Anda di halaman 1dari 8

Soalan 2: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS NEGARA

MALAYSIA
Pengenalan
Selepas Tragedi 13 Mei 1969,Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia menunjangi
pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990. Selepasnya kerajaan
memperkenalkan Rancangan Wawasan
Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak
Abad Ke-15 Sehingga Merdeka
Pada

abad

ke-15

dengan

kemunculan

Melaka

sebagai

pusat

perdagangan

bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang- pedagang asing menerima
hegemoni perdagangan Melayu. Sifat berkongsi kekayaan ekonomi
Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap
Sultan dan pembesar Melayu. Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing
sepertiGujarati, Chulia dan peminjam wangIndia (Chettiars). Dasar ini juga mengelakkan kelahiran
Melayu kaya yang bakalmenggugat kestabilan pemerintah
Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu
mengikut Hukum Kanun Melaka. Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum
ini bila menjalankan perdagangan di Melaka. Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16
telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika. Menjalankan dasar monopoli dan
pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk
membayar cukai; 10% dikenakanuntuk barangan dari negara China dan8% untuk barangan dari
Teluk Benggal.
Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada 1641. Pelbagai dasar
monopoli diperkenalkan.Belanda mengawal barangan utama yang diimport dan dieksport dari
Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualan barangan berkenaanBelanda menguasai
monopoli ke atas barangan seperti lada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai
jenis kain.Duti sebanyak 10% dikenakan ke atas barangan yang diimport dan 5% ke atas
barangan eksport.
Semua pedagang dipaksa singgah di Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka; mengikat
perjanjian ekslusif dengan pemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual
hasil negeri mereka,khususnya bijih timah kepada Belanda pada
harga yang ditetapkan dan menghadkanurusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India

Senario ekonomi Tanah Melayu berubah dengan penguasaan Pulau Pinang oleh Francis Light
pada 1786, Melaka pada 1795 dan Singapura pada 1819. Ketiga-tiga pelabuhan ini diisytiharkan
sebagai pelabuhan bebas pada 1826 dan ia menarik pedagang asing, termasuk pedagang Cina
dan India. Ketiga-tiga kelompok pedagang ini tinggal dalam penempatan yang berasingan dengan
kegiatan ekonomi diidentifikasikan dengan kaum. tiada interaksi ekonomi antara ketiga kaum
utama ini (Melayu, Cina dan India). Keadaan ini berubah pada abad ke-19 apabila lebih ramai
buruh asing, khususnya buruh Cina, India dan Jawa dibawa masuk untuk memajukan sektor
perladangan (getah dan kopi) dan perlombongan.
Pada abad ke-20 pula British mula menyingkirkan penguasaan orang Cinadalam sektor
perlombongan dan bidangkomersil lain yang menguntungkan. Buruh India dan Cina dibawa masuk
dalam bilanganyang besar untuk memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah. Ia dengan
sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak
dalam satu waktu.
Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur pula
menumpukan kepada tanaman sara diri. Bentuk ekonomi ini membawa faedah
kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar. Orang Melayu terpinggir di luar Bandar
dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buah-buahan).
Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan
tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras
dari luar.

Hubungan Etnik Pada ZamanMelaka sehingga abad ke- 17


Melaka menarik ramai pedagang asing dan ia muncul sebagai pelabuhan kosmopolitan. Di sini
wujud interaksi yang baik antara pedagang Melayu, Cina dan India. Ini kerana kerajaan Melaka di
bawah pemerintah yang bijak menjalankan dasar pentadbiran yang adil dan ia memberi peluang
kepada semua bangsa untuk menikmati keuntungan perdagangan di Melaka.Kejayaan hidup
bersama antara kesemua kaum ini dapat diperhatikan daripada kewujudan penempatan seperti
Bukit Cina dan perkahwinan orang tempatan dengan pedagang asing yang melahirkan baba
peranakan India dan Cina.

