Anda di halaman 1dari 8

1.

Sejarah Pendidikan Jarak Jauh

Umumnya tahu bahawa di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan


pusat pengajian pertama yang menjalankan sistem pendidikan jarak jauh ini
semenjak tahun 1970an lagi.Malah pencapaian dan kejayaan program ini amatlah
membanggakan.Tujuan penubuhan program pendidikan jarak jauh ini adalah untuk
meyediakan peluang untuk menyambung pelajaran serta menyediakan peluang
pendidikan yang sama rata bagi menggalakkan perkembangan dari segi akhlak,
pengetahuan dan ekonomi negara.Oleh yang demikian maka lebih banyak lagilah
pusat pengajian tinggi yang lain menawarkan program tersebut kepada golongan
seperti mereka yang bekerja, surirumah dan sebagainya. Antara pusat pengjian
tinggi yang ada menawarkan program pendidikan jarak jauh ini adalah seperti USM,
UPSI,UTM, OUM dan sebagainya.

2.0

Konsep Pendidikan Jarak Jauh

Pendidikan Jarak Jauh merupakan satu bidang pendidikan dimana ia bertumpu


kepada memberi pendidikan kepada pelajar yang tidak berada di lokasi seperti
institusi pengajian tinggi atau kolej tetapi melalui program pendidikan jarak jauh ini
pelajar dan tenaga pengajar berkomunikasi di waktu dan ketika yang berlainan
dimana yang sesuai dan fleksibel dengan masa lapang mereka. Prinsip asas
pendidikan jarak jauh ini adalah konsep pemisahan antara tenaga pengajar dan
pelajar dimana pengajaran dan pembelajaran hanya berlangsung melalui bahanbahan pembelajaran kendiri dalam pelbagai bahan media sebagai pemudahcara.
Pembelajaran kendiri pula bermaksud pelajar belajar sendiri, tidak bertemu muka
dengan kerap antara tenaga pengajar dan juga rakan yang lain. Malahan, pelajar
pengajian jarak jauh juga bebas memilih atau mempelajari sesuatu subjek mengikut
kesesuaian atau kaedah masing-masing.Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus
(1994) terdapat dua ciri utama yang penting di dalam pelaksanaan program
pendidikan jarak jauh ini iaitu segala pengajaran serta pembelajaran yang
dijalankan secara formal dapat dilaksanakn dan juga diselia secara jarak jauh yakni
dalam keadaan pelajar terpisah daripada tenaga pengajar. Kedua adalah
tanggungjawab penbelajaran
1
telah dipindahkan kepada pelajar sepenuhnya dimana pelajar akan belajar secara
bersendirian iaitu menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri bagi menambah serta
memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari. Oleh kerana pembelajaran
pendidikan jarak jauh adalah tidak tertumpu di dalam kelas sahaja maka bahan
pembelajaran seperti modul digunapakai. Selain itu bahan pembelajaran juga
diakses menggunakan internet atau cara ini lebih dikenali sebagai pembelajaran
atas talian atau on-line. Bahan pembelajaran juga disertakan dalam bentuk CDROM komputer dan akan diikuti oleh pelajar di komputer sendiri atau juga dikenali

sebagai pembelajaran multimedia interaktif. Segala kemudahan yang disediakan


adalah mudah, fleksibel dah sesuai dengan mod pendidikan jarak jauh ini. Maka
tidak hairanlah ia amat popular malah berkesan sebagai salah satu pemudahcara
bahan pembelajaran dan pengajaran dalam program pendidikan jarak jauh ini.
3.0

