Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Tamadun barat ialah sebuah tamadun yang berpegang pada fahaman sekular
iaitu fahaman yang bersandarkan kepada kepentingan manusia di dunia dan
menidakkan pertimbangan kepercayaan kepada Tuhan dan hari akhirat. Menurut
Oxford English Dictionary sekular membawa maksud kepercayaan bahawa agama tidak
patut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah negara. Oleh itu
dapat disimpulkan bahawa sekular ini merupakan fahaman yang menjadikan pemikiran
dan keinginan nafsu manusia sebagai satu sumber utama dalam pembangunan
sesebuah tamadun. Ini boleh dilihat, apabila tamadun barat ini menjadikan tamadun
Greek Yunani ini sebagai sumber utama pemikiran di mana ia mementingkan logik akal
dan kepercayaan kepada apa yang mampu dicapai oleh pancaindera. Ini dapat
dibuktikan apabila salah seorang tokoh utama Yunani iaitu Aristotle dalam sebuah
dialognya pernah berkata:
Pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang mutlak tidak ada. Oleh itu, manusia
hendaklah berseronok semasa hidup di dunia ini. Hanya itu satu-satunya matlamat
hidup manusia memenuhi keseronokan pancaindera dan syahwat kebinatangannya.
(Fahaman Hedonism)
Seterusnya pada zaman tamadun Romawi dan zaman Kristian Barat kehidupan
masyarakat hanyalah tertumpu kepada aspek kebendaan dan fungsi gereja mula
berubah di mana mereka menyalahgunakan autoriti yang digunakan untuk menghukum
para ilmuan yang mereka percayai akan menggugat kepercayaan agama dengan ilmu
baru yang telah mereka temui. Setelah kejatuhan atau dikenali zaman kegelapan,
tamadun barat mula untuk bangkit semula apabila mendapat ilham daripada zaman
kegemilangan tamadun Islam di Eropah. Tamadun Islam pada masa itu semakin
berkembang dengan pemikiran masyarakat Islam yang mementingkan pencarian ilmu
serta tokoh-tokoh ilmuan Islam yang tidak ditindas apabila mengemukakan penemuan
baru yang telah membuka minda masyarakat barat untuk berubah. Zaman ini
dinamakan zaman peralihan atau lebih dikenali sebagai Zaman Renaissance.

2.0 Zaman Yunani


2.1 Latar Belakang Zaman Yunani

berkembang di kawasan Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya

yang dikelilingi oleh Laut Aegen dan Laut Mediterranean.


pada awalnya penempatan awal manusia hanyalah membentuk kampungkampung kecil sahaja yang kemudiannya berkembang menjadi komuniti politik

atau pusat komuniti.


gabungan kesemua penempatan-penempatan kecil ini yang membentuk Negara
Kota atau polis yang merupakan pusat kubu dan ibu kota bagi Yunani pada

tahun sekitar 1000 hingga 800 S.M.


negara kota yang dalam pemerintahan zaman yunani ini bukan dalam bilangan

yang sedikit tetapi lebih daripada 150 buah tempat.


setiapnya mempunyai sebuah kota yang kaya dengan hasil pertanian dan

kemudahan-kemudahan.
negara kota kebiasaanya terletak kawasan tengah-tengah dataran yang berbatu

dan tinggi.
merupakan satu kelebihan geografi sebagai satu sistem pertahanan semula jadi
kerana melalui kawasan yang tinggi, pihak pertahanan mampu meninjau aktiviti

sekelilingnya.
faktor kawasan yang tinggi dan berbatu menyukarkan
menyerang pusat

pihak musuh untuk

tersebut dan ini juga menyebabkan Negara kota ini juga

berperanan sebagai pusat berkubu.


contoh negara kota dan antaranya ialah Athens, Sparta, Thebes, Corinth,

Olympia dan Argos.


yang lebih terkenal dan menonjol iaitu Athens, Sparta dan Corinth yang terletak

di kawasan yang strategik iaitu berhampiran dengan Laut Mediterranean.


Corak pemerintahan dan undang-undang setiap kawasannya adalah berbeza
antara satu sama lain. Ini yang menerangkan mengapa seringnya berlaku
peperangan antara negara - negara kota.

