Anda di halaman 1dari 17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104


0

More

Next Blog

Create Blog

Sign In

Cikgu Jahani
Utama

Foto Kenangan

SKKG

BMM 3106

PSV 3104

WAJ 3106

PSV 3104

EDU 3106

Qasidah

BM 1

BM 2

MASA IBARAT EMAS

1.

PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan
sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi
kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan
karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan

ASMAUL HUSNA

kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi


dan konsepsi murid.
Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran
Lukisan dan Pertukangan Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku
mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran
tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun
diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual
dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali
kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni
tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni

KALENDAR

muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau
seni fotografi.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid
memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran
dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi
visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan
dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan
mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting
dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan
mengenali cita rasanya sendiri.
SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI
VISUAL
Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni
Visual di Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana
Pendidikan Seni Visual mempunyai rentetan sejarah yang seiring
dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.Ianya meliputi
peringkat sebelum merdeka,awal merdeka , selepas merdeka
sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan kelahiran
institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

Scribd
Sejarah-PerkembanganKurikulum-Pendidikan-Seni-Visual
Pentaksiran-Bahasa-MelayuSekolah-Rendah
Konsep-Pemulihan-DanPengayaan

BICARA SESAMA KITA

This shoutbox does not exist, it might


have been removed according to the
ToS.
www.freeshoutbox.net - Free
shoutboxes for everyone

Blog Archive

1/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

serta perkembangan seni halus di Malaysia.

2012 (3)
October (1)

Pendidikan Sebelum Merdeka

Latar Belakang Pendidikan Pemulihan

Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu

Pendi...

September (2)

berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif


pelajar-pelajar.Corak pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti
biasa dengan pengajaran al-Quran,tingkah laku dan akhlak yang
baik,pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal
dalam bidang kraf tangan
serta perintis dalam bidang
pertanian,perikanan dan pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal
menekankan

pengajaran

al-Quran

dan

pengetahuan

asas

membaca,menulis,dan mengira(3M) dan diadakan di peringkat yang


rendah sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan
ingin menyambung pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki
sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke19 dan awal abad ke-20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu
terus kekal di desa dan mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu
,pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan
kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang
terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang
Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan
masyarakat Melayu.
Berdasarkan Laporan Winstedt,Tujuan sekolah Melayu
menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-negeri Selat 1885
adalah;Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak
Melayu,yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu,penanam
padi dan nelayan.Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan
segelintir pemuda yang berpendidikan baik.Pelajaran untuk orang
Melayu tidak boleh melewati batasan,kerana ia akan menimbulkan
kesulitan nanti.Pada tahun 1916,Laporan Winstedt memperkemas
sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu.Sekolah Melayu dan maktab
mengajar subjek lukisan.Anyaman diletakkan di bawah subjek Sains
Pertanian.
Selain itu,Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran
Negeri-negeri Selat) mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk
Latihan yang amat baik memerhati alam yang didapati darinya,dan ia
dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid dan melatih
mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia menyesuaikan mereka
dengan kerja-kerja mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dan
menyediakan subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.
Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang
bertambah terhadap Pendidikan Menengah,Maktab Melayu Kuala
Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada
tahun 1905 ,tetapi
sekolah ini khas untuk golongan bangsawan sahaja.Pada tahun
1922,Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi memberi latihan
perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua subjek termasuk
lukisan,pertanian dan pertukangan.Komponen subjek Pendidikan Seni
diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat
bakul dan lain-lain.Sukatan Pelajaran yang digunakan ialah pelajaran
menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun
pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh..Kerja kerja tahun pertama disambung
pada tahun kedua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga.Buku teks yang digunakan
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

2/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

ialah
Kita Rajah-rajah Anyamanoleh guru anyaman Mr.W.Olanguera.
Pada tahun 1929,guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab
Pedoman Guru Penggal Kedua untuk mengajar pelbagai subjek
termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu
di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab Pedoman Guru Penggal
1(1928) dan Penggal 2(1929) yang disusun oleh O.T.Dussek dan
Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di
Malaya mengenai kaedah mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan
Tangan.Buku ini sangat penting pada masa itu kerana kaedah mengajar
Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang
sehinggalah kepada yang lebih susah.Pada tahun 1930,sistem
persekolahan berjalan 4 jam sehari iaitu pukul 8.00 pagi hingga 12.00
tengah hari.Antara subjek yang diajar ialah Karangan,Ilmu Kira-kira,Ilmu
Alam,Sejarah Melayu,Kesihatan,Lukisan,Menganyam dan berkebun dan
Senaman.Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan
R.O.Winstedt).