Kelebihan Pendidikan Jarak Jauh

Seperti yang sedia maklum, pendidikan jarak jauh mempunyai banyak kelebihan
berbanding dengan pendidikan setempat seperti di dalam bilik kuliah.Diantara
kelebihan nya adalah pelajar boleh belajar sambil bekerja.Melalui pendidikan jarak
jauh ini, pelajar tidak perlu meninggalkan kerjaya bagi mengikuti sepenuhnya
pengajian secara formal. Konsep pendidikan jarak jauh ini membenarkan para
pelajar mengejar cita-cita pada masa yang sama memenuhi tanggungjawab kepada
kerjaya serta keluarga. Dengan adanya program pendidikan jarak jauh ini maka ia
memberikan pelajar peluang untuk meningkatkan kelayakan, kemahiran dan
pengetahuan. Menurut Mohd. Noor Saleh, 1994, keperluan ini dapat memastikan
perkembangan ilmu yang sihat sejajar dengan kepesatan ekonomi, sosial dan politik
yang maju serta pesat di zaman ini.Selain itu, pendidikan jarak jauh lebih fleksibel
kerana pelajar sering diberikan lebih banyak masa untuk menghabiskan
pengajian.Oleh yang demikian pelajar dapat merancang pembelajaran mengikut
kelapangan masa pelajar tanpa menjejaskan rutin utama dan rutin harian
pelajar.Pendidikan jarak jauh ini boleh berlansung mengikut kesesuaian pelajar itu
sendiri mengikut tempoh yang tertentu dimana tempoh pendidikan jarak jauh ini
adalah selama empat hingga lima tahun pengajian. Sejajar dengan konsep
pendidikan jarak jauh maka ia tidak meletakkan had usia untuk seseorang pelajar
bagi mengikuti pengajian. Malahan pembelajaran di era globalisasi masa kini telah
memudahkan lagi pelajar mencapai cita-cita kerana ini tidak
2
terhenti tatkala pelajar mencapai suatu peringkat usia. Kini setiap individu yang
ingin bersaing secara sihat di dunia harus mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat. Umum sedia maklum bahawa pendidikan jarak jauh lebih menjimatkan kos
kerana kursus-kursus pengajian lebih rendah kosnya jika dibandingkan dengan
kursus setempat yang ada. Malah pembayaran juga dapat dijelaskan dengan cara
yang mudah serta pelbagai. Bantuan kos pengajian juga mendapat sokongan
daripada badan-badan yang bertanggungjawab seperti PTPTN, MARA, institusi bank
dan sebagainya. Ini sekaligus membantu meringankan beban kos pengajian serta
menyokong hasrat pelajar pendidikan jarak jauh untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

