Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Tranformasi pendidikan yang berlaku dengan begitu pesat pada masa kini telah memberikan
impak yang besar terhadap budaya pembelajaran secara atas talian. Melalui pembelajaran
secara atas talian, segala informasi berkenaan pendidikan dapat disampaikan tanpa had dan
sempadan.

Globalisasi membawa perubahan teknologi kepada masyarakat. Ledakan maklumat dan
keupayaan hebat teknologi terutamanya kuasa digital dan pengkomputeran telah mencabar
sistem pendidikan termasuk teori pembelajaran untuk berubah, Kini konsep ruang siber dan
universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran atas talian dengan bantuan alat
teknologi maklumat dan komunikasi. Alatan ini merupakan simulasi yang membolehkan
pelajar mengalami pengalaman pembelajaran sebenar dan dapat berinteraksi dengan individu
lain tanpa perlu bersemuka. Kemudahan ini menjadi agen sosialisasi terbaik yang menuntut
individu sentiasa mengemaskini ilmu, pengetahuan dan kemahiran di sepanjang hayat
mereka.

Pembelajaran atas talian pada peringkat pendidikan tinggi menjadi kaedah pembelajaran pada
masa kini. Ia berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih
efektif. Penerimaan pembelajaran atas talian bukan sahaja untuk menukarkan modul
tradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan
teknologi pembelajaran atas talian boleh menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang fleksibel.


2.0 EMPAT SIFAT PENTING PELAJAR DAN BAGAIMANA INI BOLEH MEMBANTU
PELAJAR BERJAYA DI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Sebagai seorang pelajar yang mengunakan pembelajaran dalam talian terdapat beberapa
sifat yang boleh membantu untuk berjaya di persekitaran dalam talian iaitu pengurusan masa,
motivasi diri, merancang pembelajaran dan juga mengelakkan gangguan stress.
2.1 Pengurusan Masa

Untuk pengurusan masa yang paling berkesan, pelajar perlu membuat jadual waktu
persendirian. Segala aktiviti yang akan dijalankan dalam masa 24jam perlulah
dicatatkan dalam jadual waktu. Seeorang yang mengamalkan tabiat ini akan dapat
menggunakan masanya dengan optimum. Seseorang yang pandai menguruskan
masanya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar, beriadah, bergiat
dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Biasanya pelajar
yang ketinggalan sentiasa menangguhkan kerja dan suka mencari alas an, akhirnya
mereka tidak dapat menyiapkan kerja dan menitu hasil kerja orang lain. Mereka
adalah tergolong dalam golongan yang tidak mempunyai pengurusan masa yang
berkesan. Perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja
sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Dengan ini pelajar dapat merancang corak
pembelajaran dan cara mengulangkaji yang sesuai supay a boleh mencapai keputusan
yang paling cemerlang. Malangnya hanya terdapat segelintir pelajar sahaja yang akan
membuat jadual waktu, tetapi mereka juga tidak dapat mengikuti apa yang telah
dirancang. Walau bagaimanapun didapati bukan semua pelaajr ini melaksanakan apa
yang telah dirancang dalam jadula. Mereka lebih cenderung belajar pada saat-saat
akhir apabila menjelang peperiksaan. Pelajar boleh mengatur strategi belajar dengan
memilih masa yang mereka berasa paling segar untuk mengulangkaji pelajaran,
membuat tugasan dan membuat latihan sebagai pengukuhan kepada mata pelajaran.

