Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

MINGGU KETIGA

1. Masalah / Peristiwa:
Terdapat 2 kaedah pengajaran iaitu pengajaran berpusatkan guru dan
pengajaran berpusatkan murid. Pengajaran guru lebih tertumpu kepada guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (P&P). Selaras dengan
perkembangan

serta

cabaran

dunia

pendidikan

Negara

masa

kini,

transformasi pendidikan menuntut agar pengajaran berpusatkan murid lebih


diutamakan dalam suasana P&P di bilik darjah. Murid-murid diberikan ruang
serta peluang yang sama rata untuk berinteraksi, serta terlibat dengan aktiviti
P&P dalam bilik darjah. Saya membuat perancangan dalam Rancangan
Pengajaran

Harian

(RPH)

untuk

mengintegrasikan

pelbagai

aktiviti

berpusatkan murid (murid melibatkan diri serta berinteraksi) sewaktu proses


P&P

berlangsung.

pelaksanaan

telah

Namun
dilakukan

demikian,
terdapat

walaupun
sebilangan

perancangan

serta

murid-murid

tidak

melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti yang dilaksanakan.

2. Analisis:
Berdasarkan pemerhatian saya, sewaktu murid-murid lain sibuk
melaksanakan perbincangan serta aktiviti; terdapat sebilangan murid-murid
yang bersikap acuh tidak acuh serta tidak mengendahkan aktiviti yang
dijalankan. Murid-murid ini akan duduk termenung, berjalan dalam kelas serta

kerap meminta kebenaran untuk ke tandas. Adakah murid-murid ini tidak


berminat

dengan

matapelajaran

berkenaan,

atau

mungkin

mereka

menghadapi masalah tidak dapat menumpukan fokus yang baik sewaktu


proses P&P berlangsung.

3. Cadangan Tindakan Susulan:


a) Saya seharusnya bertanyakan kepada guru matapelajaran tersebut,
adakah murid-murid ini menghadapi masalah menumpukan perhatian
sewaktu proses P&P berlangsung.
b) Saya juga perlu mengambil pendekatan berfikir secara aktif dan kreatif
dalam merancang pengajaran harian saya, agar aktiviti (berpusatkan
murid) tidaklah terlalu sukar (selaras dengan tahap pengetahuan
mereka) dan tidak bersifat stereotaip (kreatif dalam aktiviti yang
dilaksanakan).
c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing, guru pembimbing serta berbincang dengan rakan guru
yang lain.

4. Tempoh Masa
Permasalahan ini, akan saya atasi secepat mungkin. Saya mahukan
agar semua murid terlibat dengan aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik
darjah. Saya tidak mahu melihat terdapat murid-murid yang keciciran dalam

matapelajaran berkenaan. Semua ini, saya akan lakukan demi meningkatkan


mutu pengajaran saya serta demi kejayaan murid-murid.

5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing,dan guru
pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya, di samping
mendapatkan pandangan daripada rakan guru lain.

6. Tindakan Susulan

Saya akan menggunakan kaedah pemikiran secara kreatif dan


bertindak secara aktif dalam mempelbagaikan aktiviti murid dalam bilik darjah.
Penilaian refleksi aktiviti serta maklum balas daripada guru serta murid akan
saya gunakan bagi memajukan diri saya dalam kemahiran pedagogi
mengajar kelak.

Anda mungkin juga menyukai