Anda di halaman 1dari 37

Sejarah Olaharaga Antarabangsa

Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan
diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga
pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau
athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini,
khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.
Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang
lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu
dipercayai bermula pada tahun 776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan
catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahraga
merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil
bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka
bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih
menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan pesertapeserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM
berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan
Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa
menyatakan alasannya.
Terdapat

usaha

negara-negara

lain

selain

daripada

Greek

yang

mula

menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England


umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi
temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai
yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Setelah itu semakin
banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang
ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala
kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur
Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan
tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang

abad ke-20 ramai atlit Amerika

Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.


Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang
mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli
olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat
atau

menandingi

peserta-peserta

tersebut,

walaupun

sukan

olahraga

sudah

diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul


peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan

saingan. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan
Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.
Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea,
Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan
yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

Sejarah Olahraga di Malaysia


Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada
tahun

1906.Kejohanan

olahraga

pada

masa

itu

dinamakan

Ipoh

Athletic

Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.


Pada 1914 hingga 1919

Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia

Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan
pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga
antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.
Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama
kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti
olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur
Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturanperaturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada
1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia
Amateur Athletics Union (MAAU) atau Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Presiden
MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan
pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Olahraga
Olahraga

Acara
Balapan
Acara Balapan
(Track)
(Track)

Pecut
Pecut

Jarak
Jarak
Sederhana
Sederhana

Jarak
Jarak Jauh
Jauh

100
100 meter
meter

800
800 meter
meter

3000
meter
3000 meter

4x100
meter
4x100 meter

200
200 meter
meter

1500
meter
1500 meter

5000
meter
5000 meter

4x200
meter
4x200 meter

10,000
meter
10,000 meter

4x400
meter
4x400 meter

400
400 meter
meter

Lari
Lari
Berpagar
Berpagar

Lari
Lari Berganti
Berganti
ganti
ganti

100
meter
100 meter

Lari
Lari
Berhalangan
Berhalangan

3000
3000 meter
meter

110
110 meter
meter

400
meter
400 meter

Acara
Padang
Acara Padang
(Field)
(Field)

Lompatan
Lompatan

Lompatan
Lompatan Jauh
Jauh

Lompatan
Lompatan
Kijang
Kijang

Lompatan
Lompatan
Tinggi
Tinggi

Lontaran
Lontaran

Lompatan
Lompatan
Bergalah
Bergalah

Lontar
Peluru
Lontar Peluru

Acara
Acara Khas
Khas
(Special
(Special Event)
Event)

Heptathlon
Heptathlon 77
acara
(wanita)
acara (wanita)

Dekathlon
Dekathlon 10
10
acara
acara Lelaki
Lelaki

Maraton
Maraton
Jarak 42,195
m
Jarak
42,195 m

Merentas
Merentas Desa
Desa
Bebas
Bebas

Lumba
Jalan
Lumba Jalan
Kaki
Kaki

5,
10,15, 20,
20, 50
5, 10,15,
50
km
km

Melempar
Melempar
Cakera
Cakera

Merejam
Merejam
Lembing
Lembing

Acara Balapan

mula pada 100 m garis penamat untuk semua larian


2.1

Peraturan-peraturan
a) PERATURAN 160
i.

Ukuran standard balapan larian ialah 400m. la hendaklah


mengandungi sepasang bahagian lurus selari dan sepasang
selekoh yang mempunyai ukuran jejari yang sama. Kecuali balapan
rumput, bahagian dalam balapan hendaklah dipisahkan oleh
bendulyang diperbuat daripada bahan yang sesuai setinggi lebih
kurang 5sm dan lebar minimumnya 5sm.

ii.

Sekiranya sebahagian bendul tersebut terpaksa ditanggalkan untuk


membolehkan acara padang dijalankan, tempatnya hendaklah
ditandakan dengan garisan putih selebar 5sm dan kon atau
bendera yang sekurang kurang 20sm tinggi, diletakkan di atas

garisan putih supaya pinggiran tapak kon atau kayu pacak bendera
menyentuh pinggiran garisan putih yang hampir dengan balapan,
dan diletakkan pada jarak antara satu sama lain tidak melebihi 4m.
Peraturan ini juga terpakai pada bahagian yang membolehkan
peserta

keluar

ke

tempat

lompatan

air

dalam

acara

lari

berhalangan.
iii.

