Anda di halaman 1dari 22

EDU3053

Tutorial M5 A3
Tan Li Peng
Teo Mey Lian

Sejarah Perkembangan Fotograf


Istilah fotograf atau "Photography" diambil daripada perkataan
Greek. Perkataan photos ("light") bermaksud cahaya dan
graphein ("to draw") bermaksud melukis.Perkataan ini mula
diguna pertama kalinya oleh seorang saintis bernama Sir John
F.W. Herschel pada tahun 1839.

Ianya adalah kaedah merekod imej melalui tindakan cahaya,


atau radiasi yang tertentu pada sesuatu bahan yang sensitif
kepada cahaya atau radiasi tersebut.

Kamera Lubang Jarum


Alhazen (Ibn Al-Haytham), seorang yang berpengaruh dalam bidang optik di zaman pertengahan, mencipta kamera
lubang jarum yang pertama (juga dikenali sebagai kamera obscura) dan berjaya memberi penjelasan bagaimana imej
yang dihasilkan berada dalam kedudukan terbalik.

Ibn Al-Haytham menggunakan kanta untuk memfokus cahaya ke dalam kotak gelap. Imej yang difokuskan menjelma
pada permukaan kertas di dalam kotak tersebut.

Gambar Foto Pertama


Pada 1827, Joseph Nicephore Niepce, seorang pencipta dari Perancis telah menghasilkan gambar foto yang pertama dengan
menggunakan kamera obscura untuk mengumpulkan cahaya ke atas kepingan logam yang dilapisi bahan yang sensitif kepada
cahaya dikenali sebagai bitumen. Sebelum Niepce, kamera obscura hanya digunakan untuk tujuan melihat dan melukis, tetapi
bukan untuk membuat gambar foto.

Teknik heliographs atau cetakan matahari yang dihasilkan oleh Joseph Nicephore Niepce ini memerlukan pendedahan kepada
cahaya selama 8 jam untuk imej terhasil tetapi kemudiannya imej tersebut akan beransur-ansur hilang. Teknik ini merupakan
prototaip kepada fotografi moden.

Kemudian, Niepce bergandingan dengan Louis Daguerre untuk


mencipta kaedah baru yang dinamakan daguerreotype.
Ianya melibatkan penggunaan tembaga peralatan
daguerreotype oleh Louis Jacques Mande Daguerre yang
dilapisi perak. Bahagian perak disapukan lapisan iodin
menjadikannya lapisan yang sensitif kepada cahaya.
Kemudian, kepingan ini diletakkan di dalam kamera obscura
dan didedahkan kepada cahaya selama beberapa minit.
Akhirnya kepingan ini diletakkan ke dalam larutan silver
chloride. Proses ini menghasilkan imej yang kekal lebih lama.

Bahagian-bahagian Asas Dan Fungsi


Kamera
Pada asasnya konsep sebuah kamera adalah sama
sahaja, sama ada yang murah mahupun yang mahal.
Secara umumnya, bahagian asas kamera, adalah seperti
yang dapat dilihat di bawah. kedudukannya bergantung
kepada jenis dan jenama kamera.

Dengan terciptanya kamera digital, terdapat bahagian pada


kamera yang ditambah sesuai dengan fungsinya.
Bagaimanapun, kedudukannya bergantung kepada jenis dan
jenama kamera. Antara contoh bahagian tambahan ini
adalah seperti berikut :

Jenis-jenis Filem
Filem merupakan satu jalur nipis yang fleksibel
diperbuat daripada bahan plastic atau lain-lain yang
mengandungi celluloid dilapisi bahan kimia emulsi yang
sensitive terhadap perubahan cahaya.

Jenis Kelajuan Filem


1. Asa Rendah
-. Memerlukan banyak cahaya untuk
menghasilkan imej.
-. Contoh: - ASA 25, 32 & 50.
-. Saiz zpertut perlu dibuka luas dan
kelajuan pengatup akan menjadi
lebih lama.
-. Sesuai digunakan untuk
penggambaran pemandangan
ataupun landskap kerana faktor

2. ASA Sederhana
- Memerlukan cahaya
yang sederhana untuk
membuat imej.
- Contoh: - ASA 64, 80,
100, 125 &160.
- Penggunaannya
merangkumi
kebanyakkan situasi
penggambaran dalam
pelbagai keadaan cuaca
ataupun cahaya.