4.0

Kemahiran belajar bagi pengajian jarak jauh

Tidak dapat disangkal lagi bahawa semakin luas jarak yang wujud dalam
perhubungan pendidikan jarak jauh maka semakin kompleks dan mencabar peranan
pelajar dalam memastikan pembelajaran ini berkesan dan berjaya seterusnya dapat
mendapat mencapai keputusan yang cemerlang diakhir pengajian kelak.Pendidikan
jarak jauh merupakan satu pembelajaran kendiri yang bermaksud segala aktiviti
pelajar adalah dilakukan sendiri oleh pelajar tanpa bantuan secara langsung dan
sepenuhnya daripada tenaga pengajar. Mengikut Witte, M. M., Witte, J. E., & Saltiel,
I. M. (2009) kematangan seseorang pelajar kendiri itu sangatlah penting yakni
peranannya dalam menentukan pengendalian aktiviti pembelajaran itu sentiasa
diteruskan.
Oleh yang demikian, pelajar haruslah mempunyai kemahiran pengurusan diri yang
teratur dan sistematik untuk menjadi pelajar pendidikan jarak jauh persediaan rapi
dari segala aspek haruslah dipersiapkan.Pertama sekali individu pelajar itu perlu
membuat persediaan dari segi mental dan fizikal iaitu sentiasa mempunyai sikap
motivasi yang tinggi untuk meneruskan pengajian sekaligus menjadi pelajar yang
berjaya suatu hari kelak di akhir pengajian.Pelajar pendidikan jarak jauh harus
mempunyai komitmen yang tinggi didalam pembelajaran kendiri dimana sikap
pelajar itu sendiri amat memainkan peranan bagi menentukan kejayaan sesuatu
pembelajaran.Dengan adanya sikap motivasi dan komitmen yang tinggi maka
pelajar dapat memberikan keutamaan pada pembelajaran pendidikan jarak jauh ini
tanpa menjejaskan kerjaya serta komitmen lain seperti keluarga.Pelajar pendidikan
jarak jauh harus mempunyai target atau
3
sasaran kerja yang baik bagi menentukan keberkesanan pembelajaran yang diikuti.
Sejajar dengan itu pelajar juga haruslah sentiasa berfikiran positif dimana setiap
pembelajaran yang dilakukan dan yang berlaku adalah kerana segulung ijazah
ataupun kejayaan di kemudian harinya.Keyakinan diri yang tinggi bahawa tiada
yang mustahil di dalam pembelajaran pendidikan jarak jauh ini juga mendorong
kepada kejayaan di kemudian harinya. Kemahiran pengurusan diri yang terurus
serta baik kerana ia penting bagi memastikan kesediaan pelajar pendidikan jarak
jauh dalam pembelajaran kelak. Oleh itu pelajar perlu memastikan kesihatan
mereka dalam keadaan yang baik dengan mengamalkan senaman, mengambil
pemakanan yang sihat dan berkhasiat serta mendapatkan tidur yang cukup.Selalu
berlaku kepada seseorang pelajar tidak kira mod sepenuh masa atau PJJ, sudah
menjadi lumrah untuk belajar sehingga lewat malam terutamanya untuk
mengulangkaji pelajaran bagi persediaan peperiksaan. Tabiat ini amat tidak
digalakkan dan ini akan mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah
kesihatan seperti kurang tidur dan mudah jatuh sakit. Perlu dielakkan bahawa
pengambilan kafein atau alkohol yang berlebihan dapat memudaratkan kesihatan
sekaligus menjejaskan prestasi pelajar terhadap pembelajaran jarak jauh. Lantaran
itu, pelajar juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen makanan tambahan
sebagai langkah penjagaan kesihatan. Kemahiran pengurusan diri juga

membabitkan aspek menjaga diri dengan tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang
kurang berfaedah seperti berhibur sehingga lewat malam di pusat hiburan dan
sebagainya.yang boleh menjejaskan pretasi pembelajaran pelajar pendidikan jarak
jauh. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi faktor hasil pembelajaran yang dilalui
kerana penumpuan yang banyak perlu diberikan kepada pembelajaran dimana ia
juga menyumbang kepada kecemerlangan pembelajaran malah dari segi keputusan
akademik kelak.
Kemahiran pengurusan masa yang baik dan berkesan juga memainkan peranan
yang amat penting di dalam pembelajaran pendidikan jaraj jauh ini dimana
seseorang pelajar itu adalah terdiri daripada individu yang bekerja, mempunyai
keluarga serta komitmen yang menuntut mereka melakukan persembahan yang
baik bagi kebanyakan organisasi atau tempat kerja.Sebelum memutuskan untuk
mengikuti pendidikan jarak jauh ini seelok-eloknya pelajar haruslah memastikan
bahawa mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk menghadiri sesi
pembelajaran sekaligus menyiapkan tugasan yang dikehendaki.Pengurusan masa
yang efektif
4
dapat membantu seseorang pelajar itu menguruskan waktu diantara kerjaya serta
pembelajaran supaya kedua-dua aspek dapat dilakukan dengan baik dan
seimbang.Oleh yang demikian, penggunaan jadual belajar amatlah digalakkan
untuk pengurusan masa yang berkesan serta efektif.Selain itu, penggunaan jadual
belajar dapat memastikan segala tugasan dan masa belajar dapat dijalankan
dengan berkesan serta dapat memastikan segala urusan kerjaya dan pembelajaran
pendidikan jarak jauh dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya.Perancangan yang
awal juga mebantu seseorang itu menguruskan masanya dengan lebih efisien.
Contohnya merancang membuat tugasan atau kajian dengan awal dan dalam masa
yang sama dapat membantu seseorang itu menguruskan masa dan menyiapkan
sesebuah tugasan itu mengikut masa yang telah ditetapkan. Dengan pengurusan
masa yang cekap, tugas sebagai seorang guru dan pelajar tidak akan terganggu
dan dicampuradukkan.Selain itu penetapan sasaran juga penting untuk memastikan
pengurusan masa dapat diracangan dengan sistematik.Contohnya menetapkan bila
masa untuk membuat tugasan, mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan dan
juga membuat kerja untuk kerjaya masing-masing.Sasaran amat penting bagi
membolehkan seseorang itu melihat adakah masa yang digunakan dapat
dimaksimumkan terutamnya bagi seseorang yang mempunyai kerjaya dan
berkeluarga.Bak kata perpatah masa itu emas, dan oleh itu pengurusan masa
amat penting dan perlu dititikberatkan bagi seseorang individi yang mengikuti
program pengajian jarak jauh.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran belajar kendiri. Bagi memastikan sesi
pembelajaran pendidikan jarak jauh dapat diikuti dengan berkesan maka pelajar
haruslah mempunyai daya tumpuan yang baik dan tajam. Ini adalah kerana

