak tentang realiti kehidupan seharian. Berdasarkan kepada Boik dan Goodwin (2000), matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.

Tujuan
Melatih daya kreativiti kanak-kanak. Menghilangkan rasa marah. Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu. Meningkatkan keyakinan diri. Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak.

Kepentingan
Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan. Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi. Merangsang pemikiran murid. Mengurangkan tekanan emosi. Membantu meningkatkan kemahiran sosial.

Bahan/Alatan
Pasir yang bersih Air Kotak pasir Mangkuk plastik Apron / t shirt lama

Cadangan Pelaksanaan
1. Pasir yang diguna diletakkan di dalam bekas kayu yang telah dibina seperti segi empat.

2. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir mestilah bersesuaian dengan tajuk yang ingin diajar pada waktu tersebut dan tidak membahayakan muridmurid.
3. Pasir yang digunakan mestilah halus dan tidak mencederakan murid-murid.

4. Sekiranya murid-murid membuat lukisan atau binaan di atas pasir, guru perlu menyoal murid-murid tentang lukisan atau binaan tersebut supaya murid-murid dapat meluahkan perasaan, berkomunikasi serta menyampaikan idea dan pandangan mereka.

Kesimpulan
Guru-guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi boleh dijalankan di sekolah atau di luar sekolah. Ianya boleh dijalankan secara kumpulan mahupun individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

Terima Kasih

http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/tera pi-pasir.html

Anda mungkin juga menyukai