Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan,


satu seni, dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan
rekreasi manusia.
seharian

tertentu.

Kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan


Matematik

selalunya

didefinisikan

sebagai

pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau


dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik
juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak
menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai
lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa
kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami
hubungan fizikal dan konsep.
Masalah yang hadapi oleh kanak-kanak dalam matematik ialah mereka
menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang
mereka terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan
konsep masa, ruang, isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep
matematik mereka salah dan mereka tidak dapat menguasai matematik
dengan baik.

LATAR BELAKANG MURID

Bagi tugasan ini, saya telah memilih dua orang murid pendidikan khas
dan subjek pertama ialah seorang murid bernama Muhammad Isnin bin
Kasmurih. Murid ini dilahirkan pada 20.01.2002 di Hospital Beaufort Sabah.
Tempat tinggal terkininya beralamat di Lumat,89808 Beaufort Sabah. Murid
ini berada dalam kategori kanak kanak ADHD, bermasalah pembelajaran
dan kecerdasan atau IQ berada di tahap rendah.
Masalah pembelajaran khusus kanak kanak ADHD didefinisikan
sebagai mempunyai gangguan tingkah laku dan tidak dapat menumpukan
perhatian. Seperti kelaziman bagi kanak kanak yang menghadapi masalah
ADHD, Isnin juga kurang kebolehan dalam menguasai kemahiran 3M
(membaca, mengira dan menulis) dan dia tak dapat mengikuti pembelajaran
dalam kelas biasa.

Menurut guru kelasnya, Isnin masih mampu untuk belajar dan


menerima ajaran dari guru, Cuma dia perlukan sedikit bimbingan dan
pantauan

untuk

memudahkannya

memperoleh

pengajaran

yang

disampaikan kepadanya.
Dari dapatan pemerhatian yang telah saya buat, saya dapati dari sudut
fizikal, murid ini kelihatan normal sihat dan cukup sifat. Tidak ada beza
sedikit pun dengan murid murid lnormal lain di sekolah tersebut. Kadang
kadang, murid ini sering dianggap murid biasa di sekolah itu dan tidak
mempunyai sebarang masalah. Di luar sekolah juga murid ini dilihat
masyarakat seperti juga kanak kanak biasa yang lain. Hal ini kerana
perkembangan tizikal dan motor halusnya sama dengan kanak kanak
normal.
Dari pemerhatian dan penyelidikan yang telah saya lakukan, tidak
mempunyai maslah bahasa tetapi kanak-kanak ini mempunyai masalah
matematik.
Sampel kedua yang saya telah pilih ialah adik Jovi Giovanni Arthur. Jovi
dilahirkan di Hospital Beaufort pada 30.12.2013 dan tinggal di Kg Jimpangah
Beaufort Sabah. Jovi berada dalam kategori kanak kanak ADHD,
bermasalah pembelajaran dan kecerdasan atau IQ berada di tahap rendah.
Jovi masih mampu untuk belajar tetapi kadangkala dia perlu bantuan
daripada

guru

untuk

memudahkanya

menyelesaikan

masalah

dan

memahami isi pelajaran. Saya turut mendapati bahawa struktur fizikal murid
ini adlah sama seperti dengan kanak-kanak normal. Di dalam kelas serta di
luar kelas, murid ini tidak mempunyai masalah dalam pergaulan dan
mempunyai ramai rakan. Akan tetapi, berdasarkan pemerhatian saya
dengan lebih mendalam terhadap sampel kerja murid serta di dalam kelas,
murid ini mempunyai masalah dalam penyelesaian masalah matematik.