Melayu

lebih

mirip

kepada

kampung.(anjuran

Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka


Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri
China, India,dan negara jiran mengalami banyak perubahan.Masyarakat
pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman
mereka .Kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum dalam pendidikan.Orang Melayu mula mendesak
supaya kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu
serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.Sebuah
jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes.Laporan Barnes
ini diterbitkan pada awal tahun 1951.Laporan ini mencadangkan supaya
ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum
sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utamanya.Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar
secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan.Cadangan tersebut ditentang
hebat oleh orang Cina.Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah
memburukkan lagi pertikaian kerana menyokong konsep penggunaan
tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar.
Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur
telah
ditubuhkan bagi membentuk guru-guru

pakar dalam bidang masing-

masing
antaranya
Jasmani,
Pendidikan
Kaunseling
dan

menawarkan
Guru

kursus

Kelas

Kerjaya,

Buta

Teknologi

Pendidikan Seni, Pendidikan


dan

Cacat

Pendengaran,

Pendidikan

dan

sebagainya.Sebenarnya
maktab ini merupakan sebuah sekolah seni lukis dan juga maktab latihan
perguruan . Peter Harris telah mengendalikan kurikulum Jabatan
Pendidikan
Seni bagi latihan guru pada tahun 1961.Antara kakitangan awal MPIK
ialah
ialah Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau , Lee Loo For,
Cheong Lai Tong dan Jolly Koh. Peter Harris kemudiannya
diambil
Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan seterusnya oleh Yeoh Jin Leng .Aspek
aspek kepakaran seni halus seni grafik dan kraftangan diberi
penekanan
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

3/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

.Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan, Seni Halus, Seni


Arca,
Seni Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru
dan
pelukis

keluaran MPIK

ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa,

Othman
Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan
untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. (sekitar 60an)
Pada tahun 1960 juga ,satu jawatankuasa telah mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957
yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.Penyata Rahman Talib itu
telah mengesyorkan; Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun
dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun.memberi
pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah
mulai1962,
membanyakkan
kemudahan
pendidikan
teknik
dan
vokasional,mengadakan pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu
dijadikan bahasa teras seiring
dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan .Akta Pelajaran
1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di Negara
ini.Justeru,
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan.Mata
pelajaran
yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR
ialah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains,Tawarikh,Ilmu
Alam,Hal
Ehwal
Tempatan,Tata
Rakyat,Jawi,Pendidikan
AgamaIslam,Lukisan
dan Pertukangan Tangan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Perkembangan Pendidikan Selepas Merdeka
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965,Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan.Melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini,murid-murid daripada darjah 1 hingga
tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali
sebagai subjek wajib dan subjek elektif.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memainkan peranan
yang positif dalam memperkembang Pendidikan Seni Visual.Hal ini
dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap kurikulum Pendidikan
Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses
perubahan
.Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek
falsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah dan isi kandungan subjek
tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawall
pertengahan abad ke -19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di
Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada
penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf(Carline,(1968) dalam Ibrahim
Hassan melalui karya Md.Nasir bin Hj.Ibrahim-Isu dan Pemasalahan
Kurikulum Pendidikan Seni Visual).
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan
mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 19741979 oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Dr.Mahathir Mohamad bagi
melihat kesesuaian KLSR.Laporan yang dikeluarkan pada tahun 1979
mendapati KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan
kurikulum yang baru.Implikasinya ialah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982.Namun begitu,pada tahun 1988
KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

4/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

kekuatannya.Lanjutan itu,KBSR yang dikenali sebagai Kurikulum Baru


Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.Dari segi kurikulum,subjek-subjek yang sedia ada telah
mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran
masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
Kini,sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan
penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang
individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran
terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya
dan
identiti
bangsa.Perubahan-perubahan
ini
melibatkan
falsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah, dan isi kandungan yang
lebih mantap dan akan menarik minat lebih ramai pelajar.
Dalam KBSR.Pendidikan Seni Visual merupakan subjek wajib
yang mesti dipelajari oleh kesemua murid.Mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Matlamat subjek
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan
oleh PFK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual,Kandungan kokurikulum berupaya membantu murid meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap tuhan,menghargai keindahan alam
persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara,selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PSV

DALAM

SISTEM

Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah


untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid
meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap
Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan
penting dalam pembangunan manusia.Malah seni itu sendiri boleh
dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.Seni wajar diletakkan
pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusiawi.
Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan
kerjaya yang baik perlu dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia
sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah meletakkan seni di
tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan yang diberikan oleh ibu
bapa iaitu pada zaman kanak-kanak.Ibu bapa tanpa disedari telah
mendidik anak-anak mereka mengenal alat-lat permainan yang
mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa bentuk.Kanakkanak juga suka menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk
melahirkan ideanya.Bakatmelukis
ini
jika dipupuk dengan
sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan menjadikan kanak-kanak
itu seorang pereka seni yang baik.

http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

5/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Guru


i.Melahirkan
profesional

guru

yang

kreatif,peka,berketrampilan

dan

Dalam sistem pendidikan di Malaysia,kepentingan mata pelajaran PSV


dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu kepentingannya kepada
pendidik itu sendiri dan juga kepentingannya kepada pelajar dan negara
.Antara kepentingan PSV kepada seorang pendidik ialah dapat
melahirkan
guru
yang
kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti
yang
berketrampilan dan professional.
Menurut Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman,jurutera,anatomis dan
saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul,ianya
akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif,inovatif,
peka,berpersonaliti yang seimbang,berketrampilan dan profesional.Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajar
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.Contohnya melalui aktiviti
seni visual,muzik dan pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi,ekspresi,inkuiri dan kecerdasan kepada
murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
ii.Membantu guru memahami diri dan persekitaran
Selain itu,PSV juga dapat membantu guru melaksanakan dengan
mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru
dalam memahami diri dan persekitaran.Aktiviti seni visual,muzik dan
pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda
dalam alam
ini.Dengan demikian,seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

iii.Lebih mudah mencapai objektif


Seterusnya,melalui PSV juga seseorang guru itu lebih senang
mencapai objektif
atau matlamat.Integrasi seni visual,muzik dan
pergerakan dengan pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan.Quadrant Concept(1999) oleh
Herrmann menunjukkan perkembangan otak kiri dan otak
kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
yang
berkesan.Justeru,dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni,guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
iv.Mempelbagaikan teknik dan strategi
Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan
strategi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui PSV.Dalam Teori
Pelbagai Kecerdasan ,Howard Gardner (1983) mengesyorkan bahawa
terdapat lapan jenis kecerdasan tetapi kebanyakan sekolah memberi
penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik
sahaja.Kecerdasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

6/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana manusia


memperoleh pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui
pelbagai teknik pengajaran.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan
strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai
objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran.PSV
menyarankan strategi
pembelajaran yang
bersepadu.Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai
dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas
seni.Cara bekerja yang teratur,cermat dan selamat dalam proses
membuat sentiasa ditegaskan.

Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Murid


i.Memupuk kreativiti Kanak-kanak
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting
dalam pembangunan manusia.Antara kepentingannya ialah PSV dapat
memupuk kreativiti kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak
memerlukan perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya.Tanpa kita
sedari,perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku dengan begitu
pesat sekali.Sebelum remaja,kanak-kanak mengalami tiga tahap
perkembangan
seni tampak
iaitu peringkat manipulatif(2-5
tahun),peringkat melakar simbol-simbol(5-9 tahun) dan peringkat praremaja (10-13 tahun).Berdasarkan kajian ,perkembangan seni ini
berlaku pada setiap kanak-kanak.Perbezaan mungkin timbul
berdasarkan faktor persekitaran,bimbingan berterusan daripada
keluarga atau latar belakang pendidikan.Melalui proses proses lakaran
ini,tahap mental kanak-kanak akan berkembang.Oleh itu,proses
membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan baik.
(Laura Chapman,1978)
ii.Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para
pelajar
Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15
tahun,pengetahuan tentang seni semakin bertambah.Seseorang pelajar
mulai cenderung untuk mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik.
Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang seni,maka tahap
kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan
Lambert(1965) peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik
dan genting..kerana berlakunya persaingan. Pelajar yang lemah akan
mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai bidang utama
dalam proses membesar mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan diberi
penerangan yang betul,kemungkinan minatnya terhadap seni akan
terkubur.Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat
yang positif ,mereka akan menjadi lebih berdisiplin,cekal dan berminat
dengan subjek seni ini.Begitulah pentingnya mata pelajaran PSV dalam
sistem pendidikan di Malaysia.
iii.Pengalaman
keyakinan diri

optima

pembelajaran

PSV

meningkatkan

Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh


membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan
sains dan teknologi,PSV dapat membina keupayaan bagi menangani
perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.Pengalaman yang
diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita.Contohnya,dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita
pakai.Warna yang lembut,terang ataupun gelap dapat mempengaruhi
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

7/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.Apabila


kita menggunakan pilihan warna yang lembut,ianya dapat memberi
keyakinan dalam diri kita.Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
iv.Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
Mata pelajaran PSV juga dapat menggalakkan pembelajaran
seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan merangsang
proses pembelajaran dan pengajaran.Ini menjurus kepada keperluan
masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dikaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.Oleh itu,seni
mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,keperibadian dan
kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini.Seni
dapat memupuk disiplin diri. mengukuhkanesteemkendiri dan
menggalakkan kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
menyeluruh

v.Mengaplikasikan informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar


Penggabungjalinan bidang seni dengan pelajaran lain
melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa
yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan
mengekspresi kendiri. Justeru ,seni dapat mempengaruhi kita untuk
membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni
dapat membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu
mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubung kait idea
dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

Kepentingan Mata Pelajaran PSV kepada Negara


i.Melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang
Sebagai sebuah Negara yang sedang membangun,kita amat
memerlukan ramai tenaga profesional.Jurutera,arkitek,doktor,saintis dan
peguam merupakan bidang kerjaya
yang amat diperlukan oleh
Negara.Akibat kekurangan itu,kita terpeksa mengimport dari luar
Negara.Dalam bidang kerjaya,seni boleh memainkan peranan besar
untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai
dengan minat mereka.Selain untuk memenuhi keperluan Negara,pelajar
yang memilih bidang ini juga boleh merancang untuk membentuk satu
profesion baru.Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.Walaupun
Negara kita masih baru dalam bidang ini,namun telah terdapat ramai
seniman yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai
satu profesion.

ii.Memupuk sifat kecintaan terhadap seni dan estetika.


Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana
seni dapat dijadikan teras kepada pembentukana masyarakat.Seni ini
boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

8/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

nilai-nilai keindahan.Pada hari ini,melalui sebuah agensi kerajaan,kita


melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun.Pelbagai
aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk
kebudayaan.Antaranya Program Tahun Melawat Malaysia anujran
Kemementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai program lain yang
dianjurkan bertujuan untuk menarik para pelancong.Program seperti ini
wajar diadakan dan dipergiatkan lagi.Namun apa yang penting di sini
ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh,terutamanya
kesan penghayatan terhadap aktiviti yang dijalankan itu.Keghairahan
kerajaan menganjurkan pertunjukan kebudayaan dan kesenian
diharapkan tidak mengabaikan nilai estetika dan moral yang menjadi
aset penting dalam pembangunan negara.
Gejala sosial yang berlaku hari ini,sedikit sebanyak berkait rapat
dengan aspek penghayatan estetika.Estetika wajar dijadikan asas
dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan
insan,pembangunan rohani dan jasmani,perkembangan dan bimbingan
dalam
kehidupan
seharian.Kefahaman
masyarakat
terhadap
kepentingan seni ini wajar diperbetulkan.Tanggungjawab mendidik
masyarakat ke arah memahami kepentingan seni ini,bukanlah terletak di
bahu guru Pendidikan Seni Visual semata-mata tetapi kepada semua
anggota masyarakat.

iii.Memupuk perasaan sayang akan seni dan warisan dalam


masyarakat
PSV sangat penting bagi memupuk perasaan sayang akan seni
dan warisan dalam masyarakat.Masyarakat kita memang kaya dengan
warisan budaya.Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di rumah
kita.Pinggan mangkuk,peralatan memasak,ukiran kayu,seni batik dan
tenunan atau tekstil,hamparan tikar mengkuang atau pandan,anyaman
kelarai,seni rumah binaan kayu atau kampung ,seterusnya seni budaya
sopan santun dan adat istiadat.Seni warisan ini sebenarnya semakin
terpinggir dan hampir dilupakan.Tidak ada lagi orang yang akan
menghulurkan tepak sirih apabila menyambut tetamu atau hamparan
tikar mengkuang di ruang tamu.Kehidupan moden yang dialami hari ini
telah melupuskan semua warisan ini.Justeru,melalui PSV adalah
diharapkan agar perasaan sayang akan seni dan warisan ini akan terus
dipupuk dan tidak hilang ditelan zaman.
v.Melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri
Akhir sekali,PSV juga amat penting dalam sistem pendidikan kita
khususnya bagi melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri.Budaya
menunjukkan bangsa.Kata bidalan ini jelas menunjukkan bahawa
sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan kepentingan budaya pada
satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya.Mengekalkan
kebudayaan supaya dikenali
Dan dihormati bukanlah satu tugas yang mudah.Kita boleh mengesan
sessuatu bangsa melalui perkembangan budayanya.Masyarakat yang
mempunyai jati diri yang kuat akan berusaha untuk mengekalkan
seni,budaya dan warisannya.Kita mestilah meletakkan tanggungjawab di
bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika.Kefahaman
dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan
institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar.Peranan
murid,. guru, atau pensyarah dan pihak Kementerian Pendidikan amat
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

9/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

penting untuk merealisasikan perkara ini.Semua ahli masyarakat boleh


memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang adak kepentingan
untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah citacita yang murni.
PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN MATA PELAJARAN
PSV
i.Guru PSV sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah
diselaraskan.
Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan,peranan guru amat penting terutamanya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa
melaksanakan kurikulum yang telah diselaraskan dan mengamalkan
konsep 5P dalam pengajaran
dan pembelajaran. Konsep 5P
merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam
rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan
menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan
murid.Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan
kemahiran,penyerapan pengetahuan,penerapan nilai,pemulihan dan
pengayaan;
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialan satu proses yang menggabungjalinkan
pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran
bagi
mewujudkan
satu
pelajaran
yang
integratif
dan
menyeluruh.Pengabungjalinan
ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran
secara serentakdalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya
dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran,lebih menarik minat pelajara terhadap pengajaran dan
pembelajaran,menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna kepada murid-murid dan memberi ruang serta peluang bagi
pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbanga dan
menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan


pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,penggabungjalinan
kemhairan daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan
merentas kurikulum.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran melibatkan
kemahiran
lisan
atau
pertuturan,membaca,menulis,mengira,berfikir,melukis,mewarna dan lainlain.Contohnya guru meminta pelajar melukis lima buah -buahan
tempatan,
kemudian mewarna buah-buahan tersebut.Oleh itu pelbagai kemahiran
dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran
berfikir,melukis dan mewarna.Kemahiran utama yang guru tersebut perlu
fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan
pembelajaran manakala kemahiran yang digabungjalinkan dengan
kemahiran utama ialah mewarna dan berfikir.
Bentuk penggabungjalinan seterusnya ialah penggabungjalinan
kemahiran daripada mata pelajaran lain.Penggabungjalinan bentuk ini
amat penting untuk meningkatkan kemahiran murid.Contohnya bagi
mata pelajaran Kajian Tempatan pelajar perlu mengenali peta
Malaysia.Oleh itu pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia
mengikut nama-nama negeri yang terdapat dalam Malaysia.Kemahiran
dalam PSV seperti melukis dan mewarna digabungjalinkan dalam mata
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

10/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

pelajaran Kajian Tempatan.


Akhir sekali,bentuk penggabungjalinan merentas
kurikulum.Penggabung
-jalinan ini melibatkan kemahiran belajar untuk belajar,kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran
pelbagai kecerdasan dan kemahiran generik.Penggabungjalinan
merentas kurikulum bermaksud penggabungjalinan kemahiran di luar
pembelajaran.Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan,pelajar
haruslah berfikir secara kreatif dankritis bagaimana hendak
menghasilkan kraf yang menarik.

Penyerapan
Penyerapan pengetahuan pula adalah proses menyebatikan dan
menyatupadukan pengatahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu
mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar.Penyerapan
pengetahuan
melibatkan
unsur
pengetahuan
dan
bukan
kemahiran.Antara kelebihan penyerapan pengetahuan dalam PSV ialah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun
tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Selain
itu,aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif dan
efektif.Seterusnya dengan pemilihan isi pengetahuan yang menarik
daripada mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih
ceria,bersemangat dan progresif.Akhir sekali,murid-murid menjadi lebih
faham
dengan
sesuatu
yang
dipelajarinya
dengan
penyerapan,hubungkait dengan pengetahuan daripada mata pelajaran
lain.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh menambahkan ilmu
pengetahuan dari mata pelajaran lain dengan mnceritakan serba sedikit
tentang sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam esei.Oleh
itu,guru tidaklah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna
dan melukis sahaja.
Penerapan nilai-nilai murni
Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.Penyerapan nilainilai murni berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit
dan pendekatan eksplisit.Melalui pendekatan implisit,guru-guru secara
tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.Contohnya guru berpakaian
bersih dan kemas menjadi contoh kepada para pelajar.Pendekatan
secara eksplisit pula ialah mengadakan suatu peraturan,arahan dan
sebagainya
yang
bertulis
tentang
sesuatu perkara
yang
diharapkan.Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang,dengan
matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.Dalam
konteks PSV,guru tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar
mengemas bilik seni sekolah.Secara tidak langsung ini dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama,ambil berat dan sikap
toleransi.
Pengayaan
Pengayaan ialah satu aktiviti yang lebih mencabar keboleham
pelajar di samping menambah minat dan pengalaman pelajar yang
seterusnya dapat membantu pelajar ke arah perkembangan dan bakat
diri.Pengayaan juga dapat membuat pelajar berminat untuk belajar
sendiri dan mempunyai sikap berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya keativiti
menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka
sendiri.Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang untuk pelajar
mengembangkan minat,daya kreativiti,sifat ingin tahu,kepimpinan serta
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

11/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

daapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan


dan juga masyarakat.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh
mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu
untuk meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran PSV.Aktiviti
tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya
pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri.
Pemulihan
Pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan
pembelajaran. Melalui pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat
diasuh dan diberi tumpuan yang lebih berbanding pelajar-pelajar
lain.Contohnya dalam PSV pelajar yang kurang berkemahiran dalam
melukis akan diajar mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang
kali.Pelajar
juga
turut
diberikan peluang
untuk
mencuba
mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat untuk
mencuba sehingga ke tahap yang lebih maju.

ii. Guru PSV sebagai pengurus


Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan
pembelajaran,guru PSV juga perlulah memainkan peranan dalam
pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau bilik studio
khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar.Ini kerana
kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri
dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV.Perkara yang ditegaskan
dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang
melibatkan benda-benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi
bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini
diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan
pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan.Sebagai seorang
pengurus,guru PSV juga perlu merancang dan mengurus proses
pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan matlamat
pembelajaran,merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah
laku pelajar,mentaksir serta menilai hasil pembelajaran.Guru PSV juga
perlu
menguruskan
bahan
bantu
pengajaran
dan
pembelajaran,bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan, serta
menjalankan aktiviti luar.
iii. Guru PSV sebagai pembimbing
Selain pengurus,guru PSV juga perlu menjadi seorang
pembimbing demi menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran
PSV .Para pelajar
hendaklah dibimbing dengan sepenuh perhatian.Sekiranya pelajar
menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran,maka guru
hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu pelajar
tersebut menguasai kemahiran.Bagi pelajar yang telah menguasai
kemahiran,guru berperanan melaksanakan aktiviti pengukuhan dan
pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

iv.Guru PSV sebagai pemudah cara


Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara.Guru hendaklah
melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan mengelolakan
aktiviti pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.Sebagai
pemudahcara,guru perlu memudahkan pemahaman pelajar tentang
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

12/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

konsep yang diajar dengan mengaitkannya dengan situasi sebenar


dalam
kehidupan
pelajar.Guru
juga
perlu
menerapkan
pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan
daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
v.Guru PSV sebagai motivator
Di samping itu,guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang
menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri
pelajar.Guru PSV juga bertanggungjawab dalam pemupukan minat
pelajar dalam bidang artistic sepaya pelajar berkeinginan untuk
menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan
kepentingan konsep seni visual.Guru juga seharusnya berusaha untuk
merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan
diri,membawa perubahan kepada diri pelajar,memberi dorongan dan
bimbingan dan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah sosio
dan emosi pelajar.Guru-guru juga perlulah membantu pelajar
menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual.
vi.Guru PSV sebagai inisiator
Akhir sekali,guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai
inisiator dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.Guru boleh
merangsang pemikiran murid yang bercapah,mengemukakan soalan
yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis,menyokong aktiviti
penyelesaian masalah,menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui
kerja kumpulan.Guru PSV juga perlu menggalakkan pelajar-pelajar
melaksanakan pemerhatian aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan
serta aspresiasi seni.
Sesungguhnya,peranan guru PSV amat penting dalam menjamin
kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV di
sekolah.Ketrampilan,
kewibawaan
dan
komitmen
guru
merancang,mengurus,melaksana,menilai
dan
membuat
penambahbaikan
dalam
keberkesanan
pengajaran
dan
pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bagi memantapkan isi kandungan mata pelajaran PSV ,selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka pelbagai perubahan
telah dilakukan terhadap sukatan pelajaran dan kandungannya
termasuklah dari segi aktiviti pembelajarannya.Aktiviti Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang utama iaitu:
i.Melukis dan membuat gambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek
melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan
menekankan
aspek
ruang,struktur,imbangan
dfan
komposisi.Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik
sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikanrajah
1.1 menunjukkan teknik teknik tersebut.Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sekolah rendah,kandungan subjek atau hal benda
disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang
dan meningkatkan [pembelajaran.Dalam aktiviti menggambar,kanakkanak dapat menggunakan berbagai-bagai alat dan bahan untuk
menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.Ini
membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan
penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.Rajah 1.1
:menunjukkan teknik menggambar yang sering digunakan di bilik
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

13/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

darjah(Rujuk Lampiran)

ii.Membuat rekaan dan corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami
pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya
menjadi suatu rekaan lain.Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti
binaan,kraf dan sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara.Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat
secara terkawal atau bebas.Seringkali corak didapati daripada;alam
semula jadi,bahan buatan manusia ,geometri dan rupa barangan kraf
tradisional .
Jenis susunan corak pula terdiri daripada penuh,turun satu
suku,turun tiga suku,turun separa ,sisik ikan.selang seli,tampak dam dan
tampak
catur,siku
keluang,pucuk
rebung,orgee,batubata,tunggal,berpusat,sendeng,
berombak,jidar,berjalur,dan cerminan.Teknik corak pula terdiri daripada
dua jenis iaitu yang dibuat secara terancang dan tidak terancang.Ia
bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak itu
dihasilkan.Rajah 1.1. dan 1.1
menunjukkancorak-corak tersebut.
iii.Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan
persepsi pelajar tehadap aspek seni dari segi bentuk,ruan
,struktur,imbangan dan kestabilan.Berpandukan aspek tersebut,pelajar
dapat memahami denngan lebih jelas apabila mereka membentuk dan
membuat binaan sesuatu model.Bidang kegiatan ini juga mendedahkan
pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan,alat dan teknik
penghasilan.Ini member peluang kepada pelajar berinteraksi secara
aktif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan
seni.Bidang membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
merangkumi
arca
timbul,arca
asemblaj,arca
bergerak,arca
stabil,model,diorama,boneka,topeng dan origami.
Tema dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi,perasaan
dalaman,khayalan dan imaginasi si pelukis,aliran dan tema sejagat serta
keperluan dan pengalaman harian.
iv.Kraf tradisional
Kraf tadisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerjakerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun
temurun mengikut kaum masing-masing.Antara jenis-jenis kraf
termasuklah alat domestik,alat permainan,alat mempertahankan
diri,batik,seni tekat,tembikar,anyaman,
kelarai dan ukiran.Rajah 1.1 menerangkan tentag apa yang diperlukan
untuk menjalankan aktiviti kraf tradisional.(Lampiran)
APRESIASI SENI
Apresiasi seni merupakan aspek penting dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV. Apresiasi seni adalah proses penghayatan seni
yang
merangkumi
aspek-aspek
pengetahuan,membuat
pertimbangan,penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya
seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek
emosional terhadap karya seni.Menjalankan proses apresiasi seni
sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai
memberi
penghargaan
terhadap
karya
seni.Menurut
Ecker(1966),pendekatan
apresiasi
seni
dapat
memberikan
penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni,dilakukan
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

14/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.Ia


mencakupi
aspek
pengetahuan,penilaian,diskriminasi,dan
juga
kesedaran emosi terhadap karya seni.
Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian
estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan. Apabila
seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni,proses ini tidak akan
menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu
tersebut mengenai karya seni,kerana tujuannya adalah untuk memahami
karya melalui apa yang dilihat secara lansung.Seabolt(2001)
menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan
diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula
merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan
pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta
diskusi mengenai seni.
Di samping itu ,konsep dan pelaksanaan apresiasi seni juga
bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan daya
estetik seseorang.Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses
ini juga mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang
membantu menyelami perasaan penghasil karya.Apresiasi seni
mengajar pengkritik dan pemerhati seni menghargai rasa dan perasaan
seniman(Johari Abdul Hamid,2004).Apresiasi seni terbahagi kepada
enam peringkat iaitu peringkat analitikal,peringkat penerangan,konteks
dan skop,aspek assosiasi,aspek kritikal dan aspek hubungan baik.
Pada peringkat analitikal,aspek kenal pasti yang paling mudah
ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya,jenis karya,pereka
atau seniman karya,tarikh dihasilkan,asal-usul karya,gaya,medium yang
digunakan,teknik dan fungsi karya.(Rujuk Lampiran).Pada peringkat
penerangan pula,terdapat tiga peringkat.Peringkat penerangan Literari
digunakan ke atas karya seperti potret,lanskap,lukisan objek dan lainlain.Contohnya ,karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang
sedang terukir senyum di bibirnya.Penerangan literari ini terbahagi pula
kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal
yang melibatkan penggunaan teknikal dan bahan oleh pengkarya serta
struktur fizikal seperti aspek warna,garisan,jalinan,bentuk,rupa dan lainlain.
Sesungguhnya,peranan apresiasi seni dalam PSV sangat
penting.Apresiasi seni juga memberi pengalaman kepada pelajar
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam
pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Tanpa
apresiasi seni,pelajar tidak dapat membuat pertimbangan yang penting
apabila melihat karya seni sama ada seni lukis,seni reka atau bidang
seni visual yang lain.Apresiasi seni juga dapat membantu seseorang
daripada membuat penilaian yang singkat atau yang pendek sebelum
membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.

HASIL KERJA MURID


Mengapakah hasil kerja murid perlu dipamerkan?Jika hendak
dipamerkan,apakah pula kriteria pemilihan hasil kerja yang hendak
dipamerkan tersebut? Inilah dua persoalan penting yang perlu diambil
kira oleh seseorang guru PSV yang berwibawa.
Persoalan penting dalam mempamerkan hasil kerja murid adalah
bagaimana hendak memilih hasil kerja untuk dipamerkan.Kriteria
pemilihan hasil kerja murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari
sudut pedagogi dan juga nilai estetik.Pemilihan perlu melihat kepada
aspek pedagogi yang melihat kepada keberkesanan dan penyampaian
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

15/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

proses dan kaedah menghasilkan karya tersebut.Faktor nilai estetik


dilihat dari sudut pencapaian objektif penghasilan karya tersebut sama
ada ianya dihasilkan bertujuan untuk kelihatan cantik atau
sebaliknya.Murid-murid gemar melihat karya mereka dan karya rakanrakan mereka dipamerkan untuk tatapan umum.Murid-murid merasakan
komitmen dan usaha yang mereka telah sumbangkan bagi
menghasilkan karya tersebut diberi penghargaan.Atas dasar inilah,hasil
kerja murid amat perlu dipamerkan.
Sungguhpun ruang yang terdapat pada papan buletin pameran
sangat terhad,guru perlu bijak untuk mengatur dan merancang giliran dan
membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan karya supaya pameran
tersebut mencerminkan satu tanda aras yantg perlu dicapai oleh
murid.Hasil karya murid yang dipamerkan memberikan mereka satu
rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan mereka(Koster,2001).
Murid menitikberatkan soal kualiti hasil karya dan cuba untuk
menghasilkan yang terbaik supaya karya yang dihasilkan terpilih untuk
dipamerkan.Dalam erti kata lain,usaha mempamerkan hasil karya oleh
guru dapat dijadikan satu bentuk motivasi kepada murid.Guru juga perlu
melihat hasil karya murid sebagai satu proses memantau prestasi selain
membantu murid mencapai tahap yang dikehendaki.
RUMUSAN
Setelah meneliti sejarah perkembangan kurikulum Pendidikan Seni
Visual
dari zaman sebelum merdeka,selepas merdeka sehingga kini maka
jelaslah kepada kita bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
telah diletakkan di tempat yang sewajarnya berdasarkan keperluannya
pada masa kini.Kalau dahulu tujuan kerajaan bukanlah untuk
mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik atau sekadar
untuk menjadi mandur sahaja kini segalanya telah berubah.Kurikulum
persekolahan kebangsaan kini mendukung hasrat mulia Negara bagi
menyediakan pendidikan yang bertaraf dunia kepada generasi masa
kini dan masa hadapan.Adalah diharapkan dengan adanya penyemakan
semula kurikulum Pendidikan Seni Visual,maka tiada lagi suara-suara
sumbang yang mempertikaikan keupayaan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual dan kefahaman cetek yang mengatakan bidang seni tidak
menjanjikan kerjaya yang baik dapat dihapuskan.
Kepentingan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
sememangnya tidak dapat disangkal lagi.Ianya bukan sekadar
keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu
memberikan sumbangan untuk pembangunan negara dengan
menghasilkan
ramai
tenaga
profesional
seperti
jurutera,arkitek,doktor,saintis atau seniman yang mempunyai daya
kreativiti yang tinggi.Tambahan pula,dengan lahirnya guru-guru
Pendidikan Seni Visual yang mempunyai bakat serta efektif,proaktif dan
mempunyai kualiti peribadi yang tinggi akan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik
darjah.Keterampilan,kewibawaan
dan
komitmen
guru
merancang,mengurus,melaksana,menilai
dan
membuat
penambahbaikan
dalam
keberkesanan
pengajaran
dan
pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

Lukisan
http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

16/17

3/19/2015

Cikgu Jahani: PSV 3104

Mozek

Catan

Capan

TEKNIK
MENGGAMBAR

Gurisan
Percikan
Stensilan

Kolaj
Montaj
Cetakan
Resis

Gosokan

Recommend this on Google

3 comments:

mohd razikhin 21 June 2013 at 11:08


assalamualaikum cikgu,
bleh bg taw kt saya jika diberi tajuk "Pentaksiran Kendiri PSV", apa yg ptot sy kmukakan
ya??
Reply

Hafiz Qayyum Ahmad 31 October 2013 at 08:29


asslamualaikum cikgu..
mohon informasi diguna..:-)
Reply

Kantan Belukar 25 April 2014 at 06:30


mohon copy
Reply

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Google Account

Preview

Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me
c jahani Yusuf
Follow

View my complete profile

Ethereal template. Template images by friztin. Powered by Blogger.

http://cjahaniblog.blogspot.com/p/psv-3104.html

17/17

Anda mungkin juga menyukai