Pembelajaran pada sebelah pagi akan mendatangkan hasil yang lebih baik jika
dibandingkan dengan waktu sebelah petang dan malam. Waktu yang paling segar
biasanya pada sebelah pagi, maka pelajar wajar mengaturkan masa pada sebelah pagi
untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan supaya boleh mendapat hasil
kerja yang paling optimum. Jika pelajar berada pada waktu yang meletihkan dan
kurang konsentrasi, pelajar bolej mengisikan masa itu dengan melakukan kerja
sampinga seperti mencari buku rujukan di perpustakaan, melayari internet untuk
mencari maklumat yang berfaedah atau membaca majalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan. Selain daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran, persediaan diri daripada
aspek fizikal, mental dan emosi juga amat diperlukan. Dengan adanya kesihatan
fizikal, mental dan emosi juga amat diperlukan. Dengan adanya kesihatan fizikal,
mental dan emosi yang baik, pelajar akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya
semasa belajar. Maka, selain daripada masa belajar, pelajar juga perlu mengaturkan
masa untuk beristirehat dan beridah untuk mengurangkan tekanan. Pelajar perlu
bertindak dengan bijaksana dalam menguruskan masa supaya mendapat
keseimbangan antara aktiviti mengulangkaji dan aktiviti lain. Kegagalan seseorang
pelajar menguruskan masa adalah faktor utama kegagalan dalam pelajaran. Mereka
yang mempunyai perancangan masa yang baik akan mempunyai keputusan yang
lebih cemerlang kerana pembahagian masa yang cukup untuk mengulangkaji
pelajaran dan membuat tugasan dan aktiviti yang lain.




2.2 Motivasi Diri

Motivasi merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejyaan seseorang
dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak pada masa tertentu. Apabila
seseorang itu mendapat dorongan, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk
bertindak kea rah mencapai matlamat.

Bagi memastikan seorang pelajar itu berjaya motivasi diri yang tinggi itu perlu.
Pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian perlu membuat penilaian tahap
kesediaan belajar, serta mempunyai tahap kompetensi penggunaan komputer.
Masalah teknikal seperti teknofobia dan kekurangan latar belakang teknikal perlu
diselesaikan sebelum memulaakn program pembelajaran berasaskan teknologi.
Apabila kompetensi baik, maka lebih selesa dan mudah menyesuaikan diri dengan
pembelajaran dalam talian. Selain itu, pengantara atau tutor hendaklah menyediakan
pelbagai strategi dan mengambil kira tahap pembelajaran yang boleh disesuaikan
dengan kepelbagaian latar belakang dan tahap kompetensi sedia ada pelajar.

Gross (1992), mendefinisikan motivasi adalah sama sukar seperti mendifinisi
psikologi dan ini adalah disebabkan kajian motivasi melibatkan faktor pendorong dan
faktor penghalang dari segi biologi, sosial ataupun psikologi dalam usaha mengatasi
kemalasan kita dan mendorong kita secara diingini ataupun tidak diingini kepada
tindakan yang dikehendaki. Prestasi motivasi diri semakin menurun dari hari ke hari
merupakan salah satu masalah utama di dalam pembelajaran di dalam talian.
Biasanya masalah motivasi ini wujudnya disebabkan sikap pelajar itu sendiri di dalam
menerima pembelajaran. Gagal dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem
pembelajaran merupakan salah satu faktor yang menyebabkan gangguan negatif
terhadap motivasi diri pelajar. Selain itu, masalah di tempat kerja , masalah atau krisis
keluarga, masalah kewangan, kurang sokongan dari rakan-rakan, kurang sokongan
dari majikan juga merupakan faktor menurunkan motivasi pelajar-pelajar terutamanya
kepada pelajar-pelajar baru. Di samping itu, kos semasa menjadi pelajar dalam talian
juga turut mempengaruhi motivasi pelajar ini kerana bagi mereka yang mendapat
tajaan untuk belajar mereka akan belajar hanya setakat untuk lulus sahaja dan berbeza
dengan mereka yang belajar menggunakan perbelanjaan sendiri. Ini kerana apabila
menggunakan perbelanjaan sendiri mereka akan lebih bermotivasi untuk belajar
bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang leboh cemerlang.

Apa yang jika motivasi diri semakin menurun untuk mengikuti pembelajaran akan
menyebabkan timbulnya perasaan malas dan menerima pembelajaran secara lewa
akan turut mempengaruhi rakan pelajar yang lain.