MASALAH YANG DIHADAPI DAN PUNCA


Bagi sampel pertama iaitu Isnin, dia sudah mengenali nombor 1 10
dan juga sudah diperkenalkan dengan simbol (-) dan (=).Isnin berupaya
menambah walaupun mengambil masa yang lama. Masalah utama yang
dihadapi oleh Isnin ialah dia tidak berupaya menolak secara spontan. Tahap
kebolehan Isnin hanyalah menulis ayat Matematik bagi operasi tolak melalui
proses pengasingan dalam lingkungan 10 sahaja. Isnin memerlukan bahan
maujud untuk dijadikan sebagai bahan kira-kira atau pun gambar sekurangkurangnya. Kadang kala, Isnin akan terlupa cara untuk menolak dan perlu
diajar sekali lagi. Ini adalah disebabkan oleh masalah ingatan dimana murid
ini mempunyai maslah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat.
Kognitif merupakan aktiviti otak yang melibatkan pemprosesan
maklumat yakni melibatkan aktiviti mental yang berkaitan dengan
menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkan semula untuk
digunakan. Piaget (1952) menyatakan bahawa tahap perkembangan kognitif
manusia mengalami empat peringkat iaitu peringkat deria motor(0-2 tahun),
peringkat pra-operasi(2-7 tahun), peringkat operasi konkrit(7-11 tahun) dan
peringkat operasi formal (12 tahun ke atas). Jelas di sini murid pendidikan
khas ini mempunyai masalah untuk mengingat, ketidakupayaan otak
memproses data kepada ingatan jangka panjang menyebabkan murid gagal
untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menjawab soalan.
Selain daripada itu guru perlu mengetahui dua jenis memori iaitu memori
semantik dan juga memori episodik di mana memori semantik merupakan
memori yang menyimpan pengertian maklumat dan memori episodik
merupakan memori yang menyimpan maklumat peristiwa.
4

Dalam memori semantik murid khas gagal untuk mentransformasikan


maklumat yang diterima kepada kod makna dan gagal menyimpan kod
tersebut. Memori episodik pula membawa kepada kegagalan murid khas
menerima dan menyimpan peristiwa-peristiwa yang terjadi ataupun dialami
murid

pada waktu dan tempat tertentu yang berfungsi sebagai referensi

autobiografi
Isnin turut mempunyai masalah

emosi kerana semasa permehatian

saya di dalam kelas, Isnin sering kali mengelak untuk menjawab soalan yang
disoal oleh guru kerana Isnin amat takut untuk menjawab dengan jawapan
yang salah. Ini membuktikan bahawa murid ini mempunyai maslah dalam
konsep kendiri dan harga diri kendiri yang rendah. Guru kelas beliau turut
menyatakan bahawa Isnin mempunyai masalah mathopopia yakni takut
kepada matematik. Murid yang berasa sangat takut dengan matematik akan
menyebabkan mereka ketinggalan dalam kelas dalam mata pelajaran
matematik.
Manakala

sampel

kedua

itiu

Jovi

mempunyai

masalah

dalam

mengenalpasti masa. Berdasarkan sampel kerja serta pemerhatian di dalam


kelas, Jovi tidak mampu untuk menyatakan masa dengan baik. Guru kelas
beliau turut memberitahu bahawa Jovi hanya boleh menyatakan masa
apabila beliau melihat rajah jam dan akan mengalami masalah jika guru
hanya memberi arahan untuk menyatakan masa jika tidak terdapat jam di
sisinya.

Jovi

juga

kadangkala

akan

mengalami

kekeliruan

dalam

membezakan fungsi jarum panjang dan jarum pendek serta system 24 jam.
Walaupun guru sering memberi latihan kepada Jovi untuk memperkuatkan
lagi kebolehan Jovi dalam menyatakan, Jovi akan terlupa tentang apa yang
dipelajarinya. Jovi juga tidak mampu untuk menulis ayat untuk mentakan
masa di dalam lembaran kerjanya.

Punca Jovi mempunyai masalah dalam menyatakan masa ialah Jovi


mempunyai kognitif yakni tidak mampu mengingati,memproses maklumat
yang telah diterima untuk digunakan di masa akan datang.
Jovi turut mempunyai masalah hiperaktif yang amat tinggi. Semasa
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, Jovi sering kali tidak memberi
tumpuan terhadap pelajaran yang diajar oelh guru dan sering lari keluar dari
kelas. Oleh itu, Jovi semakin ketinggalan dalam pelajaran.

STRATEGI DAN TEKNIK PENYELESAIAN


Terdapat beberapa strategi serta kaedah yang boleh digunakan dalam
menangani masalah yang dihadapi oleh

murid pendidikan khas. Strategi

merupakan pendekatan yang umum untuk mengatasi masalah ini. sama ada
dari segi strategi pemusatan guru, murid ataupun bahan. Strategi juga
mempunyai pecahan kaedah untuk digunakan bagi menangani masalah
mengingati simbol di antaranya ialah kaedah eksposisi, koperatif, automatik
dalam fakta-fakta matematik serta pendekatan kiosk. Namun begitu, kaedah
apa sekali pun digunakan guru harus ingat bahawa, matematik mempunyai
bahasanya yang tersendiri. Oleh itu penekanan yang digunakan haruslah
tepat dan jelas agar tidak timbul sebarang masalah pemahaman bahasa dan
kecelaruan konsep.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kedua orang sampel
iaitu Isnin dan Jovi, guru boleh menggunakan beberapa jenis strategi serta
teknik untuk membantu mereka memahami konsep matematik. Penggunaan
strategi ini amatlah penting kerana ianya merupakan garis panduan bagi
guru untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran serta
ianya juga bertujuan untuk membantu murid itu sendiri.
Amalan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu menggunakan
pendekatan belajar secara berkumpulan memberi peluang murid-murid
berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman
sendiri. Teknik ini boleh diaplikasikan untuk membantu Isnin dan Jovi kerana
para pelajar-pelajar akan melakukan aktiviti secara aktif semasa proses
pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan
dialami sendiri oleh mereka. Mereka boleh bertukar pendapat dan bersamasama untuk menyelesaikan masalah. Ini akan membantu Isnin dan Jovi
kerana dalam pembelajaran berkumpulan, kemahiran komunikasi mereka
akan turut diasah. Nilai murni turut dapat dipupuk dan ini akan membuatkan
Isnin dan Jovi tidak takut kepada matematik Pendidikan Negara.
7

Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran


dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran
matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama
kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama
kebolehan

membolehkan

guru

membimbing

pelajar-pelajar

mengikut

kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan


mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan
memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya,
memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah
dan kemahiran social.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah generalisasi bagi
membantu kedua murid ini. Konsep generalisasi merupakan satu kaedah
yang signifikan dalam kemahiran penaakulan matematik. Untuk membuat
generalisasi adalah dengan melaksanakan pemerhatian tentang sesuatu
yang berkemungkinan benar. Terdapat beberapa komponen dalam proses
melaksanakan generalisasi iaituconjecture (semakan) yakni menggunakan
perkataan yang lazim dalam konteks penyelesaian masalah matematik.
Ianya merupakan proses semakan matematik. Contohnya, murid mungkin
membuat semakan bahawa 91 adalah nombor perdana. Pada peringkat ini,
murid belum tentu tahu bahawa 91 adalah nombor perdana. Setelah dibuat
penerokaan membahagi 91 dengan 2, 3, 5 dan 7, murid mendapati 91 hanya
boleh dibahagi dengan 7 iaitu 13 kali dan ini bermakna 91 bukan nombor
perdana. Komponen kedua ialah counter-example yang membawa maksud
merupakan kes spesifik yang memamerkan bahawa generalisasi adalah tidak
sah. Contohnya dalam setahun ada empat bulan yang ada lima kali hari
Ahad. Komponen ketiga yang perlu diambil kira ialah kes spesifik Ia adalah
bertujuan untuk memandu kita menghalusi atau meneliti generalisasi yang
hendak diaplikasi dan jika ianya tidak sesuai boleh disisihkan. Komponen
ketiga ialah hipotesis. Hipotesis selalu selalu digunakan untuk merujuk
kepada generalisasi yang masih memerlukan semakan (conjecture) sama
8

