Anda di halaman 1dari 2

THIYAGU A/L UTHAMAN,

NO. 218, BLOK PINANG,


IPG KAMPUS PULAU PINANG.

KEPADA,
KETUA DISIPLIN,
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,
IPG KAMPUS PULAU PINANG,
11700 GELUGOR,
PULAU PINANG.

10HB FEBRUARI 2015.

Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB BAGI TIDAK MENGHADIRI KULIAH
Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya saya, THIYAGU A/L UTHAMAN (No. KP: 92020608-5911) ingin mengemukakan surat ini bagi memberi tunjuk sebab atas surat salah laku yang
telah diterima.
2.

Pada 9hb Februari 2015 (Isnin) yang lepas, pak cik saya telah meninggal dunia. Oleh

itu, saya terpaksa balik kampung di Sg.Siput, Perak untuk menghadiri upacara kematian. Hal ini
kerana, si mati adalah saudara yang amat rapat dan telah membesarkan saya sejak kecil lagi.
Kematian beliau amat menyinggung perasaan saya. Mengikut amalan dan tradisi keluarga
saya, saya harus menghadiri upacara kematian tersebut. Saya menjadi amat sedih dan tidak
boleh menerima kematian beliau setelah mendapat panggilan daripada ibu saya. Pada masa
itu, saya telah mengambil keputusan berdasarkan perasaan saya. Sebelum balik ke kampung
saya telah menghubungi mentor dan warden saya melalui panggilan telefon bagi memberitahu
perkara ini. Tetapi mengikut peraturan IPG KPP, saya harus mendapatkan pengecualian kuliah
sebelum saya bertolak dari kampus. Pada masa itu, saya berada dalam keadaan yang agak
tertekan setelah mendapat tahu kematian pak cik saya. Masa yang agak singkat mencemaskan
saya untuk balik ke kampung tanpa berfikir tentang impak-impak yang akan timbul. Saya telah
bertolak dari kampus pada pukul 1.45 p.m. dengan menaiki kereta saya yang berparkir di luar

kawasan kampus. Setelah upacara selesai saya telah balik ke kampus pada hari keesokkan
iaitu 10hb Februari 2015 (Selasa) pada pukul 6.30 p.m.
3.

Justeru, saya mengakui kesalahan saya iaitu saya tidak mematuhi peraturan IPGKPP.

Saya amat memohon maaf kepada mentor, warden dan pihak HEP atas perbuatan saya yang
tidak diingini. Saya berjanji agar saya tidak akan mengulangi kesalahan seperti ini pada masa
akan datang. Saya berharap tuan akan mempertimbangan alasan saya dan dapat memaafkan
perbuatan saya dengan besar hati. Segala perhatian dan kerjasama pihak puan berhubung
dengan perkara ini amatlah dihargai. Segala kerjasama puan saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
________________________
(THIYAGU A/L UTHAMAN)

Anda mungkin juga menyukai