Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KENDIRI.

Program BIG pada kali ini merupakan ce ram ah / b en g ke l / ta kl i ma t


d a n sa tu program Khidmat Masyarakat dimana para pelajar PJJ IPG dikehendaki
menyediakan program dan aktiviti tersebut di sekolah. Sepanjang
program

ini,

pengalaman

saya

rasa

sangat

beruntung

kerana mendapat

menyertai
pelbagai

baru sepanjang program ini berlangsung dan menganggap ini

merupakan persediaan diri untuk menempuh masa hadapan.


Sebelum menjalani program ini, kami terlebih dahulu telah melaksanakan
tugas sebagai Ahli Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Sepanjang proses persediaan
melakukan Progam BIG kali ini, unit kami telah mengadakan mesyuarat yang
membantu kami untuk mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan
juga untuk menjalankan tugas AJK masing-masing. Kami telah membuat pelbagai
persediaan termasuk alat-alatan serta barang-barang yang perlu untuk digunakan
sepanjang

program

tersebut.

Ketika

menjalankan

persediaan

sebelum

melaksanakan program ini, saya sedar peranan ketua sangat penting untuk
menggerakkan ahli-ahlinya agar program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya
berharap semoga suatu hari nanti saya juga boleh menjadi pemimpin yang baik dan
dan mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri saya.
Semasa menjalankan program ini, kami telah dipantau oleh Puan Guru Besar
dan juga beberapa ahli PIBG yang terdiri ibu bapa yang bekerjasama dengan
kami menjalankan c e r a m a h se r t a kh i d m a t m a s ya r a k a t i a i t u aktiviti gotongroyong. Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang
sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi
khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi
pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran

sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Guru
haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi
role model kepada masyarakat di sekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah
sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi
pendidik kelak.
Guru-guru merupakan penggerak kepada kemajuan murid-murid bukan sahaja
dalam bidang akademik malahan sahsiah. Malah guru juga pemangkin kepada
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam sesebuah proses pembelajaran
serta pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian proses PdP yang berkesan
amatlah penting bagi membangunkan potensi murid, guru sekaligus meningkatkan
markah SKPM sekolah kearah yang gemilang dan terbilang di dalam bidang
pendidikan agar standing dengan pendidikan bertaraf dunia. Oleh yang demikian,
manfaat yang banyak dapat diperolehi melalui ceramah pemantapan PdP yang telah
dijalankan. Ini adalah kerana kemenjadian murid bergantung sepenuhnya kepada
tugas guru. Guru berperanan sebagai pencetus semagat untuk terus belajar dan
berupaya memperbaiki potensi diri sekaligus menjulang taraf pendidikan Malaysia ke
taraf dunia. Maka dengan adanya ceramah pemantapan PdP yang telah dijalankan
maka kita berharap kualiti serta tahap pembelajaran serta pengajaran para guru juga
berkesan dan mampu memartabatkan profesion keguruan kea rah yang gemilang,
cemerlang dan terbilang.
Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan pada kali ini juga telah menjadi satu
titik mula untuk

membentuk personaliti seorang guru yang berkualiti. Guru

yang berkualiti bukan sahaja

pandai

dari segi akademiknya, malah memiliki

kebolehan yang pelbagai. Dalam aktiviti BIG kali ini, guru-guru bukan sahaja telah

menjadi tenaga pengajar, malah turut menjadi seperti seorang kakak dan abang
yang tidak lokek mencurahkan kasih sayang dan ilmu kepada adik-adiknya.
Guru

yang

berkualiti

perlu

memiliki

sifat

sebagai

seorang

yang

memahami. Bukan semua orang dilahirkan dalam keadaan yang senang dan
mempunyai keluarga

yang

bahagia.

Sebagai

seorang

guru,

kita

perlulah

mengetahui latar belakang pelajar-pelajar agar tidak menimbulkan isu sensitive yang
boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelajar. Sekiranya guru
dapat mengawal emosi dan sentiasa boleh memberikan
pencapaian pelajar,

tidak

menjadi

satu kesalahan

untuk

komitmen kepada
kita

menggelarkan

guru tersebut sebagai guru yang berkualiti dan serba boleh. Sepertimana yang kita
sudah sedia maklum, guru kini bukan sahaja perlu mengajar dan mendidik malah
turut bertindak sebagai ibu bapa, kerani dan juga semua bidang tugas di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran. Justeru, tidak menjadi satu kerugian jika pelajar
guru didedahkan dengan pelbagai tugasan kerana cabaran profesion perguruan
kelak yang kian mencabar. Setelah melaksanakan aktiviti BIG pada kali ini, timbul
satu kesedaran bahawa betap beruntungnya saya masih dikurniakan ibu bapa dan
keluarga yang menjaga saya sejak dari kecil hingga sekarang. Meskipun kami
hidup dalam keadaan bersederhana, ternyata ada lagi orang yang lebih susah dan
memerlukan perhatian dan kasih sayang. juga anak- anak yang datang daripada
keluarga miskin. Pemerhatian ke atas sikap mereka telah menimbulkan satu
kesedaran bahawa sebagai bakal guru, saya adalah pencetus semangat dan inspirasi.

Setelah menjalani program ini, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan


dan kelebihan yang ada pada diri saya. Dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan
kemahiran dan kekeratifan serta fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan
dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan
sikap. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat
pengalaman berguna seterusnya dapat merealisakannya di suatu masa nanti.
Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah menjalani
program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna yag
sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program ini
bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu
diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan
bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak
bangsa kelak.

Anda mungkin juga menyukai