Bagi balapan rumput yang tidak mempunyai bendul, bahagian tepi


dalamnya digantikan dengan garisan selebar 5sm. la juga
hendaklah dipasang bendera pada jarak 5m antara satu sama lain.
Bendera-bendera tersebut hendaklah dipacakkan di atas garisan
tadi supaya peserta tidak memijak garisan tersebut, tetapi
dicondongkan ke dalam pada sudut 60 darjah. Bendera-bendera
yang berukuran lebih kurang 25sm x 20sm yang dipacakkan
dengan tiang setinggi 45sm sangat sesuai untuk tujuan ini.

iv.

Ukuran ini dibuat dari 30sm ke luar bendul atau, jika tiada bendul
20sm dari bahagian dalam garisan penanda balapan tersebut.

v.

Jarak larian diukur dari tepi belakang garisan permulaan sehingga


ke tepi belakang garisan penamat.

vi.

Bagi semua larian sehingga dan termasuk 400m, setiap atlet


hendaklah berlari dalam lorong sendiri, yang mempunyai lebar
1.22m +- 0.01 m yang ditandakan dengan garisan putih selebar
5sm. Lorong di sebelah dalam hendaklah diukur seperti mana yang
diterangkan dalam perenggan iv di atas, tetapi lorong-lorong lain
hendaklah diukur 20sm dari tepi sebelah luarnya.

Lari pecut
a) Pengenalan Lari Pecut
I.Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas
dibandingkan dengan acara-acara lain
II.Lari pecut ; 100, 200, 400 meter.

b) Acara 100 m, 200 m, 400 m.


i.

Kedudukan

Balapan

untuk

acara

ii.

Kedudukan Balapan untuk acara 200, 400 meter.

100

meter

iii.Permulaan
Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak. Selain
garisan permulaan yang sama untuk acara 100 meter, mereka akan
berada di tempat permulaan yang berbeza-beza untuk acara 200 meter
dan 400 meter tetapi garisan penamat adalah sama.
Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan
hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan
pemasangan pita atau talian penamat.
Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang,
biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu
permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini
untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu.
Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas
dengan dibantu oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab
pegawai-pegawai ini ialah me-meriksa para peserta supaya mematuhi
segala peraturan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol. Bagaimanapun
bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu
objek yang boleh menghasilkan suara adalah memadai seperti
'clapboard'.
Pegawai .pelepas akan mengeluarkan arahan

'Ke Garisan' kepada

semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan.


Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada
di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu
peserta hendaklah mendiamkan diri, menandakan mereka sudah
bersedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan 'Sedia', dan sepantas

kilat peserta akan mendongakkan kepala dan

mengangkat badan.

Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja


tembakan pistol dibunyikan.
Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan

per-

mulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan


pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula.
Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali kedua
dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahanpertama
dilakukan oleh peserta lain.
iv.

Semasa perlumbaan
Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang
ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu
dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja
berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal.
Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga
ke garisan penamat.
Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta
lain semasa dalam perlumbaan

v.

Akhir perlumbaan
Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras
dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama manamana peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan
menggunakan tangan atau kaki atau kepala untuk menyentuh tali atau
pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita
tersebut.
Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada
waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto.
Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh
pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh
peserta tersebut.

c)

Gaya Permulaan
i.

Terdapat dua jenis cara permulaan bagi larian iaitu gaya dekam dan
gaya berdiri.

ii.

Gaya Dekam terbahagi pula kepada tiga jenis.

Gaya Peluru

Gaya Sederhana

Gaya Panjang

d) Berlepas dari blok permulaan


i.

Suatu tindakan ledakan

ii.

Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat dan pantas.

iii.

Tangan

dihayun

untuk

membantu

perlepasan

keseluruhan

badannya dari blok tadi.


iv.