keupayaan seseorang pelajar memberi tumpuan terhadap sesuatu bidang dapat


memastikan kejayaan sesuatu tugasan sekaligus aktif semasa proses pembelajaran.
Memberi tumpuan baik sepenuhnya bererti keupayaan pelajar itu dapat
mengenalpasti, mentakfsir dan menganalisis selain sentiasa menyumbangkan idea
dan pendapat ketika sesi pembelajaran ini berlaku kerana pelajar mampu memberi
tumpuan dan respon yang positif. Cara yang berkesan adalah dengan menyediakan
tempat yang sesuai untuk belajar dimana ia dapat menghindari rasa
ketidakeselasaan ketika sedang belajar. Malah ada suatu ketika pelajar juga perlu
belajar untuk tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara remeh temeh yang
berlaku di persekitaran.Perlu ditegaskan juga bahawa sebagai pelajar
5
pendidikan jarak jauh seseorang itu perlu memaklumkan orang disekeliling mereka
seperti keluarga serta kawan-kawan agar memberi ruang dan masa untuk pelajar
tersebut membuat aktiviti pembelajaran agar tidak diganggu sekaligus dapat
memberi daya tumpuan yang berkesan.Mendengar secara aktif amatlah penting
semasa pembelajaran pendidikan jarak jauh.Oleh kerana sesi kuliah adalah sangat
terhad dan terbatas maka setiap sesi pembelajaran adalah sangat penting dan
berharga.Pelajar perlu menjadi pendengar yang aktif agar segala maklumat yang
disampaikan dapat difahami dengan baik dan berkesan.Selain itu kemahiran
mendengar secara aktif dapat membantu kita bergiat aktif ketika sesi perbincangan
atau perbentangan agar sentiasa ada soalan ataupun kemusykilan dapat
ditujukan.Dengan adanya respon sedemikian maka pembelajaran yang berlaku
adalah aktif dan berkesan malah mampu memperolehi pemahaman yang
luas.Sebagai seorang pelajar pendidikan jarak jauh, pelajar perlu menguasai
kemahiran tersebut agar pembelajaran lebih efektif dengan bantuan tenaga
pengajar serta rakan-rakan kursus.Selain itu amalan yang sungguh berkesan dan
terbukti dapat membantu serta menyumbang kepada kejayaan sesuatu
pembelajaran pendidikan jarak jauh adalah lecture note taking. Pelajar adalah
digalakkan untuk mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan keberkesanan
pembelajaran dimana pelajar harus bijak menggunakan segala maklumat yang
disampaikan oleh tenaga pengajar.Kemahiran note-taking ini amatlah berguna
sebagai salah satu nota ringkas atau rumusan hasil sesuatu pembelajaran yang
berlaku pada setiap sesi.Bagi memastikan cara ini berkesan maka pelajar harus
bersedia sebelum sesi pembelajaran bermula iaitu dengan bersedia secara mental
dan fizikal sebelum kuliah bermula. Kemudian pelajar haruslah sentiasa memastikan
pemilihan tempat yang sesuai amat penting bagi memastikan tumpuan yang
berkesan dapat dilakukan bagi menjayakan kemahiran lecture note-taking ini
contohnya dengan duduk di hadapan agar mudah untuk mendengar dengan
jelas.Pelajar juga haruslah aktif menyertai serta memberi respon yang baik ketika
sesi pembelajaran dijalankan agar pemahaman lebih telus dan efektif. Segala
informasi dan maklumat yang di ambil haruslah di atur serta diguna sepenuhnya
agar ia berkesan dan mendatangkan hasil ketika berakhirnya sesi pembelajaran

