Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI YOGESWARI A/P MURUGAIYA (920809-01-5568) Terlebih dahulu syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapatlah

saya menyudahkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Syukurlah setelah berusaha siang dan malam,akhirnya selesai juga tugasan ini. Terima kasih juga kepada pensyarah iaitu Puan Liew Fee Lan yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Topik yang saya pilih ialah tajuk 7 iaitu Pembinaan Bahan Bantu Belajar. Sebelum masuk tajuk, kita bincang dulu maksud Bahan Bantu Belajar. Bahan Bantu Belajar adalah faktor yang terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran yang baik dan lebih menarik. Bahan bantu belajar (BBB) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981:2), bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang panduan dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) sesuatu BBB menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep. Selain itu, sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. BBB juga memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Tambahan pula, BBB dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. Ia juga boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. BBB juga boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Dari segi pengetahuan saya BBB adalah untuk murid-murid sekolah rendah. Bagi murid sekolah rendah yang masih kabur-kabur pengetahuannya, BBB adalah salah satu elemen yang penting untuk memahamkan mereka pengajaran yang diajar itu. Lebih-lebih lagi, mereka tidak mudah untuk memberi tumpuan yang lama terhadap pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, BBB yang dapat menarik perhatian mereka untuk lebih memahami dan memberi tumpuan. Selain itu, BBB juga dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar dan kekurangan masa. BBB juga dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mempertingkat keghairahan untuk belajar. Contoh yang saya lihat semasa pergi PBS ialah, menayangkan video lagu yang berkaitan dengan kemahiran yang akan diajar pada masa itu. Dalam masa yang sama, melalui penggunaan BBB murid juga dapat memahami dengan lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar sekaligus dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi pelajaran. Selain itu, BBB menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran yang lebih menarik dan pembelajaran yang diperoleh lebih bermakna.

Di samping itu, dari tajuk ini saya dapat mengetahui penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan Bantuan Belajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya BBB, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselamatkan dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBB juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam P&P. Selama ini sebelum mengkaji topik ini saya tak tahu bahawa BBB sangat penting dalam pengajaran serta sangat berguna untuk murid-murid.

Berdasarkan pengetahuan yang saya dapat dari menghadiri kuliah, terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk

membantu guru dalam proses pembelajaran. Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat, dan bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama, iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

Pertamanya ialah bahan maujud. Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis, dan perkakas sains.

Selepas itu, kita boleh melihat bahan bantu belajar dari segi pelbagai media. Contohnya bahan cetak. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing.

Jenis BBB yang seterusnya ialah teknologi maklumat dan komunikasi. Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan. Selain itu, sebelum membuat sesuatu bahan bantu belajar kita harus mengikuti beberapa aspek iaitu pertamanya sesuai. Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud bertepatan, di mana konsep sesuatu mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran c) Keadaan pelajar d) Suasana pembelajaran e) Minat pelajar

Selain itu, bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi tempatan. Bahanbahan yang sesuai dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang penting.

Selain itu, bahan bantu belajar yang dibuat harus menarik perhatian murid dari segi reka letak seperti peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun

berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memudahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep. Selepas itu, saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang akan dapat menambah atau mengukuhkan pembacaan pemahaman. Disamping itu, bahan bantu belajar juga mempunyai kualiti kulit yang baik dan cara buku dijilid. Bahan pengajaran juga harus mengandungi arahan yang jelas.

BBB yang kita buat juga harus jimat dan mudah untuk dibuat. Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang. Seterusnya, bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang yang berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi. Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.

Selain itu, Bahan Bantu Belajar yang dibuat mudah untuk dibawa. Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar. Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikatif atau fungsional, perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Ketigatiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu sendiri.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan atas topik Penggunaan Bahan Bantu Belajar saya telah mendapat banyak maklumat yang tidak diketahui selama ini. BBB adalah sebahagian daripada faktor yang membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai matlamatnya. Oleh itu, melalui kajian ini, sebagai seorang guru yang berdedikasi aspek tersebut tidak boleh dipandang ringan. Pengajaran guru yang menggunakan bahan bantu belajar berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi tentu sekali

mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar, aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Apa yang penting, seseorang guru yang bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang dahagakan ilmu daripada gurunya.

Selain bahan bantu belajar, seseorang guru juga hendaklah peka tentang penyediaan soalan-soalan latihan atau soalan-soalan peperiksaan. Mengikut Taksanomi Bloom terdapat enam aras kognitif yang berbeza. Justeru guru yang baik perlu menguasai kemahiran membina soalan, untuk disesuaikan dengan kemampuan dan latar belakang para pelajar, kandungan pelajaran serta tujuan sesuatu soalan tersebut dikemukakan.

Anda mungkin juga menyukai