Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Penutup

DOA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KURSUS PENGURUSAN PERNIAGAAN


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala
kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang
memiliki segala pemerintahan, kepada Engkaulah kami kembalikan segala urusan. Kami
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, ya Allah, kami memohon keampunan
dan taubat daripada-mu Ya Allah. Kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W
pesuruh-Mu Ya Allah.
Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara keduaduanya.
Kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu sehingga kami dapat
menyempurnakan Kursus Pengurusan Perniagaan pada hari ini dan tika ini. Kami juga
bersyukur kerana Engkau memberi ruang dan peluang untuk kami menimba
pengalaman dan pelajaran baru berkaitan pengurusan perniagaan agar diaplikasikan
dalam pentadbiran awam serta untuk kami kembangkan perniagaan kami yang bermula
dari 25 Januari 2010 hingga ke saat ini. Moga-moga pengalaman dan pengetahuan yang
cukup berharga ini memberi petunjuk dan pengajaran kepada kami dalam
menambahbaik mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang.
Ya Allah, Tuhan yang menyampaikan segala hajat dan permintaan.
Sesungguhnya kami amat bersyukur dan menghargai kesempurnaan nikmat yang telah
Engkau kurniakan kepada kami. Sesungguhnya kami sememangnya meyakini dengan
penuh keyakinan bahawa setiap impian dan ikhtiar kami tidak akan berjaya tanpa
bantuan-Mu, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan Kun FayakunMu, maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan
mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama kami yang tercinta.
Ya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat menyayangi hamba-Mu
yang melaksanakan sesuatu amanah dan tugas dengan tekun dan teliti sehingga
mencapai tahap kecemerlangan dunia dan akhirat, justeru kurniakanlah kami kecintaan,
keinginan dan kecenderungan melaksanakan amanah dan tugas dengan penuh iltizam
dan dedikasi demi mencapai keredhaan-Mu.
Ya 'Aziz Ya Fattah Ya Alim.
Kurniakanlah kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
mahmudah, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami
dengan kecantikan akhlak. Jadikanlah kami umat yang mendengar kebaikan lantas
bersegera melakukan kebaikan, Dan jadikanlah kami umat yang mendengar dan
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram.

Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-dosa kami,


Sesungguhnya kami lemah dalam bersendirian, maka kuatkanlah kami dengan Islam
dalam amal jamaie dan kolektif. Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka
kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ululazmi.
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati
kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana
Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat berbuat demikian, sesungguhnya hati kami
juga sentiasa berbolak-balik dan bercerai-berai, maka satukanlah hati-hati kami dan
berikanlah ruang dan masa untuk kami bantu-membantu dalam menegakkan amal
makruf dan nahi mungkar.
Ya Allah Ya Awal Ya Akhir.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. yang telah menyampaikan
amanah-Mu dengan begitu sempurna sehingga kami dapat menikmati keindahan Islam
dan Iman pada-Mu Ya Allah.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Anda mungkin juga menyukai