2.2 Faktor-faktor Kemunculan Zaman Yunani

Perba
ndara
n
Petem
patan
kekal

Siste
m
Pertah
anan

Faktorfaktor
kemu
nculan
tamad
un
Yunani

Organ
isasi
masya
rkat

Agam
a dan
keper
cayaa
n

Rajah 1 Faktor-faktor kemunculan tamadun Yunani


1. Petempatan kekal
dimulakan dengan wujudnya petempatan secara kecil-kecilan iaitu dari
kampung-kampung kecil yang berselerak di seluruh tanah besar Yunani

dan pulau-pulau di selatan


lahirnya sebuah institusi masyarakat yang bercorakkan perkampungan
membolehkan manusia berada pada suatu tempat dan hidup bersatu-

padu untuk menghadapi cabaran kehidupan bersama-sama.


penduduk pertama yang membentuk tamadun Yunani ini ialah penduduk

berbangsa Agean dan kemudiannya Bangsa Dorian dari Utara.


setelah sekian lama barulah penduduk di setiap daratan bergabung
menjadi satu komuniti politik dan ini dikenali sebagai pembentukan negara

kota.
2. Ciri Organisasi
terbahagi kepada dua jenis organisasi, di mana salah satunya bercirikan
ketenteraan dan satu lagi adalah umum.

organisasi yang bercirikan ketenteraan diamalkan di Sparta, di mana


golongan yang menduduki hierarki yang teratas dikenali sebagai Peer

iaitu golongan yang menjadi pemerintah dan pemilik tanah.


golongan yang menduduki tangga kedua ialah Perioeci atau golongan

peniaga dan artisan.


golongan ketiga pula ialah Helot yang terdiri daripada petani dan hamba.
seterusnya untuk organisasi di Athens pula rakyatnya terdiri daripada

golongan bangsawan dan rakyat biasa.


golongan rakyat biasa pula terdiri daripada warganegara dan bukan

warganegara ( Mahdi Shuid & Saliza Saad, 2010 ).


warganegara penduduk Athens ialah kaum lelaki yang mempunyai hak
dalam bidang politik dan terlibat dalam penghasilan dasar dan undang-

undang.
kemudian, bagi yang bukan warganegara mereka ialah golongan

pedagang dan orang awam yang tidak mempunyai hak dalam berpolitik.
3. Agama dan kepercayaan
penting dalam membentuk keperibadian dan akhlak masyarakat setempat

yang bertamadun.
masyarakatnya percaya kepada dewa-dewi seperti Tuhan Zeus, Apollo,
Athena dan Ares yang dianggap sebagai tuhan serta ketua bagi tuhan-

tuhan tersebut.
Dengan hidupnya agama dan kepercayaan dalam masyarakat, maka
wujudnya masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi kebendaan
sahaja tetapi juga akhlak dan budi pekerti akan mewujudkan masyarakat

yang bertamadun.
4. Perbandaran
ialah petempatan kekal yang kecil-kecil apabila bergabung akan
membentuk satu pusat komuniti yang akhirnya membentuk sebuah

bandar yang maju dari segi kemudahan dan infrastrukturnya.


Yunani asalnya adalah dari perkampungan yang kecil yang kemudianya
digabungkan membentuk negara-negara kota. Setiap negara kota ini
mempunyai pusat pemerintahan, pusat agama dan yang menjadi pusat

utama iaitu Agora yang merupakan pasar terbuka.


Pasar terbuka ini merupakan kemudahan kepada rakyat Yunani untuk
berniaga dan menjalankan aktiviti ekonomi.

5. Sistem pertahanan
sistem pertahanan yang kukuh adalah untuk menjamin keselamatan

negara kota serta rakyatnya.


dua faktor yang menyebabkan sistem pertahanan di Yunani sangat

berkesan iaitu faktor geografi dan organisasi ketenteraan.


Faktor geografi - kebanyakan negara kota bertempat di kawasan
pertahanan semula jadi iaitu di kawasan yang tinggi. Ini memudahkan

pihak Yunani untuk menyerang dan mengenal pasti pergerakan musuh.


Faktor ketenteraan - menggunakan formasi phalanx iaitu pertempuran
yang memerangkap pihak musuh dari barisan hadapan dan belakang
serta sayap kanan dan kiri.

2.3 Kesan Kemunculan Tamadun Yunani

Pemerintahan
demokrasi

Pencetus ahli
pemikir
falsafah

Perluasan
kuasa
Kesan
kemunculan
tamadun
Yunani

Melahirkan
golongan
intelektual

Kewujudan
pusat ibadat
Kemajuan
ilmu
perubatan

Rajah 2 Kesan kemunculan tamadun Yunani


1. Pemerintahan demokrasi
yang diamalkan di Athens sejak 3000 tahun dahulu.
corak pemerintahan demokrasi yang diamalkan pada masa kini, berlakunya
perubahan

dan

penambahbaikan

masyarakat dan peredaran zaman.

yang

seiring

dengan

kesesuaian

sistem demokrasi di Athens, mempunyai beberapa badan pemerintahan

yang utama iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan juri.