ada benar atau salah. Kaedah penaakulan induktif boleh digunakan bagi
mencari bukti tentang sesuatu kes. Contohnya murid ingin tahu apa
jawapannya jika dia menambah nombor ganjil dengan nombor ganjil
jawapannya nombor ganjil. Komponen ketiga ialah bukti. Bukti merupakan
kaedah matematik bagi penaakulan. kaedah penaakulan deduktif boleh
digunakan untuk mendapatkan bagi sesuatu kes dalam matematik.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan teknik penyelesaian masalah
yang juga merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan
kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi
keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah
perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan
pelbagai masalah secara berkesan.
Kepelbagaian

penggunaan

strategi

umum

dalam

penyelesaian

masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan


lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan, aktiviti
pembelajaran

untuk

membina

kemahiran

penyelesaian

masalah

ini,

perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini,


murid dapat menggunakan matematik apabila berdepan dengan situasi yang
baru dan dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai
situasi harian yang lebih mencabar.
Teknik pembelajaran masteri turut boleh digunakan oleh guru. Ianya
merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dingini dalam
suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi
dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut
hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
9

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid


yang berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah
mempelajari unit pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras
masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti
pengayaan.
Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu
mengetahui prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh
mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan
kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan
masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang
telah ditentukan. Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.
Guru tutur boleh menggunakan strategi penerokaan. Dalam
penerokaan, guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan
disposition penyelesaian masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah
yang boleh melibatkan murid. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang
menggalakkan murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi kejayaan
dan kegagalan dan perbincangan. Dalam persekitaran itu, murid membentuk
keyakinan bahawa mereka perlu bagi meneroka masalah dan keupayaan
untuk membuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah. Murid
yang kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan
dan meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif
melalui kaedah penerokoaan ini. terdapat empat langkah pelaksanaan dalam
kaedah penerokaan iaitu penerokaan, perancangan, penyelesaian,
pemeriksaan
Melalui pendekatan strategi ini, guru memberi murid masalah
matematik berdasarkan konteks persekitaran dan membenarkan murid
membina strategi mereka sendiri bagi menyelesaikanmasalah menggunakan
sumber yang sedia ada. Mereka boleh menggunakan gambar, perwakilan
simbolik atau secara fizikal. Di samping itu mereka digalakkan meneroka
10

pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek,


murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi dengan rakan sekelas. Proses
untuk mendapatkan jawapan adalah lebih penting berbanding jawapan itu
sendiri.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan strategi penyelesaian
masalah Model polya. Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh
dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu, memahami dan mentafsir
masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi
penyelesaian dan menyemak semula penyelesaian.
Model polya memberi murid kemudahan untuk menyelesaikan masalah
matematik lagi dengan lebih baik kerana berdasarkan model ini, sesuatu
masalah matematik itu akan dikaji dan jawapan yang diperolehi akan
disemak.

RPH
11

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PELAJARAN


NAMA GURU

: EN MOHD FAUZAN FARID BIN JASNEH

SEKOLAH

: SK PEKAN BEAUFORT

KELAS/ DARJAH :3 SETIA


BIL. MURID:

UMUR PURATA : 10 TAHUN


TARIKH: 20 OGOS 2013
MATA PELAJARAN:MATEMATIK
MASA: 1 JAM (60 MINIT)

KUMPULAN
Nama Murid
Tajuk
Standard
Kandungan

Kumpulan 1
Muhammad Isnin bin Kasmurih
Operasi Tolak Dalam Lingkungan 10
Mengenal Konsep Tolak
i.
Menyatakan kuantiti nombor
objek dalam kumpulan
ii.
Membahagikan satu kumpulan
besar objek konkrit dan kad nombor.
iii.
Membahagikan satu kumpulan
besar kepada dua kumpulan kecil
menggunakan objek konkrit dan kad
nombor.
iv.
Menulis ayat Matematik operasi
tolak berdasarkan gambar.
v.
Menulis ayat Matematik operasi
tolak dengan mengenalkan simbol
tolak dan sama dengan.

