Anda di halaman 1dari 1

NAMA

: JAIPIN JOSLY BIN KIMBURON NPQEL 13A2 SB3

Aktiviti-Visi Sekolah- Bagaimana Visi Sekolah dapat membantu


Sekolah berkenaan kepada tahap yang lebih baik. Huraikan
dengan ringkas (80 patah perkataan)
Visi Sekolah
Apakah itu Visi, menurut Kamus Dewan (2005), pandangan yang
jauh terutamanya dengan perkembangan masa depan bagi mencapai
matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Menurut Niven, 2008:
A vision statment provides a word picture of what the organisation
intends ultimately to become which may 5, 10, or 15 years in the
future. (McKinsey the mark of a healthy company).
Visi sekolah saya ialah SK.Tungou, Ranau Cemerlang Tahun 2015,
Visi ini pula disokong oleh Misi iaitu Memberikan Pendidikan yang
Bermutu dan Seimbang dari segi JERIS selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Visi, Misi ini pula disusuli dengan pernyataan Piagam
Pelanggan yang menyatakan akun janji kakitangan sekolah untuk
memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.
Visi, Misi dan Piagam Pelanggan ini dipamerkan di dinding sekolah
yang boleh dilihat oleh semua kakitangan dan murid sekolah. Visi ini
sangat memberikan motivasi terutamanya guru-guru untuk melaksanakan
tugas dengan lebih berkesan untuk sama-sama mencapai visi yang telah
dipersetujui bersama. Saya berpendapat Visi ini sangat membantu untuk
mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah.

Anda mungkin juga menyukai