Malaysia sistem demokrasinya turut terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

Pelaksana, Perundangan dan Kehakiman.


dalam membincang dan meluluskan dasar pemerintahan negara, negara
kota Athens memberikan tanggungjawab ini kepada Dewan Perhimpunan
seperti mana juga di Malaysia terdapat badan yang bertanggungjawab

dalam hal ini iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


2. Pencetus Ahli Pemikir Falsafah
terdapatnya kebangkitan ahli-ahli falsafah iaitu golongan cerdik pandai

(sofis) seperti Plato, Aristotle dan Socrates.


kebangkitan golongan pemikir seperti ahli falsafah ini telah memberi kesan
kepada ahli falsafah dari zaman yang berlainan seperti di kawasan Tanah

Arab iaitu Ibn Rushd dan Al-Farabi.


Ibn Rushd banyak menterjemah hasil-hasil kerja Aristotle yang semakin

lupuk ditelan zaman pada awal abad ke-12.


melalui hasil terjemahan ke bahasa Latin, ilmu-ilmu yang disampaikan oleh

Aristotle semakin diingati dan dikenali oleh orang ramai.


Al- Farabi pula menggunakan falsafah dan teori dari Socrates, Plato dan
Aristotle untuk mengkaji, mencari dan menghasilkan teori dan konsep

mengenai kebahagian.
falsafah-falsafah dari zaman Yunani ini menjadi salah satu rujukan untuk
ahli-ahli falsafah Islam.

3. Melahirkan Golongan Intelektual


kesan dari pendidikan yang diamalkan pada zaman yunani ini telah berjaya
melahirkan ramai sejarawan Thucydides dan Herodotus juga tokoh-tokoh
sains

dan

Anaxagoras.

matematik

seperti

Thales, Anaximander, Heraclitus

dan

pendidikan pada zaman ini dapat dilihat daripada dua sudut matlamat
pendidikan iaitu yang memfokuskan untuk melahirkan individu yang

seimbang pencapaian dari segi rohani dan jasmani.


satu lagi berfokuskan untuk melahirkan warganegara

mempertahankan negara daripada serangan musuh.


matlamat pertama diamalkan khusunya di Athens dan berjaya melahirkan

tokoh-tokoh terkemuka.
Sparta matlamat pendidikannya berasaskan ketenteraan sesuai dengan

yang

dapat

penekanan oleh pemerintah Sparta yang menitiberatkan kemahiran dan


ketahanan fizikal untuk menyediakan pasukan tentera yang kuat.
4. Kemajuan Ilmu Perubatan
tokoh-tokoh ilmu perubatan termasuklah Hippocrates yang merupakan Bapa

Perubatan dan Herophilus pula ialah Bapa Anatomi.


selain itu, tokoh perubatan Yunani yang berpengaruh iaitu Galen yang
merupakan individu yang berjaya mempengaruhi sarjana-sarjana perubatan
Islam dan Eropah Renaissance. Beliau banyak menyumbangkan hasil-hasil

kajian mengenai anatomi dan fisiologi terhadap haiwan.


5. Kewujudan Pusat Ibadat
masyarakatnya mempunyai kepercayaan menyembah pelbagai dewa-dewi.
melalui kesan kepercayaan dan agama ini telah mewujudkan sebuah kuil

untuk penyembahan Dewi Athena.


kuil ini dikenali sebagai Parthenon, iaitu sebuah rumah berhala untuk

mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.


kesan yang kedua ialah pembentukan Sukan Olimpik yang diadakan setiap

empat tahun sekali.


Sukan Olimpik ini diadakan untuk memperingati Tuhan Zeus.
Sukan Olimpik sekarang ini masih lagi wujud dan disambut di seluruh dunia.
Ini merupakan salah satu kesan yang boleh dilihat daripada kewujudan

ketemadunan zaman yunani.


6. Perluasan Kuasa
salah satu kejayaan gemilang dan memberi kesan kepada perluasan kuasa
dunia pada zaman yunani ini ialah penyatuan Yunani dengan Makedonia di
bawah pemerintahan Raja Philip II dari Makedonia.

melalui penyatuan ini, ia menjadi salah satu faktor yang menyumbang ke


arah perluasan kuasa yang lebih besar iaitu penaklukan Epirus, Ilyria dan

Thessaly.
legasi pemerintahan ini diteruskan lagi oleh anaknya iaitu Alexander The

Great iaitu seorang jeneral yang agung dalam sejarah dunia.


beliau meneruskan cita-cita ayahnya untuk memperluaskan empayar Yunani.
semasa pemerintahan beliau, beliau telah berjaya memperluaskan
empayarnya hingga ke Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh laut
Mediterranean.

Anda mungkin juga menyukai