Objektif
Pembelajaran
Pada akhir
pelajaran murid
dapat:

. Membina sekurang-kurangnya
empat daripada lima ayat Matematik
operasi tolak dengan betul.
ii. Menyelesaikan empat daripada
lima ayat Matematik operasi tolak
12

Kumpulan 2
Jovi Giovanni Ar
Mengenal waktu dalam un
i. Mengenal nombor p
ii.
Mengenal jarum pan
jarum pendek
iii.
Membezakan waktu
iv.
Menyatakan masa

i.

ii.

Menyebut masa (jam


sistem 12 jam sekur
3 daripada 5 waktu d
Menunjukkan waktu
sistem 12 jam sekur

berdasarkan gambar dengan betul.

Pengalaman
Sedia Ada
Bahan- Bantu
Mengajar (BBB)

Kenal nombor 1 10
Kenal simbol (-)
1. Mesin mengira
2. Kad nombor
3. Lembaran kerja
4. Video

EMK

Bahasa
TMK

Nilai Murni

1) Baik hati
2) Hormat menghormati

Unsur Terapi

1)
2)
3)
4)
5)
1)
2)

KB

Terapi pertuturan
Terapi seni
Terapi pergerakan
Terapi pengurusan diri
Terapi tingkah laku
Menyelesaikan masalah
Menyusun atur

Kumpulan
Set Induksi
(10 minit)

daripada 5 waktu
iii.
Murid dapat menyus
yang sesuai dilakuka
masa.
Murid telah biasa melihat
dirumah
1.
Jam
2.
Kad nombor
3.
Alatan Mewarna
4.
Lembaran Kerja
5.
Muzik lagu.
6.
Model jam.
Bahasa
TMK

3) Baik hati
4) Hormat menghorma
1)
2)

Terapi pertuturan
Terapi seni

1. Menyelesaikan masa
2. Menyusun atur

Kumpulan 1
1.

Pengenalan Tajuk

Kumpulan 2
1.

Pengenalan Tajuk

Murid diminta menyanyi lagu

Murid diminta menyanyi lag

Mengira

1.

1.

nyanyian guru

Guru menyanyi dan murid

mengikut nyanyian guru


13

2.

Guru menyanyi dan m

Murid-murid menyany

2.

Murid-murid menyanyi bersama

meniru gaya guru.

dan meniru gaya guru.

3.

3.

pembelajaran hari ini iaitu n

Guru mengaitkan lagu dengan

Guru mengaitkan lagu

pembelajaran hari ini iaitu nombor 1-10 dan menolak


dan menolak

1.

Pengenalan Tajuk

Murid diminta menyanyi lag


Bangun Pagi
1.

Guru menyanyi dan m

nyanyian guru
2.

Murid-murid menyany

meniru gaya guru.


3.

Guru mengaitkan lagu

pembelajaran hari ini iaitu w

pagi dan amalan-amalan ya


dilakukan setiap hari.
4.

Guru cuba menutup l

kelas jadi gelap petanda ma

menghidupkan kembali suiz

(suasan kelas cerah petand


Kumpulan

Kumpulan 1

Langkah 1

INTERAKSI P& P

(15 Minit)

Kumpulan 2

INTERAKSI P&

1) Guru menampalkan kad gambar

1) Guru menunjukkan ja

kereta di papan putih


2) Murid diberi arahan untuk

hadapan kelas
2) Murid melihat dan me

menanggalkan 5 keping kad


gambar tersebut.
3) Murid diminta untuk mengira
jumlah kad yang masih terlekat
di papan putih.
4) Guru menjelaskan tentang
14

model jam yang ditun

guru.
3) Guru menunjukkan ko

kepada murid.
4) Guru menunjukkan no

yang terdapat pada m

operasi tolak melalui aktiviti yang


telah dijalankan dalam bentuk
ayat matematik
5) Guru menulis soalan di papan
tulis dan meminta murid untuk
menyelsaikanya..