Pelari dapat melepaskan diri dengan pantas dan sempurna apabila


dia :
Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan

badan

dengan serta merta.


Jarak langkahan yang pertama dilakukan secara sederhana,
tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

e) Butiran mengajar dan ansur maju


i.

Latihan yang melibatkan komponen penting dalam lari pecut,


antaranya permainan kecil, latihan dan ansur maju

ii.

Permainan kecil ; tujuan utama permainan ini ialah untuk memberi


peluang kepada para pelajar mempraktiskan teknik berlari yang
telah mereka pelajari. Secara tidak langsung guru dapat menilai
pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan
mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah
beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut:
Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat
Lari ulang-alik/Lari kutip mata
Nombor sama berlari (bulatan)
Pukul berapa Datuk Harimau?
Belalang, belatuk

iii.

Latihan ansur maju lari pecut


Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan

gerakkan

tangan dengan pantas.


Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang.
Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit manamana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan
30 meter.

Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut


sejauh 30-50 meter.
Lari kutip mata (lari ulang-alik).
Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada
pergerakan tangan,kedudukan kepala dan sebagainya.
Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan
sedikit ke dalam,iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan
kanan melintasi badan.

Lari Berpagar
a) Lari berpagar ; 100, 110, 400 meter.
b) Berikut adalah gerakan bagi lari berpagar

c) Permulaan
i.

Pelari hendaklah menggunakan teknik pecut biasa untuk tiga langkah


pertama larian.

ii. Sebelum larian berrnula pelari mestilah memerhati pagar pada langkah
keempat dan kelima.
iii. Pelari hendaklah berlari dan melompat pada lorong yang di beri sehingga
tamat.
iv.

Elakkan daripada melanggar atau menjatuhkan pagar kerana akan


melambatkan tempo atau rentak larian.

v. Pelari hendaklah mengatur dan menentukan bilangan langkah yang sesuai


untuk setiap pagar yang akan dilepasi.
d) Semasa larian
i. Dari permulaan ke pagar pertama
Pelari hendaklah menentukan langkah yang akan diambil.
Pelari hendaklah berlari pantas bagi mendapat keyakinan.
Pelari hendaklah mengelakkan daripada melonjak terlalu hampir
dengan pagar.
Pelari tidak dibenarkan memperlahankan larian apabila menghampiri
pagar dan teragak-agak membuat lompatan.
ii. Ketika kaki melepasi pagar
Kaki pelari yang melangkah terdahulu hendaklah lurus ke hadapan.
Pelari hendaklah membongkok badan ke hadapan.
Pelari hendaklah menghulurkan tangan yang bertentangan kaki yang
melangkah ke hadapan dan selari dengan kaki berkenaan.
Pelari hendaklah mengarah keluar tapak kaki belakang.

Pelari hendaklah menarik kaki belakang dengan pantas ke bawah


sebaik sahaja kaki hadapan mencecah atau mendarat ke tanah.
Pelari hendaklah meneruskan larian selepas mendarat.
Berlari di antara pagar.
Pelari hendaklah mengekalkan jumlah langkah di antara pagar.
Pelari hendaklah berlari lurus dengan pandangan mata ditumpukan ke
hadapan iaitu pada pagar seterusnya.
Pelari hendaklah meningkatkan kelajuan setelah rentak lari diperoleh
dan membuat lompatan yang seterusnya.
e) Menamatkan Larian
Pelari hendaklah memecut sepantas yang boleh menuju ke garisan
penamat.
Pelari hendaklah mendepankan dada pada bahagian torso untuk mencapai
pita atau tali penamat.

Lari Berganti-ganti
a) Acaranya adalah 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter.
b) Teknik Menukar Baton
i.

Gaya selang-seli tanpa pandang

ii.

Gaya selang-seli cara pandang

iii.

Cara memberi baton


Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.
Beri isyarat kepada penerima.
Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.
Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian
hujung baton ke dalam tangan.

iv.

Cara menerima baton


Selalu berada dalam keadaan sedia.
Menoleh untuk memandang pelari yang membawa
baton.

Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik


sahaja pelari membawa baton sampai di tandaan itu.
Jangan menoleh ke belakang si berlari (gaya tanpa
pandang).
Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar
isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton.
Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya\
Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di dalam
lingkungan zon pertukaran baton sejauh 20 meter.

Pergerakan ke bawah

Pergerakan ke atas

c) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.


i.

Latihan statik berpasangan


Latihan ini melibatkan dua peserta.
Peserta A berdiri lebih kurang satu meter di belakang
Peserta B.
Peserta A memberi isyarat kepada Peserta B dan
Peserta B menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
Peserta B kemudiannya menarik tangannya ke
hadapan sebaik sahaja Peserta A menepuknya dengan
tangan kiri. Lakukan latihan ini secara berulang-ulang.

ii.

Ulang latihan statik di atas dengan menggunakan baton.

iii.

Latihan bergerak- berpasangan


Latihan ini juga memerlukan dua peserta dan ia
dilakukan sambil berlari anak (joging).
Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah
memberi baton kepadanya.

Peserta B pula menghantar baton kepada Peserta A.


Teruskan latihan yang serupa buat beberapa kali.

Latihan Statik Berpasangan


iv.

Latihan bergerak- berpasangan


Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak
lebih kurang 30 meter.
Peserta A berlari dan apabila dia sampai di tandaan,
Peserta B pula mula berlari.
Peserta A terus mengejar Peserta B untuk memberi
baton kepadanya.
Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
X
B

Tandaan

Pelan Kedudukan Pelari A dan B.


d) Panduan Pelari Berganti-ganti
i.

Pelari pertama
Dapat memulakan larian dengan balk.
Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin
seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.

ii.

Pelari kedua

Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.


Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan
kirinya.
iii.

Pelari ketiga
Pantas berlari dibahagian selekoh
Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan
kanannya.

iv.

Pelari keempat
Tidak semestinya pelari yang terpantas di dalam
pasukannya.
Pantas berlari di bahagian lurus.
Merupakan pelari yang penuh keazaman dan dan
tenang. Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini mungkin
terpaksa

mengejar

atau

daripada pasukan lawan.

dikejar

oleh

pelari-pelari

Acara Padang
Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang
adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama
"olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding".
Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain daripada
acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat. Melontar dan
melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap manusia yang sihat
tubuh badannya.
Lontar Peluru
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari
segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi
salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh
sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas.
Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin
kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang
diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalamacara ini, turut ditingkatkan
termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan,
serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbandingkan
dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan
pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang
berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat
utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar
peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang
baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus
untuk acara ini.
Acara ini menggunakan kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa
dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapakyang agak stabil dalam
gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor

yang penting dan seseorang atlit itu hendaklahmempunyai kualiti ini disamping ciri-ciri
tubuh yang dijelaskan diatas.
a) Fasa Pergerakan Melontar Peluru
i.

Pegangan peluru

ii.

Lakuan sedia

iii.

Lungsuran

iv.

Kilasan badan

v.

Lontaran

vi.

Pulihan

b) Pegangan Peluru
i.

Teknik memegang peluru dengan tiga jari

ii.

Teknik memegang peluru dengan lima jari

Pegangan 3 jari

Pegangan 5 Jari

c) Teknik melontar peluru


i.

Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

ii.

Gaya melunsur selangkah

iii.

Gaya Parry O'Brien

d) Fasa ketika melontar peluru (Gaya berdiri dan melontar)


i.

Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan
bahu kirinya menghala ke arah lontaran

ii.

Kilasan badan
Kilasan badan dimulakan dengan bahu tangan bebas
digerakkan ke hadapan.

iii.

Lontaran
Tolak peluru dengan kaki belakang diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi
terangkat.

iv.

Pemulihan
Fasa pemulihan tidak ditegaskan kerana tiada lungsuran
dan pergerakan badan.

e) Fasa ketika melontar peluru (Gaya melungsur selangkah)


i.

Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan
membelakangkan kawasan lontaran

ii.

Lungsuran
Pelontaran menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan
pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah
bulatan

iii.