pendidikan jarak jauh ini.Sebagai seorang pelajar, individu tersebut perlu


menyiapkan diri dengan kemahiran belajar sebelum musim peperiksaan.Oleh itu
adalah penting bagi pelajar untuk pandai menguruskan masa mengulangkaji untuk
membuat persediaan diri
6
sebelum menduduki peperiksaan dimana seseorang pelajar perlu membuat pilihan
untuk keutamaan diberikan kepada pembelajaran. Sentiasa membuat keutamaan
mengikut jadual peperiksaan agar cara pengurusan masa mengulangkaji dapat
dilakukan dengan berkesan dan efektif. Perlu diingatkan bahawa mengulangkaji
pada saat-saat akhir amatlah tidak digalakkan kerana ia akan mendatangkan
masalah stress. Pelajar juga perlu bijak untuk memilih keutamaan topik atau
pembelajaran yang perlu dibaca agar ia tidak terlalu membebankan untuk di baca
serta difahami. Dengan membuat nota ringkas dan menghafal secara singkatan
dapat membantu memudahkan cara memahami serta dapat cara mengulangkaji
yang efisien dan berkesan.Oleh kerana pelajar pendididikan jarak jauh perlu
mempersiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan maka seseorang pelajar
haruslah mempunyai kemahiran membaca atau menelaahyang baik dimana ia
banyak membantu pelajar untuk memahami modul, nota serta bentuk soalan yang
akan dijawab. Kemahiran membaca dan mentafsiri maklumat amatlah penting
kerana ia membantu pelajar untuk memahami sekaligus dapat menganalisis segala
maklumat yang dibaca agar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan
mengikut kehendak soalan. Malahan ia juga dapat membantu dalam proses
memahami bahan atau maklumat pembelajaran agar berlakunya pembelajaran
yang berkesan.Ini banyak membantu dalam mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan.
Kemahiran seterusnya adalah sangat penting iaitu kemahiran menguruskan
tekanan. Tekanan berlaku dimana minda dan tubuh kita tidak mampu menerima
sesuatu keadaan yang berlaku dimana akhirnya ia akan menguasai diri seseorang
dan mendatangkan kesan yang buruk dari segi mental dan fizikal. Oleh yang
demikian, pelajar pendidikan jarak jauh perlu bijak menguruskan diri, pembelajaran
serta masa agar masalah tekanan tidak timbul. Tidak dapat dinafikan bahawa
dengan beban kerja, tanggungjawab serta komitmen dalam pembelajaran
pendidikan jarak jauh ini kadangkala boleh mendatangkan masalah tekanan andai
ia tidak diuruskan dengan baik. Terdapat pelbagai perkara boleh mencetuskan
tekanan terutamanya ketika mengikuti kursus pengajian jauh ini. Contohnya apabila
seseorang itu tidak merancang masa dengan baik diantara kerjaya dengan belajar,
ia boleh mencetuskan tekanan dan ini boleh mengakibatkan gangguan kepada
kerjaya dan belajar. Apabila seseorang itu tidak mengulang kaji dan belajar untuk
persediaan peperiksaan dengan awal, ia boleh menimbulkan tekanan itu
7