Hubungan ekonomi antara ketiga kaum (Melayu, India dan Cina) terjejas dengan
kehadiran kuasa Portugis dan Belanda yang mula mengawal pelabuhan- pelabuhan utama Melayu
seperti Melaka dan Betawi. Kuasa asing ini juga mengawal perdagangan antara pulau dan jalan
laut utama antara India dan China.
Usaha-usaha diambil untuk memaksa kerajaan-kerajaan Melayu tunduk kepada kuasa baru ini.
Dasar monopoli yang diamalkan oleh kuasa Barat ini memaksa pedagang tempatan beralih ke
pelabuhan- pelabuhan lain yang mengamalkan dasar perdagangan bebas. Keadaan ini juga
memaksa pedagang Melayu berpindah ke kawasan pedalaman (hinterland) dan mereka terpaksa
bekerja mengusahakan tanah.
Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang
mengusahakan tanah. Kekosongan yang ditinggalkan oleh orang Melayu di bandar kini diambil
alih oleh orang India dan kemudian pada zaman British oleh orang Cina, Arab dan Eropah.

Hubungan Etnik Pada Abad Ke-18


Abad ke-18 adalah zaman pertapakan kuasa Inggeris di Tanah Melayu dengan penguasaan Pulau
Pinang pada 1786. Ia menyaksikan perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan
bebas dan kebanjiran ramai pedagang asing termasuk dari India (pedagang Chulia) dan Cina.
Kemajuan Pulau Pinang pada abad ke-18 sebahagiannya disumbangkan oleh pedagang Chulia
Hampir kesemua kapitan Cina menjalinkan hubungan yang baik dengan British. Dasar British Ini
sebenarnyan menjarakkan lagi status ekonomi
Cina.
Hubungan Etnik Pada Abad Ke-19
Penglibatan orang Cina dalam ekonomi Negeri-negeri Melayu membawa kepada kerjasama
ekonomi antara kaum Melayu dan Cina. Ini dapat diperhatikan di negeri
Selangor, Johor dan Negeri Sembilan
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Pada Abad Ke-20
Abad ke-20 adalah era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan
penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Kaum India pula
menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam
pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sector perladangan dan perlombongan.

Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja
makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan.
Pada awalabad ke-20 kaum Cina menjadi pemilik utama lombong- lombong utama dan hanya
pada 1930-an dengan peningkatan penggunaan teknologi, bangsa Eropah mula mengambilalih
dominasi orang Cina dalam sektor ini Kedudukan ekonomi Cina telah cuba dipulihkanpada zaman
Darurat (1948- 1960) iaitu apabila berlaku ancaman komunis.
kerajaan telah mendirikan kawasan penempatan baru yang dikenali sebagai kampung-kampung
baru (New Villages) di bawah rancangan Briggs Kedudukan ekonomi buruh India amat teruk pada
zaman pendudukan Jepun. Ramai yang telah dibawa ke sempadan negeri Thai untuk membina
landasan keretapi maut.
Pada zaman Darurat, 1948-1960, tuntutan pekerja bertambah dan ramai buruh India telah
menyertai kesatuan sekerja anjuran anjuran Parti Komunis India.Pada Mei 1947, buruh India telah
menuntut supaya mereka diberikan upah yang sama dengan buruh Cina.
Tuntutan-tuntutan lain adalah tempat kerja yang selesa, bekalan kemudahan asas dan
perlantikan guru sekolah di estet. Berdasarkan kemajuan ekonomi yang di alami oleh ketiga-tiga
kaum pada abad ke- 20, amat jelas konsentrasi ketiga-tiga kaum ini juga berbeza.Kaum Cina juga
mewakili separuh dari penduduk bandar semua negeri Semenanjung kecuali Kelantan, Trengganu
dan Perlis.
Orang Melayu pula tertumpu di kawasan luar bandaryang berkait dengan pertanian sebagai
contoh di kawasan pantai barat. Pada tahun 1947, hanya 14% orang Melayu menetap di bandar,
sedangkan Cina mewakili 54% dan India 39%. Kaum India sebahagian besar tinggal di luar bandar
dan mereka yang menetap di bandar tertumpu di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Selepas Merdeka Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka
Perlembagaan Merdeka 1957 dan Senario Selepas Merdeka
Perlembagaan Merdeka menyaksikan dominasi politikMelayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan
1956UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang
dikenali sebagai persetujuan bersejarah (historic
bargain). Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada
orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayubersetuju mengakui

hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan
raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan
dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.
Walaupun semua kehendak dipersetujui sewaktu perlembagaan diterima tetapi selepasnya ia
adalah satu senario yang berbeza. Isu-isu sensitif terus dibangkitkan oleh parti- parti
pembangkang dalam pilihanraya 1963 dan 1969. Pada akhir tahun-tahun 1960-an, perasaan tidak
puas hati dan kemuncaknya ialah Tragedi 13 Mei.Ia seterusnya membawa kepada pemansuhan
Parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) dan pengenalan prinsip Rukunegara
bagi mengukuhkan perpaduan negara.
Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat
dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Antara 1970-1990, DEB menunjangi
pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa
mengira bangsa dan agama
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik Dalam Rancangan Malaya Pertama (19561960) dan Kedua (1961-1965)
Pembangunan ekonomi Malaya selepas merdeka adalah berasaskan beberapa rancangan
pembangunan 5 tahun. Rancangan pembangunan negara boleh
dibahagikan kepada dua fasa, pertama (1956-1970) dan kedua (1970-1990) yang berasaskan
Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar;mempelbagaikan keluaran
pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah Menambahkan
peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Dasar pembangunan kerajaan
Perikatan selepas merdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat
Tanah Melayu Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan
pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan
keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis)
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan EtnikSejak Tragedi 13 Mei 1969 Hingga 1990
Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus mengelakkan
perbalahan kaum.Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada
1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan iamenyaksikan penyertaan lebih banyak partipolitik dan
mengurangkan politiking. Tujuan utama rancangan ini adalah untuk

memperteguhkan sokongan orang Cina. Iaadalah strategi politik yang digelar sebagaiethnic
corporatism.
Status Ekonomi Melayu
Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan Malaysia Pertama
(RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan integrasi antara
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ingin mengurangkan kadar pengangguran, membangunkan ekonomi luar bandar dan
mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah.
Tragedi 13 Mei 1969 menyedarkan kerajaan timbulnya masalah perbalahan kaum adalah
disebabkan ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum
Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada tahuntahun 1960an. Adalah didapati golongan yang paling menganggur ialah orang Melayu dan ini
diikuti oleh orang India. Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki
1%pelaburan dalam perniagaan berdaftar.
Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi kesemua kaum mula
diperkenalkan dan ia dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB diharapkan dapat
menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan
ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman
penjajahan.
DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat
1981-1985 dan Kelima, 1986-1990 Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia
sehingga 1990 ialah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi
strategi,membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi
ekonomi,memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan
kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun- tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi
objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sector swasta dalam pembangunan negara.
Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunyabekerjasama
dengan orang Melayu untukmendapat faedah ekonomi.Kaum Cina mula mengubah strategi
perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan.

Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk
melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan
ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Majlis
ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan nasib orang India
dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan DEB.
Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik nDi bawah Dasar Pembangunan Nasional
(1990-2000) dan Wawasan Negara (2001- 2010)
Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat tempoh
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB pada 1990.
DPN yang termasuk dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh
masa antara 1991-2000. DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia
sebuah Negara maju menjelang 2020.
Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia
untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21 Dasar-dasar yang
menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di
Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai kelemahan.
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja
dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakattanpa
meminggirkan mana-mana komuniti.

Anda mungkin juga menyukai