Kilasan badan
Apabila kaki kanan bertapak semula dan proses
lungsuran tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan
ke atas serentak dengan kilasan badan

iv.

Lontaran
Setelah kilasan tamat, kaki yang rnelungsur menolak
dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik
serta diikuti dengan menolak peluru.

v.

Pemulihan
Membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada
masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang
secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

f)

Fasa ketika melontar peluru (Gaya Parry O' Brien)


i.

Lakuan sedia
Pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran dan
kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari
dengan tanah.

ii.

Lungsuran
Apabila badan dicondong ke hadapan dan berat badan
dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur
dilakukan.

iii.

Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki
bebas telah bertapak di belakang papan penahan,
badan mula mengilas ke atas dan kehadapan.

Lompat Jauh
Peraturan Asas

iv.

Lontaran (seperti gaya dirian dan melunsur selangkah)

v.

Pemulihan (seperti gaya dirian dan melunsur selangkah)

Permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan
memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak
minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu
memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi
papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan
ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan
direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan
mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yangt
erpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling
jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.
a) Fasa lompat jauh
i.

Fasa Penujuan

ii.

Fasa Lonjakan

iii.

Fasa Layangan

iv.

Fasa Pendaratan.

b) Fasa penujuan
i.

Perlukan peserta berlari dengan kepantasan yang optimum dan


terkawal.

ii.

Penting bagi peserta ; tahu bilangan langkah larian yang perlu


untuk mencapai kepantasan yang optimum.

iii.

Gaya berlari adalah sama dengan lari pecut.apabila hampir


dengan papan lonjak, peserta mesti bersedia untuk melonjak.

c) Fasa lonjakan
i.

Tujuan fasa ini adalah untuk mencapai lompatan yang tinggi.

ii.

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak


papan lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh
kawasan yang terletak di hadapan papan.

d) Fasa layangan
i.

Tindakan yang dilakukan selepas lonjakan.

ii.

Gaya tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara


dan badannya tegak.

iii.

Gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kaki nya ke


hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan
pelompat dihulurkan sehingga hujung kaki

iv.

Gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya


ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua kakinya diangkat
ke belakang.

v.

Gaya selangkah, pelompat menghayunkan bahagian kakinya


yang bebas ke hadapan selepas melakukan lonjakan.

Gaya
Gaya tendang

Layar

Gaya Gantung

Kayuh

e) Fasa pendaratan
i.

Semasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti memberi perhatian


kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

ii.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat


(tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan
tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.

iii.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan


terus menuju ke hadapan.

f) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.


i.

Beberapa aktiviti melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan
yang lebih selesa digunakan untuk melonjak.
Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan
boleh dianggap sebagai suatu aktiviti yang dapat memenuhi
kehendak ini.

Lompat ketingting melepasi halangan

Berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat. Ini dibuat


secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Tujuan
latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian para pelajar kepada
langkah larian yang sama.

Belari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat
tinggi dan tangan dihayun ke atas. Pelari tidak semestinya memijak
papan lonjak. Lakukan latihan ini berulang-ulang. Latihan ini dapat
membantu para pelajar merasai keadaan sebenar semasa melonjak
ke atas. Mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang
boleh semasa melakukan latihan ini.

Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak.


Semasa berada di udara, kaki bebas dibuka luas ke hadapan.
Mendarat secara mengangkang dengan (kaki bsbas (kaki di sebelah
hadapan) mencecah tanah dahulu. Latihan ini bertujuan untuk
memastikan

pelompat

dapat

melonjak

dengan

tinggi

dan

menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di


fasa layangan.

Berlari pantas, melonjak dan rnendarat. Gunakan dan sesuaikan


tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merunakan
latihan melompat jauh secara keseluruhannya.

i.

Lompat jauh keseluruhan

ii.

Aktiviti untuk lompat jauh


Berlari sejauh 20 hingga 30 meter.
Lompat jauh dirian.
Melompat melepasi halangan.
Lompat ketinting
Melompat sungai.

Gambar Rajah Acara Balapan dan Padang

Anda mungkin juga menyukai