untuk memaksa diri untuk belajar dan mengganggu perasan diri. Terdapat pelbagai
cara untuk mengatasi masalah tekanan ini. Antara cara mengatasi tekanan adalah
dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat selain
bijak menguruskan masa dengan menikmati masa-masa tertentu dengan aktivitiaktiviti yang menyeronokkan. Sentiasa bersikap tenang, terbuka serta positif dapat
membantu pelajar untuk sentiasa tenang dan jauh dari masalah tekanan.
5.0

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, program pendidikan jarak jauh ini amatlah baik dan banyak
memberikan manfaat kepada semua pihak dari segi kerjaya dan pengurusan serta
peningkatan ekonomi.Justeru itu, para pelajar pendidikan jarak jauh haruslah
mempersiapkan diri dengan segala kemahiran belajar yang ada.Ini banyak
menyumbang kepada kejayaan serta kecemerlangan seseorang individu yang
bergelar pelajar khasnya pendidikan jarak jauh ini.Maka semua nya haruslah
bermula daripada persediaan diri sendiri dari segi mental dan juga fizikal.Sebagai
rakyat Malaysia juga kita seharusnya mendukung hasrat kerajaan untuk menjdi
Negara maju. Bagi mencapai hasrat itu, maka rakyat Malaysia haruslah memajukan
diri dan menuntut ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin bagi merealisasikan
hasrat tersebut.Tidak kira apa pun cabaran dan rintangan jika niat di hati ingin
melanjutkan pelajaran maka cabaran tersebut akan dapat ditempuhi jua. Bak kata
pepatah kalau tak dipecah ruyung manakan boleh mendapat sagu dan Dimana
ada kemahuan disitu ada jalan maka oleh itu tiada masalah tau cabaran yang
mustahil dan tidak boleh di selesaikan.Malah segala cabaran tersebut boleh menjadi
pemangkin kepada semangat untuk terus berjaya dan mecapai kejayaan yang
cemerlang di akhir pembelajaran.
(2 511 patah perkataan)

Rujukan

Witte, M. M., Witte, J. E., & Saltiel, I. M. (2009).Barriers to Adult Learning. In


(Ed.),Handbook of Research on E-Learning Applications for Career and
Technical Education: Technologies for Vocational Training (pp. 341-355).
Hershey, PA: . doi:10.4018/978-1-60566-739-3.ch027

King, K. P., Sanquist, S. R., & King, S. (2009). Lifelong Learning in the 21st Century.
In (Ed.), Handbook of Research on E-Learning Applications for Career and
Technical Education: Technologies for Vocational Training (pp. 367-379).
Hershey, PA: . doi:10.4018/978-1-60566-739-3.ch029
Zirkle, C., & Fletcher Jr., E. C. (2009). Access Barriers Experienced by Adults in
Distance Education Courses and Programs. In (Ed.), Handbook of Research on
E-Learning Applications for Career and Technical Education: Technologies for
Vocational Training (pp. 444-454). Hershey, PA: .doi:10.4018/978-1-60566-7393.ch035
http://www.msvu.ca/en/home/studentservices/academicadvisingsupport/studyskills/
studyskillsfordistancelearners.aspx
http://www.msvu.ca/en/home/studentservices/academicadvisingsupport/studyskills/
antiprocrastination.aspx
http://www.csu.edu.au/distance-education/starting-at-csu/distance-education-studytips
http://www.msvu.ca/en/home/studentservices/academicadvisingsupport/studyskills/
stressmanagement.aspx

Anda mungkin juga menyukai