3. ASA Pantas
- Memerlukan cahaya yang
sedikit untuk
menghasilkan imej.
- Contoh: - ASA 200, 400,
1000, 1600 & 3200.
- Contohnya situasi seperti
di dalam rumah yang
kurang cahaya serta
penggambaran aksi sukan.

Penggunaan Filem yang Sesuai


Mengikut Situasi atau Subjek

Jenis Filem
1. Filem Cetak/ Filem Negatif
-. Digunakan untuk daylight atau cahaya buatan.
-. menghasilkan gambar yang boleh diterima walaupun
terdapat sedikit kesalahan dedahan.
-. Pembetulan boleh dibuat semasa memproses dan
mencetak.
-. Salinan boleh dibuat seberapa banyak tanpa
menjatuhkan kualiti gambarnya.

2. Filem Slaid/ Filem Lutsinar/ Filem Positif / Filem


Reversal
- memerlukan ketepatan dedahan dan mempunyai
imbangan kepada daylight atau cahaya tiruan.
- Salinan flem slaid boleh dibuat tetapi kualiti gambarnya
akan jatuh

3. Filem Lith/ Filem Garisan


- menghasilkan imej hitam putih sahaja.
- Filem ini adalah flem kontras tinggi dan hanya sesuai
untuk foto lukisan garisan dan gambarajah

4. Filem Infra Red


- boleh diperolehi dalam format kaset.
- Filem ini khas untuk fotograf udara, perbicaraan
mahkamah (forensik), perubatan dan arkeologi atau
kajipurba.

Teknik Penggambaran
1. Teknik Jarak Dekat
-. Ditakrifkan sebagai penggambaran jarak dekat di mana
nisbah pengimejan 1:10 - 1:1, iaitu dari saiz 1/10
daripada saiz sebenar kepada saiz sebenar.
-. Teknik jarak yang lebih dekat dipanggil fotograf makro
di mana nisbah pengimejan 1:1 - 10:1 - iaitu dari saiz
sebenar sehingga sepuluh kali saiz sebenar.
-. Teknik jarak yang lebih dekat dari makro adalah
Fotograf mikro di mana nisbah saiz sebenar adalah
lebih besar iaitu lebih besar daripada 10x saiz sebenar.

2. Teknik Jarak Sederhana


- Biasanya, juragambar akan menggunakan lensa normal
atau lensa sudut lebar untuk jarak sederhana. Saiz
apertur yang kecil dipilih untuk memberi imej yang tajam
keseluruhannya manakala kelajuan pengatup disesuaikan
mengikut apertur.

3. Foto Aksi atau Sukan menggunakan Teknik Panning


- Panning : kaedah mengambil subjek bergerak, seperti
aksi atau fotograf sukan, di mana sasaran anda sedang
bergerak sepanjang masa pendedahan.
- Panning biasanya memerlukan anda menggunakan
kelajuan pengatup yang perlahan dan kamera
digerakkan di sepanjang paksi subjek anda sepanjang
masa pendedahan supaya anda mendapat imej yang
tajam sedangkan latar belakang imej menjadi kabur.

- Kunci utama adalah memastikan kamera dan subjek


anda berada pada kedudukan selari sepanjang
pendedahan cahaya berlaku. Kamera dan subjek perlu
bergerak bersama-sama pada masa yang sama, dalam
arah yang sama. Anda juga perlu mempunyai kanta
yang panjang, dan pastikan anda mengisi subjek anda
dalam bingkai.
- Panjang sebenar pendedahan yang diperlukan akan
bergantung kepada kelajuan di mana subjek bergerak,
panjang fokus kanta dan jarak daripada subjek dan latar
belakang.

4. Teknik Pembekuan
- memerlukan anda meletakkan kelajuan bukaan
pengatup yang perlahan.
- mencuba beberapa kelajuan untuk mendapatkan kesan
pembekuan yang terbaik dan sesuai dengan citarasa
anda.
- Penggunaan tripod adalah perlu untuk mengelak
getaran. Bukaan apertur disesuaikan dengan kelajuan
pengatup yang dikehendaki.

- digunakan untuk mendapatkan kesan gerakan pantas.


- Untuk itu, ia memerlukan anda meletakkan kelajuan
bukaan pengatup yang tinggi.
- Anda mungkin perlu mencuba beberapa kelajuan untuk
mendapatkan kesan pembekuan yang terbaik dan
sesuai dengan citarasa anda.

Anda mungkin juga menyukai