2.3 Merancang Pembelajaran

Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat
semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan
memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasikan ke dalam
kehidupan (Hargreaves,1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran
dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan
pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses
maklumat. Kaedah tersendiri inidividu mencari, menyimpan dan mengeluarkan
semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Ferlder dan Henriques, 1995).
Oleh itu untuk berjaya, pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaeah
belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Walaubagaimanapun,
kemungkinan wujudnya pelaajr yang berhadapan dengan konflik belajar apabila gaya
pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran
pensyarah. Akibatnya, pelaajr menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian
menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, kurang
berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa. (Baharin Abu, 2000).

Penggunaan gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan
memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya
pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti
situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan
Stevenson, 1997). Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai
dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih
cemerlang.

Di samping penyesuaian gaya pembelaajran dengan sifat individu, pengusaaan
kemahiran belajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut
Selmes (1997) kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang
pelajar mencari, menilai, memilih, meyusun, meyimpan dan menyampaikan ilmu
pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan keupayaan dan kecekapan yang dikuasai
oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat
serta menuju kearah pembelajaran seumur hidup. Seorang pelajar perlu mempunyai
gaya pembelaajran supaya dapat mengurangkan masalah belajar.

2.4 Mengelakkan Ganguan Stress

Bagi pelajar baru di dalam sistem pembelajaran di dalam talian ini gangguan stress
akan lebih berganda jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran tradisional.
Masalah akan datang dari pelbagai sudut dan dari segenap aspek yang pasti akan
mengganggu perasaan dan emosi dan secara tidak langsung akan memberi stress atau
tekanan perasaan kepada pelajar-pelajar. Menurut Wright (1967), kebiasaannya
stress akan di alami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian, kurang tidur,
keresahan, kebimbangan yang tinggi serta simpton-simpton fisiologi yang
ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami. Apabila stress berlaku,
faktor fizikal dan rohani akan terganggu dan stress itu boleh menjadi positif atau
negatif. Stress yang positif akan memastikan kita sentiasa berjaga-jaga, mendorong
kita agar lebih bermotivasi di dalam menghadapi cabaran atau rintangan serta
membawa kita di dalam menghadapi cabaarn atau rintangan serta membawa kiota di
dalam jalan penyelesaian. Manakala stress yang negatif adalah masalah ataupun
impak negatif yang boleh mengganggu pelajar-pelajar sama ada dari segi kesihatan
mental dan fizikal, personaliti dan juga prestasi pembelajaran itu sendiri. Menurut
Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau tekanan
yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan
pencapaian akademik para pelajar. Bagi pelajar-pelajar baru kebiasaannya faktor yang
selalu memberi tekanan dan menimbilkan stress ialah kesuntukkan masa di dalam
menyiapkan kertas kerja yang diberi, kurang kemahiran di dalam perkakasan
komputer, kurang mahir di dalam menggunakan sumber - sumber yang disediakan
seperti kemudahan MyVLE yang disediakan oleh pihak OUM, bebanan kerja di
tempat kerja yang semakin bertambah dan sebagainya.

3.0 EMPAT CADANGAN UNTUK BERJAYA DI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN

Bagi memasikan seorang pelajar itu berjaya di persekitaran pembelajaran atas talian mereka
perlu mempunyai komunkasi yang berkesan, tenaga pengajar yang afektif, kecekalan dan
berminat.

3.1 Komunikasi yang Berkesan

Salah satu elemen paling penting yang menentukan kejayaan dalam pembelajaran atas
talian adalah wujudnya komunikasi berkesan antara pengajar dan pelajar. Pelajar dan
pengajar perlu mempunyai jangkaan yang jelas dan belajar mengurus penglibatan
mereka dalam jangkaan yang jelas dan belajar mengurus penglibatan mereka dalam
proses pembelajaran agar tidak menimbulkan masalah. Penglibatan dalam
pembelajaran atas talian adalah tanggungjawab bersama.


Komunikasi yang berkesan adalah berlakunya hubungan dua hala antara pengajar dan
pelajar. Mereka saling mengetahui keperluan dan kehendak masing-masing. Melalui
komunikasi yang berkesan ini dapat menyampaikan maklumat tentang kursus secara
dalam talian yang berkesan ialah mengetahui pelajar, menyediakan contoh yang
bermakna, memotivasikan para pelajar supaya dapat buat yang terbaik,
menyampaikan dan mengawal kursus secara berkesan serta menunjukkan
keprihatinan terhadap keperluan pembelajaran para pelajar.




3.2 Pengajar yang Afektif

Pembelajaran adalah suatu aktiviti sosial yang kuat apabila dapat disampaikan dengan
baik dan berkesan oleh pengajar. Peranan dan tanggungjawab pengajar dalam
pembelajran dalam talian adalah merekabentuk proses pembelajaran dengan baik dan
lebih menarik. Pengajar yang afektif dapat memberikan galakan dan maklumbalas
yang baik,memotivasikan pelajar dalam menyelesaikan tugasan dan mencapai
matlamat. Pembelajaran dalam talian bukan pengasingan antara pengajar dan pelajar
walaupun aktiviti pembelajaran adalah bebas tetapi saling melengkapi dan pasangan
dalam proses pembelajaran.

Pengajar yang berjaya membentuk keperibadian dan menyampaikan pengetahuan
secara berkesan kepada pelajar adalah pengajar yang berkualiti. Pengajar yang
bijaksana akan mengatur proses pengajaran yang berkesan dan secara langsung akan
memberi manfaat kepada pelajar pada masa depannya. Oleh itu, pengajar adalah
faktor utama yang menyumbangkam pencapaian akademik pelajar cemerlang.
Pengajar juga berperanan sebagai model dalam membimbing dan mendidik pelajar
untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik mereka.
Pengajar perlu memperbanyakkan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

3.3 Kecekalan

Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat membantu pelajar
belajar dalm tempoh masa yang oanjang. Tahap kecekalan yang berbeza antara
individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa rehat yang
berbeza. Terdapat segelintir pelajar yang mudah hilang minat serta berasa bosan
terhadap kerja keran mereka hanya mampu menunpukan perhatiandalam jangka masa
yang pendek sahaja. Ramai pelajar yang mempunyai perangai suka menangguhkan
kerja terutamanya apabila tugsan yang diberikan itu membosankan, sukar serta
memerlukan usaha yang lama untuk menyiapkannya.

3.4 Berminat

Menurut Sharifah Alwiah Asagoff minat adalah daya penggerak atau kecenderungan
seseorang untuk memberi perhatian kepada sesuatu benda atau peristiwa. Minat
berupaya untuk meningkatkan keinginan dan daya usaha pelajar untuk mempelajari
atau memiliki sesuatu benda. Pelajar yang mempunyai minat untuk belajar akan
berasa seronok dan bersungguh-sungguh untuk belajar kerana mereka akan mendapat
kepuasan daripda proses pembelajran itu sendiri. Sulaiman Masri (1996) menyatakan
sikap pelajar yang bersungguh-sungguh terhadap pembekajaran adalah pendorong
kearah pencapaian akademik yang cemerlang. Maka, pelajar yang mempunyai sikap
positif akan sentiasa memberi tumpuan terhadap pengajaran pensyarah dan rajin
mengulangkaji pelajarannya.

Di samping minat, pelajar juga mesti mempunyai kesanggupan dan kerelaan untuk
memberi perhatian atau tumpuan ke atas sesuatu perkara, Ini adalah disebabkan
kesanggupan dan kerelaan akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mencapai
matlamat. Ini jelas menunjukkan minat serta motivasi pelajar. Selain itu, minat pelajar
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk belajar.
Pelajar yang minat dalam perkara yang dipelajarinya akan mencapai preatasi yang lebih
cemerlang.



4.0 RUMUSAN

Era glonalisasi telah membawa arus perubahan kepada corak hidup dan sistem sosial
masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Oleh kerana kesan globalisasi ini tidak dapat
dielakkan maka, masyarakat perlu bergerak seiring dengan kepantasan perubahan yang di
bawa oleh globalisasi itu sendiri. Sebagai usaha untuk penyesuaian dalam era globalisasi
maka penguasaan ilmu dan pengetahuan baru dapat dilakukan melalui pembelajaran
sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai