Anda di halaman 1dari 2

KEBERKESANAAN PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK JENIS PENGELASAN

TERHADAP PENGUASAAN KONSEP DAN MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM TOPIK


TUMBUHAN TAHUN 5

1.0 PENYATAAN MASALAH


Proses pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan
yang bersesuaian untuk digunakan. Namun, kebanyakan guru biasanya menyampaikan
pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru
hanyalah ke arah menyediakan murid-murid untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung
tahun. Masalah yang timbul adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja.
Tidak mementingkan pemahaman murid-murid samada benar-benar menguasai kemahiran
atau pun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar
konteks sebenar. Ingatan dan kefahaman konsep memainkan peranan yang utama di dalam
pendidikan sains bagi meningkatkan prestasi diri murid-murid. Kaedah pengajaran tradisional
chalk and talk adalah jauh ketinggalan dalam menjelaskan konsep-konsep yang abstrak. Oleh
itu, kajian yang dijalankan adalah amat penting dalam menentukan tahap keberkesanan
pembelajaran menggunakan peta pemikiran i THINK bagi subjek sains yang bertajuk
tumbuhan dalam Sains Tahun 5. Kajian ini menekankan kepada langkah-langkah untuk
membuktikan bahawa strategi menggunakan peta pemikiran i THINK ini dapat digunakan
untuk meningkatkan penguasaan konsep dan menentukan sejauh mana keberkesanan
penggunaan sesuatu alat bantu dalam pengajaran dapat meningkatkan minat murid-murid
dalam pembelajaran dan pengajaran subjek sains.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai dua objektif iaitu:
a) Menentukan sama ada penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan penguasaan
konsep sains murid tahun 5 terhadap topik tumbuhan.
b) Mengenal pasti sama ada penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan minat
murid tahun 5 terhadap topik tumbuhan.

3.0 TEKNIK MENGUMPUL DATA


Saya akan menggunakan kaedah penggumpulan data, iaitu pemerhatian, soal selidik, temu
bual, ujian pra dan ujian pos untuk memastikan data yang telah dikumpul mencukupi dan
menyeluruh serta memberi bukti dan sokongan untuk menjawab semua soalan kajian saya.
3.1 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian akan dijalankan untuk meninjau tingkah laku dan penglibatan respodenresponden sebelum, semasa dan selepas kajian. Setiap sesi pemerhatian mempunyai catatan
lapangan masing-masing. Kandungan nota lapangan termasuklah huraian latar, tindakan yang
dilaksanakan, tingkah laku, mimik muka responden-responden, tanggapan dan prasangka saya
serta perkara yang berlaku di luar jangkaan sekiranya ada. Saya akan mengambil gambar
untuk memerhati tingkah laku dan reaksi responden-responden semasa proses pengajaran dan
pengajaran dan semasa responden-responden melukis peta i-Think.
3.2 Temu bual
Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan satu kaedah yang membolehkan
seseorang penyelidik mendapat maklumat kajian secara mendalam kerana melibatkan
hubungan bersua muka secara langsung (face to face) dengan peserta kajian. Temu bual
berstruktur dengan menggunakan soalan tertutup dipilih sebagai kaedah mengumpul data.
3.3 Soal selidik
Borang soal selidik akan disediakan dan diedarkan kepada responden-responden yang terlibat
dalam untuk mendapat maklum balas responden-responden terhadap kaedah peta i-Think yang
diperkenalkan. Soal selidik akan diberikan sebelum dan selepas kaedah peta minda
diperkenalkan.
3.4 Ujian pra dan ujian pos
Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk mengesan kefahaman dan ingatan respondenresponden mengenai topik Sains yang akan diuji. Ujian pos telah dijalankan sebanyak dua kali
untuk menilai keupayaan murid-murid dalam memahami dan mengingati isi-isi penting dalam
topik Sains yang difokuskan.

Anda mungkin juga menyukai