Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LAWATAN ILMIAH

KE
KBS PULAU PINANG

LAPORAN LAWATAN KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)


PULAU PINANG.

Tarikh: 18 September 2014


Masa

: 11.30 pagi 1.00 tgh

Pada 18 September 2014 yang lalu seramai 81 orang pelajar kohort 2 ambilan
Februari 2012 iaitu Program Pensiswazahan Guru Semester 6 mengambil kursus
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani telah mengadakan lawatan ilmiah
ke Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Semasa lawatan tersebut kami diiringi oleh
En. Zulkifli bin Ahmad dan En. Zulkifli bin MohdYusof. Kami tiba di KBS lebih kurang
pada jam 11.00 pagi selepas selesai kunjungan kami ke MSN yang bangunannya
terletak bersebelahan.
Kunjungan kami telah disambut oleh pegawai yang bertugas dan membawa
kami ke bilik mesyuarat untuk satu taklimat ringkas mengenai Kementerian Belia Dan
Sukan Pulau Pinang.
Latar Belakang Dan Sejarah KBS
Kementerian ini telah ditubuhkan pada 1 November 1996 bertempat di
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Jalan Farquhar, Pulau Pinang. Pada asalnya
Kementerian ini dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Belia Dan Sukan. Pada tahun
1970, KBS telah berpindah ke Bangunan United Asian Bank, Lembah Pantai, Pulau
Pinang. Menjelang Mei 1976, ianya telah berpindah ke tempat yang lebih sesuai iaitu
di Bangunan Wisma Central, Jalan Manchester, Pulau Pinang. Pada bulan Oktober
1980, atas arahan Kementerian, Jabatan ini sekali lagi berpindah ke ke Tingkat 3,
Bangunan Bank Negara, Jalan Light, Pulau Pinang sehingga tahun 1987.
Pada 20 Mei 1987, Bahagian Kebudayaan telah dipisahkan dan dipindahkan ke
Kementerian yang baru iaitu Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan. Berikutan
dengan perpindahan itu, fungsi dan peranannya juga turut berubah. Seramai lima
orang kakitangan di Bahagian Kebudayaan ini terdiri daripada Penolong Pengarah,
seorang Pegawai Penyelidikan, seorang juruteknik, seorang jurulatih dan dibantu

oleh seorang Setiausaha Kerja Majlis Kebudayaan Negeri turut dipindahkan dan
diserap di Bahagian Kebudayaan Dan Pelancongan.
Pada 1 Januari 1988, Kementerian Belia Dan Sukan Pulau Pinang telah
berpindah ke Tingkat 40, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang dan
pada 15 November 2010 KBS sekali lagi berpindah dan kali ini ke bangunan sendiri
yang beralamat di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor Pulau Pinang.
Terdapat lima Pejabat Belia Dan Sukan Daerah yang bernaung di bawah
Kementerian ini iaitu Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara,
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, Pejabat Belia Dan Sukan
Daerah Seberang Perai Selatan, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut dan
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya. Terdapat tiga kompleks yang
mempunyai kemudahan seperti gelanggang sukan, penginapan dan bilik ceramah
iaitu Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Kompleks Rakan Muda Jawi
dan Kompleks Sukan Komuniti Pinang Tunggal. Pada tahun 2014, Tuan Haji Fadzil
Bin Yahya telah dilantik sebagai Pengarah di Kementerian Belia Dan Sukan Negeri
Pulau Pinang.
Ojektif Dan Fungsi
-

Mewujudkan

generasi

muda

yang

beridentiti,

bermaruah

dan

bertanggungjawab.
-

Menggalakkan generasi muda berkecimpung dalam aktiviti kesukarelaan dan


pembangunan belia.

Menggalakkan

penyertaan

belia

di dalam bidang perniagaan

dan

keusahawanan.
-

Melatih para belia dalam bidang teknologi menceburi pasaran pekerjaan dan
perniagaan.

Menggalakkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh di dalam aktiviti


sukan, rekreasi dan kecergasan.

Mewujudkan masyarakat Malaysia sihat, cergas dan harmoni selaras dengan


konsep Malaysia Cergas.

Dalam sesi taklimat tersebut juga sebarang persoalan boleh diutarakan kepada
pegawai yang bertugas. Para peserta rombongan telah berpuas hati kerana
persoalan telah terjawab semasa sesi bersoal jawab. Kami juga berasa amat teharu
kerana Pengarah KBS iaitu Tuan Haji Fadzil Bin Yahya telah meluangkan masa
bersama-sama kami pada hari tersebut walaupun beliau amat sibuk dengan tugasan
yang perlu diselesaikan. Selesai sesi taklimat dan bersoal jawab para pelajar dan
pensyarah telah dihidangkan dengan jamuan tengah hari yang amat menyelerakan
di kantin KBS.
Di sini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia
Dan Sukan Negeri Pulau Pinang yang telah sudi menerima kedatangan kami dan
sekaligus merupakan lawatan ilmiah untuk menimba ilmu pengetahuan. Banyak
maklumat dan pengetahuan berguna dapat kami pelajari dengan sesi lawatan kami
ke sini dan sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam subjek Pengurusan dan
Pentadbiran (PJM 3112)
Sebelum bertolak ke destinasi lawatan yang seterusnya iaitu Nicol And David Center,
kami telah bertukar-tukar cenderamata sebagai kenangan dan tanda terima kasih
yang tidak terhingga serta tanda ingatan bahawa kami pernah menjejakkan kaki di
sini. Secara keseluruhannya, lawatan ilmiah ini telah memberi kami banyak inputinput berguna dan akan diaplikasikan untuk masa-masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai