Anda di halaman 1dari 4
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aexenrrenian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti BALSA Aras 3- 5, Blok E15, Kompleks E “Teton! <03-n94.4100 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan aks: 03-8868 6967/6069 62604 PUTRAJAYA Portal: www.moe.gov.my/injk “MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN Dil “AMAKAN” Senarai Seperti Edaran = YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, TEMA HARI GURU 2015 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilinan Tema Hari Guru 2015 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pendidikan berhubung Tema Hari Guru 2015. 3. Tema yang telah dipersetujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan ialah: “GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK” 4. _ Bersama-sama ini dilampirkan huraian bagi tema tersebut untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan. Semua pihak adalah dipohon untuk memaklumkan Tema Hari Guru 2015 di Bahagian dan negeri masing- masing mulai sekarang. ‘Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia x HURAIAN TEMA HARI GURU 2015: GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK i DEFINISI 1.4 12 1.3 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan. MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. rs HURAIAN 21 2.2 23 Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen- elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga Pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti Peranan guru tidak hanya terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian ‘dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. SENARAI EDARAN 5 10. 14. 15. Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan Pelajaran Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Setiausaha Bahagian Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Ketua Akauntan Bahagian Akaun Setiausaha Bahagian Bahagian Kewangan Setiausaha Bahagian Bahagian Psikologi dan Kaunseling Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Maklumat Setiausaha Bahagian Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Dalaman Setiausaha Bahagian Bahagian Audit Sekolah Setiausaha Bahagian Bahagian Khidmat Pengurusan Setiausaha Bahagian Unit Integriti Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat

Anda mungkin juga menyukai