murid menyebut.
5) Murid memberi respo
penerangan guru.
6) Guru meminta murid

mengebut nombor se

berkumpulan pada ja

nombor 1 hingga nom

seterusnya secara ind

kemudian dari nombo

(menurun)
7) Murid mengikut araha

teliti.
8) Guru memberitahu m

jarum jam, jarum min

saat.(loceng jam berb

meransang murid unt

semasa P&P
9) Guru menerangkan w

tengahari, petang, m
10)
Guru menerang

yang sesuai dilakukan


waktu
Kumpulan
Langkah 2

Kumpulan 1

(15 Minit)

LEMBARAN KERJA
1) Guru mengedarkan lembaran
kerja yang mengandungi operasi

Kumpulan 2

LEMBARAN KE

1) Guru mengedarkan le

yang mengandungi g

tolak
2) Murid menerima lembaran kerja

yang tidak lengkap.


2) Murid menerima lemb

yang diberikan oleh guru


3) Guru meminta murid untuk

yang diberikan oleh g


3) Guru meminta murid

menulis waktu jam berdasarkan


pada model jam yang disediakan.
4) Murid melaksanakan arahan
15

waktu jam berdasarka

jam yang disediakan.


4) Murid melaksanakan

yang diberikan.
5) Guru membimbing murid yang
lemah dalam menyiapkan
lembaran kerja.
6) Murid memberi respon positif
kepada guru.

Kumpulan
Langkah 3

Kumpulan 1

(15 Minit)

AKTIVITI PENGUKUHAN
1) Murid diberi soalan berkaitan
operasi tolak dan guru
menggunakan mesin pengira
untuk murid menjawab soalan.
2) Guru meletakkan 5 batang lidi di
cawan A dan meletakkan 3
batang lidi di cawan B.
3) Murid hendaklah menghitung
jumlah lidi yang terdapat di
kedua cawan.
4) Guru menukar bilangan lidi yang

diberikan.
5) Guru membimbing m

lemah dalam menyiap

kerja.
6) Murid memberi respo
kepada guru.

Kumpulan 2

AKTIVITI PENGUK

1) Guru menunjukkan ja

mempunyai jarum pa

pendek
2) Guru memberi ayat m

tentang masa.
3) Murid diminta untuk m

jarum panjang dan pe

kedudukan yang sesu

ayat matematik terse


4) Guru membimbing m

terdapat di kedua-dua cawan.


5) Guru membimbing murid
Penutup
(5 Minit)

1) Guru meneliti hasil kerja murid


dan memberi markah secara
verbal dan bertulis.Pujian diberi.
2) Guru membuat ringkasan

1) Guru meneliti hasil ke

memberi markah sec

bertulis.Pujian diberi.
2) Guru membuat ringka

tentang pengajaran pada hari ini

pengajaran pada hari

dengan menyoal kembali murid

meminta murid meny

tentang operasi tolak


3) Murid diberikan ganjaran pujian
16

waktu pada model jam


3) Murid diberikan ganja

atas pencapaian dan penglibatan

pencapaian dan peng

mereka dalam pengajaran dan

dalam pengajaran da

pembelajaran.

pembelajaran.

Refleksi:

17

RUJUKAN
Jamila K.A Mohamed, (2008). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak
Istimewa. Kuala Lumpur :

Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Mohd. Sharani Ahmad, (2010). Mengurus Kanak-kanak Yang Susah


Belajar. Kuala Lumpur : BS Print (M) Sdn. Bhd.
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2011). Pengantar Pendidikan
Khas. Pulau Pinang :

Universiti Sains Malaysia.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2011). Kaedah dan Strategi
Pengajaran Kanak-kanak

Berkeperluan Khas. Pulau Pinang : Universiti

Sains Malaysia.
Zharulnizam Shah Z. A, (2010). Kepimpinan dan Pengurusan
Pendidikan Khas. Selangor Darul

Ehsan : Yeohprinco Sdn. Bhd.

Zainal Abidin bin Nasir (27 Ogos 2013). Rancangan Pengajaran Harian.
Dilayari pada 22 Ogos 2013, di laman web http://zainal-nasironline.webnode.com//

18

LAMPIRAN

19

Anda mungkin juga menyukai